JALAN MELINTAS SUNGAI ... jalan yang dibina turut melintasi sungai |
TENOM: Meskipun pembinaan jalan raya untuk kemudahan awam berada di bawah tanggungjawab jabatan Kerajaan namun sebuah keluarga penoreh getah di Kg Pamilaan kira-kira 25km dari sini mengambil inisiatif mengeluar sumber kewangan sendiri bagi mempercepatkan hasrat mendapat kemudahan pengangkutan sampai ke tangga rumah.
Joitus Kintang, 52, yang membina jalanraya hampir 1kilometer di Kg Tailan-Pamilaan memberitahu bahawa beliau boleh memohon kepada Kerajaan untuk membina jalan itu namun tidak yakin adakah permohonan itu nanti dapat diluluskan dalam jangka masa setahun dua.
“Malahan kami juga pernah membincangkan dalam JKKK mengenai keperluan pembinaan jalan itu tapi seperti biasa kita kena bersabar menunggu beberapa lama sebelum permintaan mendapat perhatian,” jelas Joitus.
“Saya mengambil inisiatif membayar jentera pembinaan jalan raya dan kini jalan itu sedang memberi menfaat kepada Sembilan buah rumah,” kata Joitus sambil menjelaskan jalan itu dibina merentasi sawah milik keluarganya.
Begitupun Joitus berharap, jabatan berkaitan perlu mengambil maklum bahawa jalan itu dibina secara persendirian dengan kos hampir RM10,000 dan perlu diletakkan di bawah tanggungjawab pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat penjagaan dan penyelenggaraan.
JALAN MERENTAS KAMPONG ... jalan baru menjalar melepasi kampong dan tanah sawah |
Sementara itu seorang aktivis sosial menyifatkan langkah Joitus itu sebagai inisiatif yang perlu diberikan penghargaan oleh pihak kepimpinan politik kawasan dan juga Pejabat Daerah.
Oleh: Mail Mathew
Jabatan berkaitan perlu merekodkan pembinaan jalan ini demi pelaksanaan naik taraf dan penyelenggaraan.
ReplyDeleteI commend the villagers for taking this matter into their own hands rather than waiting for the government to hear their plight. Now I hope they are able to reclaim the cost of building the road from JKR.
ReplyDeleteI'm sure Joitus contribution is highly appreciated by the villagers there. Good job.
ReplyDeletekerajaan patut membayar balik kos pembinaan jalan itu kepada Joitus dan memperkemaskan lagi jalan itu untuk keselesaan penduduk kampung. itu adalah tanggungjawab kerajaan bukannya penduduk kampung.
ReplyDeleteMarilah kita semua bersatu padu undi SAPP jadi kerajaan Sabah untuk menghalau semua parti import dari malaya keluar dari Sabah dalam PRU13.
ReplyDeleteOrang Sabah hari ini bukan palui macam dulu. Kita tahu bagaimana nak mentadbir negeri sendiri dan tak payah lah orang dari seberang sibuk di Sabah terutama UMNO yang jahanam!
Joitus Kintang seorang yang baik kerana membina jalan tersebut sendiri, hrap pihak JKR dapt membantu menaiktaraf lagi jalan tersebut.
ReplyDeletekeperluan penduduk perlulah sentiasa diberikan perhatian...
ReplyDeletetidak dinafikan kalau tunggu bantuan dan kelulusan kerajaan memang mengambil masa yang lama. jadi ini memang satu inisiatif yang baik dan terpantas untuk mereka memandangkan jalan raya merupakan keperluan penduduk.
ReplyDeleteharap lepas ni jalan raya tersebut diturap pula oleh JKR. kalau penduduk kampung yang menurap sendiri jalan tu memang mustahil la. harap2 dapat kelulusan dengan cepat
ReplyDeleteBaguslah penduduk kampung ada alternatif sendiri.
ReplyDeleteJoitus juga berharap tiada pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan membuat dakwaan bahawa pembinaan jalan itu adalah projek mereka lalu mengemukakan tuntutan kos pembinaan dari jabatan-jabatan berkaitan.
ReplyDeleteMemang sandi kalau ada orang lain mahu pok silap.
Nasib baik ada penduduk yg berkemampuan mcm Joitus...kalau yg memang kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu ada...jangankan jalanraya dpt dibinanya, mungkin pondok yg mereka tmpt beteduh entah sampai bila talian hayatnya bertahan. Yg heran...org2 yg sihat2 dan berkemampuan senang2 dpt bantuan rumah. Di Kemabong..Naib Ketua Umno pun dpt pprt?
ReplyDeleteHarap kemudahan jalan dapat menjadi kenyataan kepada penduduk kampung yang mengimpikannya. Janji yang diberikan sebelum ini haruslah dikotakan sepenuhnya.
ReplyDeletekerajaan sabah skrg bkn le dharap lg.... bnyk lg yg mengalami kes begini ne xdipedulikan...masa kemapen raya... phui semuanya dusta!!! n7 kadamain...
ReplyDeleteraindrop.. jangan harap jalan kena turapla gaman... jalan utama masuk kampung korang pn belubang-lubang ini lagi jalan persendirian.. pembaikan jalanraya akan dilakukan apabila keperluan mendesak.. juga akan dinaik taraf jika jalan tersebut digunakan untuk mengangkut hasil produk kg. tapi kalau untuk jalan ja lama lagila tu
ReplyDelete