Search This Blog

Tuesday, October 9, 2012

Housewife thanked Dr M for Projek IC

Fawziah Abdul - Thanks Dr.Mahathir for granting me Malaysian Citizenship...

Housewife Fawziah Abdul wants to thank former prime minister Dr Mahathir Mohamad for making her a citizen 10 years after she illegally slipped into Borneo from the southern Philippines in search of a better life.

The 50-year-old lives on the outskirts of Kota Kinabalu, the capital of Sabah, where her tin-roofed shack jostles for space with more than 1,000 others in a slum where children play beside heaps of rubbish.

She is hopeful that her three children will get a new home and identity cards if she votes for the government again.

With a general election due within seven months, the 13-party ruling BN coalition is banking on Sabah and neighbouring Sarawak state on Borneo island to prolong its 55-year grip on power.

But its support in the two Borneo states, which account for a quarter of parliament seats, is showing signs of slipping.

A large presence of Muslim immigrants, like Fawziah, has fuelled complaints of government discrimination against Christians who have also been a bedrock of government support.

Fawziah said she was a beneficiary of a secret plan said to have been approved by Mahathir that has helped fuel a five-fold surge in Sabah's population since the 1970s and turned it into a vote bank for the ruling coalition.

"I am part of Project Mahathir," she said, referring to the plan. "I was told to turn up at an office with two photographs and some money," added Fawziah, who showed her identity card that lists her as a Sabah-born citizen.

Surirumah dapat warganegara dalam 'Projek Mahathir'

Seorang penduduk Sabah mengakui menjadi sebahagian daripada "Projek Mahathir" dan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas memasuki negara ini secara haram dari selatan Filipina.

Surirumah berkenaan, Fawziah Abdul, 50, dalam laporan agensi berita Reuters itu berkata beliau juga ingin menyampaikan penghargaannnya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peluang itu.

"Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir... Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata Fawziah dalam laporan itu.

Fawziah juga menunjukkan kad pengenalan yang menyatakan beliau sebagai seorang warga yang dilahirkan di Sabah, menurut laporan itu lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa "Projek Mahathir" itu merupakan "rancangan sulit" yang dikatakan telah diluluskan Mahathir.

Projek berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah kepada lima kali ganda sejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai simpanan tetap untuk undi kepada BN.

Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pengkaji politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah yang berkata, kekecewaan masyarakat minoriti di negeri itu boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya meraih sehingga 10 daripada 25 kerusi parlimen.

31 comments:

  1. kita jangan lupa bahawa RCI akan mengkaji siapa sebenarnya dalang kepada isu ini.kita tunggu dan lihat apa yang akan diperolehi oleh RCI...pasti sesuatu yang akan memyelesaikan isu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..harap RCI dapat melakukan tugas mereka tanpa sebarang kekangan...

      Delete
    2. RCI harus memberi kebebasan dan kuasa yang mencukupi untuk menjalankan tugasnya.

      Delete
    3. Harap RCI yang bakal di tubuhkan dapat selesaikan masalah yang sudah berlarutan lama ini.

      Delete
  2. Jgn kita mudah percaya kepada isu-isu seperti ini. Tdak semestinya betul dan kita terus beranggapan buruk pd Tun Dr. Mahathir. He's a very caliber leader.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa2 pun Fawziah Abdul telah memberi pengakuan secara terbuka bahawa beliau sebenarnya bukan warganegara malaysia tetapi mendapat kewarganegaraan secara songsang melalui projek IC..maka adalah wajar JPN segera menyenarai hitamkan nama beliau dalam senarai daftar nama agar SPR dapat mengeluarkan nama beliau sebagai pengundi..

      Delete
    2. selain itu, panel RCI juga harus menemuramah fawziah dan mendapatkan bukti projek IC dari beliau...

      Delete
    3. Jika benar, harap nama Fawziah dapat di senarai hitamkan dari senarai nama pengundi..tapi harap siasat akan segera di jalankan.

      Delete
  3. This is what Dr M said about the Project IC

    “It happened, I’m quite sure it happened, just like other crimes that were also happening during other people’s tenure, but that doesn’t mean that they are guilty,"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahathir memang tahu lah memang wujud projek IC...RCI harus siasat perkara ini..

      Delete
    2. Tun M sedar akan kewujudan Projek IC tapi tidak pula pernah ada inisiatif mahu luluskan penubuhan RCI untuk menyiasat isu ni kan?

      Delete
    3. Maksudnya, Dr. M adalah orang yang pertama harus disiasat?

      Delete
  4. Even more Dr M also make a statement :

    “If you find me responsible, I will be answerable for it, but these things happened at a time when our ability to oversee movements of people (was restricted), especially people who have been always been very mobile, like the Bajau Laut (seafarers),”

    ReplyDelete
  5. He Also said he did not know about the Project IC and below is his statement :

    “I don’t know what I can testify. If I have any knowledge that they want, I’m quite willing, I can go to the courts to tell them whatever I know, but I must admit that I don’t know very much.”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun M tidak peka dengan apa yang berlaku di sekeliling beliau semasa menjadi PM? Hairan. Dengan kepintaran beliau, beliau patuit lebih tahu.

      Delete
    2. Belum tentu lagi Tun M bersalah, kita tunggu dan lihat sahaja keputusannya nanti.

      Delete
  6. macam ikut skrip saja si fawziah abdul ni...sudah kena bayar barangkali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tiada gambar si Fawziah ni? Boleh juga kita cari.

      Delete
    2. Sudah dibayar ba tu memang la.

      Delete
    3. Sudah kena bayar lah kali si Fawziah ni, siapa tau kan.. mau dekat PRU ini macam-macam orang sanggup buat.

      Delete
  7. saya hairan juga kenapa si fawziah berani membuat pengakuan tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang mereka yang buat salah akan mengakui mereka dibantu dengan cara yang salah. kecualilah yang tahu cara tu tidak salah.

      Delete
    2. Pasti ada kuasa memberi sokongan untuk mendorong beliau membuat penyataan sebegini.

      Delete
  8. Dengan bangganya wanita tersebut mendedahkan cara dia mendapat IC. pecah rahsia Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangga pula dia mencerita. Tidak takut pula dia. pasti ada backup la tu.

      Delete
    2. Ada lah tukang backup dia ni.. terus terang pula dia bercerita. Kebenaran pasti akan di ketahui juga nanti tu.

      Delete
  9. In 2007, the former Sandakan district chief Hassnar Ebrahim made a statement confessing being involved in Project IC. He was a former detainee of the Internal Security Act in 1998. He also testified in the petition for the annulment of the Likas state assembly district election in 1999.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hassnar had exposed in specific details of the modus operandi of project of which he had witnessed. He mentioned a secret meeting between former Sabah chief minister Harris Salleh and Federal Minister Megat Junid Megat Ayub in Hong Kong. Hassnar claimed that 130,000 illegal immigrants were given ICs in 1985 alone. He also claimed that the aim of the operation was to increase the Muslim population of Sabah.

      Delete
  10. Golongan yang terlibat dalam projek ic harus dikenakan tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  11. Siapakah yang harus diambil tindakan?

    ReplyDelete
  12. silap kah sya baca tu proposal RCI ....nampaknya semua plan dan tindakan yg digariskan hanya utk mengkaji, menyemak senarai dan memerhatikan sahaja.....tidak dinyatakan tindakan kp si pelaku, dalang dan si PTI itu sendiri....cuba baca baik2 balik tu objektif mereka....peace

    ReplyDelete