Search This Blog

Friday, April 13, 2012

SABAH Perlu Perjuangkan Autonomi

Saudara Pengarang,

SAYA hanya sekadar ingin memberi pandangan. Saya adalah Warga Melayu Johor yang telah bernikah dengan Warga Sabah (keturunan Kadazan Dusun) dan kini menetap di Sabah.

Pada hemat saya, Sabah dan Sarawak sepatutnya telah menjadi kuasa autonomi seperti Acheh dan sewajarnya rakyat Sabah diberi peluang memerintah sendiri, mentadbir hasil masyhul sendiri dan menjaga rakyat dan kedaulatannya sendiri.

Saya teramat sedih kerana selama ini Kerajaan Pusat seperti menganaktirikan Sabah dan Sarawak. Saya harap suatu hari nanti semua kaum di Sabah dan Sarawak bangkit dan meluahkan hasrat agar kuasa mentadbir diberikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.
Kini tiba masanya untuk Kerajaan dan rakyat Sabah membangunkan kembali tamaddun yang tertimbus di celah lipatan sejarah Sabah dan membebaskan diri daripada penindasan politik, ekonomi dan kedaulatan.

Saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa bagi pihak Bangsa Melayu Semenanjung, kami tidak mempunyai sebarang masalah atau sengketa dengan rakyat Sabah, namun Pemimpin Persekutuan yang angkuh dan sombong menjadikan kami dimangsakan dan dipandang serong rakyat Sabah,

Salam Hormat,

MANGSA POILITIK MELAYU

10 comments:

  1. If u want to contribute an article, please write your points clearly. The above looks more like a statement. Please state for example how Sabah was victimised, how this and that to support your argument/ point . Relate your encounter etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He was paid to make a simple and baseless "statement".

      Delete
    2. This is not an article, this is his own opinion. If you don't like it, feel free to go read another article.

      Delete
  2. Agree with the writer that Sabah and Sarawak needs to fight for autonomy rights.

    ReplyDelete
  3. Setiap pemimpin Sabah harus memperjuangkan hak2 Sabah yang termaktub dalam perlembagaan

    ReplyDelete
  4. hak2 Sabah harus diperjuangkan. pemimpin2 Sabah harus main peranan.

    ReplyDelete
  5. jika diperhatikan Sabah sekarang, sudah jadi semakin baik, dan usaha berterusan perlu dibuat.

    ReplyDelete
  6. yang penting hak dan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan setiap pemimpin.

    ReplyDelete
  7. Yang pasti mengenai autonomi ini kerajaan akan memberikan kepada Sabah secara berperingkat dan sememangnya telah dilaksanakan. Maka kita harap kerajaan Negeri akan dapat menguruskan negeri Sabah dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. Rasanya ada sesetengah 20 perkara untuk Sabah telah dilaksanakan. Namun ada yang lain masih dalam usaha diberikan kepada Sabah. Jadi kita tunggu apa yang akan diusahakan seterusnya selepas ini.

    ReplyDelete