Search This Blog

Sunday, March 24, 2019

MA63: A Malayan Betrayal of Sabah and Sarawak – Dr. Jeffrey

KOTA KINABALU - “The formation of Malaysia was supposed to be a plan to merge the British Territories, the Federation of Malaya, Singapore, Sarawak, Sabah (North Borneo then) and Brunei, and form a Confederation and at the same time to grant independence to Sabah and Sarawak.  However, it was used by Malaya to colonise and betray Sabah and Sarawak”” said Datuk Jeffrey Kitingan while debating on His Royal Highness, the Agong’s HRH Speech in Parliament several days ago speech in support of speech in Parliament.

Dr. Jeffrey said, “the objective and understanding to merge as a Confederation and create a New Nation was set aside at the last moment by Malaya, probably with the silent consent or endorsement by the British government, during the process of forming Malaysia”.

The merger and creation of the New Nation as a Confederation was agreed during the first meeting of the British and Malayan Prime Ministers during the Anglo-Malayan Talks on 20-22 November 1961 dan announced in the Joint Statement to the media after the Talks.  The agreement to create the Confederation was also announced by the Secretary of State for Commonwealth Affairs the following week in the British Parliament and recorded in the British Parliament Hansard dated 28 November 1961.

Several incidents occurred during that time which reveals the ill-intent of the actions by the Federation of Malaya.  Amongst them were:-

(a)     MA63 was signed in a rush on 9th July 1963 even before the process of the formation of Malaysia was completed (the United Nations (UN) Assessment Team had yet to start their assessment in Sabah and Sarawak).  Why?

(b)     Last minute changes were made to the submission to the UN where Malaya was to be changed to a New Nation / Federation to only a change of name of Malaya to “Malaysia” (seemingly to avoid objections from Philippines and Indonesia) without the knowledge and consent of Sabah and Sarawak.  Why?

(c)     MA63 was used and made into an agreement to takeover Sabah and Sarawak as colonies of the Federation of Malaya and federated with the existing States of Malaya.  This action contradicts the promises of the Prime Minister of Malaya, Tunku Abdul Rahman, that the formation of the Federation of Malaysia was a process to grant independence to Sabah and Sarawak in compliance with the Decolonisation of colonies as required under UN Resolution 1514 of 1960.  Why?

(d)     The members of the UN Assessment Team to visit Sabah and Sarawak were handpicked to “produce the right results” instead of assessing the true views of Sabahans and Sarawakians, where there were mass demonstrations in Sarawak against the formation of Malaysia at that time, as revealed in the British secret telegram that were declassified in the 1990s.  Why?

In the recent turn of events and the change of the Federal government on 9th May 2018 has now opened the opportunity to re-visit MA63 and rectify the past mistakes and undo the betrayal of Sabah and Sarawak.

Whether the Federal government and the Sabah and Sarawak governments will have the political will to do what is right and do justice for Sabahans and Sarawakians after 56 years of injustice is left to be seen.
---------------------------------
MA63: Satu Pengkhianatan Oleh Malaya Terhadap Sabah dan Sarawak – Dr. Jeffrey

Kota Kinabalu:  “Penubuhan Malaysia sepatutnya satu usaha menggabungkan Wilayah-wilayah British, Malaya, Singapore, Sarawak, Sabah (North Borneo) dan Brunei, untuk dijadikan satu Konfederasi dan dalam masa yang sama memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak.  Akan tetapi ianya telah dipergunakan oleh Malaya untuk menjajah dan mengkhianati Sabah dan Sarawak” kata Datuk Dr. Jeffrey Kitingan semasa membahas Titah Yang DiPertuan Agong dalam Parlimen beberapa hari lalu.

Katanya, tujuan dan persefahaman asal untuk penggabungan sebagai satu Konfederasi dan penubuhan Negara Baru diketepikan dalam saat-saat terakhir oleh Persekutuan Malaya, kemungkinan besar dengan persetujuan senyap atau direstui oleh Kerajaan British, semasa proses penubuhan Malaysia.

Penggabungan dan penubuhan Negara Baru sebagai Konfederasi telah dipersetujui pada pertemuan pertama diantara Perdana Menteri British dan Malaya semasa Perjumpaan Anglo-Malaya pada 20-22 November 1961 dan tersiar dalam Kenyataan Media Bersama selepas perjumpaan tersebut.  Persetujuan penggabungan Konfederasi tersebut juga diumum oleh Setiausaha Negara Untuk Hal Ehwal Commonwealth pada minggu berikutnya di dalam Parlimen British dan tercatat dalam Hansard Parlimen British bertarikh 28 November 1961.

Beberapa insiden berlaku pada waktu itu yang menampakkan kecacatan tindakan-tindakan Persekutuan Malaya.  Antaranya:-

(a)     MA63 ditandatangani secara tergesa-gesa pada 9hb Julai 1963 sebelum pun proses penubuhan Malaysia selesai (Pasukan Kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih belum menjalankan assesmen di Sabah dan Sarawak).  Kenapa?

(b)     Perubahan saat terakhir kepada permohonan ke PBB dimana Malaya diubah daripada penubuhan Negara / Persekutuan Malaysia kepada hanya perubahan nama Malaya kepada “Malaysia” (kononnya untuk mengelak bantahan daripada Filipin dan Indonesia) tanpa pengetahuan dan persetujuan Sabah dan Sarawak.  Kenapa?

(c)     MA63 diperguna dan dijadikan perjanjian pengambilalihan Sabah dan Sarawak sebagai tanah jajahan Persekutuan Malaya dan disekutukan dengan Negeri-Negeri yang sediada dalam Persekutuan Malaya.  Tindakan ini bertentangan dengan janji-janji Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman, bahawa penubuhan Persekutuan Malaysia adalah proses memerdekakan Sabah dan Sarawak dan mematuhi Dekolonisasi seperti yang dikehendakki oleh Resolusi PBB 1514 pada 1960.  Kenapa? 

(d)     Anggota-anggota Pasukan Kajian PBB telah dipilih secara peribadi untuk membuat laporan “keputusan yang dikehendakki” dan bukan mengkaji keputusan yang sebenar oleh rakyat Sabah dan Sarawak, dimana tercetus banyak demonstrasi membantah pembentukan Malaysia pada  masa itu, seperti yang dibongkarkan dalam telegram sulit British, yang telah dideklasifikasi pada tahun 1990an.  Kenapa?

Perkembangan dan peristiwa baru-baru ini serta penukaran Kerajaan Persekutuan pada 9hb Mei 2018 kini membuka ruang untuk mengkaji semula MA63 dan memperbetulkan kesilapan-kesilapan lampau dan memperbaikki pengkhianatan kepada Sabah dan Sarawak.

Samada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan Sabah dan Sarawak mempunyai keazaman politik untuk bertindak dan membuat apa yang betul dan memberi keadilan kepada Sabah dan Sarawak selepas kezaliman selama 56 tahun masih dinanti-nantikan.

No comments:

Post a Comment