KOTA
KINABALU - Rakyat Sabah harus waspada dengan hasrat mempromosikan sistem
2-Parti, Pakatan Harapan vs Barisan Nasional, dan dengan kempen mereka
bahawa PH adalah satu-satunya pilihan untuk rakyat Sabah, kata Parti
Solidariti Tanahairku (STAR).
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan,
Presiden. STAR, menyatakan dalam satu stetmen di sini bahawa rancangan
mewujudkan sistem dua parti ini akan menghapuskan Hak Sabah.
“Walaupun
terdapat faedah dalam sistem 2-Parti, rakyat Sabah harus sedar bahawa
memandangkan Malaysia adalah persekutuan 2-peringkat, sistem 2-Parti
tidak sesuai untuk Sabah dan Sarawak. Pada peringkat pertama, Malaysia
adalah sebuah persekutuan sekarang 3-wilayah, Malaya, Sabah dan Sarawak,
sementara di peringkat kedua, Malaya adalah sebuah persekutuan
terbentuk dari 11 negeri.
“Tiada satu pun daripada 11 negari di
Malaya yang sama taraf dengan Sabah dan Sarawak dari segi hak dan
pangkat, apa lagi dari segi saiz,: kata Dr. Jeffrey. “Dalam peta rasmi
Malaysia, Malaya nampak lebih besar dari Sabah dan Sarawak, tetapi ini
adalah terbalik daripada yang sebenarnya. Sarawak hampir sama besar
dengan Malaya manakala Sabah lebih besar daripada 6 negeri di Malaya dan
90 kali daripada saiz Perlis.”
Dr. Jeffrey mengulangi peringatan
beliau bahawa meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai negari ke-12 dan
ke-13 di Malaysia adalah satu pembohongan, sesuatu yang bermaksud bahawa
kita adalah negeri-negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaya yang dinamakan
semula sebagai Malaysia.
Jelasnya, jika sistem 2-Parti ini
ditubuhkan sepenuhnya di Sabah, hak istimewa dan keistimewaan Sabah akan
dikuburkan di dalam sistem 2-Parti dan tidak akan ada lagi peluang
untuk dipulihkan.
“Hak-hak Sabah di Malaysia sudah pun
dipersetujui sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Terdapat hak
dan keistimewaan yang khusus untuk Sabah dan Sarawak dan yang tidak
boleh didapati di 11 negari lain di Malaya. Hak tersebut termasuk,
imigresen, bahasa, agama, hak hasil pendapatan dan kuasa veto di
Parlimen serta perlindungan berhubung dengan perubahan Perlembagaan
Persekutuan. Tiada hak dan keistimewaan seperti ini diberikan kepada 11
Negeri di Malaya,” Dr. Jeffrey menekankan.
“Jika sistem 2-Parti
ini diamalkan sepenuhnya, wakil-wakil Sabah dalam kedua-dua parti
politik dalam sistem 2-Parti akan menjadi minoriti kecil dan tidak akan
dapat mempengaruhi apa-apa keputusan dalam mana-mana perbincangan
parti.”
Katanya, ini samalah dengan apa yang telah dikatakan oleh
allahyarham Tan Sri Adenan sewaktu menjadi Ketua Menteri Sarawak,
bahawa dia “perlu kekal di luar dan tidak berada di dalam Umno kerana di
dalam Umno dia akan menjadi suara minoriti dan akan kalah dalam
mana-mana pengundian. Oleh itu, beliau tidak akan dapat melindungi atau
mempertahankan kepentingan Sarawak.”
Maka Dr. Jeffrey yakin
bahawa pilihan yang terbaik untuk melindungi dan mempertahankan hak dan
keistimewaan Sabah ialah dengan terus berada di luar sistem 2-Parti,
tetapi tetap juga berusaha dan bekerjasama untuk membentuk kerajaan
Persekutuan. Dan, katanya lagi, jika Sabah tidak menjadi sebahagian
daripada kerajaan Persekutuan, maka ia sepatutnya menjadi kerajaan
negeri yang berautonomi penuh tetapi berdiri teguh berdepanan menghadapi
kerajaan Persekutuan sebagai rakan kongsi samataraf dan tidak tunduk
kepada tuan politik mereka di Malaya.
”Sebagai contoh yang jelas,
sekarang Umno Sabah tidak mempunyai kedudukan untuk melindungi hak dan
keistimewaan Sabah dan tidak berkuasa untuk menuntut pelaksanaan hak-hak
Sabah melainkan mereka bersedia untuk dikeluarkan dan digantikan oleh
wakil lain. Mereka perlu mengikut keputusan dan kehendak parti yang
tidak konsisten dengan hak-hak Sabah,” tambah Dr. Jeffrey.
“Ini
sedang berlaku dalam kes ‘royalti minyak’ atau bayaran tunai 5% di mana
kerajaan Sabah tidak dapat bersuara menuntut supaya 5% itu ditingkatkan
kerana mereka terpaksa sahaja menerima keputusan TIDAK BOLEH DINAIKKAN
dan yang menghina dari kerajaan Persekutuan. Begitu juga, “BN Sabah
tidak berdaya menuntut hasil bersih 40% untuk dikembalikan atau untuk
menguatkuasakan pelaksanaan RCI mengenai pendatang tanpa izin. Sekiranya
Umno Sabah mahu membentangkan perkara ini dalam perhimpunan agung Umno
atau mesyuarat majlis tertinggi mereka tetap sahaja kalah undi.*
“Tetapi,
kerajaan Sabah yang berkecuali (berautonomi) dan tidak tunduk, yang
diperjuangkan oleh Gabungan Sabah, akan dapat bertindak atas kehendak
sendiri dan tidak tunduk atau takut akan sebarang tindakbalas dari
penguasa-penguasa politik di Malaya. Kerajaan autonomi itu juga tidak
boleh dilabelkan sebagai pro-BN atau mesra-BN seperti yang dikempenkan
oleh propaganda PH,” jelas Dr. Jeffrey. Kerajaan Sabah yang berautonomi
tidak berbeza dengan negeri-negeri PH Selangor dan Pulau Pinang yang
tidak dilabel sebagai pro-BN atau mesra-BN walaupun dikuasai oleh PH dan
berkerjasama dengan kerajaan persekutuan yang dikuasai oleh BN.
“Sudah
pasti ini adalah perangsang bagi rakyat Sabah ketika memikirkan siapa
yang mereka mahu undi mereka dalam PRU-14,” katanya.
No comments:
Post a Comment