Search This Blog

Friday, June 10, 2011

Pilihan raya umum ke 13, PAS lawan PKR di Sabah

"Saingan tiga penjuru antara calon BN, PKR dan PAS akan berlaku di banyak kerusi di Sabah kali ini, " kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohamad Abdullah.

PETALING JAYA: Khabar buruk untuk Pakatan Rakyat PAS dan PKR  berebut kerusi di Sabah menjelang pilihan raya umum ke 13 akan datang.


Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohamad Abdullah secara terus terang mengatakan PAS tidak gembira dengan PKR yang menurutnya ego dan tidak mahu mengalah.

Tokoh veteran PAS Sabah itu memberi amaran keras, PAS akan mencabar calon  PKR jika rundingan pembahagian kerusi antara dua parti pembangkang itu  gagal.

Menurutnya, rundiangan akan gagal  jika PKR menunjukkan sifat ego dan tidak mahu mengalah.

“Saingan tiga penjuru antara calon BN, PKR dan PAS akan berlaku di banyak kerusi di Sabah kali ini. Saya berjanji kerusi PAS akan ditandingi oleh calon PAS, bukan lagi calon dari PKR.

“PKR parti yang sombong dan bercita-cita terlalu besar, sedangkan mereka tidak ada penyokong di Sabah.

“PKR mahu bertanding semua kerusi termasuki di kerusi PAS.  Mereka tidak sedar tiada ahli hingga tiada pekerja jentera pilihan raya,” katanya ketika ditemui di muktamar PAS di Gombak minggu lalu.

Mohamad dari Tawau berkata, sikap sombong dan tidak mahu mengalah PKR berlaku semasa rundingan kerusi Parlimen Batu Sapi dalam pilihan kecil tahun lalu.

Menurutnya, wakil PAS berunding selama dua hari dua malam dengan wakil PKR tetapi gagal menemui jalan penyelesaian.

Enggan mengalah

“Wakil PKR enggan mengalah walaupun kami mengatakan Batu Sapi adalah kerusi tradisi PAS. Kami juga memberitahu mereka, PKR tiada penyokong di Batu Sapi.

“Tetapi untuk menjaga hubungan Pakatan Rakyat, PAS mengalah dan kerusi itu ditandingi calon PKR, Ansari Abdullah.
“PKR gembira kerana berjaya merampas kerusi PAS tetapi calon kami menangis.

“Apa yang berlaku selepas itu? Jentera PAS yang bertugas untuk calon PKR itu, tiada satu pun jentera PKR dan akhirnya Ansari kalah,” katanya.

Mohamad berkata, PAS akan bertanding lima kerusi Parlimen iaitu  Kinabatangan, Sandakan, Kota Belud, Putatan dan Sepanggar dan 15  kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Katanya, rundingan dengan DAP telah selesai dan parti itu setuju dengan kerusi yang akan ditandingi oleh PAS.

Bagaimanapun, rundingan PAS dengan PKR belum diadakan kerana  wakil parti itu dari Semenanjung belum datang ke Sabah.

“Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail) beritahu kami supaya tunggu wakil PKR dari Semenanjung untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi antara PAS dan DAP.

“Tetapi Pilihan raya semakin hampir tetapi bayang muka pemimpin PKR dari Semenanjung pun belum nampak lagi.

Oleh Muda Mohd. Noor

6 comments:

  1. All the party from malaya should focus on their resources at Malaya and let local party SAPP to focus on Sabah.

    Why so busybody in Sabah affair? Eying on our natural resources?

    ReplyDelete
  2. UMNO pun tidak payah tanding lah kerana parti malaya.

    ReplyDelete
  3. Cerita dongeng orang tua.Kalau Hadi gaduh dengan Anwar baru lah saya percaya cerita ini.

    ReplyDelete
  4. Minta ketua PAS Sabah jangan terlampau melacur dengan kata-kata.Sedar lah sendiri itu tidak pandai menang setiap kali tanding dalam p/raya.Makin lama berpolitik makin bodoh keluarkan kata-kata.Ini kan rahsia parti dan kalau betul pun tak payah di hebohkan dalam media seperti mencari publisiti murahan.Ini orang cakap kalau terlampau lama berpolitik otak seorang itu boleh sewel dan jadi nyanyuk.

    Minta saudara pencen sajalah dari PAS.Dari dulu hingga sekarang kekuatan PAS Sabah tidak ada peningkatan langsung.Calun bebas pun boleh dapat lebih undi.Itu lah jangan sangat beri tumpuan di masjid saja untuk dapat sokongan.Orang muda sekarang ini adalah penentu kalah-menang seorang calun.

    ReplyDelete
  5. Hentam sini sana buat apa?Kamu buang masa sj sibuk berpolitik parti lawan Sabah atau Parti Simenanjung!
    Kamu siakap mau buat untuk rakyat tapi sampai masa undi hentam2 saja siok sendiri.
    Lagi sanggup kah parti lawan macam SAPP menentang BN sendiri?
    Pikir baik-baik lah jgn buang masa nanti BN menang juga.

    ReplyDelete
  6. Mungkin minta beli Musa kut.Musa Aman ini pandai ambil semua pemimpin 'sampah' pembangkang dengan wang ringgit.

    Tau lah banyak duit bukan hingga rakyat tinggal dalam kandang ayam di kota marudu pun tidak tau.'Istana' Musa terlampau indah dan ekslusif dan amat selesa itu lah rakyat miskin tegar pun dia sudah lupa.

    Asyik mimpi Shafie saja dan macam mana mau jadi KM selama 100 tahun lagi dan buat wang setinggi Gunung Kinabalu campur Everest.

    ReplyDelete