Search This Blog

Wednesday, August 17, 2011

PKR Cabang Beaufort Semakin Tenat

e

TAHNIAH…Lajim bersalaman dengan Abdul Sani sambil disaksikan oleh Haji Osin, Insin dan Ishak selepas di majlis berkenaan.

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Beaufort semakin lumpuh apabila Ketua Penerangannya, Abdul Sani Haji Insin bertindak keluar parti dan menyertai UMNO semalam.

Beliau yang berjuang dalam cabang PKR Beaufort sejak 1998 telah menyerahkan borang menyertai UMNO selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan cabang dan negeri.


Majlis penyerahan tersebut disaksikan dan diterima oleh Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin di perkarangan Masjid kampung Pintas Gagahngi dan turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Haji Aliasnih; Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan bekas pemimpin Umno bahagian Beaufort Haji Osin Haji Jilon.

"Tiada apa-apa lagi untuk dipertahankan di Beaufort. Semua perjuangan kami dalam PKR sia-sia. Kami juga sudah bosan dengan masalah yang berlaku di kalangan pemimpin PKR sendiri,” jelas Abdul Sani ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

TERBAIK…..Haji Osin menunjukan tanda bagus atas keputusan Abdul Sani meninggalkan PKR sambil disaksikan oleh Isnin dan Ishak di majlis tersebut.

Abdul Sani yakin, selepas ini akan lebih ramai lagi ahli PKR cabang Beaufort akan mengikut jejak langkahnya, kerana sebelum ini Camarlin Haji Loksin yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Cabang Beaufort bersama hampir 100 orang ahli mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno pada awal tahun ini.

Abdul Sani berkata, keputusan mereka untuk menyertai UMNO atas kesedaran terhadap kesungguhan parti itu menerusi Barisan Nasional membangunkan rakyat dan menyediakan kemudahan asas di semua daerah.

Sementara itu, Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pada asasnya PKR Beaufort kini semakin lumpuh apabila pemimpin kanan parti meninggalkan parti tersebut dan menyertai Barisan Nasional khususnya Umno

“Tiada syarat kemasukan mereka ini. Kita sedar mereka mula menginsafi perjuangan sia-sia PKR yang hanya memperjuangan individu tertentu sahaja dalam PKR. Pemikiran mereka yang meninggalkan PKR ini jauh ke hadapan dengan melihat politik pembangunan, bukan politik sempit dan tiada arah perjuangan yang jelas,” katanya.

41 comments:

  1. Pakatan Rakyat in Sabah better dissolve and pack their bag back to malaya instead of to produce many kataks in Sabah.

    ReplyDelete
  2. Lepas pilihanraya akan datang yang bubar di Sabah ialah UMNO bukan PKR kerana pakatan Rakyat akan menang Putrajaya dan jadi kerajaan Pusat.

    Kemana pemimpin UMNO Sabah lepas itu? Saya harap Musa Aman jangan cabut lari.

    ReplyDelete
  3. Semakin tenat kerana tidak mempunyai ciri2 kepimpinan yang tinggi.

    ReplyDelete
  4. Ini membuktikan PKR bukanlah parti yang harus diberi sokongan.

    ReplyDelete
  5. bila timbulnya masalah dalaman dalam sesebuah parti maka beginilah jadinya. ahli2 tidak sehaluan dan keluar parti.

    ReplyDelete
  6. tapi rasanya bukan semua cabang PKR mengalami keadaan seperti ini. apapun, masalah dalaman parti harus diselesaikan terlebih dahulu bagi memastikan perjuangan untuk PRU-13 akan berhasil.

    ReplyDelete
  7. kita lihat sajalah keputusan di PRU-13 nanti..siapa rakyat pilih.

    ReplyDelete
  8. yang penting jangan sahaja ada pihak tertentu yang memanipulasikan isu agama atau perkauman yang boleh mencetus keamanan di Sabah

    ReplyDelete
  9. PKR mmg kini makin lemah kerana pengurusannya yang teruk hingga timbul plbagai masalah.

    ReplyDelete
  10. tak kira siapa menang atau kalah, yang penting pembangunan di Sabah dimajukan oleh kerajaan seterusnya dan usahakan lagi untuk mengubah kedudukan Sabah, yang setakat ini masih disenaraikan negeri termiskin di Malaysia.

    ReplyDelete
  11. sedih..perbalahan dalam parti sering berlaku akibat pesefahaman yang tidak sehaluan antara ahli-ahlinya..

    ReplyDelete
  12. rakyat harus pilih dengan bijak parti mana yang boleh memimpin negeri Sabah

    ReplyDelete
  13. Ikhlas kah perjuangan PKR di Sabah ini? Atau mahu jadikan fixed deposit supaya menang di Putrajaya?

    ReplyDelete
  14. Kalau tiada kesepakatan, persetujuan pun sukar dicapai.

    ReplyDelete
  15. Rakyat harus bijak memilih pemimpin yang bersih dan amanah.Tak guna pilih pemimpin yang hanya pandai bikin bangunan dan habiskan wang rakyat.

    ReplyDelete
  16. Kehadiaran PKR hanya akan memecahkan undi tetapi belum tentu akan menang. Rasanya masih ramai yang atas pagar sekarang.

    ReplyDelete
  17. Kalau ramai yang atas pagar, maka parti2 yang akan bertanding nanti rancanglah strategi sehabis baik untuk mendapatkan undi rakyat. Tetapi jangan lepas sudah menang, rakyat diabaikan pula.

    ReplyDelete
  18. PKR sabah sudah lumpuh...

    ReplyDelete
  19. sudah sampai masanya PKR keluar dari sabah dan fokus di semenanjung sahaja..

    ReplyDelete
  20. keputusan Abdul Sani untuk keluar PKR dan menyertai UMNO sememangnya tepat..

    ReplyDelete
  21. PKR Sabah tidak cukup kukuh lagi. Tidak tahulah macam mana mereka boleh memenangi PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  22. Tiada keikhlasan daripada ahli PKR Sabah, belum lagi ada seorang pemimpin untuk PKR Sabah juga.

    ReplyDelete
  23. PKR Sabah memang dari dulu banyak masalah...tidak hairanlah jika ada ahli yang tidak gembira..

    ReplyDelete
  24. tekanan la ni PKR Sabah.. dekat2 PRU ramai pula yang keluar parti..

    ReplyDelete
  25. Ini menampakkan PKR semakin lemah di Sabah bukan saja di Beaufort.

    ReplyDelete
  26. Ini berita baik untuk UMNO di kawasan tersebut. Orang kuat PKR sendiri menyerah kalah dan menyertai UMNO. Ini membuktikan PKR tidak sesuai untuk Sabah. Perjuangan mereka tidak dapat diterima pakai oleh Sabah.

    ReplyDelete
  27. parti dari seberang lebih baik balik ke malaya. Orang Sabah mesti bangkit menghalau party malaya UMNO yang tamak, rasuah dan memberi IC kepada pendatang haram. orang umno adalah pengkhianat kepada sabah dan bangsa kita.

    ReplyDelete
  28. Isaac said...
    bila timbulnya masalah dalaman dalam sesebuah parti maka beginilah jadinya. ahli2 tidak sehaluan dan keluar parti.

    Betul kata Isaac, seharusnya ahli-ahli bersehaluan dan sebulat suara berjuang dan beroperasi sepenuhnya untuk rakyat.

    ReplyDelete
  29. Jika ahli PKR sendiri tidak berkerjasama sebagai satu team, memang tidak hairan parti ini akan menhadapi banyak masalah didalam parti tersebut dan tidak dapat berusaha lagi untuk rakyat. Yang penting, selesaikan masalah dalam parti dulu.

    ReplyDelete
  30. Anonymous said...
    parti dari seberang lebih baik balik ke malaya. Orang Sabah mesti bangkit menghalau party malaya UMNO yang tamak, rasuah dan memberi IC kepada pendatang haram. orang umno adalah pengkhianat kepada sabah dan bangsa kita.

    Wow Anonymous, you sound pretty serious. Anyway, I dont mind who is manage Sabah, what most important is the leading party put the people as priority, work for the people and listen to the people. Good luck!

    ReplyDelete
  31. Kenapa pula PKR gagal dan menjadi semakin lemah di Sabah? Sehingga kini, ahli2 semua tidak bersehaluan. Walau apa pun, usaha lagi!

    ReplyDelete
  32. Pandangan saya, jika PKR sendiri pun tak dapat nak jaga dan manage hal PKR sendiri, cam mana dapat usahakan sesuatu untuk rakyat. Pergi mana satu tempat pun sama juga, yang penting, semua ahli bersatu-padu, mission dan strategic plan yang sama, rasa-rasa ini akan berjaya nanti.

    ReplyDelete
  33. Awang Kabut Awang Besar, PaparAugust 19, 2011 at 11:40 AM

    PKR bukan tidak baik tetapi perangai buruk pemimpin Sabah sendiri yg tamak dan haloba serta suka pentingkan diri sendiri. Trend sebegini memang sdh menjadi lumrah malah menjadi amalan pemimpin Sabah sejak zaman USNO pimpinan Allahyarham Tun Mustapha lagi. Itu sebabnya pemimpin Malaya senang dan mudah perkotak katikkan org2 Sabah.

    ReplyDelete
  34. Apa dah terjadi dengan PKR? Semakin banyak masalah dalam parti tersebut, sekarang pula Abdul Sani Haji Insin nak keluar dari PKR dan sertai UMNO. Seharusny asemua ahli seharuan dan berjuang bersama-sama untuk rakyat yang sokong mereka.

    ReplyDelete
  35. Ini menjadi satu cabaran besar untuk PKR sendiri.

    ReplyDelete
  36. Ini menjadi satu cabaran besar untuk PKR sendiri. Good luck!

    ReplyDelete
  37. Settle dulu masalah "rumah sendiri", baru boleh kendali hal-ehwal orang lain. Harap PKR yang menghadapi cabaran ahli-ahli anggota dapat ditanggani dengan baik dan berjuang untuk PRU yang akan datang.

    ReplyDelete
  38. Parti yang macam-mana yang rakyat perlukan. PKR dah huru-hara, ahli-ahli tidak sehaluan, memang payah mengendalikan hal berkaitan dengan rakyat. Usaha lagi.

    ReplyDelete
  39. Betul kata Chee, selesaikan masalah internal dulu.

    ReplyDelete
  40. Voting PKR is just like voting BN

    ReplyDelete
  41. whatever it is, lets just wait for the people to vote. Majority votes win.

    ReplyDelete