Search This Blog
Tuesday, April 2, 2013
SAPP - Sabah IC sebagai dokumen alternatif selain Mykad
TENOM: Ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menegaskan bahawa parti itu tidak akan berganjak daripada matlamatnya untuk mengujudkan Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC) sebaik sahaja parti itu membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).
Beliau berkata, meskipun ia mendapat tentangan daripada segelintir pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) namun langkah tersebut merupakan tindakan terbaik untuk menyelesaikan kemelut isu pemberian dokumen diri seperti kewarganegaraan dan MyKad kepada rakyat asing.
“ Kita bukan sekadar berjanji menurunkan bulan dan bintang tetapi inilah janji SAPP untuk menyelesaikan masalah MyKad kerana apa yang kita lihat sekarang pemimpin BN masih berdolak dalik dalam soal tersebut.
“ Apabila Sabah IC telah wujud dan berada ditangan rakyat jati negeri ini, dengan secara perlahan kita tidak akan mengiktiraf MyKad yang penuh kntroversi dan meragukan kita semua,” kata beliau ketika memberitahu hadirin kira kira hampir seratus orang semasa ceramah politik di Kg Batu Batu pada Ahad.
Roger berkata, apa yang parti SAPP rancangkan itu adalah semata mata untuk menyelesaikan isu itu daripada terus berpanjangan tanpa kesudahannya dan sebaliknya mereka (SAPP) bukan mencari keuntungan publisiti atau pengaruh diatas masalah tersebut.
“ Semua orang tahu bahawa isu MyKad bukan perkara baru malah ianya telah menghantui kita lebih 20 tahun lalu...malangnya pemimpin BN seakan akan tidak mahu bertanggung jawab, tetapi kita dalam SAPP ada strategi lain untuk mengatasi masalah tersebut.
“ Kalau masih ragu ragu dengan kemampuan kita untuk menyelesaikannya...kita rayu rakyat supaya memberikan kita mandat dan sokongan padu pada PRU-13....mudah mudahan apabila kita dapat membentuk kerajaan maka kita akan buktikan janji kita kepada rakyat,” tegas Roger.
Cadangan pengujudan Sabah IC mula ditimbulkan parti SAPP dua tahun lalu ekoran timbul keraguan pelbagai pihak terutamanya rakyat jati negeri Sabah yang sangsi dengan lonjakan secara mendadak peningkatan populasi diSabah yang berstatus warganegara dan memiliki MyKad.
Baru baru ini, Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Presiden UPKO Tan Sri Bernard G Dompok turut menggesa kerajaan supaya menarik balik untuk dibatalkan mana mana MyKad yang meragukan indentiti pemegangnya dalam usaha untuk menyelesaikan kemelut isu tersebut namun Menteri diJabatan Perdana Menteri Dato'Seri Nazri Aziz membantahnya.
Oleh: Mail Mathew
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment