Search This Blog
Wednesday, May 1, 2013
GE13: BN Gagal melaksanakan Grid Penempatan Gana
KOTA MARUDU - GRID Penempatan Gana adalah satu projek mega yang telah menelan belanja lebih kurang RM20 juta. Terletak 38 km dari Pekan Daerah Kota Marudu yang diseliahkan oleh Jabatan Perhutanan dan kini sudah terbengkalai.
Pembinaan rumah sebanyak 450 buah telah didirikan untuk menempatkan seramai 450 keluarga dari 10 buah kampung keatas tanah seluas 1,800 hektar di Gana.
Kampung-kampung yang terlibat dalam projek GRID penempatan di Gana ini adalah seperti berikut:
01) Kg. Garung
02) Kg. Kipopogong
03) Kg. Makatol Laut
04) Kg. Makatol Darat
05) Kg Gouton
06) Kg. Gana
07) Kg. Minsusurud
08) Kg. Nasapu
09) Kg. Toguhu
10) Kg. Sonsogon Paliu
Sebahagian dari keluarga Iku Bin Unang, 78 tahun, yang teraniaya...
Difahamkan hanya separuh sahaja penduduk kampung dari setiap perkampungan yang berpindah ke GRID penempatan Gana dan penduduk dari Kg. Makatol Laut pula tidak bersetuju berpindah ke tempat penempatan semula memandangkan kebanyakan mereka tidak sanggup meninggalkan kampung halaman yang mereka diami sejak sekian lama.
Semasa pembinaan rumah, terdapat kayu yang tidak berkualiti diguna pakai dalam pembinaan manakala kayu yang berkualiti tinggi pula dijual dan dieksport keluar negara oleh syarikat pengendali.
Apa yang berlaku pada hari ini, hampir kesemua rumah yang dibina sudah roboh, uzur dan tidak boleh lagi didiami kerana tidak ada penyelenggaraan susulan keatas rumah-rumah tersebut.
Sebelum penduduk berpindah, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjanji akan memberi pampasan wang sebanyak RM100.00 kepada setiap keluarga pada tiap-tiap bulan dan selain itu kerajaan BN juga telah berjanji akan memberikan alat-alat dapur seperti gas dan lain-lain keperluan dengan percuma sehinggalah mereka mempunyai pendapatan yang tetap.
Penduduk kampung juga telah dijanjikan akan dibahagikan lot tanah untuk mereka bercucuk tanam. Namun setelah 15 tahun berlalu semua janji BN ini tidak pernah dikotakan menyebabkan ramai rakyat telah teraniaya dan terpaksa berhijrah ke tempat lain. Apa kah ini yang dimaksudkan janji ditepati? “Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”? Atau, disebaliknya hanya sekadar janji manis untuk mendapatkan sesuatu? Bangunlah orang Kota Marudu/Tandek. Masa sudah tiba untuk kita sama-sama merubah keadaan dan bukan keadaan yang merubah kita.
(Oleh: John Charles Mitah Mikat – Naib Pengerusi SAPP CLC N.5 Tandek)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment