Oleh Peter Marajin
Isu No. 2: “TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN KITINGAN (‘PAIRIN’) ADALAH SUMBER PERPADUAN BANGSA KDM. BAGAIMANA BANGSA LAIN DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN BANGSA LAIN BOLEH MENGHORMATI PAIRIN JIKA KDM SENDIRI TIDAK MENGHORMATI PAIRIN?”
(Nota: Ungkapan di atas pernah dilafazkan sendiri oleh YB Datuk Herbert Timbun Lagadan pada ucapannya di perasmian Pesta Kaamatan peringkat Mukim Kelawat di Balairaya Kg. Pangi, Kelawat, Kota Belud pada 06 Jun 2010).
Komen saya: Pertama, perghormatan rakyat terhadap seseorang pemimpin itu adalah datangnya dari kebanggaan hati yang ikhlas oleh rakyat kerana pemimpin terbukti telah berbakti dengan jujur kepada rakyat. Penghormatan itu bukanlah diberi kerana dia adalah seorang pemimpin dan dengan itu dia mesti dihormati.
Kedua, haruskah KDM menghormati Pairin selama-lamanya walaupun beliau tidak lagi berupaya menjadi sebagai seorang pemimpin yang dihormati di mata orang KDM? Ramai dikalangan orang KDM sekarang menganggap Pairin bukan lagi seorang wira KDM seperti yang pernah mereka lihat dalam perjuangan politiknya kira-kira 20 tahun yang lalu. Beliau sekarang nyata gagal meneruskan aspirasi perjuangan KDM sebagai antara bangsa yang maju dalam bumi mereka iaitu Sabah yang kaya-raya ini. Beliau sekarang tidak lebih dari menjadi seorang “figure head” kepada orang KDM dengan gelaran Huguan Siou pada dirinya, tetapi gelaran itu tidak berupaya langsung menaikkan mertabat bangsa KDM di mata bangsa lain di Negara ini.
Ketiga, jika rakyat KDM yang dianggap oleh YB Herbert sebagai tidak menghormati Pairin, beliau sepatutnya menudung jari terlebih dahulu kepada Dompok, Kurup dan yang lainnya kerana tidak setia dan tidak menghormati perjuangan Pairin dengan meninggalkan beliau pada 1994 dan bersekongkol dengan Political Masters di KL untuk menjatuhkan Pairin dan PBSnya. Yang anihnya pula ialah Pairin dan YB Herbert tidak sedikitpun merasa terkilan dengan ketidak-hormatan Dompok, Kurup dan yang lain itu terhadap Pairin tetapi sekarang sama-sama pula bersekongkong dengan Political Masters yang menjatuhkannya pada 1994 untuk meneruskan dasar-dasar yang memudaratkan orang KDM dalam jangka masa panjang di Sabah (sila lihat antara perkara yang saya sebutkan dalam Isu No. 1 dalam posting saya sebelum ini).
Keempat, sebagai seorang pemimpin politik veteran KDM (sejak dari tahun 1976 dan sekarang hampir setanding dengan Gaddafi atau Mubarak dari segi rekod dalam politik) apa yang kita orang KDM boleh banggakan sangat dengan pencapaian Pairin untuk orang KDM? Hampir sukar dilihat dengan mata kasar. Orang KDM masih merempat dengan kemiskinan di bumi sendiri yang sangat kaya. Pencapaian KDM dalam bidang pelajaran, professional dan perniagaan masih terlalu rendah. Sebagai bangsa yang hidup menerokai tanah orang KDM tidak mempunyai ladang kelapa sawit yang besar berbanding dengan bangsa lain, kecuali sebagai pekebun kecil (itupun tanah NCR dari nenek-moyang mereka di “rampas” tanpa belas kasihan oleh pihak tertentu). Terlalu jarang kita lihat orang KDM yang telah berjaya dalam bidang perniagaan (pengusaha, pemaju, financer dan sebagainya). Orang KDM tidak ramai mempunyai gedung-gedung dan bangunan-bangunan komersial. Sebagai Presiden KDCA yang sudah begitu lama memegang jawatan itu seharusnyalah KDCA memain peranan penting dalam usaha membantu orang KDM meningkatkan juga ekonomi mereka selain dalam memajukan kebudayaan. Lihat sahaja persatuan USIA yang mempunyai misi yang besar untuk ahli-ahlinya dalam usahanya dibidang komersial sehingga terdirinya atas hartanya gedung “1 Borneo” sekarang. KDCA pula, selain bangunan yang ada sekarang, apa aktiviti perniagaan yang diusahakannya? Kita semua masih tertanya-tanya dan tercari-cari sehingga sekarang. Sedangkan rumah-rumah kebudayaan di kawasan tapak bangunan KDCA hanyalah digunakan sekali setahun, walaupun sudah berkali-kali dibincangkan semenjak 20 tahun yang lalu tentang jenis aktiviti perniagaan di rumah-rumah kebudayaan tersebut.
Jadi, persoalannya ialah apakah pencapaian Pairin dalam tempohnya sebagai pemimpin KDM selama ini yang boleh kita banggakan dan seterusnya menjadi satu sebab KDM harus menghormati beliau?
Saya sebagai anak KDM amat kecewa dengan pimpinan PBS. Sekarang terlalu banyak PATI yang berkeliaran di merata tempat. Pemimpin2 ini seolah-olah tidak nampak akan masalah yang semakin serius ini, malah menafikan suara rakyat yang disalurkan melalui parti pembangkang.
ReplyDeleteKaum KDM tidak akan maju sekiranya pemimpin2 KDM sendiri tidak sependapat dan tidak bersatu hati. Paling menyedikan saya sebagai anak KDM apabila terdapat pemimpin KDM y lebih menumpukan perjuangannya kepada parti yang memperjuangkan kaum Melayu. MENGAPA....?
Adakah nilai kaum KDM sama dengan nilai habuan/suapan yang diberikan oleh pihak tertentu.....?
Anak KDM takut untuk menyuarakan segala keluhan kerana takut dengan ugutan ISA.....
Sampai bilakah rakyat KDM berterusan begini..?
Sampai bilakah kita mahu ditindas...?
Adakah sehingga kita menjadi pelarian di negara sendiri...?
Fikirkanlah generasi kita akan datang....
Berjuanglah KDM...ubahlah sikap kita....pertahankan hak kita di tanahair ini....
KDM buat sedikit kacau bilau,bom sini sana,jangan main cakap sahaja, angkat senjata biar pun bakakuk PATI pasti ketakutan balik negara mereka!,buat macam MURUT Keningau memberontak 1920....(tidak banyak maklumat Sabah ada,cuma di Colonial British Record,England disimpan sehingga 2020 baru boleh dirujuk atau dibaca)percayalah pemimpin2 KDM cabut lari ke luar negara,MORO biasa buat! KDM jangan tiada tantolou!!!
ReplyDeleteSaya pasti jika tidak ada yang lompat parti time dulu pasti PBS tidak akan bergabung dengan BN...
ReplyDeleteJika semua bersatu dan menyokong PBS pasti PBS akan menjadi lebih kuat dan dapat bersuara untuk seluruh rakyat di Sabah.
ReplyDeleteMungkin patut jadikan satu saja parti KDM, biar sebulat suara. Tapi kalau masing2 mahu dahulukan kepentingan masing2, tiada kata sepakat, susahlah mahu bela nasib KDM macam ni.
ReplyDeleteKDM leaders, if you still care...defend the KDMs.
ReplyDeleteKDM leaders should take action now to defent the KDMs.
ReplyDeletejangan harap kepada pairin saja untuk memajukan KDM..semua KDM harus bersatu dan bekerjasama untuk memajukan KDM..
ReplyDeleteapa pun, pemimpin2 KDM harus terus berjuang untuk memartabatkan KDM..
ReplyDelete"..Jadi, persoalannya ialah apakah pencapaian Pairin dalam tempohnya sebagai pemimpin KDM selama ini yang boleh kita banggakan dan seterusnya menjadi satu sebab KDM harus menghormati beliau?..."
ReplyDeletemungkin PBS...kalau bukan pasal pairin, tiadalah PBS..
THEY DON'T RESPECT NO ONE. FCKKKKKK
ReplyDeleteMungkin ada betulnya Pairin sekarang seolah-olah hilang kelayakan utk mendapat penghormatan drpada KDM. Namun entah kenapa saya tetap hormat beliau sebab dia pernah bangunkan KDM dulu sehinggalah KDM jadi matang dan tahu menilai serta mempertahankan hak:)
ReplyDeleteJadi bagi saya mungkin masanya sudah tiba utk generasi muda menggantikan Pairin. Bukan sebab tidak hormat beliau tetapi utk meneruskan aspirasi terdahulu yang mungkin sukar dilaksanakan oleh Pairin sekarang.
ReplyDeleteJadi tak perlu lah memburukkan Pairin. Jangan ikut emosi hingga KDM pula secara tak langsung berpecah. hihihi
ReplyDeletePBS need to improve their leadership skill.. Don't forget the KDMs. Don';t let them down.
ReplyDeletePairin has lost it all...PBS was formed by him and has fought battles with the BN and won...unfortunately the divide and rule of Pairin and his kitchen cabinet brought the downfall of PBS. He pitted Joseph Kurup vs Bernard Dompok, Lajim vs Baharom and Yong teck lee vs Chau tet on.
ReplyDeleteEventually all of them left PBS.
rasanya Pairin masih relevan lagi untuk memperjuangkan nasib KDM. Semua KDM dalam PBS perlu bersatu dan saling membantu. Pairin cuma ada sepasang tangan saja. PBS diasaskan oleh Pairin dan sampai sekarang PBS masih berdiri lagi. Maknanya Pairin masih dihormati dan disokong oleh ramai KDM.
ReplyDeletePolitical too complicated, sometimes what was happens is can't imaginable.
ReplyDeleteJika KDM kurang berjaya dalam pengusaha, pemaju, financer dan sebagainya. Siapa harus lebih disalahkan.Jika diri sendiri hanya tunggu disuap sampai bila pun tidak akan berjaya.
ReplyDeleteNampaknya Pairin perlulah berusaha mendapat balik keyakinan rakyat KDM.
ReplyDeleteKDM sendiri juga perlulah membagunkan diri, jangan hanya mahu bergantung pada orang lain.
ReplyDeleteKenapa ada sampai 3 parti berasaskan bangsa/etnik tempatan? PBS-PAIRIN, UPKO-BDOMPOK & PBRS-JKURUP.... Kenapa mereka tidak bergabung saja. menjadi sebuah parti besar. satu suara. satu pemimpin. Sebabnya, masing mengejar agenda sendiri. mengejar populariti sendiri. mengejar kekayaan sendiri. pindik kata masing2 mahu jadi ketua, masing2 mahu jadi terkenal dan berkuasa, masing mahu makan habuah politik sendiri2. percayalah, pantas politik adalah pantas yg kotor. gelanggang politik dipenuhi dgn taktik busuk. pada saya sendiri, saya sudah tidak peduli dgn parti berasaskan KDM. Menjadi etnik RUNGUS, saya lebih selesa utk memilih parti tempatan yg multi-kaum.
ReplyDeletejawapannya KDM tidak perlu menghormati Pairin, tetapi Pairin la yang perlu menghormati KDM.
ReplyDeleteterlalu byk partilah berasaskan kaumlah yang memmecahbelahkan masyarakat. seharusnya bersatu agar kita lebih kukuh.
ReplyDeletejika kita ingin maju..jangan salahkan sesiapa..tapi sentiasalah berusahalah memajukan diri sendiri..
ReplyDeleteKDM will not workout good result if they failed to form a strong "team work spirits".
ReplyDelete"persoalannya ialah apakah pencapaian Pairin dalam tempohnya sebagai pemimpin KDM selama ini yang boleh kita banggakan dan seterusnya menjadi satu sebab KDM harus menghormati beliau?..."
ReplyDeleteBagi saya semua pemimpin juga berusaha dan berdedikasi untuk parti tersebut, payah untuk menimbangkan pencapaiannya sama ada banyak atau sedikit. Walau apa pun, teruskan usaha!
KDM should resolve their internal problems then only they can concentrate and work more for the people. How can the people have confidence on KDM if they themself can't even work together as a team.
ReplyDeleteI think KDM know well about their own problems. Stop pointing finger, reformation your team and go ahead and strike more for the people.
ReplyDeleteMungkin ada pihak yang tidak nampak akan perjuangan beliau. Apa pun jika kita tengok dengan teliti sudah pasti banyak sumbangan yang telah dilakukan oleh Datuk Pairin namun beliau tidak begitu sukakan popularity.
ReplyDeletePairin perlulah lebih berusaha untuk memperjuangkan KDM. Kerana inilah matlamat perjuangan sebenarn Pairin sebelum ini. Maka buktikan bahawa Pairin dapat melakukannya.
ReplyDeletesemoga Pairin dapat mengembalikan perjuangan politiknya seperti masa2 yang lalu. harap rakyat KDM juga dapat bekerjasama dengan Pairin untuk kebaikan bersama.
ReplyDeletePlease be focus on development things.
ReplyDeletePencapaian untuk kaum KDM.
ReplyDeleteWe have to look from the bright side.
ReplyDeleteSabah macam-macam parti ada... semua berasaskan etnik & bangsa Sabah kunun. Hwakk..thuii...itu semua untuk kepentingan diri sendiri saja. Bukan untuk Rakyat atau KDM.. semua topeng saja! Cuba kamu pikir betul2 kalau pemimpin ini ada hati moh kasih majuh rakyat Sabah buat apa buat parti banyak2? Cukup satu bah..bergabung jadi satu baruhlah rakyat pun yakin dan memberi sokongan padu! Pigi da.. pemimpin macam ni! Durang saja yang senang... RAKYAT? Belakang cerita...
ReplyDeletePeter Marajin ni cakap2 orang, diri sendiri tidak mau tengok juga...agak2 la bro!
ReplyDelete