Selepas diumumkan 200 ribu bakal warganegara katanya di Sabah juga akan bakal mendapat jumlah yang sama? Benarkah?
KOTA KINABALU- Pelaksanaan Suruhanjaya Siasatan Di Raja mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah akhirnya dijadikan epik sejarah yang tidak akan dilupai rakyat Sabah.
Pembentukan jawatankuasa selepas adanya syor yang dibuat selepas selesaikan RCI Pati hanyalah barisan yang melihat Sabah memang terancam dengan isu pemberian dokumen warganegara kepada Pati.
Melalui prosiding RCI Pati ini juga telah membongkar sedikit sebanyak bahawa Pati yang mendapat warganegara melalui individu berkepentingan adalah pengkhianat negara hanya menerima hukuman beberapa tahun malah menjadi Ketua negara hari ini melalui projek IC.
Nasib sabah tidak akan berubah bila kerajaan hari ini sekali lagi digemparkan 200,000 ribu yang dikatakan 10 peratus darinya rakyat Sabah bakal mendapatkan dokumen warganegara mereka.
Sebenarnya merujuk kepada sumber Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah jumlah 200 ribu itu adalah jumlah semasa prosiding RCI PATI yang terpaksa di 'hold' permohonan kewarganegaraan mereka ekoran wujud jawatankuasa yang bakal menentukan apa bentuk peraturan yang perlu kereka patuhi selain undang-undang sedia ada di dalam Perlembagaan.
Namun jika kerajaan hari ini akan meluluskan kewarganegaraan untuk kesemua jumlah tersebut ternyata suara rakyat Sabah sepanjang prosiding tersebut tidak dilayan sama sekali.
Maka benarlah Perdana Menteri ke 4 dahulu dan yang ke7 bakal melaksanakan modus operandi yang sama dalam menyelesaikan isu kerakyatan khusus bagi rakyat sabah.
Semalam Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan seramai 200,000 orang dijangka akan mendapat sijil kewarganegaraan membabitkan pelbagai kategori dan kes berbeza. Muhyiddin berkata, mereka yang memperoleh sijil kewarganegaraan itu dikaji bersandarkan kepada perlembagaan dan kemanusiaan.
Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat menggusarkan rakyat Sabah jika jumlah 10 peratus adalah dari Sabah dan dijangka akan terus meningkat berdasarkan keterbukaan kerajaan Warisan sekarang.
Tidak menghairankan jika dasar memberikan dokumen sah kepada Pati di Sabah oleh kerajaan Warisan membelakangkan pekerja tempatan ditentang habis-habisan rakyat Sabah. Apatah lagi jika dilaporkan boleh membawa keluarga pekerja ladang warga asing sekali.
Kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah bahawa kerajaan akan memberi warganegara kepada Pati mengikut saluran undang-undang hanya mengesahkan lagi bahawa Projek IC 2.0 bakal bermula semula. - Sabahkini
No comments:
Post a Comment