Search This Blog

Thursday, March 7, 2013

Aquino wants Jamalul to be charged locally first


Philippine president Benigno Aquino has said that he would rather have Sulu sultan Jamalul Kiram III and his conspirators face charges in the Philippines before entertaining the possibility of extraditing Jamalul to Kuala Lumpur to be trialled in a Malaysian court.

According to ABS-CBN News, Aquino today said his government is still investigating the possible charges that the sultan and his so-called "conspirators" may face, and what the Philippine government is "empowered to do."
 
"From my perspective... let our citizens here in the country face the charges that we will be (preparing) first, then we will talk about other developments after they have satisfied the requirements of our laws," Aquino  was quoted as saying.

Although there has been no extradition treaty with Malaysia, Aquino pointed out that there is a mutual legal assistance treaty in force under Asean.
 
He stressed that Manila is working to prevent the situation from escalating further, citing the deployment of 10 Philippine navy and Philippine coast guard vessels to block the sultan's followers and sympathisers from moving to Sabah for any possible reinforcements.

In another related development, Philippine news portal InterAksyon reported that the Philippine Department of Justice will continue building an “airtight” case against Jamalul, and will also see if his extradition to Malaysia to face charges here is possible.

Justice Secretary Leila de Lima (left) said today that the National Bureau of Investigation (NBI), which is under her department’s jurisdiction, is working on gathering evidence “to determine what charges” may be filed against the sultan - whose followers have been engaging Malaysian forces in Sabah where they had gone to press their claim.

This is in compliance with Aquino’s earlier orders to investigate the sultan for possible violations of the constitution and the Revised Penal Code.

Jamalul announced a unilateral ceasefire for his followers in Sabah in response to calls by United Nations secretary general Ban Ki-moon for an end to the violence and for negotiations to resolve the crisis.

As for the extradition of Jamalul, which Malaysian Foreign Minister Anifah Aman said they might request of the Philippines, De Lima said the “priority, insofar as Philippine laws are concerned, we have primary jurisdiction.”

However, she added, if Jamalul “violated Malaysian law, we can discuss if he can be sent there to face charges... I suppose they violated Malaysian laws.”

"We will study if extradition is possible... There might be some mechanisms... I would not know," she added.

28 comments:

  1. Pelbagai pihak hari ini meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokongan melalui beberapa kenyataan.

    ReplyDelete
  3. "Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat melakukan satu kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama.

    ReplyDelete
  4. Beliau berkata, adalah wajar jika kerajaan memohon Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu', untuk dibicarakan di mahkamah negara ini.

    ReplyDelete
  5. Penganalisis politik Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pada dasarnya bersetuju dengan desakan itu, namun mahu pertuduhan kukuh berlandaskan undang-undang dikaji terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  6. "Pakar undang-undang di Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar perlu main peranan dalam hal-hal diplomasi dan mengkaji hal berkaitan undang-undang antarabangsa supaya pertuduhan kukuh dapat dibuat," katanya.

    ReplyDelete
  7. Mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap Jamalul Kiram, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan berkata pencerobohan itu mengakibatkan kekejaman di wilayah berdaulat, dan ini tidak boleh diterima.

    ReplyDelete
  8. "Tindakan itu begitu ganas, ia dilakukan dengan mendapat sokongan daripada Jamalul Kiram, dan sokongan itu membawa kepada kematian lapan anggota polis walaupun pada hakikatnya polis telah menawarkan untuk berunding," jelasnya.

    ReplyDelete
  9. Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara (Respa) Datuk Mohamad Jamil Mohamad Hassan bersetuju supaya peruntukan undang-undang antarabangsa dikaji, terutama yang melibatkan soal ekstradisi.

    ReplyDelete
  10. Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) juga mengecam insiden di Lahad Datu, Sabah sambil menyifatkan tindakan membakar foto Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh penunjuk perasaan di Manila semalam sebagai tindakan yang tidak boleh diterima.

    ReplyDelete
  11. "Nube kecewa dan marah apabila melihat imej rakyat Filipina membakar poster perdana menteri kita," kata Setiausaha Agungnya, J Soloman yang turut menyifatkan pencerobohan oleh sekumpulan rakyat Filipina tidak boleh diterima sama sekali.

    ReplyDelete
  12. "Membakar imej perdana menteri kita satu lagi perbuatan mempersoalkan kedaulatan negara kita dan semua rakyat Malaysia tidak kira pegangan politik harus mengecam tindakan sedemikian," katanya lagi.

    ReplyDelete
  13. Taktik gencatan senjata atau menyerah diri merupakan pencetus kepada serangan oleh pasukan keselamatan Malaysia terhadap lanun-lanun tersebut. Pada Jumaat 1 Mac 2013, terpedaya dengan taktik bendera putih yang dikibarkan oleh lanun-lanun Sulu di Kampung Tandou, dua orang anggota pasukan keselamatan Malaysia telah ditembak sehingga mati.

    ReplyDelete
  14. Begitu juga dengan pada Sabtu 2 Mac 2013, terpedaya dengan maklumat kononnya lanun-lanun Sulu mahu berunding di sebuah rumah di Semporna, enam orang anggota polis dibunuh menerusi serangan hendap.

    ReplyDelete
  15. Lanun-lanun Sulu itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengerahkan 10,000 lanun dari kepulauan Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram untuk melakukan serangan terhadap Malaysia.

    ReplyDelete
  16. Agak menarik apabila jurucakap Jamalul Kiram III mengeluarkan kenyataan kononnya, mereka ingin melakukan gencatan senjata dan berharap Malaysia juga melakukan perkara yang sama. Kononnya untuk mengelak daripada pertumpahan darah yang lebih besar.

    ReplyDelete
  17. Berdasarkan kepada tipu perdaya mereka sebelum ini, sewajarnya pihak berkuasa Malaysia tidak melayan sebarang tuntutan daripada penceroboh-penceroboh tersebut. Mereka perlu dibantai habis-habisan.

    ReplyDelete
  18. Pada masa yang sama, sempadan negara juga perlu diperkemaskan kawalannya. Sekarang ini pun, lanun-lanun Sulu mula menanggalkan pakaian di tubuh mereka dan menyembunyikan senjata untuk menyamar sebagai penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  19. Kementerian Dalam Negeri menerusi agensi-agensinya seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen seharusnya sudah memulakan operasi membersihkan saki baki lanun berkenaan.

    ReplyDelete
  20. Kebanyakan daripada mereka cukup gah dan cukup megah dengan kad pengenalan Kesultanan Sulu. Sebahagian besar pula yang berada di tanah besar Sabah, langsung tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

    ReplyDelete
  21. Kalau selama ini penguatkuasaan terlalu kurang dan longgar, sekaranglah masanya untuk membuktikan keberkesanan pelbagai agensi di dalam Kementerian Dalam Negeri untuk mengawalselia keselamatan rakyat dan negara ini.

    ReplyDelete
  22. Sesuatu yang sangat pasti ialah, permintaan gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu taktik untuk melengah-lengahkan tindakan terhadap lanun-lanunnya yang masih bertaburan di Sabah!

    ReplyDelete
  23. Dan taktik sebegitu sebenarnya sudah boleh diagak siapa yang menjadi dalangnya… Jamalul Kiram III tidak mempunyai cukup otak untuk membuat tipu perdaya sebegitu rupa. Dalangnya sudah pasti seseorang yang pernah melakukan tipu perdaya itu dengan berkesan seperti ANWAR IBRAHIM!

    ReplyDelete
  24. Memang terlalu ramai orang yang mendakwa diri mereka merupakan Sultan Sulu yang sah, sekurang-kurangnya ada 9 individu yang mengaku sebagai pewaris sebenar Kesultanan Sulu.

    ReplyDelete
  25. Menariknya lagi kesemua 9 individu termasuk Jamalul Kiram III mahu dipanggil sebagai Sultan Sulu dan telah melalui upacara penabalan dan mempunyai pengikut masing-masing, yang menariknya tiada seorang pun di kalangan 9 Sultan Sulu ini yang memiliki tanah jajahan atau wilayah pemerintahan sendiri.

    ReplyDelete
  26. Jamalul Kiram III, merupakan salah seorang daripada 9 individu tersebut kini terlibat secara langsung mengarahkan sekumpulan 200 orang pengikutnya yang didakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu untuk menceroboh Lahad Datu, Sabah.

    ReplyDelete
  27. Sudahlah datang secara kurang ajar kemudian tunjuk lagak samseng menuntut pemerintahan ke atas Sabah, memang memalukan orang Sulu. Sewajarnya kumpulan pengikut Jamalul Kiram III ini kita gelarkan sahaja sebagai pengganas Sulu.

    ReplyDelete
  28. Jamalul Kiram 111 patut didakwa kerana mencerobh

    ReplyDelete