Search This Blog

Saturday, September 4, 2021

TIADA PERLINDUNGAN BAGI PTI, BANGUNAN SETINGGAN BAKAL DIROBOH,

 TIADA PERLINDUNGAN BAGI PTI, BANGUNAN SETINGGAN BAKAL DIROBOH,

KOTA KINABALU: 3 September 2021 - Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan berkata tanah seluas 150 ekar milik Jabatan Perikanan bakal dibersihkan dan kesemua bangunan-bangunan setinggan akan diroboh dalam masa terdekat.
Kawasan tersebut termasuk dalam tanah 260 ekar yang telah ditetapkan untuk pembangunan mega Kota Kinabalu, suatu projek skala besar membina "Smart City" yang telah dipersetujui oleh kabinet.
Katanya, "Kerajaan GRS serius tentang pembangunan tanah ini dan akan memastikan ia tidak dicerobohi oleh orang luar, terutama opeh mereka yang sejak asalnya tidak mempunyai hak untuk tinggal di Sabah."
Hari ini DSP Dr Jeffrey telah datang untuk meninjau perkampungan setinggan di Kampung Warisan. Sementara itu terdapat sekitar 800 buah bangunan haram telah dibina atas tapak tanah Jabatan Perikanan seluas 150 ekar.
Sebahagian bangunan- bangunan haram tersembunyi di sebalik hutan bakau dan menyukarkan pihak berkuasa bertindak. Tambahan lagi wayar-wayar hidup elektrik curi disembunyikan di bawah tanah dan ia amat merbahaya kepada anggota penguatkuasa.
Terdapat dua lagi kawasan setinggan yang dikenali sebagai Kampung Berunai dan Kampung Juara.
Percubaan penduduk setinggan mendapatkan pengisytiharan rasmi kampung-kampung tersebut gagal kerana ia adalah tanah milik Jabatan Perikanan.
Pihak berkuasa telah melakukan projek perobohan bangunan-bangunan haram setinggan di masa yang lalu namun ia dibangun semula dalam beberapa bulan kemudian.
DSP Dr Jeffrey berkata "Ia jelas, seperti barah yang harus dihapuskan sekali dan untuk selamanya."
Beliau menggesa dan menasihati mereka supaya menghentikan pembangunan bangunan-bangunan setinggan kerana ia merugikan mereka sebab pihak berkuasa akan merobohkannya juga dalam masa terdekat ini untuk melaksanakan rancangan mega kerajaan.
Sebahagian penduduk adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan Sabah. Melihat keadaan ini beliau berkata, "Kita lindungi harta kerajaan tetapi kita juga perlu pertimbangkan musibah yang mungkin akan menimpa penduduk asal Sabah."


No comments:

Post a Comment