Lupak besar jalanraya |
Manusia mana yang tidak kecewa kalau janji itu sudah menjangkau lebih 5 tahun lamanya tetapi bayang bayang mereka pun tidak kelihatan selepas itu, apa yang ada hanya papan tanda projek “Sign Boarad” yang masih terpacak yang dibuat sekitar tahun 2004 dan yang satu lagi tahun 2007.
Sehubungan itu mereka (penduduk) menggesa kerajaan agar serius melaksanakan kerja kerja menaiktaraf jalanraya tersebut dengan segera sejauh 3km sepertimana maklumat yang terpampang dalam papan tanda projek (Sign board) yang dipasang disitu sekitar tahun 2004 dan juga tahun 2007 kerana ianya merupakan sebahagian janji yang belum ditunaikan kerajaan sehingga sekarang.
Gesaan itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kg Kalamatoi Andawai Ansumor 50, ketika memberitahu Sabahkini.net pada Khamis berhubung perkara tersebut sambil mempersoalkan ketelusan program NKRA dibawah KKLW yang kononnya program itu membantu mengatasi masalah jalanraya dikawasan luar Bandar. .
Tegasnya, beliau kecewa apabila janji kerajaan itu tidak tertunai mengakibatkan penduduk disitu telah hilang sabar kerana menunggunya sekian lama seterusnya ianya menghampakan harapan mereka selama ini kini hancur berkecai.
Signboard naiktaraf jalanraya |
“ Saya tidak faham langsung mana satu agensi yang betul betul bertanggung jawab mengenai masalah jalanraya kami kerana sudah berpucuk surat dihantar ke pejabat tertentu termasuk Jabatan Kerja Raya tetapi sampai sekarang tidak dipedulikan,” tambahnya lagi.
Andawai Ansumor |
Sedangkan tegas beliau lagi, jalanraya disitu merupakan laluan utama seharian pelajar pelajar sekolah ke Kg Baru Jumpa dan ada yang ke SMK Kemabong setiap hari.
Selain itu tambah Andawai, ianya juga untuk laluan kenderaan mengangkut hasil mahsul pertanian untuk dipasarkan ke pusat Bandar seperti kopi, getah atau padi untuk ke kilang kisaran padi.
“ Mana juga kami mampu memikul hasil pertanian terutamanya getah dibawa keluar ke jalanraya utama sejauh 3km setiap kali ke pusat Bandar…bukannya ringan tetapi seberat kira kira 50kilo, cuba bayangkan kesengsaraan penduduk yang memikulnya,”tegas beliau.
Dalam pada itu, Andawai turut menggesa dan mengharapkan kepada pihak pihak berkenaan agar mengaplikasikan saranan Perdana Menteri bahawa beliau mahu melihat tindakan mendahulukan rakyat amalan sebaik mungkin dalam melaksanakan sesuatu pembangunan dikawasan luar Bandar.
Oleh: NASUTION NAEJEL
Jangan buang masa dengan karenah BN ini kerana mereka gagal bukan saja di kemabong tapi semua tempat di Sabah.
ReplyDeleteTunggu p/raya lah mungkin si Musa boleh kasi $50 seorang untuk buat jalan raya.Kritik balik-balik tapi akhirnya undi UMNO/BN juga.
Senang betul rakyat Sabah ini kena pujuk oleh UMNO ya.Belanja roti canai pun sudah cukup.Bosan aku.