RAMPAS....Wahab melarang umat Islam bersembahyang di surau yang dibinanya setelah menghalau Imam Rawatib awal tahun lalu.
MUHAMMAD HAIKAL HALIM
PENDATANG Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad melalui pintu belakang, Wahab Bin Nonong telah bertindak menghalau Imam Rawatib yang dilantik Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan melantik dirinya sebagai ‘Imam Bertauliah’ di surau yang dibina di atas tanah adat yang dicerobohnya; milik Anak Negeri Sabah, Nina Bte Gaya.
Natijahnya, penduduk kampung terpaksa membina surau sementara beratap dan berdindingkan karung plastik terpakai untuk membolehkan mereka menunaikan solat lima waktu, tarawih dan majlis tadarus Al-Quran.
Selepas kejadian Surau PPRT di Bukit Belacon, Lahad Datu, Surau di Kampung Lamak Bukit, 20 kilometer dari Lahad Datu ini lebih daif kerana hanya berlantaikan plastik dan mudah diterbangkan angin sehingga jemaah terpaksa menunaikan sembahyang dalam hujan lebat.
“Kita bercadang mahu bina surau baru, tetapi JHEAINS tidak benarkan kerana ada surau yang dibuat Wahab di atas tanah adat peninggalan bapa saya. Wahab halau imam yang dilantik JHEAINS, jadi saya ambil imam itu untuk berkhidmat di surau sementara yang kami buat secara gotong-royong,” ujar Nina sambil menitiskan air mata kesedihan kerana terkenangkan kezaliman Wahab terhadap Umat Islam di kampungnya.
SEMENTARA....Surau sementara ini tidak dapat dibina kerana JHEAINS belum memberi kebenaran.
KARUNG....Surau sementara ini terpaksa dibina menggunakan karung plastik terpakai, sekadar membolehkan jemaah berteduh dari panas terik mentari.
DAIF....Di surau serba daif inilah umat Islam beribadah kerana mereka tidak ada tempat mengadu melainkan Allah Azzawajalla.
BASAH....Walaupun basah oleh tempias, namun jemaah tidak berganjak, semata-mata untuk beribadah dan mensyukuri nikmat Illahi.
RUMAH TUHAN.....Nina menunjukkan surau yang ditawan oleh Wahab dan tidak membenarkan umat Islam mengerjakan ibadah di surau tersebut.
Kata Nina, beliau sedih kerana penduduk kampung terpaksa beribadah dalam keadaan tidak selesa dan daif di sebuah Negara yang agama rasminya Islam dan Adun serta Ahli Parlimennya beragama Islam.
“Kelmarin hujan lebat dan semua jamaah basah kuyup, tapi mereka tetap teruskan solat tarawih kerana Wahab tidak benarkan kita sembahyang di suraunya,” kata Nina yang menegaskan Wahab tidak layak menjadi imam kerana fasik dan jahil.
Memandangkan Imam Rawatib (Imam Tetap) berkenaan, Jimlok Bin Zakariah telah lama berkhidmat di Kampung Lamak Bukit, maka kata Nina beliau menggunakan khidmat Imam Jimlok sejak Januari 2011 (tarikh dihalau Wahab) di surau sementara yang dibina di tanah wakaf yang diperuntukan arwah bapa, Gaya Bin Mansur.
Menurut Nina, beliau bercadang untuk membina surau atau Madrasah di lokasi surau sementara kerana sudah mula mengumpul bata, tiang dan perkakas lain tetapi tergendala kerana ketiadaan bekalan simen.
Dalam separa berbisik, Nina mengharapkan penduduk kampung dapat sembahyang di surau yang didirikannya sebelum fajar Aidil Fitri menjelang tiba, namun hambatan birokrasi menyebabkan hasratnya terpaku di atas kedegilan JHAEINS mengiktiraf surau yang bakal dibinanya secara gotong royong.
“JHEAINS tidak mahu melayan rayuan kami dan hanya mendengar aduan Wahab sahaja; sedangkan hakikatnya beliau menumpang di tanah adat milik bapa saya dan mendirikan surau secara haram; tetapi dibenarkan JHEAINS sekalipun arah kiblatnya tidak tepat,” kata Nina yang menggesa campurtangan Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Sabah, Dato’ Seri Nasir Tun Sakaran.
Bagaimanapun, jika keadaan berterusan, Nina bercadang akan memfailkan kes ini ke mahkamah, termasuk mendapatkan perintah mengusir Wahab daripada tanah adat yang dicerobohnya dengan restu Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu sedangkan permohonan tanah Wahab telah dibatalkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.
Berani betul Pendatang ini bermaharajalela di tempat kita.
ReplyDeleteMarilah kita rakyat Sabah bersatu untuk menghalau PATI yang melampau ini.
ReplyDeletekita tak boleh biarkan PATI terus bermaharajalela. bawa perkara ini kemuka pengadilan.
ReplyDeletepekara ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya..
ReplyDeletejika benar seperti yang dikatakan ini, pati tersebut perlu dikenakan tindakan yang tegas.
ReplyDeleteBiar Wahab itu kena balasan dari Tuhan atas kelakuannya terhadap umat islam.
ReplyDeleteSatu tindakan yang tidak patut oleh Wahab. Menghalau orang yang ingin beribadat kepada tuhan. Kita berdoa saja agak Wahab diberikan pentunjuk nanti dan sedar dengan tindakkannya itu.
ReplyDeletebenarkah Wahab Bin Nonong ni mendapat Mykad melalui pintu belakang? jika benar kenapa tiada tindakan pihak berkuasa menangkapnya?
ReplyDeletebagi saya, Wahab ni bukan penganut Islam. adakah sampai menghalau penduduk dari menunaikan sembahyang di surau?
ReplyDeleteAi, apa hak dia mahu larang penduduk kampung sembahyang? Lupa dirikah atau sakit mental orang ni?
ReplyDeleteKebaikan akan sentiasa mengatasi kejahatan.
ReplyDeletesenang cerita, bawa saja kes ini ke mahkamah..
ReplyDeleteMana ada tindakan jika dia sokong kerajaan,kerajaan akan ambil dia biarpun dia itu PATI atau syaitan.
ReplyDeleteInilah perintah.
Saya tidak hairan semua ini,yang betul kita orang Sabah sudah terlalu baik kepada PATI.Kita kasih dia Kad Pengenalan,kasih dia bersekolah lepas itu kita kasih lagi dia jadi ADUN.
ReplyDeleteMemang kita orang Sabah selalunya tidak pintar dan tidak berani.
Orang daripada India dan Pakistanpun juga Bumiputera? Bukan Dusun dan Samah dan Irranun saja bah.
satu orang PATI menghalau penduduk kampung? patutnya penduduk kampung yang menghalau ini PATI.. takkan penduduk kampung yang sudah tentu ramai jumlahnya tidak berani halau satu orang.. kalau satu orang PATI boleh menghalau penduduk kampung, bayangkan berapa sahaja PATI yang diperlukan untuk menghalau rakyat Sabah..
ReplyDelete