TERIMA….Abdullah Sani menerima dokumen sah Hak NCR di Pulau Pandanan dari Pewaris Pulau berkenaan iaitu Datu Pengeran Ahmad Datu Ali Alam sebagai tanda sokongan untuk bersama mempertahankan Hak Warisan Pulau Pulau di Semporna.
Oleh : URUSETIA LCF-TSMP.
TERPANGGIL oleh rasa tangggung jawab terhadap warisan adat dan ingin membersihkan nista para pewaris di Pulau Pandanan yang sebelum ini pernah menjadi bahan cemuhan masyarakat antarabangsa akibat peristiwa penculikan di Pasir Resort beberapa tahun dulu, para pewaris menyongsang arus mempertikaikan pembohongan kerajaan negeri Sabah.
Sekali lagi Pulau Pandanan menjadi bahan bualan masyarakat dengan skandal penjualan pulau itu di peringkat antarabangsa apabila Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah (JTU), Datuk Osman Jamal mengesahkan bahawa Pulau Pandanan salah satu pulau yang telah dijual di peringkat antarabangsa yang berpusat di America syarikat oleh pemiliknya.
Pewaris Pulau Pandanan, Datu Pengeran Ahmad bin Datu Ali Alam yang mempunyai Hak NCR di pulau berkenaan iaitu Pulau Pandanan Kecil memaklumkan bahawa kenyataan Osman Jamal adalah ‘satu pembohongan besar dan berniat malafide (jahat) dan tidak berasas’ apabila memaklumkan pulau itu sedang dipantau aktivitinya kerana isu penjualan di luar negara.
Datu Pengeran Ahmad memaklumkan bahawa tiada pewaris yang berbuat demikian dan bertindak melakukan kerja ‘subversif’ ini seperti mana yang didakwa oleh Pengarah JTU.
Beliau memaklumkan, laporan Pengarah JTU yang menyatakan bahawa Pulau itu memiliki Status Geran CL adalah tidak benar sama sekali, kerana Pulau Pandanan yang mempunyai dua buah pulau dan hanya memiliki dua geran NT di Pandanan Besar dan satu geran Hak NCR di Pulau Pandanan Kecil.
Jesteru itu, Datu Pengeran Ahmad memberi amaran agar Osman Jamal berhati-hati membuat kenyataan supaya tidak memberi impak dan kesan buruk kepada nama baik para pewaris Pulau kerana tindakan cuai dan ‘sedap mulut’ sebegini hanya akan menyebabkan timbulnya isu yang bakal memberi kesan negatif kepada pemilik pulau berkenaan.
Datu Pengeran Ahmad memaklumkan bahawa sejak 1960, Pulau Pandanan Besar hanya memiliki dua geran berstatus NT (Native Title) yang tidak boleh dijual kepada pihak luar, lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun Datu Pengeran Ahmad terkilan dengan kenyataan Osman Jamal dan tidak tahu dari mana Pengarah JTU mendapat maklumat bahawa Pulau Pandanan memiliki Geran CL.
“Saya harap beliau tidak berat lidah memohon maaf daripada para pewaris yang telah dimalukan di peringkat antarabangsa,” kata Datu Pengeran Ahmad yang mendesak agar isu kedaulatan pulau ini dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Sabah dan di Parlimen.
Datu Pengeran Ahmad yang terbaca beberapa laporan berhubung Dilema Pulau Pulau Semporna di Sabahkini.net terutama Krisis Perundangan dan Peraturan Di Tun Sakaran Marine Park (TSMP) di antara LCF-TSMP (Local Communitee Forum–Tun Sakaran Marine Park) dan Taman-Taman Sabah kesal dengan senario yang berlaku dan menggesa Kerajaan Negeri Sabah bertindak segera.
Cadangan niat Pewartaan Pulau Sipadan oleh Taman-Taman Sabah, kata Datu Pengeran Ahmad menyebabkan Pewaris Pulau Sipadan Haji Abdul Raup Bin Mahajud mengemukakan bantahan; ekoran beberapa masalah yang dicipta oleh Pejabat Tanah dan Ukur dan Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Semporna telah mendatangkan seribu satu persoalan kepada para pewaris Pulau di Semporna, kepada penduduk tempatan dan juga kepada generasi muda Semporna.
Isu kedaulatan dan hak yang terancam di pulau-pulau di Daerah Semporna yang tidak mendapat perhatian wajar dari Wakil-Wakil Rakyat (ADUN dan MP) di Parlimen Semporna, kata Datu Pengeran Ahmad, akhirnya menimbulkan tanda-tanya kepada para pewaris adat istiadat masyarakat Bajau di Semporna; apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Wakil-Wakil Rakyat Semporna sehingga perkara ini timbul?
Kata Datu Pengeran Ahmad, sampailah bilakah Wakil-Wakil Rakyat BN akan terus mencipta dan menimpakan masalah kepada para pemilik dan pewaris Geran NT dan Pemilik Hak NCR seluruh pulau di Semporna?
“Pihak kami mendapat laporan tidak rasmi bahawa semenjak tahun lalu lebih 10 individu dan syarikat persendirian yang menyaman PPHT Semporna dan mengheret mereka ke mahkamah untuk mendapatkan pengadilan,” kata Datu Pengeran Ahmad yang mengesahkan bahawa Peguam Negeri Sabah telah menulis surat kepada PPHT dan Pejabat Tanah Semporna bahawa mereka tidak lagi akan mewakili mereka ekoran kepincangan dilakukan institusi berkenaan di peringkat akar umbinya sehingga ke peringkat.
Memandangkan pemasalahan yang timbul, kata Datu Pengeran Ahmad, Waris Pulau Pandanan telah membuat jejak yang seperti mana Waris Pulau Sipadan untuk menyertai perjuangan LCF-TSMP di Pulau-Pulau Semporna supaya dapat dijaga dan dikekalkan mengikut adat istiadat masyarakat setempat.
Hak NCR mesti dipertahankan, ini hak rakyat.
ReplyDeleteKita memerlukan pemimpin yang lantang bersuara dan mampu mempertahankan hak rakyat.
ReplyDeleteAs a Sabahan, assets like islands should not be own by a single person & a number of individuals.
ReplyDeleteIn Sovereign point of view, some of these island is important in claiming our sea territories & the valuable resources such as Gas & Oil.
pawars pulau tersebut harus pertahankan pulau mereka.
ReplyDeletesebarang isu yang berlaku perlu diselesaikan dengan sebaiknya.,
ReplyDeletekepentingan semua pihak haruslah dijaga dengan sebaiknya.
ReplyDeletePihak bertanggungjawab harus main peranan untuk bela hak rakyat. Bangun...bangun
ReplyDeleteTerlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
ReplyDeleteThose land claimer only want to get fast money...mark my word brother!
ReplyDeleteI doubt that they will get the island. Most of Sabahan will going to against it...
Bagaimana seorang bugis boleh jadi pengarah Land and Survey Sabah?
ReplyDeleteInilah kes BUGIS Indonesia lawan Bajau Sabah.
jangan harap dengan mudah pulau2 di Sabah ini dijual kepada orang asing.
ReplyDeletekadang2 masalah tanah juga berpunca daripada Jabatan Tanah dan Ukur itu sendiri.
ReplyDeleteApa lagi yang ditunggu jika semua sudah ada bukti...
ReplyDeleteKalau sudah terang2 berbohong, jatuhkan saja hukuman kepada beliau.
ReplyDeleteIsu tanah sememangnya amat sensitif di Sabah. Siapa2 yang mempunyai tanah jangan sekali2 memberi hak tanah itu kepada orang luar.
ReplyDeleteKenapa banyak PENDATANG HARAM dari pakistan dan indonesia boleh memperolehi tanah NCR tetapi tanah NCR bumiputra Sabah dirampas oleh kompani besar dari malaya?
ReplyDeleteTepuk dada tanya selera, ini semua kerja siapa jika bukan pemimpin UMNO yang jahanam?
Jangan berbuat jahat pada yang lain nanti kebalikan baru tau.
ReplyDeleteMemang patut pun waris2 ini menuntut keadilan. Mereka berhak berbuat macam tu.
ReplyDeleteMusang bin tidak aman akan dapat hukuman dia nanti dari ALLAH. Kita tunggu dan lihat saja.
ReplyDeleteOsman jamal dari indonesia dan musang bin tidak aman dari pakistan datang Sabah terus dapat MYKAD dan terus menjadi 1st klass bumiputra Sabah dan boleh sesuka hati merampas tanah2 bumiputra orang bajau, sungei, KDM, Brunei dan sebagainya di Sabah.
ReplyDeleteAku yakin tidak lama lagi semua bumiputra ori dari Sabah akan menjadi pelarian ditempat sendiri dan PENDATANG HARAM dari Indonesia, pilipin dan pakistan akan menjajah mereka jika mereka masih undi parti import dari malaya UMNO atau PR.
Anak2 dan cucu cicit kamu akan menjadi kuli kepada PENDATANG HARAM sebab mereka adalah TUAN.
Kamu tunggu dan lihat saja.
Ko ada bukti ka dorang ni pndatang tanpa izin??bodoh punya orang!!!
Deletepengarah Jabatan Tanah memang patut dilucutkan jawatan.. terlalu banyak masalah dia sumbangkan di negeri ini..
ReplyDeleteHarryzan, jika kamu masih undi sama parti import dari malaya UMNO atau PR, bumiputra ori Sabah akan terus dijajah oleh PENDATANG HARAM dari negara jiran selama-lamanya.
ReplyDeleteJangan menjual hak orang lain dengan sesuka hati.
ReplyDelete