Search This Blog

Tuesday, May 17, 2011

Kenapa BN Terus Hukum Rakyat Sabah?


KENAIKAN harga petrol RON97 sebanyak 20 sen untuk setiap kenaikan pada 1 April 2011 dan 5 Mei 2011 dan menjadikan harga petrol RON97 sekarang RM2.90, merupakan satu tindakan yang kurang tepat dan langsung tidak mengambil kira implikasi negatif terhadap kenaikan harga barangan secara tidak langsung terutamanya untuk penduduk di Sandakan serta Sabah pada umumnya. 



Sekarang kita pula sedang menanti debaran yang bakal diumumkan oleh pihak kerajaan berhubung dengan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel pada bila-bila masa dari sekarang. 

PETRONAS selaku sebuah syarikat GLC yang telah berjaya mengaut keuntungan dan terlepas daripada masalah kewangan seperti yang dihadapi oleh syarikat-syarikat GLC yang lain seperti MAS, TNB, PLUS, MISC dan TELEKOM MALAYSIA, merupakan antara firma yang terbesar di dunia dalam senarai 500 Global Fortune dan telah meneroka di peringkat global di lebih 33 negara seluruh dunia terutamanya di Indonesia, Thailand, Iran dan Sudan.

Namun yang demikian, isu yang berkaitan dengan kenaikan harga minyak telah menyedarkan betapa pentingnya hak minyak negeri Sabah dikembalikan kepada rakyat Sabah memandangkan proses pemulihan dari sebuah negeri yang termiskin di Malaysia kepada sebuah negeri yang selari dari segi pembangunan dan jurang perbezaan dari segi kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi, dapat dinikmati oleh setiap pembayar cukai.

Perlu diingatkan bahawa setiap perbelanjaan yang kita belanjakan seperti membeli mi segera, barang permainan untuk kanak-kanak, ikan sardin, tisu tandas, gunting, pen, buku-buku latihan, kasut, baju dan barang-barang keperluan harian yang lain lagi, telahpun dikenakan cukai jualan, cukai perkhidmatan dan cukai pengangkutan tanpa kita sedari.

Ramai yang beranggapan bahawa mereka yang menghantar borang penyata cukai pendapatan dan yang membayar cukai melalui penyata cukai tersebut adalah pembayar cukai.

Anggapan mereka adalah salah memandangkan setiap rakyat yang hidup di dunia ini merupakan pembayar cukai tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, kaum, warna kulit, seorang kakitangan kerajaan mahupun swasta, orang kelainan upaya (OKU), orang kaya mahupun miskin, Yang Berhormat mahupun Yang Berkhidmat atau Yang Bertaubat, kesemuanya merupakan pembayar cukai yang begitu taat setia menunaikan tanggungjawab kita sebagai pembayar cukai!

Mulai 1 September 2009, minyak petrol RON92 dihentikan jualan dan digantikan dengan RON95. Ini bermakna dalam perkataan lain, minyak petrol yang kita isi sekarang ini merupakan minyak daripada RON92 yang mana kualitinya begitu diragukan ke atas kereta import dan kereta baru buatan tempatan sehinggakan kerajaan terpaksa memberi penjelasan tentang prestasi minyak yang terdapat pada RON95.

Tentu sekali kita tidak akan lupa dengan kenaikan harga minyak yang langsung tidak munasabah pada 5 Jun 2008 di mana harga petrol RON97 (yang juga dikenali sebagai petrol RON95 pada masa sekarang) adalah RM2.70 daripada harga RM1.92 iaitu kenaikan sebanyak 41% walaupun harga dunia minyak adalah pada paras USD121.00 setong pada ketika itu!

Pembelian dan pengisian minyak yang luar biasa yang berlaku pada masa tersebut, sentiasa berada di dalam ingatan semua rakyat Malaysia terutamanya di Sandakan ini yang mana begitu ramai yang berbaris panjang untuk mengisi minyak gara-gara kenaikan yang tidak munasabah sedangkan gaji dan mata pencarian yang begitu rendah yang dihadapi oleh penduduk di Sandakan ini.

Kenapalah penduduk di Sabah khususnya di Sandakan ini perlu berhadapan dengan situasi yang langsung tidak adil daripada kerajaan pusat mahupun negeri terutamanya dari segi pengagihan royalti minyak dan baru-baru ini, kita dikejutkan pula dengan pengagihan kontrak oleh pihak PETRONAS yang langsung tidak memberikan peluang kepada penduduk Sabah sebagai Kontraktor Utama (main contractor) dan hanya layak sebagai sub-kontraktor untuk projek-projek sejak PETRONAS bertapak di Sabah berpuluh tahun yang lalu.

Apakah rasionalnya keuntungan daripada hasil minyak di Sabah cuma dikembalikan sebanyak 5% dalam bentuk royalti minyak sedangkan 95% dikebas oleh PETRONAS dan kerajaan pusat untuk membangunkan negeri di Semenanjung?

Untuk pengetahuan pihak umum, Malaysia bukanlah anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan adalah wajar pihak PETRONAS mengkaji untuk menyalurkan keuntungan yang diperolehi kepada negara sendiri secara langsung dengan cara menjual petrol dan diesel yang jauh lebih rendah harganya daripada syarikat minyak dari luar negara seperti SHELL, EXXON, ESSO dan lain-lain lagi kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan sering memberikan alasan pemberian subsidi yang sangat tinggi dari segi subsidi minyak, dan adalah begitu menghairankan kenapalah PETRONAS dahlah untung banyak, namun apabila ada kenaikan harga minyak, kerajaan pula yang harus menanggung dan bertanggungjawab untuk pembayaran subsidi kepada PETRONAS?

Sepatutnya syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang harus membantu meringankan beban kerajaan dan bukannya kerajaan mengalihkan tanggungan kepada rakyat!

Oleh yang demikian, minyak yang diperolehi di tanah milik Sabah, haruslah dikembalikan kepada rakyat Sabah! Perjanjian yang dimeterai berpuluh tahun yang lalu, tidak lagi relevan dan ‘Harus Disemak Semula’ memandangkan perjanjian inilah antara penyebab Sabah tercatat sebagai Negeri Yang Termiskin Di Malaysia!

SAPP Sandakan CLC Tanjung Papat Secretary Bryan Chang

31 comments:

  1. Apa guna cakap banyak sokong saja UMNO dan Musa Aman.Undi saja UMNO/BN untuk memerintah 5 tahun lagi dan masa itu tengok lagi macam mana petrol dan barang naik.
    Macam mana pun deritan rakyat dan macam mana pun fakta dihuraikan pada masa pilihanraya rakyat yang menderita ini juga akan tersipu-sipu depan pintu UMNO untuk dapat 50 ringgit.

    ReplyDelete
  2. Dimana sudah semua subsidi kita? Dimana semua keuntungan dari kenaikan harga minyak? Semua masuk pocket umno kah?

    ReplyDelete
  3. Apa boleh buat?

    ReplyDelete
  4. apakah benar BN menghukum rakyat Sabah?jadi kenapa rakyat menyokong BN jika mereka hanya membuatkan rakyat Sabah menderita?

    ReplyDelete
  5. ada baiknya juga jika Sabah menguruskan hasil minyaknya sendiri. royalti hanya 5% yang diberikan ke atas hasil minyak sendiri kelihatan tidak wajar.

    ReplyDelete
  6. kenaikan harga barangan ni akan terus membebani rakyat.

    ReplyDelete
  7. setiap kenaikan harga barangan hendaklah selaras dgn pendapatan penduduk

    ReplyDelete
  8. Semangnya amat menyedihkan. Kenaikkan ini bukab sahaja menambahkan beban rakyat tetapi juga memberi tekanan yang sangat besar terutama sekali kepada golongan yang berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
  9. Tolong cari jalan lain untuk tidak maningkatkan lagi harga minyak. Jika tidak keadaan akan bertambah teruk.

    ReplyDelete
  10. aiya susah, suma la naik.

    ReplyDelete
  11. Sekarang saya befikir, bila lah saya boleh kaya ni. huhuhu. Makin kumpul duit, makin pula harga naik. huhuuu

    ReplyDelete
  12. Susahlah kalau terus macam ini. Macam tak dapat bernafas pula, asyik ja ada yang naik. Kalau gaji nai, oklah juga. TAPI ini.... hhmm...

    ReplyDelete
  13. Saya percaya kerajaan pun bukannya suka2 naikkan harga minyak, tapi TOLONGLAH cari alternatif lain utk bantu rakyat.

    ReplyDelete
  14. Jangan biarkan rakyat, terus terbeban dan rasa tidak dipedulikan. Nanti lain pula yang berlaku.

    ReplyDelete
  15. Apapun, harap kerajaan akan terus membantu rakyat berdepan dengan hal ini.

    ReplyDelete
  16. Minta tolong kat siapa? Selagi UMNO memerintah Sabah ini lah akibat nya.CM sibok dengan kaki bodek jadi mereka tahu kah rakyat menderita?
    Bagus Musa Aman minta tukar jawatan saja lah sebelum rakyat Sabah 'naik angin' dan memberontak.

    ReplyDelete
  17. diharapkan kerajaan akan dapat mencari jalan bagi mengurangkan beban rakyat.

    ReplyDelete
  18. apa pun yang dilaksanakan, pastikan kemampuan rakyat sentiasa diambilkira begi mengelakkan rakyat terbeban.

    ReplyDelete
  19. Kenaikkan yang berlaku menjadikan rakyat lebih terbeban. Harap kerajaan memikirkan cara untuk mengurangkan beban rakyat.

    ReplyDelete
  20. Apa pun jangan salahkan kerajaan. Mungkin ada sebab kenapa kenaikkan ini berlaku. Subsidi dikurangkan bukannya sebab itulah harga barang tersebut naik. Ini kerana kerajaan cuba untuk mengurangkan tanggungan kerajaan dengan subsidi.

    ReplyDelete
  21. barang dan munyak naik adakah kerajaan memikirkan cara untuk membantu rakyat. Apa kata kerajaan menaikkan gaji pekerja tidak kira penjawat awam atau pun swasta. Kerana ini akan mengurangkan beban rakyat. Biar apa yang berlaku seimbang.

    ReplyDelete
  22. umno kini memang tidak boleh diharap lagi. Dulu Bodowi kata naik harga minyak 60 sen dan boleh jimat RM4 Billion untuk tolong rakyat.

    Dimana sudah itu RM4 billions?

    Sekarang tukar lagi satu tiada guna punya PM najis. Sudah naik harga gula, harga minyak pun naik.

    Dimana sudah itu subsidi umno jimat untuk bantu rakyat? TIADA PUN!!! Semua sudah masuk pocket UMNO. Tepuk dada tanya selera! Jangan memperbodohkan rakyat lagi.

    Sifat Tamak dan kuat rasuah umnok semua rakyat tahu.

    umno akan KALAH TERUK di Sabah! Tunggu dan lihat saja!

    ReplyDelete
  23. ba kalau begitu pilihanraya akan datang kita sokonglah pembangkang.. sebab pembangkang di Malaysia saja yang mampu memajukan negara dan memberikan subsidi 100% kepada rakyat.. kita minta subsidi petrol, gula, minyak masak, etc dan hapuskan semua cukai.. kita tengok berapa lama Malaysia boleh bertahan.. jangan main ikut sedap mulut ja cakap itu ini..

    ReplyDelete
  24. ingat tinggi sangat ka hasil jualan minyak kita sampai boleh memberikan subsidi kepada hampir 30 juta rakyat Malaysia? kalau mahu bandingkan dengan negara2 yang murah minyaknya, bandingkan mengikut jumlah pengeluaran minyak dan jumlah boleh buat subsidi serta jumlah penduduk dalam negara..

    ReplyDelete
  25. Aik, rakyat soal umno dimana pergi duit subsidi kita pergi? Pengampu umno terus cakap bukan bukan pula.

    Biar betul, umno mesti dihalau keluar dari Sabah. Umno yang menyebabkan Sabah termiskin di Malaysia.

    Kaki pengampu umno semua langsung tiada sifat kemanusiaan terhadap orang tempatan. Mereka lebih suka sama PATI. Barangkali mereka pun PATI yang dapat IC dari projek M.

    ReplyDelete
  26. I hope there is an explanation for all these things.

    ReplyDelete
  27. Berani kerana benar, takut kerana salah.

    ReplyDelete
  28. Kita tunggulah PRU seterusnya.

    ReplyDelete
  29. It's not about the party, is about the people inside.

    ReplyDelete
  30. This thing happened all the time.

    ReplyDelete
  31. Sabah selalu ditindas secara langsung dan tidak langsung.

    ReplyDelete