Search This Blog

Thursday, August 18, 2011

Kerajaan BN abaikan jalanraya terputus 2 tahun lalu


Oleh: MEDIA SAPP TENOM

TENOM: Penduduk Kg Oloson-Mas menggesa kerajaan agar membaiki kerosakan jalanraya akibat tanah runtuh lebih dua tahun lalu menyebabkan perhubungan jalanraya antara Kg Oloson dan Kg Mas sejauh kira kira 1 kilometer telah terputus.

Ekoran masalah tersebut mengakibatkan penduduk terpaksa menggunakan akses jalanraya Kg Tukalilan yang lebih jauh dan memakan masa yang agak panjang untuk sampai ke pekan kecil Melalap.


Jurucakap penduduk berkenaan Jairin Majitol 53, berkata demikian ketika memberitahu Pegawai Penerangan SAPP disini Flavius Robert  pada Selasa semasa memantau jalanraya yang menjadi rungutan rakyat dikawasan itu beberapa tahun lalu.

Namun nasib 300 penduduk yang mendiami kawasan disitu terus mengalami nasib yang amat mengecewakan mereka kerana kerajaan BN terus membiarkannya  selepas ianya mengalami runtuhan tanah sekaligus mengakibatkan jalanraya disitu terputus hubungan.

“ Inikah rupabentuk slogan Perdana Menteri Dato’Seri Najib Razak, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Lebih baik tukar sahaja slogan itu kepada…Rakyat mati dahulu, pencapaian dikemudiankan, lagi sinonim,”tegas Flavius Robert.

Menurut Jairin, jikalau sebelum jalanraya itu terputus para penduduk yang keluar masuk ke pekan kecil Melalap atau pusat Bandar hanya memakan masa kira kira 30 minit untuk sampai ke Melalap berbanding sekarang hampir satu jam untuk sampai kesitu.

Ketika ditanya berhubung masalah disitu sama ada pihak berkuasa khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dihubungi supaya tindakan segera dapat diambil beliau berkata,

“ Selepas kejadian tanah runtuh itu pihak JKR telah datang melawat  termasuk pegawai pegawai UPKR tetapi sehingga sekarang tiada tindakan dilakukan…JKKK disini juga berulang kali mengajukan masalah disitu tetapi tiada juga tindakan,” jelas Jairin.

Jairin menegaskan, disebabkan jalanraya itu amat penting sebagai laluan utama dan tambahan pula  jarak yang lebih dekat keluar ke pusat pekan untuk  mengeluarkan hasil hasil pertanian mereka, maka beliau merayu kepada kerajaan agar  masalah mereka diutamakan.

Sehubungan itu, Pengerusi JKKK Kg Oloson-Mas John Matsatu ketika dihubungi turut mengesahkan bahawa masalah  tersebut telah pun diajukan kepada pihak tertentu untuk tindakan namun setakat ini beliau belum mendapat maklumat terperinci bila masalah tersebut akan diselesaikan.

“ Saya sudah menghantar surat beberapa kali kepada JKR, Pejabat Daerah dan disalinkan kepada wakil Rakyat Melalap tetapi setakat ini saya belum mendapat jawapannya,” tegas John.

35 comments:

  1. pihak mana sebenarnya yang tidak berkesan menjalankan tugas ni?

    ReplyDelete
  2. sebaiknya tindakan segera diperlukan untuk memperbaiki jalan raya yang menjadi laluan utama penduduk.

    ReplyDelete
  3. dah lama jalan tersebut terputus, jalan tersebut harus diperbaiki demi kemudahan penduduk.

    ReplyDelete
  4. mungkin belum ada peruntukkan...

    ReplyDelete
  5. kerajaan negeri pasti akan menyelesaikan masalah ini...jangan bimbang..

    ReplyDelete
  6. 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' merupakan teras pemerintahan kerajaan BN..dan sudah pasti kerajaan mendahulukan rakyat..

    isu ini tidak perlu diperbesarkan oleh SAPP..pihak2 berwajib akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka..

    ReplyDelete
  7. The condition of the road been like that since 2 years ago. It must be repaired immediately.

    ReplyDelete
  8. Neway, with the election coming soon. I'm sure this road will be fixed soon..of course before the election date .

    ReplyDelete
  9. masalah ini harus diatasi segera...
    kerajaan BN tidak pernah mengabaikan keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  10. Limbukon, Melalap TenomAugust 19, 2011 at 6:48 AM

    Mana sudah NKRA peruntukkan berbillion ringgit khusus untuk menangani masalah infratruktur di Pedalaman. Ini juga kah yg dinamakan "Jani Tarang Bulan"...mana sudah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" tapi cicin isteri PM puluhan juta ringgit harganya. So, mana yg utama, jalanraya kah? atau pun cincin? Kalau baru dua tiga bulan tidak apa mungkin masuk akal tunggu peruntukkan tapi sdh lebih dua tahun lamanya kenapa tdk bentangkan dlm Dewan utk dptkan tambahan dana!

    ReplyDelete
  11. The people representative should have brought this matter up to the higher authorities.

    ReplyDelete
  12. harap pekara ini akan diberikan perhatian dan jalan tersenut akan dapat dibaiki.

    ReplyDelete
  13. daripada menghubungi Pengerusi JKKK untuk mengesahkan bahawa masalah tersebut telah pun diajukan kepada pihak tertentu, kenapa SAPP tidak hubungi terus pihak yang bertanggungjawab??

    ReplyDelete
  14. White, mewakili sapp tenomAugust 19, 2011 at 11:30 AM

    JKKK adalah merupakan sebuah agensi kerajaan diperingkat kampong dan dia tahu segala galanya dimana peranannya perlu juga dihormati.

    Kalau sapp hubungi pihak berkaitan pasti dia tdk memberi penjelasan dgn betul kerana takut pekung didadanya terkeluar dan ketahui umum/rakyat keburukkannya.

    Oleh kerana masalah spt itu sudah meleret sehingga dua tahun lebih lamanya, sapp perlu rungkaikan perkara ini kepada media supaya kerajaan BN dan pihak berkaitan akan mengambil perhatian dgn serius kerana pembangunan adalah tanggung jawab mereka.

    Manakala Sapp berperanan memantau pelaksanaan pihak pelaksana sama ada betul2 terlaksana atau tidak kerana ia melibatkan wang rakyat hasil kutipan drpd para pembayar cukai...jadi, sapp tdk mahu wang rakyat itu dibelanjakan tdk tentu arah atau projek yg tdk menepati sasaran yg tepat.

    SAMA SAMA KITA BERTANGGUNG JAWAB MEMBANTERAS PEMANIPULASIAN DANA KERAJAAN DARIPADA DISELEWENGKAN UNTUK KEPENTINGAN PEMIMPIN UMNO-BN!

    ReplyDelete
  15. 2 tahun tiada perubahan dan perkembangan terhadap jalan tersebut? Wakil rakyat mana yang tidak menjalankan tugas dan tanggung-jawabnya? Harapkan pihak kerajaan mengambil tindakan segera.

    ReplyDelete
  16. Seharusnya wakil rakyat sering turun padang dan mengambil berat terhadap rakyat, dengar suara rakyat dan usahakan yang terbaik. Selama 2 tahun tiada perubaham tiada siapa yang boleh terima.

    ReplyDelete
  17. Siasat dulu, berkemungkinan berlakunya masalah komunikasi pihak bawah & pihak atasan. Walaubagaimanapun, selesasi masalah dengan segera dan masalah seharusnya tidak berulang lagi.

    ReplyDelete
  18. “ Selepas kejadian tanah runtuh itu pihak JKR telah datang melawat termasuk pegawai pegawai UPKR tetapi sehingga sekarang tiada tindakan dilakukan…JKKK disini juga berulang kali mengajukan masalah disitu tetapi tiada juga tindakan,” jelas Jairin.

    What is happening here? Anyone can come out and give explanation?

    ReplyDelete
  19. Why nobody follow up? Something went wrong with the syetem or barrier in communication? Hope problem can resolve soon. Good luck!

    ReplyDelete
  20. Berikan tumpuan untuk menangani masalah rakyat. Jangan biarkan rakyat tersiksa dengan sikap pemimpin yang tidak ambil peduli ini.

    ReplyDelete
  21. Wakil rakyat seharus melawat tempat-tempat kedudukan rakyat untuk memahami keadaan sebenar rakyat contohnya sistem infra, bekalan air & elektrik dll.. Ini akan mengeratkan hubungan antara parti dan rakyat.

    ReplyDelete
  22. Kebanyakkan masalah hanya diselesasikan selepas repot media atau komplen parti pembangkang. Seharusnya wakil rakyat selalu membuat lawatan dan memahami keadaan sekeliling kawasan pentadbirannya. Usaha wakil rakyat amat penting.

    ReplyDelete
  23. Diabaikan selama 2 tahun? Susah dipercayai macam mana wakil rakyat menjalankan tugas dan tanggung jawabnya. Apapun, selesaikan masalah secepat mungkin.

    ReplyDelete
  24. No one is following up about the issues or complains? Who should take responsible for these?

    ReplyDelete
  25. "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

    Isu ini membuktikan kepentingan rakyat diabaikan oleh kerajaan. Seharusnya diperbaiki lagi.

    ReplyDelete
  26. Hope the government is getting to it. It's been a long wait for them...2 years...

    ReplyDelete
  27. Banyak lagi belum siap dibaiki, cepatlah menjalankan tugas..rakyat telah menunggu lama ni.

    ReplyDelete
  28. kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  29. Memang perlu menambil tindakan segera, susahkan penduduk sana.

    ReplyDelete
  30. Saya yakin Kerajaan sedang membuat rancangan dengan isu ini..rakyat kenalah menunggu...

    ReplyDelete
  31. The government is in the midst to do something for the people.

    ReplyDelete
  32. Memang ada masalah dalaman yang susah untuk diselesaikan.

    ReplyDelete
  33. There must be some misunderstandings going on here.

    ReplyDelete
  34. Kerajaan adalah telus dalam menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  35. I certainly believe the government is doing smth for the people.

    ReplyDelete