Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Pemuda SAPP: Kerajaan harus mematuhi borneonisasi dalam perjanjian malaysia 1963

KOTA KINABALU - "Objektif perhimpunan protes aman pada hari ini diadakan disebabkan ketidak puashatian kami berkenaan kenyataan Pengarah Pendidikan Negeri  Sabah, Datuk Jame Bin Alip dalam surat khabar beberapa hari yang lalu," katanya Brister Mokujal sebagai Naib Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Zon Utara.

Beliau mendakwa bahawa dalam kenyataan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah mengatakan bahawa pengambilan guru-guru untuk mengajar di sekolah-sekolah di seluruh Sabah bagi sesi Januari dan Febuari seramai 1,380 orang Guru, yang mana 481 (201-SMK, 280-SK) dari jumlah guru tersebut dari Sabah,  34 guru ( SK ) dari Sarawak, manakala 865 (747-SMK, 118-SK) dari Jumlah guru yang diambil, dari Malaya/Semenanjung. Ini bermaksud, hampir  70% pengambilan guru-guru untuk mengajar di sekolah- sekolah di Sabah ini adalah dari MALAYA, satu jumlah yang besar.

"Kenapa pula begitu ramai dari Malaya?, adakah orang Sabah sendiri tiada yang berkelayakan untuk diambil sebagai tenaga Pengajar?,  adakah Polisi Borneonisasi yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 sudah tidak dipraktikan oleh kerajaan Negeri dan Persekutuan?" Brister bertanya.

"Di mana sudah keutamaan kami sebagai orang Sabah?. Kenapa Perjanjian Malaysia 1963 tidak dihormati?"

"Ada ramai rakyat Sabah yang berkelayakan untuk menyandang jawatan-jawatan dalam kerajaan Negeri & Persekutuan, Saudara Nazib Maidan ada bersama-sama dengan kita, beliau dan seorang lagi rakan, rakyat Sabah telah pun menyaman kerajaan Negeri dan Persekutuan kerana kerajaan Negeri dan Persekutuan gagal melaksanakan Borneonisasi seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau berkata bahawa di kawasan sendiri di Daerah Kanibongan, Banggi, ada ramai graduan yang layak diambil sebagai tenaga pengajar tetapi tidak diberi peluang dan ada ribuan graduan di seluruh Sabah, sehingga memaksa graduan-graduan ini memilih pekerjaan di luar bidang mereka, ada yang bekerja sebagai pekerja kontrak, buruh dalam ladang kelapa sawit, kerani biasa dalam supermarket, tukang pam di Stesen Minyak, dan ada yang mewarisi pekerjaan keluarga mereka walaupun mampu menyandang jawatan yang lebih baik.

"Perlu diingat bahawa graduan-graduan ini juga ada membuat pinjaman dari pelbagai sumber dan jika mereka dinafikan peluang ini bermakna mereka dibiarkan menanggung bebanan hutang.

"Saya tegaskan sekali lagi bahawa pengambilan tenaga pengajar mesti diberi keutamaan kepada rakyat Sabah dahulu.

"Bagi pihak pengetahuan rakyat Datuk Masidi Manjun adalah Menteri yang bertanggungjawab dalam soal pendidikan di Sabah hendaklah memberi penjelasan dan penyelesaian dalam isu ini," katanya.


No comments:

Post a Comment