UMNO/BN gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.
UMNO/BN gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.
UMNO/BN juga gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung.
Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.
Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:
Pengagihan projek yang tidak telus - dikuasai oleh kroni2 Patrick Lim dan Kamaluddin - taman tamadun islam, penang global city center.
Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal - jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.
Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.
Beberapa fakta yang perlu diketahui untuk perkongsian:
Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta.
Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta.
Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta.
Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta.
Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion.
Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion.
Sime Darby - RM 1.6 billion.
Pos Malaysia - RM 546 juta.
Felda - RM 8 Billion.
dan yang paling terbesar ialah
20. Blok L dan M - RM 380 billion.
~ Bayangkan betapa bodohnya kita kerana memberi mandat kepada BN (UMNO, PBS, UPKO, PBRS, LDP, MCA, MIC dsb) sedangkan mereka bukan pakar ekonomi malah pakar menipu ~
Joseph Wilfred
Inilah Umno kA?????????????????
ReplyDeleteThey need to appoint people who are expert in improving the economy.
ReplyDeleteOrang dalam gambar tu siapa? Betulkah senarai dia tu. Tapi mcmna dia dapat..
ReplyDeleteI have the same question in my mind too Bumble Noodle. Where did he get the list?Is it from a reliable source?
ReplyDeletejangan hanya mengkritik, tapi bagilah cadangan bagaimana untuk menjadikan ekonomi negara menjadi lebih baik.
ReplyDeleteDari mana penulis dapat figure ni. Newspaper? internet searching? Betul ka tidak oh.
ReplyDeletekan baik beri kerjasama dan pendapat untuk menngkatkan lagi pendapatan negara.
ReplyDeleteKaki pengampu umno minta solution pulak. Sudah bukti umno tidak pandai mengendalikan dan memajukan ekonomi kita selain dari KOREK KOREK KOREK!!!!
ReplyDeletewalaupun mengalami kerugian besar tapi kerajaan mempunyai inisiatif lain utk cover balik kerugian ni. kenapa hanya kerugian saja didedahkan sedangkan yang untung tidak pernah disiarkan? kita pun tidak tahu sejauhmana kemampuan pembangkang... tidak nampak pula kesempurnaan pembangkang mentadbir 4 buah negeri, malah ada juga kes menyalahgunakan wang rakyat.. mungkin jika pembangkang yang mengambil alih kerajaan, senarai kerugian jauh lebih panjang dari di atas.
ReplyDeleteHahahaa :D betul juga..aku terfikir juga dengan kata tarantula itu. Selama ini hanya keruguian, hutang dan sebagainya yang buruk diceritakan. Kenapa tidak pasal keuntungan yang negara dapat. Kalau asyik hutang didengar tidak bestlah. Mahu juga dengan untung negara.
ReplyDeleteRasanya BN/UMNO belum lagi gagal dalam politik mereka. Setakat ini BN dapat menyelesaikan masalah negara. Jadi hanya dengan masalah hutang dan kerugian dan kenaikkan harga barang, minyak, dan tol tidak akan mengugat pengurusan mereka untuk menyelesaikannya. Rakyat parti percaya dengan kerajaan.
ReplyDeleteKalau Pembangkang yang memerintah kamu pastikah mereka akan dengar suara rakyat. Atau hanya akan mendengar perintah dari orang atasan sahaja. Itu sudah pasti. Memang kita akan dikuasai oleh orang lain selepas itu. Tidak tahu apa yang akan terjadi.Adakah lebih teruk atau muflis..
ReplyDeleteBerubah sebelum terlambat.
ReplyDeleteKalu BN/UMNO boleh memburuk2kan pembangkang.... kenapa pembangkang tidak boleh bersuara pula....bagi saya rakyat perlu tahu kerugian ini semua.... Dari observation saya, lihat saja penang under DAP, mereka suda pun mengatasi selangor dan semua negeri2 lain dalam konteks pendapatan.. sebenarnya terpulang apa parti pembangkang yg kamu pilih saja... Kalu masi dengan UMNO/BN mmg tidak akan ke mana2... suda 47 tahun merdeka bagi sabah dan sarawak, tapi antara states paling kaya tapi sekarang paling miskin.... sudah jelas yang mereka tidak mampu membantu ekonomi negara dan segala macam hal isu perkauman dan semua isu PTI ni apa dorang buat.... kenapa tidak mahu perubahan sampai bila2 malaysia x akan maju.... BN/umno suda lama memerintah dan full of corruption... mereka harus di tendang keluar 100%....
ReplyDeleteBerusahalah UMNO/BN.
ReplyDelete