Search This Blog

Thursday, April 21, 2011

Rakyat Sabah perlu tolak BN demi Sabah

Saudara Pengarang,

SABAH telahpun menjadi wilayah jajahan Malaya sejak 47 tahun sejak berakhirnya tempoh berkuasa British di Sabah pada tahun 1970 seperti yang dipersetujui oleh pihak British dan pemimpin kemerdekaan Sabah seperti Tun Fuad, G.S.Sundang dan Tun Mustapha sehingga perjanjian pembentukan Malaysia melalui memorandum 20 perkara dimaterai.

Autonomi dan kekayaan Sabah telah mula dicanang oleh pemimpin Malaya pada masa Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Razak Bin Hussein dan Tun Mahathir bermula 1969. Penubuhan syarikat petronas itu telah ditentang hebat oleh pemimpin kemerdekaan sabah seperti Tun Fuad, GS. Sundang dan Tun Mustapha kerana pengambilan autonomi sabah dan kekayaan negeri sabah boleh memudaratkan serta merugikan rakyat tempatan. Syarikat Petronas kini diterajui oleh anak Tun Mahathir sebagai pengarah syarikat tersebut.
Proses pembentukan Malaysia hari ini sudah tidak bermakna lagi dalam pandangan pihak British dan PBB yang telah menjadi saksi kepada proses pembentukan Malaysia yang disifatkan oleh mereka sudah melanggar hak-hak kemanusiaan dan melakukan jenayah ekonomi. Maka saya menyeru kepada semua rakyat sabah supaya berhenti memberikan sokongan kepada Barisan National dan UMNO untuk menyelamatkan autonomi dan kepentingan rakyat sabah.

Penjelasan Tengku Razaleigh Hamzah tentang keputusan perbincangan royalti minyak pada tahun 1974 yang dihadiri oleh Tun Fuad adalah satu pembohongan besar beliau kepada rakyat sabah yang mengatakan bahawa Tun Fuad telah bersetuju.

Di dalam penyelidikan saya, Tun Fuad dan Tun Mustapha tidak bersetuju dalam rundingan itu kerana merugikan rakyat Sabah, oleh itu Tun Fuad tidak menandatangani keputusan itu, tetapi Ketua Menteri Sarawak bersetuju tetapi akhirnya beliau juga menyesal dan ingin menarik diri dalam rundingan itu tetapi pusat telah memecat beliau.

Saya mempunyai satu bukti bahawa Tun Fuad tidak bersetuju dan tidak menandatangani rundingan royalti minyak itu iaitu ketika rundingan di Labuan, beliau tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan Petronas.

Kerajaan Kelantan mempunyai pengetahuan tentang matlamat Tun Fuad setelah beliau menolak rundingan perjanjian menandatangani isi royalti minyak yang memberikan Sabah dan Sarawak hanya 5% sahaja. Setelah beberapa minggu Tun Fuad meninggal dunia, syarikat petronas dengan sendirinya membayar royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak hanya 5% sahaja sehingga ke hari ini.

Pemimpin tempatan Sabah begitu bodoh dan tamak kuasa sehingga sanggup menipu rakyatnya sendiri untuk kepentingan peribadi semata-mata.

Parti-parti tempatan Sabah seperti PBS, UPKO, LDP dan PBRS harus bertanggungjawab terhadap segala masalah yang berlaku di Sabah hari ini.

Saya turut kesal apa yang berlaku kebelakangan ini tentang isu Mohd. Akjan yang menggelarkan diri beliau sebagai Sultan Sulu. Isu ini tidak harus terjadi di Sabah kerana tuntutan Sultan Sulu daripada Filipina pada 1946 telahpun dimansuhkan oleh pihak British pada tahun 1959 dan sebarang tuntutan selepas itu tidak lagi berguna.

Jadi saya ingin menasihatkan kepada Mohd. Akjan supaya bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat tempatan sabah kerana beliau selamat tinggal di sini tanpa sebarang masalah dan tindakan beliau mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu di Sabah adalah satu penghinaan kepada rakyat tempatan Sabah dan beliau harus di ambil tindakan dengan tegas dan melucutkan kerakyatan beliau dan hantar pulang ke negara asal beliau agar semua pihak merasa gembira dan etnik Tausug (Suluk) yang berada di Sabah juga tidak merasa terganggu.

Perjuangan saya adalah menuntut hak-hak sabah termasuk kekayaan yang seharusnya dinikmati oleh rakyat tempatan Sabah. Saya turut menggesa dan mencabar Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak, supaya membawa memorandum yang saya hantar melalui facebook beliau agar perkara itu dibuka ke muka pengadilan antarabangsa untuk menentukan siapa yang seharusnya layak menikmati kekayaan Sabah dan kelayakan mereka terus mentadbir sabah.

Perkara ini harus dibuat secara gentlemen dan harus diperjelaskan secara terbuka kepada rakyat tempatan Sabah dan jangan bersembunyi di sebalik ISA untuk menyembunyikan ketakutan mereka terhadap penindasan mereka terhadap ekonomi Sabah.

Pentadbiran pusat di Sabah banyak mendatangkan bahaya dan diskriminasi terhadap penduduk tempatan Sabah. Hari ini rakyat Sabah harus berfikir dan berpijak di bumi nyata untuk menyelamatkan generasi akan datang dan anak-anak muda kita hari ini.

Jangan fikir takut kehilangan kerja atau keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak pusat yang hanya memerangkap kita semua. Kita tidak takut jika pusat menyekat kewangan di Sabah, kerana dunia sedang memperhatikan setiap kesusahan yang kita alami.

Rakyat Sabah berbilang kaum, bukan Islam dan Islam harus bersatu untuk berjuang bersama rakyat dan janganlah terus menjadi bodoh seperti kerbau yang dicucuk hidung dan diarahkan ke sana sini oleh pihak pusat. Pemimpin tempatan jangan terlalu taksub dengan kuasa dan pangkat sedangkan rakyat yang menjadikan mereka sebagai pemimpin ditipu dan tidak dihormati pandangan mereka serta mengkhianati mandat yang mereka berikan.

Saya boleh katakan bahawa negara kita ini bukanlah sebuah negara demokrasi seperti yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak, tetapi sebuah Negara kuku besi yang penuh dengan rasuah.

Saya boleh berikan beberapa bukti bahawa Negara kita ini bukan demokrasi iaitu media massa, media elektronik, kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang terutamanya di Sabah.

Sebagai rakyat tempatan Sabah, saya memberikan nasihat kepada semua orang yang tinggal di negeri Sabah walau apa juga jenis bangsa dan budaya kita supaya menolak UMNO yang berasal daripada Malaya dan komponennya Barisan Nasional (BN) kerana mereka itu hanyalah mahukan kekayaan kita sahaja dan tidak memberikan keuntungan kepada kita.

Salam Hormat,

JOSEPH WILFRED

36 comments:

  1. Kalau tolak UMNO setuju lah.Parti sudah bau ikan masin.Parti busuk.

    ReplyDelete
  2. sokong umno = sokong pendatang haram. Insaflah

    ReplyDelete
  3. Sabah begitu kaya, tapi hanya sedikit sahaja kekayaan tersebut yang dpt dinikmati oleh penduduk Sabah. segala hak2 dan kekayaan negeri Sabah harus dikembalikan.

    ReplyDelete
  4. sebagai rakyat Sabah, kita seharusnya berjuang untuk mendapat semula hak2 kita.

    ReplyDelete
  5. Harap rakyat sendiri akan membuat pilihan yang betul.

    ReplyDelete
  6. biarlah rakyat sendiri membuat pilihan yang dirasakan terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  7. rakyat tetap akan tolak jika ada parti lain yang jauh lebih baik.. 100% sempurna.. jujur, tidak rasuah, bersedia turun padang setiap hari, tidak mementingkan jawatan, bijak, profesional etc..

    ReplyDelete
  8. parti mana yang sentiasa menjaga kepentingan rakyat, maka parti itulah yang akan disokong..

    ReplyDelete
  9. diharap rakyat Sabah mendapat kembali hak mereka.pemimpin harus memperjuangkan hak tersebut demi rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  10. Its wholly up to the people to decide whether to keep BN or vote them out. It's their choice to make.

    ReplyDelete
  11. I hope the people would do the right thing when election day comes.

    ReplyDelete
  12. Rasanya tidak perlulah menghasut rakyat Sabah. Kerana rakyat sabah tahu pilihan mereka.

    ReplyDelete
  13. Apa masalah dengan BN??BN antara parti yang boleh membantu Sabah??Jika saya diberikan pilihan memang saya lebih memilih BN dari Pakatan. Kerana Kita tidak tahu bagaimana cara pakatan memerintah. Tidak semana-mana nanti hancur negeri kita oleh pakatan. Lebih baik pilih BN, parti yang telah lama untuk kita. Walaupun lambat pembangunan at least tetap akan dibuat juga.

    ReplyDelete
  14. Parti yang berkebolehanlah yang akan menjadi pilihan rakyat. Maka kita tidak perlulah menghasut fikiran mereka. Rakyat sendiri tahu menilai setiap parti. Pilihan ditangan rakyat itu sendiri.

    ReplyDelete
  15. SAPP anjing UMNO bah itu

    ReplyDelete
  16. your statement/blog is absolutely right Mr writer. Apa yg terjadi dan sedang berlaku dan diperlakukan pada pemerintahan dan pembahagian harta di sabah ada ketidakadilan dan amat memudaratkan penduduk tempatan Sabah.

    ReplyDelete
  17. keputusan terletak di tangan rakyat sabah..

    ReplyDelete
  18. jika mahu tolak UMNO/BN, siapa pula yang harus diundi? SAPP?

    NO WAY...SAPP is rubbish...

    ReplyDelete
  19. sebagai rakyat sabah, hak kita harus dipertahankan dan diperjuangkan..

    ReplyDelete
  20. Masalah dia begini- UMNO sudah bertapak dan kukuh di Sabah olih itu pemimpin nya di Sabah sudah takut untuk bersuara dan meminta kelebihan untuk Negeri Sabah.Ada pun peruntukan yang diberi olih kerajaan pusat adalah atas budi bicara mereka bukan kerana permintaan dan paksaan pemimpin UMNO di Sabah.Pemimpin UMNO Sabah khas nya Musa Aman adalah seperti'kerbau kena cucuk hidung' dan sentiasa mengikut telunjuk Najib untuk mempertahankan kerusi KM menjadi milik beliau untuk berapa lama lagi mungkin 10 penggal.Dalam hal ini siapa yang bolih mempertahankan Sabah dan siapa pemimpin yang bolih meminta kelebihan untuk Sabah? Minta Musa Aman cakap pasal naik royalti minyak dengan Najib?Tunggu kerbau keluar telur pun tak ada.
    Kita lihat harga barang di Sabah yang sudah meningkat sekian lama dan membawa penderitaan kepada rakyat ada dengar tak Musa Aman buat komen?Setiap kali barang naik nilai kewangan rakyat jatuh dan jika berterusan rakyat Sabah semua nya akan dijadi papakadana tanpa disedari sendiri.Kalau dulu seorang pekerja bolih hidup sebulan selepas menerima gaji bulanan sekarang dia hanya bolih bertahan 25 hari dan jika barang naik berterusan 20 hari dah pukai.Apa Musa Aman buat?Jangan ingat Musa Aman pandai buat kerja KM malah dialah KM yang paling teruk sekali tanpa disedari rakyat.

    ReplyDelete
  21. Yes, kick out UMNO from Sabah. UMNO is shit..

    ReplyDelete
  22. Sabah Tanah Airku, Negara Kita yg TercintaApril 25, 2011 at 11:18 AM

    Alimah said...

    "Apa masalah dengan BN??BN antara parti yang boleh membantu Sabah??Jika saya diberikan pilihan memang saya lebih memilih BN dari Pakatan. Kerana Kita tidak tahu bagaimana cara pakatan memerintah. Tidak semana-mana nanti hancur negeri kita oleh pakatan. Lebih baik pilih BN, parti yang telah lama untuk kita. Walaupun lambat pembangunan at least tetap akan dibuat juga"

    Inilah antara jenis2 orang yg kolot. mana kau tahu yang pakatan akan hancurkan negara/negeri kita kalau dia org memerintah? Pasal dia org sudah memerintah 5 negeri (sebelum Perak dirampas dgn cara yg sama seperti Sabah suatu masa dulu). Itulah kau org hanya tahu makan apa yg BN/UMNO kasi. Kau org tidak tahu tanya atau cari kebenaran. Terlalu nonton TV1,TV2,TV3,TV7,TV9,TV ASTRO AWANI..... Terlebih baca Utusan, Berita Harian, New Sabah Times, Utusan Borneo..... Bila dh terbaca blog yg neutral baru tahu tapi tidak pula pandai sedar. mungkin sebab termakan budi yg tidak seberapa... kena kasi 10 keping zink, sebiji tangki, sebuah tandas, 1 kampit beras, bla...bla... Sudah disekat minda. hai, agaknya, 10 ke 20 tahun akan datang, negeri kita masih jauh kebelakang.... 40 tahun akan datang, belum tentu negeri Sabah kita yg tercinta ini mempunyai kemajuan yg sama seperti yg ada di semenanjung pada saat ini. Mereka suda punya jalan berkembar 15, kita masih terpaksa berbangga dgn jalan kita di sabah yg hanya ditampal-tampal. mereka sudah punya kereta api laju (MRT), kita masi berbangga dgn kereta api 2nd buruk buatan china seperti yg ada sekarang. Mereka suda punya jalan 'fly over' 20 tingkat, kita masih terpaksa berbangga dgn 'fly over' tanjung aru yg masi belum siap2 biarpun suda beberapa kali ditangguhkan... dorang ada hospital bertaraf dunia, kita punya HQE masi belum siap2 diperbaiki... akan datang, royalti 5% petronas akan tetap 5% walaupun selepas telaga minyak kita suda kering kontang... akan datang, tanah2 kita akan diambil alih sepenuhnya oleh semenanjung dan pada akhirnya, tempat kita dikubur setelah mati pun terpaksa dibeli dgn mereka. anak-anak kita nanti terpaksa bersujud kepada semenanjung utk meminta-minta. akan sampai masanya nanti apabila kita sudah tidak berhak ke atas tanah tumpah darah kita, akan sampai masanya nanti apabila kita terpaksa meminta kebenaran utk berak dan kencing, akan sampai masanya nanti kita akan diperlakukan seperti warga pendatang.... jangan risau, semua ini akan tiba pada masanya jika kita terus menerus berfikiran kolot dan takut merdepan dgn mereka. selepas kita terus menerus membenarkan mereka memijak kepala kita dan membersihkan najis2 kasut mereka dgn rambut kita. Sabah oh Sabah, sayangnya kamu tersilap langkah.. negeri yg sepatutnya kaya raya... negeri yg sebolehya memberi kekayaan kepada penghuninya, negeri yg mengikut haknya adalah negara, dan ditadbir dgn autonomi, diketuai oleh gabenor (YD Negara), ditadbir oleh Perdana menteri. Kesian................!!!!!

    ReplyDelete
  23. kenapa kes video salah seorang pemerintah pembangkang boleh diusulkan untuk membentuk suruhanjaya diraja bgi siasatan sedangkan kes pendatang haram di sabah lah yg sepatutnya perlukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat siapakah pihak yang bertanggungjawab dengan kemasukan pendatang haram dengan begitu mudah ke sabah.

    fikir2kanlah generasi kita yg akan datang...jangan sampai dianaktirikan...sy x kisah sesiapapun jd pemerintah di sabah tetapi pokok pangkalnya...'kembalikan identiti dan hak orang tempatan...jangan sampai dianaktirikan di negeri sendiri'...

    ReplyDelete
  24. Adakah Sabah akan keluar dari kepompong nanti?

    ReplyDelete
  25. I don't think this will help much.

    ReplyDelete
  26. Apa yang kami perlukan adalah kebajikan kami terjamin.

    ReplyDelete
  27. Come on la, we have enough. I mean changing won't solve the problem.

    ReplyDelete
  28. Urang Utan SepilokApril 26, 2011 at 3:34 PM

    Smile.....

    ReplyDelete
  29. jangan lah ubah sahingga PTI itu membunoh keluarga anda, marogol anak2 perempuan anda , mencuri hak hak anda...kamu memang berfikiran singkat...

    kapada tuan pengarang, siapakah lelaki budiman di atas ini? dia kelihatan berpendidikan dari university terbaik dunia, dia juga sangat bijak kepada saya. Bagaimana kah saya boleh mengenalinya..? terima kasih

    Mantan TYT

    ReplyDelete
  30. tolak BN/UMNO 100 % kerana sama juga UNDI UMNO/BN adalah sama dengan MENJUAL MARUAH KITA SEBAGAI RAKYAT SABAH!!

    NAK UNDI UMNO/BN??? DI SEBABKAN UMNO/BN SUDAH MEMERINTAH SABAH SUDAH SEKIAN LAMA??

    PIKIR LA BGUS2 KWAN..KITA SEDANG DIPIJAK DENGAN CARA YANG LEMBUT TAPI SANGAT SAKIT SEBAB KITA SEDANG BERBARING DI ATAS PAKU2 TAJAM UMNO/BN

    ReplyDelete
  31. From now on, we the people of Sabah and Sarawak have to change the ways of thinking. We need to change our ways of thinking like the Japanese or the British people. We must be willing to think that we are the deciding factor in our own country, and nobody from the outside there have right on us, who can control us, and decide for us. No! that is wrong! we decide for ourselves. because we are the power factor, the people's power. God Bless Sabah and God Bless You and Happy Blessed Easter..

    ReplyDelete
  32. KENAPA PULA KES RASUAH DAN KES LIWAT MAU ADA SURUHAN JAYA PULA??
    DAN MENGAPA PULA KES PTI BERLELUASA SENANG LENANG MASUK SABAH TIDAK ADA >SURUHAN JAYA PTI<????????



    MANA SURUHAN JAYA PTI????
    PTI DI SABAH SUDAH MENJADI2 LA SEMUA ORANG TENGOK LA SENDIRI OIIII.....
    SIAPA LAGI YANG BOLEH BAWA DORG MASUK KALAU BUKAN BN SJA....MNA SURUHAN JAYA PTI....SIASAT SIAPA DALANG DI SEBALIK PROJECT IC???
    IC PALSU UNTUK PTI??? KENAPA???MANA SEMUA TUUU PERGI???? SIAPA BUAT DAN SIAPA BAPA PROJECT IC PALSU??? FIKIR LAH..

    ReplyDelete
  33. Kesedaran dan keberanian rakyat sabah itu sendiri haruslah dipertingkatkan di semua peringkat sama ada dari golongan aducated,sederhana mahu pun yg tidak, yang tahu membaca mahu pun yang tidak tahu membaca. Pendedahan secara menyeluruh sehinga ke akar umbi akan menghimpunkan kita dalam satu hati,satu suara, satu perjalanan dalam satu matlamat.

    Jika ini tiada, kita tidak akan dapat mengumpul satu sokongan yang padu. Kepada mereka yang menyokong umno, memang benar merekalah yang memerintah selama ini tetapi adalah amat jelas jika anda membuka fikiran anda lebih jauh bahawa memang berlaku penyelengan dan pencabulan dalam hak2 kita. Soalan saya selama mana kita harus berdiam diri dan membiarkan generasi kita menjadi papa kedana di negeri sendiri apabila semua kekayaan dan hak2 kita di rampas semua. Saya setuju dengan keyataan bahwa pemimpin negeri adalah pengecut dalam menyuarakan hak2 rakyat sabah. Bagi mereka biar periuk mereka sentiasa berisih sedang rakyat yang mengangkat mereka tidak di perdulikan lagi. kesian....

    ReplyDelete
  34. Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam Ekonomi

    UMNO/BN gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

    UMNO/BN gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

    UMNO/BN juga gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung.

    Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.

    Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:

    Pengagihan projek yang tidak telus - dikuasai oleh kroni2 Patrick Lim dan Kamaluddin - taman tamadun islam, penang global city center.

    Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal - jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.

    Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.

    Beberapa fakta yang perlu diketahui untuk perkongsian:

    Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
    Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
    Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
    Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
    Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
    Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
    Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
    Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
    Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
    Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
    Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta.
    Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta.
    Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta.
    Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta.
    Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion.
    Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion.
    Sime Darby - RM 1.6 billion.
    Pos Malaysia - RM 546 juta.
    Felda - RM 8 Billion.

    dan yang paling terbesar ialah

    20. Blok L dan M - RM 380 billion.

    ~ Bayangkan betapa bodohnya kita kerana memberi mandat kepada BN (UMNO, PBS, UPKO, PBRS, LDP, MCA, MIC dsb) sedangkan mereka bukan pakar ekonomi malah pakar menipu ~

    ReplyDelete
  35. Haha,very interesting comments.I enjoyed reading them.One thing can be simplified from what I read -readers are now matured,their thinkings and analysis of events and happenings are revolutionary.Readers dare to be critical and open up their thoughts.Politically this is good.Be independent in your thinking and avoid being Mr.Yes.Point out and show your disgust if you think they are wrong,praise and give credit if you think they deserve.

    ReplyDelete
  36. Pandai-pandailah rakyat sendiri menilainya.

    ReplyDelete