Search This Blog

Wednesday, March 14, 2012

Pelancaran Star di Melalap

Pada 09 Mac 2012, satu lagi sejarah tercipta di daerah Tenom,khususnya di kawasan Melalap dengan Pelancaran Parti STAR oleh Ybhg Datuk Dr Jeffrey G Kitingan. Kehadiran lebih kurang 500 orang ke majlis itu membuktikan bahawa perjuangan Agenda Borneo parti STAR semakin diterima di Sabah umumnya dan di kawasan ini khususnya.

Semasa ucapan Sdra Hasmin Azroy Abdullah selaku Ketua Bahagian Star Tenom, beliau menggesa seluruh masyarakat Melalap agar bersama-sama bersatu untuk memastikan perjuangan menuntut hak-hak dan kuasa autonomi rakyat Sabah akan dapat direalisasikan. Malah katanya, perjuangan Agenda Borneo ini bukanlah cakap-cakap politik semata-mata tetapi perjuangan ini jelas membela nasib rakyat Sabah yang tertindas selama ini.

Penindasan itu pula bukanlah sebuah rekaan untuk mendapat simpati tetapi beserta fakta yang jelas dan tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak.Turut disentuh ialah tentang masalah-masalah yang berlaku di sabah seperti ketidakseimbangan perjawatan sector awam di Sabah yang kelihatan meminggirkan keupayaan sebenar rakyat Sabah, sistem jalanraya yang teruk, pembangunan yang lembab, pengangguran dan pelbagai lagi.

Semua masalah ini sebenarnya hanyalah .’minor problem’. Semua masalah ini berpunca dari satu ‘major problem’ iaitu Perjanjian Malaysia 1963 beserta 20 Perkara yang tidak dipatuhi. Jadi sebelum ‘minor problem’ ini diatasi, kita harus menggembleng tenaga dan usaha untu memastikan ‘major problem’ ini diselesaikan secara tuntas.

Beliau yang juga Ketua Pemuda STAR Sabah turut mengingatkan kepada golongan muda supaya bangkit berjuang demi kelangsungan hidup bermaruah generasi akan datang dan tidak hanya melihat atau menanti sehingga menjadi ‘lebih berusia’ baru hendak memulakan langkah perjuangan. Pada masa itu nanti, segalanya telah terlewat.

Dengan kebanjiran PTI sekarang ini memungkinkan mereka menjadi pemimpin di Sabah kerana bantuan pihak yang tidak bertanggungjawab memberikan mereka Mykad. Jika perjuangan tidak digerakkan sekarang, Sabah pasti akan dipimpin oleh orang asing kelak.

Pada majlis yang sama, dalam ucapan perasmian, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi Parti Star Sabah turut mengingatkan bahawa Sabah sebenarnya sebuah negeri yang sangat kaya. Jika kekayaan ini diagihkan secara adil kepada rakyat Sabah, Sabah pasti menjadi antara negeri yang terkaya dan bukan termiskin di Malaysia.

Lebih kurang 40 Billion setahun hasil Sabah namun Sabah hanya mendapat jumlah yang sangat kecil setiap tahun kerana kehilangan kuasa autonomi seperti kuasa memungut cukai sedangkan dalam Memorandum 20 Perkara No 11 (Tarif dan kewangan) menyatakan dengan jelas bahawa Borneo Utara berhak mengawal kewangan, tabungan,dana pembangunan da tarifnya sendiri.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Sdra Jimmy Jawatah, Ketua Bahagian SAPP,Melalap dan Sdra Saul Sally, Ketua Bahagian SAPP Kemabong. Selain itu, kehadiran Ketua Pemuda USNO, Sdra Mohd Abdillah Timbasal, AMT USNO, Puan Leong Chau Chu menambah lagi kekuatan sokongan dalam majlis itu. Malah kehadiran AJK Tertinggi STAR Sabah khususnya sokongan Ketua Wanita Pn Melanie Annol menyaksikan acara bersejarah itu memberikan gambaran yang jelas bahawa Tenom begitu dekat dalam perjuangan STAR walaupun berada jauh di pedalaman.

Majlis tersebut dilangsungkan di rumah En Petrus Henricus, seorang peniaga yang selama ini tidak terlibat dalam politik tetapi selepas mengetahui Agenda Borneo yang diperjuangkan oleh STAR, tanpa teragak-agak lagi beliau menyokong bukan hanya setakat sokongan moral tetapi turut memberikan sokongan material serta tenaga yang tidak berbelah bahagi. Pada majlis itu juga menyaksikan ramai ahli PBS meninggalkan parti itu dan menyertai STAR khususnya AJK Pemuda PBS Tenom, Sdra Felix Martin dan Ketua Cawangan PBS Ulu Tepoh, Sdra Panus Ebin.

33 comments:

  1. Terserahlah kepada rakyat Sabah untuk membuat pemilihan mereka tersendiri mengenai penyokongan parti. Tetapi kehadiran dalam kempen pelancaran tidak semestinya akan menjadi pengundi yang tetap.

    ReplyDelete
  2. Jeffrey perlulah menjelaskan bagaimana cara beliau untuk melaksanakan Perjanjian 20 Perkara tersebut bersama Star. Rasanya rakyat berminat nak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tukar kerajaan pusat sekali pun, mereka tidak akan senang2 beri laluan mudah kepada STAR (jika menang) untuk penuhi 20 Perkara itu kerana mereka pun mahu "bahagian" mereka.

      Delete
    2. Join one of the tea parties, if not achievable, why did our ancestors put it there in the 1st place? (20 points of agreement), if STAR wins, do referendum, and get out of Malaysia, to be an independent country!

      Delete
    3. Malayan politicians want powers for themselves only. They are no longer interested in 20-points agreement. It's time to leave.

      UBA government should firstly discuss security and withdrawal from Malaysia with the international community esp. UN, UK, Aus & US.

      Delete
    4. Walaupun susah, perjuangan 20 perkara harus diteruskan.

      Delete
  3. Pemimpin terdahulu buat apa? Kenapa tidak pertahankan 20 Perkara ini dari awal??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah kena masuk penjara ISA dan ada pula yang kena peras ugut..macam mana boleh pertahan ?

      Delete
  4. Star is new and weak. What they're doing is a disservice to PR chances of gaining foot hold in Sabah given that star is propagating only Sabahan for sabah, anti peninsula etc kind of agenda. They alone can't take on BN. Come to think of it, Star is another sinister project by BN to hinder PR from a one on one fight with BN. Given JK past record, this is even more true. Sabahan don't be used by Star!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Star is a bunch of local opportunist out to spoil the situation and get themselves with a big slice of cake at the expense of Sabahan !!!' before election they are no where to be seen, now election looming theyre everywhere.

      Delete
    2. Who is PR? Another Malaya colonizer? JK may jump parties, but his stand on Sabah rights prevails, remember, remember and always remember, a man may die, but his idealism, lives forever

      Delete
    3. Sanggup ke STAR memperjuangkan lebih banyak dan terbaik untuk orang Sabahan selaku parti baru di Sabah.

      Delete
  5. syabas star melalap!

    ReplyDelete
  6. the struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates

    ReplyDelete
  7. JK in Sabah politics via the Star is only aimed at dividing the opposition. JK might have a hidden agenda. JK was a very strong figure in the opposition but suddenly joined Star, a local-based party from Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don't support a man, support the idealism

      Delete
  8. If Dr Jeffrey really wants to be authoritative in a local party, then during the PBS reign in 1994, here, he would not have left the party and caused PBS to crumble as a result of his betraying his own brother, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

    ReplyDelete
  9. tapi adakah Star berpeluang untuk menang? di mana umum mengetahui bahawa sehingga kini belum ada sebarang bentuk kerjasama di antara pembangkang di sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun ada usaha dikalangan pembangkang untuk bekerjasama, namun ia tetap gagal kerana sikap2 pembangkang yang ego dan pentingkan diri.

      Delete
  10. undilah dengan bijak..

    ReplyDelete
  11. pecahan undi pembangkang akan berlaku...BN sabah akan menang..

    ReplyDelete
  12. STAR masih baru, susah untuk rakyat menerima parti baru yang tiada rekod perjuangan di Sabah.

    ReplyDelete
  13. parti pembangkang harus bergabung dan berjuang misi yang sama.

    ReplyDelete
  14. Let see how far STAR and Jeffrey can go in Sabah especially election 13.

    ReplyDelete
  15. Congratulation star!!!

    ReplyDelete
  16. Sepatutnya rakyat memberikan kemanangan kepada PR pada pru13.Bukannya berpechah.Apa yang dilaung2kan oleh STAR sudahpun dalam BUKU JINGGA PR Sabah.

    ReplyDelete
  17. Star dilihat makin akif dalam dpt sokongan, ia satu usaha baik, tapi ia tak bererti Star akan mendapat tempat dalam hati rakyat Sabah. masih jauh lagi perjalanan Star.

    ReplyDelete
  18. macam mana aktif sekalipun STAR berusaha mendapatkan sokongan rakyat Sabah, jika pertembungan tiga penjuru tidak boleh dielakkan, jangan harap mampu membentuk kerajaan selepas pru13..

    ReplyDelete
  19. mau menang perlu pecahkan stigma org sabah yg majoritinya rasa 'termakan budi' sejak UMNO memerintah Sabah. undi pembangkang takut dikata pengkhianat.rasa2 bolehkah?

    ReplyDelete
  20. jangan terlalu mudah memberikan kemenangan kepada pembangkang yang boleh diragui keikhlasan mereka dalam mentadbir negeri ini.. jika mereka benar2 perihatin terhadap masalah rakyat dan benar2 mahu memajukan negeri ini, kenapa sukar sangat mereka bergabung membentuk satu pasukan?? takut tidak ada harapan untuk dapat jawatan KM? atau jawatan kabinet negeri??

    ReplyDelete
  21. Jgn demand sgt la.d bwh umno ni pn dah byk yg rakyat sabah dpt.selebihnya dari usaha diri kita sdiri. rasa2 nak bdikari perintah negara sdiri,keluar msia?kejadah hapa.under big boss star ni, dah brapa org yg hancur hidupnya.hilang tujuan,hilang phormatan,hilang kwn2,hilang kerjaya.berbaloi ke semua ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemikirian yg terlaluh jauh ketinggalan daripada kebenaran, tidak mahu berubah itu lah semangat org penakut dan tidak bertanggungjawab utk Negeri dan negaranya. Mari tukar!!!

      Delete
  22. AnonymousAugust 6, 2012 1:15 PM

    bukan takut bro.. cuma berhati2.. jangan jadi 'terlepas dari mulut buaya, masuk kemulut naga'.. pembangkang di Malaysia pun saya tengok sama saja, malah lebih teruk sebab niat utama mereka hanya untuk mendapatkan kuasa..

    ReplyDelete