KOTA KINABALU: Sejak awal-awal lagi Parti Maju Sabah telah membuat desakan dan kerjasama badan-badan NGOs dan parti-parti politik di Sabah supaya menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bersabit dengan pendatang tanpa izin.
Desakan ini bukanlah melibatkan soal bangsa atau agama, tidak sekali, tetapi ianya difokuskan kepada soal undang-undang Negara, peraturan dan kedaulatan negara kita Malaysia. Ianya tidak akan mengakibatkan sensitiviti sesiapa khususnya rakyat Malaysia di Sabah. Jangan sesiapa berani membuat kenyataan untuk menakut-nakutkan rakyat negeri ini tentang penubuhan RCI.
Desakan Parti Maju Sabah (SAPP) bersabit dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukanlah perkara baru. Inisiatif SAPP berkenaan dengan ini telah diusahakan sejak beberapa tahun yang lalu.
Masalah PENDATANG TANPA IZIN (PTI) sudah menjadi masalah universal diseluruh dunia bukan sahaja di Malaysia atau di Sabah khasnya. Tidak ada satu negara di dunia ini yang bersetuju dan membenarkan kemasukan pendatang-pendatang tampa izin.
Kemasukan pendatang tanpa izin yang tidak terkawal menggambarkan kelemahan sistem kawalan Negara dan mencabuli kedaulatan negara. Tanpa ditangani masalah ini akan menimbulkan situasi huruhara dan menjejaskan keamanan dan keharmonian sesebuah negara atau negeri. Akan wujud masalah sosial, meningkatnya tahap jenayah dan menimbulkan masalah identiti, sebuah negeri/ negara yang memerlukan keamanan dan stabiliti.
Usaha SAPP atas perkara ini, pada 6hb April, 2011 lebih dari 50,000 rakyat Malaysia di Sabah telah menandatangani surat rayuan (petition) untuk merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) demi untuk menyelesaikan masalah PTI yang sudah sampai jumlah ratusan ribu di Sabah.
Surat rayuan tersebut telahpun disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Muhiddin Yasin semasa persidangan parlimen oleh rombongan SAPP yang diketuai oleh YB Datuk Eric E. Majimbun, Ahli Parlimen Sepanggar. Salinan surat rayuan tersebut juga telah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj. Aman.
Sesiapa sahaja berhak memohon Kad Pengenalan (I.C) melalui proses-proses yang sah dan telus menurut Undang-undang yang diaktakan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
Tujuan dan objektif Parti Maju Sabah (SAPP) mendesak supaya RCI ditubuhkan memandangkan beberapa faktor penting yang harus diambil kira:
- Meneliti dan mengkaji kebanjiran PTI di Sabah;
- Membuat penyiasatan yang terperinci terhadap kenaikan mendadak kadar pertumbuhan penduduk di Sabah;
- Memastikan pembersihan daftar pengundi di Sabah; dan
- Membuat penyiasatan yang terperinci tentang pengeluaran Kad Pengenalan (Projek I.C) kepada pemohon-pemohon yang tidak berkelayakan.
Sebagaimana yang diketahui Kerajaan telah menubuhkan beberapa badan penyiasatan seperti Makmal PTI, Parlimentary Select Committee, pelancaran konsep 5P dan 6P dalam tahun ini, tetapi malangnya tidak ada tindakan lanjut dan keputusan muktamat dilaksanakan demi untuk menyelesaikan masalah PTI yang sudah berlarutan sekian lama dinegeri ini.
Dengan itu, atas rayuan rakyat Malaysia di Sabah dan desakan Parti Maju Sabah, badan-badan NGOs dan parti-parti politik sama ada pembangkang dan komponen Barisan Nasional Sabah, Kerajaan Pusat harus memberi pertimbangan yang sewajarnya dan prihatin terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan segera.
Please SAPP Leaders, beware and do some intensive checking at Meridian Hotel and Resorts!
ReplyDeleteIC Project is on going now by Akjan and a few individuals believed to be the BNsUMNOs anak2 buah .
JPN and SPR is behind this project initiated by BNUMNOputras!
This is not a lie its true!
Please SAPP leaders or PKR n DAP leaders, you all can cooperate now.
They are doing this to win allthe Non Muslim constitunces.Please believed me. I know this from an officer from JPN.This is real. They are asked to find asmany PATI as possible and some of them will be registered to vote for the Opps. state in West Malaysia.
They pay RM300. for a head!
I looked at the photo and count less than 20 bumiputra leaders and half of them can become my grandfather.The way I look they will all lose their deposits in the next GE.How can SAPP form the govt?
ReplyDeleteSupport RCI! It's now or never.
ReplyDeleteIni adalah untuk kebaikkan bersama, kita harus sokong!
ReplyDeleteKita tidak akan tahu keberkesanannya sehinggalah kita mencubanya.
ReplyDeleteRasanya kebanyakan rakyat Sabah juga menyokong penubuhan RCI ini. Harap ia mendapat lulusan daripada kerajaan.
ReplyDeleteKita tunggulah pengumuman daripada kerajaan persekutuan.
ReplyDeleteYong Teck Lee Thank for being a warrior and the best fighter for Sabahan...keep on if not you and who will fight for us nothing else... You will win in any fight...
ReplyDeleteYTL didn't win in any fight like what Anon said above,he lost badly in Batu Sapi by-election.
ReplyDeleteSAPP will forever remain as an Opposition party.Thats the fate of YTL because he can do a better job opposing than governing.
ReplyDeleteada yang lebih awal buat desakan itu selain sapp.. yang penting sekarang fokuskan supaya RCI benar2 dapat ditubuhkan, bukan fokus siapa yang lebih dulu membangkitkan perkara itu..
ReplyDeletemajoriti penduduk Sabah mmg menyokong penubuhan RCI.
ReplyDeleteharap RCI akan ditubuhkan, ia adalah harapan penduduk Sabah.
ReplyDeleteSAPP adalah yang terbaik untuk menyiasat mengenai PATI yang terdapat di Sabah dan juga mengenai Mykad.
ReplyDeleteBukan saja SAPP menyokong RCI malahan Kerajaan Negeri sendiri pun terus menyokong untuk penubuhan RCI untuk Sabah.
ReplyDeletebukankah parlimen sudah meluluskan penubuhan RCI ni? saya rasa tiada alasan lagi untuk menolak RCI memandangkan majoriti rakyat Sabah menyokongnya.
ReplyDeletecuma saya hairan kenapa pemimpin seperti Bung Mokhtar boleh menolak penubuhan RCI ni.
ReplyDeleteParti kerajaan pun rasanya menyokong pertubuhan RCI. RCI patut disokong oleh semua rakyat Sabah. Kalau semua sokong rasanya pelaksanaan RCI akan berjalan dengan lancar. Mudah2an la kan.
ReplyDeleteSekiranya kerajaan pun menyokong, harap2 Parlimen dapat meluluskan RCI.
ReplyDeleteUMNO adalah parti untuk pendatang haram di Sabah.
ReplyDeleteLebih daripada 55% penduduk bumiputra Sabah adalah terdiri daripada PENDATANG HARAM dan telah melebihi penduduk asal KDM dan bajau!
ramai yang mahukan RCI ini ditubuhkan.
ReplyDeletemasala pati telah lama berlaku, harap ianya akan dapat diselesaikan.
ReplyDeleteWith the initial steps to set up the RCI, hopefully it acts as the first 'nail to the coffin in regards to to illegal immigrant question in Sabah
ReplyDeleteits a positive sign to see all sides in Sabah are on the same page regarding to the 'illegal immigrant question' in Sabah.
ReplyDelete