Search This Blog

Thursday, July 9, 2020

Isu Rumah kedai Sabindo adalah contoh pengabaian undang-undang di Sabah

oleh Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP, Peguam, Mantan Ketua Menteri Sabah

Kota Kinabalu, Khamis, 9 Julai 2020

Isu ruang terbuka rumah kedai Sabindo Tawau dapat diselesaikan dengan hanya menghormati peraturan undang-undang. Kegagalan pemerintah untuk mematuhi Perintah Mahkamah Persekutuan pada 12 Oktober 2017 untuk merobohkan rumah kedai yang terbengkalai di Sabindo adalah satu lagi contoh pengabaian terhadap peraturan undang-undang yang ditunjukkan oleh kerajaan Sabah. 

Ini bukannya pertama kali kerajaan negeri ini mengabaikan perintah mahkamah. Contoh yang paling terkenal adalah pemerintah Sabah mengabaikan untuk menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang memerintahkan bahawa pelantikan Pengarah Jabatan Air sebagai tidak sah kerana itu bertentangan dengan Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Contoh lain, yang akan menjadi bom jangka menunggu untuk meledak, adalah "penghakiman RM557 juta" yang dilaporkan mengenai tanah pekebun kecil di skim tanah Bagahak Lahad Datu yang melibatkan ahli politik terkenal. Keadaan tanah Bagahak yang tidak dilaporkan di media boleh meletup dengan kekuatan 100 kali ganda daripada kes pecah amanah RISDA yang dilaporkan baru-baru ini.

Perintah mahkamah persekutuan bermaksud perjanjian dan sebagainya tiada lagi kesan undang-undang

Sekiranya, seperti yang didakwa oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, yang juga ADUN Sri Tanjung di Tawau, Datuk Jimmy Wong Sze Phin, bahawa mahkamah persekutuan telah memutuskan untuk menentang pembangunan rumah kedai komersial di tempat terbuka, maka ia merangkumi perjanjian mengenai projek tersebut, termasuk penukaran tanah dari ruang terbuka kepada komersial dan apapun  tindakan  yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Tawau dan pegawai-pegawai Sabah sudah tidak mempunyai kesan undang-undang.

Jimmy DAP gagal penuhi "Ibu Kepada Segala Janji" 100 Hari
Kekecewaan yang ditunjukkan oleh Jimmy Wong dapat difahami kerana dia telah berjanji seperti yang terpampang di papan iklan berwarna-warni yang tidak dapat dilupakan dengan gambarnya yang mengkagumkan di letakkan di kawasan terbuka sebagai berkata bahawa "LOT-LOT KEDAI DI SABINDO YANG DIBINA SECARA HARAM AKAN DIROBOHKAN DALAM MASA 100 HARI" setelah Kerajaan Pakatan membentuk kerajaan. Kemungkinan, Jimmy yang berani merasa begitu yakin dengan janji "100 hari" kerana enam bulan sebelum pilihanraya dia memperolehi perintah Mahkamah Persekutuan berhubung perkara tersebut.


Kini sudah lebih dari dua tahun atau 792 hari Jimmy Wong dan partinya DAP telah membentuk kerajaan Sabah bersama Warisan/UPKO/PKR. Tetapi rumah kedai terbengkalai itu tetap berdiri.



Tapak rumah kedai di Sabindo yang mencacatkan pemandangan dan menjadi tugu peringatan harian kepada penduduk Tawau tentang kegagalan DAP untuk menunaikan apa yang disebut Dap sebagai "ibu kepada segala janji" kerana isu yang sama telah  menaikkan Jimmy DAP ke Dewan Undangan Negeri Sabah pada pilihan raya Negeri 2008 setelah Jimmy menggunakan gambar dramatik dia ditendang oleh seorang pekerja kontraktor projek di tapak pembinaan tersebut sebagai bahan kempennya. 


Selesaikan sahaja

Dengan undang-undang dan mahkamah persekutuan di pihaknya, apa yang harus dilakukan oleh kerajaan dimana Jimmy berada adalah untuk menegakkan undang-undang tersebut. Selesaikan dan tidak perlu menyalahkan orang lain.

Menurut laporan berita tempatan pada 26 Jun, Jimmy telah menulis surat kepada Ketua Menteri dengan permohonan bernada putus asa untuk menyelamatkan kawasan terbuka Tawau. Semalam pula dilaporkan bahawa dia telah menulis surat kepada semua menteri kabinet yang bermesyuarat semalam (8 Julai). Secara kebetulan salah seorang Timbalan Ketua Menteri, yang juga seorang peguam kanan, adalah juga merupakan Anggota Parlimen Tawau. Sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, jarak pejabatnya hanya perlu berjalan kaki beberapa langkah untuk tiba ke pejabat Ketua Menteri.

Tetapi  sebaliknya Jimmy menggunakan sidang media berulang kali untuk mengetengahkan janji yang gagal dikotakannya untuk merobohkan rumah kedai yang terbengkalai itu. Oleh itu, adalah sesuai untuk menganggap bahawa Jimmy telah menemui jalan buntu

No comments:

Post a Comment