KOTA KINABALU: Pendedahan pendatang asing tanpa izin (PTI) yang mendapat
Mykad dan seterusnya jadi pengundi di Sabah dilaporkan semasa
pendengaran saksi saksi di hadapan Jawatankuasa Suruhanjaya DiRajah
(RCI) mengenai masalah PTI di Sabah.
Pendedahan 60% murid orang
asing yang bersekolah di sekolah rendah kerajaan di Putatan adalah
manifestasi hak rakyat Sabah semakin diboloti oleh orang asing.
Rakyat
Sabah semakin bimbang generasi anak watan sudah tidak menikmati erti
kemerdekaan apabila negeri mereka hilang kuasa untuk mempertahankan hak
dan kedaulatan negeri Sabah.
Pihak SAPP menuntut laporan RCI yang dikemukakan kepada kerajaan supaya dapat juga dilaporkan kepada orang awam agar kesahihan
pemberian Mykad samada melalui Projek IC mahupun melalui sindiket dapat didedahkan secara terbuka.
Disamping itu rekomendasi RCI untuk mengatasi PTI dan pemberian kewarganegaraan kepada orang asing juga dapat diketahui umum.
SAPP
telah hantar memorandum kepada pihak RCI selepas presiden SAPP diminta
oleh RCI kemukakan cadangan bagaimana cara mengatasi masalah PTI yang
mendapat Mykad.
Demi menjaga hak dan kedaulatan rakyat dan negeri
Sabah, SAPP telah mencadangkan kepada RCI suatu kaedah untuk
mengwujudkan Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC) untuk rakyat Sabah yang
tulin.
Cadangan ini juga terkandung dalam Manifesto SAPP pada PRU13.
Semua
urusan kerajaan negeri Sabah seperti permohonan tanah, lesen
perniagaan, biasiswa, subsidi kerajaan dan lain lain keistimewaan harus
guna Sabah IC.
Disamping guna Sabah IC rakyat Sabah masih perlu guna Mykad untuk kewarganegaraan.
Dengan adanya Sabah IC maka dapatlah kita
bezakan orang asing yang mempunyai Mykad dengan orang asli Sabah.
Orang orang semenanjung Malaysia dan Sarawak yang sudah lama menetap di Sabah layak memohon.
Pengeluaran
Sabah IC boleh dilakukan dengan keazaman politik dan berdasarkan hak
keistimewaan untuk melindungi hak hak Sabah dalam perjanjian pembentukan
Malaysia.
Oleh Edward Dagul, Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP)
No comments:
Post a Comment