Search This Blog

Thursday, March 29, 2012

Banjir di Lumadan tak ada penghujung

BEAUFORT:    Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa kerajaan bertindak segera membantu mengatasi masalah air banjir di Kg. Lumadan Laut, Bukau dan Tamalang Along. Pengerusi CLC Lumadan Jamain Sarudin berkata, masalah ini timbul berpunca dari sungai Api-api di kawasan Hutan Paya Gambut yang tidak dibersihkan.

“Sungai Api-api penting untuk mengatasi masalah banjir ini, adakah kerajaan memperjudikan nasib rakyat setempat hanya kerana mau kekalkan hutan paya gambut, siapa lebih penting”, tambah beliau lagi.

Sementara itu penduduk Kg. Lumadan Laut meminta kerajaan bertindak lebih serius untuk menangani masalah banjir di kampung mereka. Menurut salah seorang warga emas  Kajat Bin Wahab, sudah lebih sapuluh tahun beliau menghadapi limpahan air banjir.
“Ternakan mati, buah-buahan mati, hilang pendapatan, kerosakan harta benda, bila lagi YB mau bantu”, kata beliau.

Menurutnya, kejadian banjir paling teruk berlaku dalam tempoh terdekat ialah pada 7 februari lepas dan memaksa beliau meminta bantuan pasukan keselamatan untuk berpindah, (Photo: sambil menunjukkan tanda paras air)

Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi dan Sipitang Sapawi Ahmad telah melawat dan berjanji mengatasi masalah itu, tetapi sehingga kini tidak kunjung tiba. Beliau kesal kerana penduduk hanya dipergunakan sewaktu pilihanraya, tetapi selepas itu yang timbul hanya janji kosong.

Kajat yang bergantung hidup pada pendapatan hasil buah-buahan merenung sepi kebunnya yang digenangi air dan tertanya-tanya bilakah masalah itu boleh selesai.

“Dulu pakcik ada pendapatan dua hingga tiga ribu hasil buah-buahan, sekarang dua puluh sen tiada, pakcik tidak pernah gagal menunaikan tanggungjawab mengundi, tapi pakcik rasa rugi”, tambah beliau lagi.

Salah seorang penduduk berjiran dengan Kajat, Lee Thau Hong pula membidas sikap wakil rakyat Lumadan Kamarlin Ombi dan pegawainya yang hanya menabur janji kosong. Katanya wakil rakyat hanya mengambil gambar dan menyiarkan di surat khabar tetapi selepas itu tiada hasilnya.

“Ini banjir, bukan pesta air, YB pulang, kami orang kampung masih dalam keadaan sama” kata Lee lagi.

Dengan nada kesal beliau berkata, setiap kali perjumpaan mereka menyuarakan benda yang sama, tetapi tidak pernah diambil berat Kamarlin dan pegawainya. Beliau menggesa Kamarlin bertindak dengan segera, bagi membersihkan parit besar supaya air mengalir dengan mudah dan tidak menjadikan kampung Lumadan Laut sebagai kolam ternakan biawak. Tanggungjawab Kamarlin ialah mewakili rakyat dan membantu rakyat, dan bukan hanya tahu berjanji dan mengambil gambar kenangan.

24 comments:

  1. Sebelum PRU13, selesai tu masalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haraplah. Bagus juga kalau betul2 selesai sebab ini pun utk kebaikan rakyat juga.

      Delete
    2. penyelesaian terhadap masalah banjir harus dicari dengan secepat yang boleh.

      Delete
  2. Syukur saya punya kawasan kalau banjir pun tidaklah seteruk ini.

    ReplyDelete
  3. Gara-gara banjir, hilang punca pendapatan si pak cik ni. Harap hal ini akan ditanggani sewajarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 banjir tu surut dengan cepat

      Delete
  4. Saya yakin kerajaan pasti akan hulur bantuan juga tu. Apapun, kita tunnggu dan lihat sajalah perkemabnagannya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti kerajaan prihatin dan menghulurkan bantuan.

      Delete
    2. ya..selalunya bantuan terhadap mangsa banjir memang akan diberikan.

      Delete
  5. Tindakan segera haruslah diambil bagi mengurangkan beban penduduk. Kesia mereka kerana terpaksa berdepan dengan hal ini sejak sekian lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tindakan bersesuaian perlu diambil berhubung dengan pekara ini.

      Delete
  6. Kalau kawasan kampung itu memang tanah rendah, agak sukar untuk mengelakkan banjir berlaku. Mungkin cara yang paling baik ialah para penduduk terpaksa berpindah dari kawasan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau itu kawasan rendah tidak hairan juga masalah banjir selalu berlaku.

      Delete
  7. Sepatutnya wakil rakyat berfikir terlebih dahulu apakah cara efektif untuk mengatasi masalah banjir tersebut barulah berjanji dengan penduduk.

    ReplyDelete
  8. Mungkin perlu buat sistem perparitan yang lebih luas agar air dapat disalirkan dengan lancar dan baik.

    ReplyDelete
  9. masalah banjir di Lumadan berlaku sejak dahulu lagi, ia perlu diselesaikan. sistem perparitan dan pengaliran perlu sistematik.

    ReplyDelete
  10. Banjir ni bukan sesuatu yg kita boleh kawal...mcm mana baik pun teknologi anti-banjir, kalau hujan kuat bertimpa-timpa banjir juga tu...

    Lagipun, apa2 perlaksanaan atau projek untuk meminimumkan potensi banjir mengambil masa juga...tidak bermakna repot bulan ini, bulan depan ada penyelesaian sudah...

    ReplyDelete
  11. Harap perhatian akan diambil mengenai masalah yang dihadapi ini.

    ReplyDelete
  12. Sistem pemparitan perlu dilihat semula. Apakah punca perkara ini berlaku. Kerap berlaku banjir dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  13. Keadaan ini pasti akan sentiasa berlaku jika tidak ada kesedaran untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  14. Wakil rakyat juga harus melihat ini dengan serius.

    ReplyDelete
  15. The solution will come to your place, soon. Don't worry, i believe the government will going to act on this matter...

    ReplyDelete
  16. apa pun, harap masalah ini akan dapat ditangani dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  17. kalau takut dilanda banjir, jangan berumah di kawasan yang rendah atau berhampiran sungai..

    ReplyDelete