Search This Blog

Friday, December 30, 2011

Perkasa lapor polis kempen bebas Anwar, paderi Eu

Fazy Sahir

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu polis menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang merancang kempen tersebut.

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di sini dengan disertai 30 anggotanya.

Laporan pertama berhubung kempen ‘Bebas Anwar 901′ yang dijadual di adakan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan

Duta di sini pada 9 Januari ini dan laporan kedua, berhubung tindakan paderi Dr Eu Hong Seng mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Tinggi dijangka akan membuat penghakiman pada hari itu berhubung kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu polis menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang merancang kempen tersebut.

Ujarnya, “perbuatan mereka dengan mengajak rakyat untuk turun itu sengaja akan mencetuskan huru-hara. Biarkan kes berjalan tanpa gangguan. Sebagai rakyat yang waras mereka sudah matang untuk membaca keputusan yang akan diberikan.

“Sebagai ahli dewan rakyat, saya membuat laporan untuk mendesak polis menyiasat siapa perancang kepada cadangan mengadakan perhimpunan 9 Januari seperti risalah yang ditaburkan. Polis hendaklah mengambil tindakan dan guna kuasa mereka untuk menyiasat siapa perancang kempen agar Malaysia selamat,” katanya.

Kenyataan Eu tidak bertanggungjawab

Sementara itu Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar, pula mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan ke atas paderi Dr. Eu Hong Seng di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mempertikai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ini berhubung kenyataan Eu yang juga Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) itu pada majlis minum petang di sebuah gereja di Subang Jaya, Sabtu lalu itu berbentuk provokasi, menghasut dan tidak bertanggungjawab.

Abdul Rahman mempersoalkan Eu yang tidak memahami perlembagaan dan pada masa sama melahirkan kekecewaan terhadap Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang hadir di majlis itu namun enggan bertindak membetulkan keadaan.

“Adakah paderi faham maksud perlembagaan 153? Kata perlembagaan itu wujud untuk orang Islam dan Melayu sedangkan ia melindungi hak Bumiputera Sabah, Sarawak yang juga penganut agama kristian.

Sepatutnya tindakan diambil di bawah Akta Hasutan kerana perlembagaan itu tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak, individu mahupun rakyat Malaysia. Siasat paderi terbabit dan polis guna kuasa undang-undang dengan tegas,” katanya.

Mengulas lanjut hal itu, Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan Eu bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa.

Beliau turut menimbulkan kemusykilan ekoran majlis minum petang itu turut dihadiri pemimpin Pakatan Rakyat dan Tsu Koon.

“Apa motif perjumpaan dalam gereja oleh Tsu Koon, Hanna Teoh, Tian Chu, Anwar? Motif nak pesong rakyat….”dakwa beliau.

30 comments:

  1. Perkasa terdiri daripada manusia sampah sarap.

    ReplyDelete
  2. Ibrahim toli lebih baik kamu balik indonesia. Bikin semak saja di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Weee! Benci aku nampak muka ini BullFrog!
    Nombor satu RACIST sama kuat mengampuh, membodek dan membatu api.

    PERKASA HITAM...dari gua hantu!
    Ibrahim Ali should be shoot with taik !

    ReplyDelete
  4. minta maaf kpd saudara muslim...komen ini ditujukan kepada ibrahim ali yang sangat racist....

    hari tu dia cakap ready for perang salib (entah siapa yg mahu buat perang.... ?)

    kenapa tiada org yg mahu kenakan tindakan akta hasutan 1948 terhadap dia.....? heran kan...?????

    ReplyDelete
  5. malaysia kan, boleh......segala2nya boleh.....

    bukan kita tidak tau...haiya......

    ReplyDelete
  6. Ibrahim Ali,ada hati juga nak jadi CALON? Manalah UMNO nak bagi slot dia untuk kamu.

    Kesihan,biarlah Si Ibrahim terjun dengan labu labunya.

    Are winnable candidate Mr Ibrahim?

    ReplyDelete
  7. Tahu apa erti Perang Fi Sabillah Mr Ibrahim? Jangan cakap sebarangan,nanti mati beragan.

    ReplyDelete
  8. Asal ini Hantu jerangkung buka mulut mesti macam syaitan punya kata2!

    Berlagak alim dan warak konon! Pejuang Melayu lagi!
    Betulkah?
    No...no...no...! Ibrahim keturunan orang asli semai tapi mengaku Melayu.
    Dulu kuat makan babi hutan bah dia ni!

    Ibrahim bilang guru christian tidak berhak untuk mengajar budak2 islam dan perlu dihalau! Kamu semua sudah lupakah? Tapi kenapa tiada yang tangkap dia atas kenyataan RACISTnya itu?

    Bikin malu sama sdra2 muslim yang baik2 di Sabah n Malaysia!

    ReplyDelete
  9. masa bersih ingin buat perhimpunan tiap-tiap hari muka si gempol ini melalak seperti anjing dengan bermacam-macam ugutan dengan menyuruh peniaga dan bangsa cina tidak keluar ke KL tapi bila sampai acara kemuncak perhimpunan itu laaaaa buat steetment pula bini dia tidak bagi keluar untuk membawa perkasa berdemo bagi bertembung dengan perserta bersih....maka ini lah manusia yang paling munafik di muka bumi ini, melolong tidak tentu pasal

    ReplyDelete
  10. Rasanya majoriti menyampah gila sama si Ibrahim Ali ni. Hairanlah kalau masih yang ada mahu sokong ni orang. Dia lah racist no.1 di negara ni. Makin ramai ikut telunjuk dia, makin hancur ni negara.

    ReplyDelete
  11. Enough Mr. Ibrahim. You're too much. Silap haribulan ketulahan sendiri.

    ReplyDelete
  12. Semua yang berlaku ada cara penyelesaian. Sila cari cara2 penyelesaian itu dan selesaikan kes ini dengan segera.

    ReplyDelete
  13. Setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya yang tertentu.

    ReplyDelete
  14. Harap isu Anwar ini boleh diselesaikan dengan adil, kita tunggulah keputusan daripada hakim.

    ReplyDelete
  15. Perkasa ini memang suka campur tangan dalam semua hal, walaupun tiada berkaitan dengan mereka.

    ReplyDelete
  16. Ish...Ish...Ish...Meluat kita nampak muka dan dengar kata2 orang ini!

    Ingat jika sepuluh orang mengutuk orang jahat, maka dia akan habis binasa!

    Begitulah kali nasib si Ibrahim yang RAJA RACIST INI!

    Kita lihat nanti keputusan PRU13 jika dia bertanding pasti dia ditendang jauh2 sebab dulu dia menang atas tiket PKR tapi lompat bebas pas tu ingin masuk UMNO tapi tidak juga diterima.

    ReplyDelete
  17. @Batu Bersumpah Hai ibrahim bin oli...bagus kau diam!! kau tiada sekolah punya orang...kenapa kau lembu kata perkara 153 perlambagaan persekutuan membela orang sabah dan sarawak!! penipu kau, pembohong kau, penghasut kau..terang terangan akta itu cuma membela melayu yang beragama islam, kau kata membela rakyat sabah...babilah aku.. persekutuan TIDAK PERNAH PUN BELA RAKYAT PRIBUMI SABAH..malahan persekutuan dengan perlambagaannyalah MERAMPAS HAK, KEISTEMEWAAN, KEKAYAAN DAN SEGALA GALANYA MILIK RAKYAT SABAH... sialan kau..sikit sikit konon bela rakyat sabah dengan tujuan untuk mendapat sokongan dan simpati dari rakyat tulen sabah...padahal kamu orang malayalah akar kejahatan dan pembuat masalah di sabah...makam tahilah kau.. Terima kasih KOO SHU KOON kamu orang yang berpendidikan pastinya dapat menilai sesuatu kebenaran itu dengan baik..tahniah

    ReplyDelete
  18. Nah! Terimalah kutukan dari orang asal Sabah wahai Ibrahim Gobuk!

    ReplyDelete
  19. Buang masa saja kamu komen pasal dia.Kamu ingat dia baca?

    ReplyDelete
  20. Ibrahim Ali ni mana tahu apa2.. dalam dewan pun boleh tidur.. semua yang dia cakap ikut teori politik perkasa saja, mana ada dia tengok realiti yang berlaku di Malaysia.. kalau dia berdebat dengan Dr. Eu, confirm kantoi..

    ReplyDelete
  21. kes Anwar akan diumumkan tak lama lagi, tapi tak perlulah nak buat perhimpunan untuk itu, ganggu ketenteraman sahaja.

    ReplyDelete
  22. apa2 isu sensitif tak perlulah dibangkitkan dan diperbesarkan.

    ReplyDelete
  23. Biarkan polis melakukan kerja mereka bagi memastikan keamanan dapat dikecapi.

    ReplyDelete
  24. Ibrahim Ali tidak perlulah menyibuk hal orang lain.

    ReplyDelete
  25. kenapa tidak kenakan hukuman pada Ibrahim Ali ni? dia pun kira menggugat dan mengancam keamanan negara.

    ReplyDelete
  26. jangan terlalu mengagung-agungkan kaum dan agama sendiri.

    ReplyDelete
  27. Ibrahim Ali lebih baik turun padang di kawasan Pasir Mas, silap2 haribulan bukan MP Parlimen lagi akan datang. Ibrahim Ali jadi femes bukan sebab tanggungjawab sebagai MP Kawasan Pasir Mas tapi sebab kutukan dia.

    ReplyDelete
  28. Orang seperti Ibrahim Ali pun boleh jadi ahli Parlimen? Ahli tidur boleh la

    ReplyDelete
  29. ramai yang tidak suka dengan Ibrahim Ali kerana sering menimbulkan isu.

    ReplyDelete
  30. berhubung kes anwar tunggu sajalah hingga selesai untuk mengetahui kesudahannya.

    ReplyDelete