Isu No. 6: "EMPANGAN TAMBATUON ADALAH UNTUK MENAMPUNG KEGUNAAN AIR PENDUDUK DAERAH KOTA BELUD PADA MUSIM KEMARAU PANJANG KERANA KL TIDAK AKAN MEMBERI PERTOLONGAN"
Peter Marajin...Komen saya:
Pertama, sebenarnya kata-kata di atas adalah datangnya dari YB Datuk Herbert Timbon Lagadan ("Timbon") sendiri pada mula-mula beliau mengumumkan projek pembenaan empangan tersebut beberapa ketika dulu.

Apa yang dimaksudkan beliau ialah empangan itu kelak bukan sahaja untuk menampung kegunaan bekalan air minuman untuk penduduk daerah Kota Belud tetapi juga untuk tujuan pengairan bagi apa yang dicadangkan sebagai "Jelapang Padi Sabah" yang akan ditempatkan di Kota Belud.
Baru-baru ini pula beliau berkata bahawa sebagai tambahan empangan itu juga bertujuan untuk dijadikan tempat tumpuan pelancung dan juga sumber letrik hydro.
Disamping itu empangan itu akan juga menjadi sumber pendapatan kepada penduduk-penduduk
Tambatuon kerana pihak berkuasa akan membayar RM500,000.00 setahun kepada penduduk-penduduk Tambatuon sebagai perkongsian keuntungan. Kata-kata yang sangat cantik dan cukup memberi kepercayaan!
Ke-2, berhubung dengan alasan asal beliau bahawa dengan adanya empangan itu kelak maka walau pun akan berlaku kemarau sangat panjang penduduk Kota Belud tidak sama sekali akan mengalami masaalah bekalan air, tidak seperti berlakunya el nino yang menimpa Sabah beberapa tahun yang lalu. Sebenarnya musim kemarau panjang El nino dulu pun kita tidak mendengar adanya orang yang mati akibat tidak mendapat air minum.

Tambah beliau, jika kemarau panjang berlaku Kerajaan Pusat tidak akan atau boleh membantu kita.
Kata-kata ini sungguh menyedihkan kerana walau pun Sabah menyumbang berbillion-billion Ringgit setiap tahun kepada Kerajaan Pusat kita tidak akan ditolong langsung walaupun malapetaka seperti kemarau menimpa kita? Timbon berkata seolah-olah beliau telah dilantik sebagai seorang Nabi yang boleh melihat apa yang akan terjadi di masa akan datang, disamping dapat memberi nubuatan (prophecy) mengenai perkara-perkara yang akan berlaku tetapi sebenarnya belum lagi berlaku.
Tetapi kita semua tahu sememangnya semua ini hanyalah ANDAIAN Timbon semata-mata. Dan jika Timbon boleh membuat andaian kita pun boleh juga membuat andaian yang sama. Andaian kita ialah: jika terbenanya empangan itu kelak dan tiba-tiba datang pula banjir besar dengan hujan tidak berhenti-henti selama 40 hari dan 40 malam (saya teringat cerita Nabi Noah pula!) menjadikan empangan 1,000 kaki hingga 2,000 kaki itu pecah. Bayangkan apa yang akan terjadi. Penduduk kampung-kampung di sepanjang tebing Sungai Kadamaian bermula dari Kg. Tambatuon seperti Kg. Lingkubang, Kg. Bundu Paka, Kg. Purakogis, Kg. Malangkap Baru, Kg. Narinang, Kg. Sogoh, Kg. Taginambur, Kg. Ratau, Kg. Tamu Darat, Kg. Gaur, Kg. Rajunah, Kg. Rangalau, Kg. Piasau dan beberapa kampung yang lain akan hanyut ke laut. Semua kampung-kampung tadi adalah didiami oleh penduduk dari kaum Kadazandusun ("KDM"). Maka akan terjadilah satu kejadian sangat ngeri di kawasan ini dimana mayat-mayat orang KDM akan terapung-apung di Laut Cina Selatan dekat dengan Kuala Abai dan Rampaian, Kota Belud. Dan mayat-mayat orang KDM juga akan bergelimpangan di persisiran pantai Pantai Emas, Kota Belud. PAALIS-PALIS!! Inikah yang ingin kita lihat akan berlaku?? Adakah kita sanggup melihat perkara ini berlaku semata-mata kerana ingin "pembangunan" yang berjumlah lebih RM400,000,000.00 di Kadamaian tetapi orang-orang KDM pula yang akan menjadi korban?
Ke-3, berhubung dengan perkongsian keuntungan sebanyak RM500,000.00 setahun dengan penduduk-penduduk Kg. Tambatuon, adalah terlalu indah didengar untuk menjadi sesuatu yang benar dan dipercayai.

Di mana Laporan atau Perjanjian atau Kertas Kabinet untuk menyokong kenyataan itu? Ia hanya keluar dari mulut Timbon kali yang pertama pada 14/07/2011. Adakah Kerajaan telah membuat jaminan ini melalui beliau? Jika ya, beri kami bukti! Kami telah dijanjikan 'apa sahaja' di bawah langit semenjak tahun 1963. Tetapi apa yang telah kita dapat apabila terlalu berpaut pada janji-janji? Jawapannya: Kita adalah negeri yang termiskin di negara ini.
Ke-4, kita tidak mempertikaikan bahawa air adalah keperluan asas rakyat, termasuk air untuk penanaman padi, tetapi soalannya ialah: kenapa mesti orang-orang Kg. Tambatuon harus juga dikorbankan demi 'pembangunan' ini? Kita tidak boleh lupa bahawa penduduk Tambatuon sudah berada di situ sejak zaman-berzaman. Sekarang dengan adanya empangan ini, mereka akan terpaksa melepaskan tanah nenek moyang mereka, kubur orang-orang mati yang dikebumikan di situ, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, kampung yang sangat indah dan juga kehidupan mereka dalam kampung itu. Apa sudah terjadi kepada slogan "Rakyat Didahulukan" seperti yang dilaung-laungkan?
Ke-5, kita telah mengatakan selama ini bahawa projek-projek pembangunan untuk rakyat adalah paling utama dan penting. Dan jika Timbon dan kerajaan merasakan bahawa empangan adalah salah satunya projek penting untuk keseluruhan Kota Belud, maka mereka perlu mencari tempat yang lebih sesuai seperti sungai yang datang dari bukit dan gunung yang lain di mana manusia dan makhluk akan kurang terjejas kecuali mungkin founa dan flora disitu, berbanding dengan "Rakyat" yang sepatutnya "Didahulukan".
Ke-6, jika Timbon terlalu ghairah mengenai empangan, saya ingin mencadangkan bahawa beliau harus mengadakan perbincangan/dialog hati ke hati dengan penduduk Kg. Tambatuon. Atau jika dia mahu, harus berdebat dengan mereka sekali supaya kedua-dua pihak akan berpuas hati kerana perasaan mereka dapat diluahkan. Kedua-dua pihak akhirnya akan mendapat manfaat. Atau jika beliau tidak bersedia untuk menghadapi rakyat Tambatuon, biarlah beliau berdepan dan berdebat dengan saya pada tempat, tarikh dan masa yang akan dipersetujui, atas isu yang sama.
Ke-7, sekarang ini mereka senyap tentang empangan ini sebab BN takut kalah dalam pilihanraya akan datang. Tetapi jika BN menang projek ini pasti akan diteruskan kerana RM400,000,000.00 terlalu sedap untuk dipandang & agak susah menahan air liur meleleh dari mulut! Jadi, pastikan BN kalah.

The people's voices must be taken into consideration.
ReplyDeleteRakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
ReplyDeleteSaya harap isu ini akan diselesaikan dengan secepat mungkin.
ReplyDeletesetiap projek yang dijalankan pasti ada kebaikan dan juga keburukan. terpulang pada penerimaan rakyat.
ReplyDeletesetuju dengan cadangan penulis bahawa perlunya untuk mengadakan perbincangan/dialog dari hati ke hati penduduk Kg.Tambatuon.
ReplyDeletepastikan kerajaan negeri/KM memberi penjelasan yang terperinci mengenai kesan baik/buruk pembinaan empangan ini jangan biarkan penduduk KB keliru dan bingung
ReplyDeletejika pembinaan empangan ini benar2 memberi faedah yang besar kepada pembangunan KB dan juga penduduk setempat, apa salah projek ini diteruskan
ReplyDeleteJangan sampai rakyat rasa tertindas. Utamakan kebahagiaan rakyat.
ReplyDeleteslogan "Rakyat Didahulukan" seharusnya diterap sepenuhnya oleh semua pemimpin Sabah
ReplyDeleteBukan baru cadangan kah ini?
ReplyDeleteThe people's voice should always be prioritize.
ReplyDeletelebih baik adakan perbincangan terbuka antara pihak terlibat dan penduduk KB supaya perkara empangan ini dapat diselesaikan secara aman
ReplyDeleteThis issue will influence the people's vote in the coming election. no doubt bout dat.
ReplyDeletepembinaan empangan tambatuon perlu mendapat persetujuan dari semua pihak terutamanya penduduk kampung berkenaan.
ReplyDelete"jika Timbon terlalu ghairah mengenai empangan, saya ingin mencadangkan bahawa beliau harus mengadakan perbincangan/dialog hati ke hati dengan penduduk Kg. Tambatuon."
ReplyDeleteThat's a very good suggestion. TImbon ought to have a heart to heart talk with the villagers. Their voice should be counted too in considering this project.
penduduk kena diberi penjelasan lengkap mengenai empangan tersebut agar mereka faham.
ReplyDeleteperlu diingatkan bahawa Sabah adalah negeri yang termiskin di negara ini, jadi pemimpin Sabah harus bijak menggunakan wang yang disalurkan oleh kerajaan Malaysia untuk menaiktarafkan kedudukan Sabah.
ReplyDeletepernahkah semua penduduk bersetuju dengan isu ini?
ReplyDeleteKL TAK MEMBERI TOLONG, JANGANLAH NANTI RAMPAS EMPANGAN INI.
ReplyDeleteI don't think this issue really matters now since the election is coming. People, do vote wisely.
ReplyDeleteHanyalah inginkan keuntungan, memang memalukan.
ReplyDeleteJadi, pastikan BN KALAH? DALAM MIMPI KAMULAH....
ReplyDeletekerajaan pasti akan mendahulukan rakyat...
ReplyDeletejadi rakyat haruslah bijak memilih dan menilai calon yang akan menjadi pilihan mereka kelak...jangan undi calon yang cantik di luar tapi buruk di dalam..
ReplyDeleteRm500K setahun? adakah perkara ini dipersetujui oleh kerajaan? mungkin ini hanya kata2 si Timbon dan bukannya kerajaan...jadi pastikan apa jua kenyataan yang dikeluarkan disusuli dengan bukti sahih..
ReplyDeletedialog dan perbincangan harus dilakukan antara kerajaan, pemaju dan penduduk tempatan yang terlibat...
ReplyDeletenampaknya isu ini sangat menarik perhatian SAPP untuk dijadikan sebagai alat politik menjelang pilihanraya akan datang...
ReplyDeletekerajaan negeri sudah setuju untuk menubuhkan jawatankuasa2 untuk menyelesaikan isu2 yang membebankan rakyat sabah..antara JK yang ditubuhkan adalah untuk menyelesaikan isu tanah..diharapkan Jk tersebut akan dapat mencari penyelesaian bagi isu empangan tambatuan ini yang mana telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang..
ReplyDeleterakyat sabah tahu menilai..kita tunggu dan lihat siapa yang akan menang pada PRU akan datang..
ReplyDeletekita tunggu dan lihat kesudahan isu ini.
ReplyDeletesebarang isu yang berlaku ianya perlu diselesaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteyang penting kepentingan dan keperluan semua pihak dijaga dengan sebaiknya.
ReplyDeleteKB MP has explained the thing further. Pls refer to today's Daily and Borneo Post newspapers.
ReplyDeleteJangan hangatkan isu yang telah masih dalam perbincangan.
ReplyDeleteJika difikirkan sendiri memang empangan ini untuk kegunaan pada masa akan datang.
ReplyDeletePenduduk jangan hanya tahu mendengar dari hasutan pihak yang tidan bertanggungjawab. Kota Belud mahu dijadikan kawasan pertanian yang terbesar di Sabah. Maka empangani ini dapat membantu menyalurkan air untuk sawah padi nanti.
ReplyDeleteEmpangan ini juga dijadikan sebagai sumber air bersih di kawasan Kota Belud nanti, pada masa sama juga dijadikan sebagai penjana hydro elektrik dan boleh dijadikan sebagai tempat pelancongan. Cua fikirkan sendiri kawasan siapa yang akan meningkat dan maju nanti pada akan datang. Bukannya ini kerajaan semata-mata tapi ini demi kepentinga penduduk dikawasan tersebut.
ReplyDeleteIssue and issue.
ReplyDeleteTunggu lah berita dari jabatan berkenaan.
ReplyDeletesebetulnya memang banyak keuntungan jika empangan ini dibuat kepada penduduk KB,dari segi pertanian,pelancongan,hydro,bekalan air untuk masa depan.kerana sabah sekarang adlah negeri termiskin di malaysia.sememangnya kerajaan BN buat semua ini ada jalan penyelesaian kepada penduduk tambatuon yg terpaksa dipindahkan.kenapa pihak pembangkang telah mempolitikkan benda ini?bukanya nak menyelesaikan tapi nak menghasut minda rakyat untuk kebaikan PRU nanti...
ReplyDeletepembangkang sentiasa peka tehadap pertengelingkahan antara kerajaan dengan rakayat.kononya nak menyelesaikan masalah tersebut tetapi masalah sendiri tak juga selesai2.NAK JADI ROBINHOOD KONO!!!!saya sokong 100% kenyataan mengenai pembangkang di atas. pembangakang NO chance la... bgu xpayah berpolitik..!!
ReplyDeleteTiada keburukan dengan pembinaan empangan TAMBATUON malah mendatangkan begitu banyak manfaat khas untuk penduduk dan peneroka pertainian. Projek ini seharus diberi sokongan untuk menjayakan.
ReplyDelete"berhubung dengan perkongsian keuntungan sebanyak RM500,000.00 setahun dengan penduduk-penduduk Kg. Tambatuon, adalah terlalu indah didengar untuk menjadi sesuatu yang benar dan dipercayai."
ReplyDeleteKerajaan seharus memberi penjelasan dan confirmation sama ada perkongsian keuntungan ini wujud agar tidak mengelirukan penduduk.
Projek pembangunan sering mendatangkan kesan positif dan negatif. Setiap projek seharus dirancang supaya mengurangkan risiko dan kessan sampingan. Rakyat seharus diutamakan. Pembangunan empangan memang baik untuk seluruh kota belud, seharus dibawa bincang dengan penduduk supaya mereka bersedia menghadapai perubahan.
ReplyDeleteThere is always "give & take". Often people complaints that no development. But when development take place, still people complaints that government sacrifice themself for the success of the project plan. It's always hard to fulfill everyone. Each needed to compromise for the better tomorrow.
ReplyDeleteJika projek pembinaan empangan yang mendatangkan begitu banyak manfaat seperti kegunaan bekalan air minuman untuk penduduk, tujuan pengairan Jelapang Padi Sabah, tempat tumpuan pelancung dan juga sumber letrik hydro. Tiada sebabnya untuk membantah projek menaik taraf ini. Semoga projek ini diberi sokongan untuk menjayakannya.
ReplyDeleteia adlah kebaikan bersama.
ReplyDeleteI don't find any reason why to reject such proposal. Everyone could gain benefits, should we support?
ReplyDeleteUntuk kebaikan generasi akan datang, projek pembangunan dan naik taraf seharus dijalankan. Penduduk di kawasan sana seharus dipindah ke tempat yang lebih strategik.
ReplyDeletememang adil untuk mengorbankan sesuatu demi mendapatkan sesuatu. Untuk perkembangan yang berterusan dan perubahan dari segi ekonomi dan kehidupan, penduduk perlu juag mengorbankan tempat duduk asal supaya projek dapat dijalankan untuk kegunaan dan manfaat generasi akan datang.
ReplyDeletesekali sekala cadangkan la mana tempat di kota belud ini yang benar2 sesuai untuk melaksanakan projek mega itu..
ReplyDeleteSetiap projek seharus dirancang dengan terperinci, penduduk seharus diberitahu supaya bersedia untuk berpindah ke tempat yang lebih sesuai agar projek dijalan dengan lancar. Cuma teragu-ragu dengan "perkongsian keuntungan sebanyak RM500,000.00 setahun dengan penduduk-penduduk Kg. Tambatuon", adakah ini benar?
ReplyDelete"Kata-kata ini sungguh menyedihkan kerana walau pun Sabah menyumbang berbillion-billion Ringgit setiap tahun kepada Kerajaan Pusat kita tidak akan ditolong langsung walaupun malapetaka seperti kemarau menimpa kita?"
ReplyDeletebukankah pembinaan empangan itu juga merupakan satu pertolongan?? takkan la masa kemarau baru hantar bantuan berupa air bergelen2 dari semenanjung ke Sabah...
linda said...
ReplyDeletedialog dan perbincangan harus dilakukan antara kerajaan, pemaju dan penduduk tempatan yang terlibat...
Agreed to Linda. Any project should organise open discussion among the government, contractor and the people. They need time to relocate also. Hope the issues can be solved soon.
berkorban sedikit untuk kebaikan orang ramai dan generasai masa akan datang.penduduk tambatuon janganlah pentingkan diri sendiri!! ow azroy tempat sesuai untuk dipindahkan?? di mana ya?? da kosong lagi ka di pulau mantanani tu... cna ekonomi lagi terjamin dari segi pelancongan,penternaklan ikan dalam sangkar dan menangkap ikan.. mcm mna da ok tak??
ReplyDeletepentingkan diri sendiri??itu la komen yang paling bangang saya pernah dengar...cuba kalau terkena pada kampung sendiri baru tahu apa yang kamu rasa...dari mana penduduk kampung mahu dapat duit kalau sawah padi,kebun getah dan kebun buah-buahan diambil..tiada otak kah mau fikir tu semua...
ReplyDelete