Mail Mathew
AHLI Majlis Tertinggi Liberal Democratic Party (LDP) Tenom, Kapitan Ng Tet Hau meminta Ketua UMNO Penampang, Datuk John Ambrose agar menjauhkan diri daripada mencampuri urusan politik LDP, kerana LDP lebih tahu apa perlu dilakukannya malah telah sedar ke mana halatuju parti itu.
Tegasnya, buruk dan baiknya tindakan LDP itu adalah tertanggung kepada kewibawaan kepimpinan parti itu untuk menanggungnya sendiri tanpa mengharap bantuan daripada pakar-pakar penasihat politik dari luar.
Kapitan Ng yang juga Ketua Bahagian LDP Tenom seterusnya berkata, kepimpinan Presiden LDP Datuk V.K Liew tidak pernah disesali atau diragui oleh ahli-ahli parti itu di peringkat akar umbi sebelum ini berhubung kewibawaannya memimpin parti malah setiap tindakan Liew pasti mendapat sokongan kukuh dari akar umbi.
Beliau menambah, begitu juga setiap janji dan keputusan yang pernah dizahirkan LDP kepada gagasan Barisan Nasional (BN) sebelum itu untuk mengukuhkan konsep perkongsian kuasa bagi menjamin penerusan kuasa di Sabah tidak pernah luntur.
“Malangnya, kesetiaan LDP dipandang serong oleh pihak tertentu namun sanggup menghalalkan perkara yang bertentangan dengan prinsip perkongsian kuasa dalam BN,” tegas Kapitan Ng sebagai mengulas kenyataan Datuk Ambrose berhubung kesetiaan LDP dalam BN sambil menggesanya memberhentikan tuntutannya.
Tegasnya lagi, bahawa ketika BN Sabah ditubuhkan selepas tahun 1990-an iaitu ketika UMNO dikembangkan sayapnya ke Sabah, kepimpinan BN pusat berkehendakkan tiga parti tempatan perlu dimantapkan selain USNO yang diambil alih UMNO mewakili Bumiputera Islam.
Malahan kewujudan LDP untuk masyarakat Cina selain MCA dan Parti Akar mewakili masyarakat KDM pimpinan mendiang Datuk Mark Koding, merupakan sebahagian daripada strategi BN Sabah untuk menawan tampuk kerajaan di Sabah.
“Kita tidak mahu berselindung dengan prinsip perjuangan kita bahawa LDP ditugaskan memperjuangkan masyarakat Cina tempatan, UMNO untuk Bumiputra Islam dan Parti Akar untuk KDM malangnya Ambrose berada dalam UMNO persoalannya kenapa tidak dalam Akar atau UPKO,” tegas Ng.
“Apa rasionalnya Datuk Ambrose berada dalam UMNO sedangkan beliau seorang pemimpin KDM yang sepatutnya memilih antara UPKO, PBS atau PBRS mungkin juga Ambrose juga sudah sesat jalan dalam BN?,” tambah Kapitan Ng.
Stop wasting your breath, LDP.
ReplyDeleteEnough is Enough LDP. Start focusing in serving the people.
ReplyDeleteLDP should just leave BN if they are not satisfied.
ReplyDeleteUMNO sebenarnya sedang mencuba untuk memperbaiki hubungannya dgn LDP.
ReplyDeletetidak perlulah menjadikan isu ini makin panjang lagi. sebaiknya semua pihak mengukuhkan kerjasama dan menumpukan tanggungjawab untuk menjaga kepentingan rakyat.
ReplyDeleteumno campur tangan hal parti LDP boleh. Bila LDP campur hal umno tak boleh. Jilat jangan tak jilat bandat umno ... muahahaha
ReplyDeleteSiapa yang ingin mencampuri hal dalaman LDP. Biarkan mereka selesaikan masalah mereka sendiri.
ReplyDeleteumno terang2 merampas kuasa LDP dan kasih kuncu2nya. Bila BN pratise PAK TURUT system?
ReplyDeleteIni bukan masalah gila kuasa. Jika diikutkan logik siapa yang gila kuasa?LDP atau UMNO?LDP yang bising selama ini mahukan kerusi TKM. UMNO adil dengan semua parti komponen. Kenapa Datuk Yee terpilih?kerana beliau adalah antara pemimpin yang mementingkan hak rakyat.
ReplyDeleteDCM kuota untuk cina. Tapi kita cina sabah tidak akun yee ada keupayaannya memiliki jawatan ini. Siapa kata yee boleh? Hanya umno aje. Ini bukan umno gila kuasa apa lagi? huhuhu
ReplyDeletesudah2 lah tu. Makin dipanjangkan isu ni makin teganglah ceritanya. huhuhu
ReplyDeleteApapun, semua pihak harus fokus kepada hal yang lebih penting iaitu kepentingan rakyat.
ReplyDeleteKita kena focus untuk menghalau syaitan umno keluar dari sabah. Orang kita TAK NAK syaitan umno dan sila bawa saudara PATI mereka balik ke malaya.
ReplyDeletesebab LDP tidak mahu umno campurtangan lah masalah2 LDP tidak pernah selesai. disebabkan mereka parti tertua maka layaklah untuk mereka mendapat keistimewaan dari segi jawatan dan bersikap ego terhadap parti komponen yang lain.
ReplyDeleteBN juga perlu fokus untuk terus menggelapkan masa depan pembangkang di Sabah.. pembangkang tidak ada sumbangan di negeri ini melainkan berjaya melahirkan peminat2 fanatik yang mampu bertutur bahasa jijik untuk memenangkan pembangkang.
ReplyDeleteJika LDP campur tangan hal syaitan umno, tidak mustahil syaitan umno jadi gila babi nanti.
ReplyDeleteTak payahlah campur tangan dalam hal LDP.
ReplyDelete