Mana tidaknya "mahu membuka ladang baru untuk ditanam getah, dan mahu membina rumah baru, orang kampung serba salah, tidur pun tak lena kerana asyik teringatkan kampung halaman akan ditenggelamkan air" tambah beliau lagi.
Dari segi sejarah Kampung Tambatuon telah lama dikenali sejak zaman pemerintahan British, kampung ini juga terlibat dalam perang semasa penjajahan Jepun sehinggakan ada nyawa yang penduduk kampung yang terkorban. Maka dengan itu, walau apa cara sekalipun kg. Tambatuon akan dipertahankan hingga ketitisan darah yang terakhir, tegas beliau.
Mengulas tentang kenyataan Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun didalam akhbar baru-baru ini, jelas menyatakan Kg. Tambatuon adalah sebuah kampung yang tercantik, namun kerakusan pemimpin, terutamanya Adun Kadamaian YB Herbert Timbun yang sepatutnya membela rakyat dikawasan Kadamaian tidak pula menjalankan tugas, sebaliknyanya menganiaya rakyatnya sendiri, ibarat kata pepatah "harapkan pagar, pagar makan padi".
Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Parti Maju Sabah, khususnya kepada Yang Berhormat Melanie Chia, Adun N.16 Luyang, kerana telah membawa isu ini untuk dibincangkan di Dewan Rakyat. Inilah pemimpin yang sebenar ujar beliau, walaupun beliau (Yb Melanie Chia) wakil rakyat Luyang dan berbangsa Tiong Hwa namun jelas terserlah keikhlasan dalam membantu rakyat sabah tanpa mengira kaum.
Diakhir perbualan beliau mencabar kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman untuk turun tangan menyelesaikan masalah ini secara mutlak dengan mengumumkan pembatalan pembinaan Empangan Tambatuon.
tidak ada salahnya utk berjuang mempertahankan kampung ini sehingga ke titisan darah yg terakhir. umno/bn harus diberikan pengajaran. mereka sudah memijak kepala rakyat sejak sekian lamanya. mereka juga merampas kebanyakan tanah2 orang kampung. sila maklumkan seluruh rakyat sabah bilamana masanya telah tiba untuk berjuang. kami ajan sama2 berperang bersama anda. aramai tiiii.....
ReplyDeleteTidak habis habis isu ni... sampaikan YB datang kampung pun macam pencuri... tidak memaklumkan pada penduduk kampung terlebih dahulu... begini kah contoh pemimpin yang baik?
ReplyDeleteharapkan pagar,pagar makan padi!!
ReplyDelete