Search This Blog

Tuesday, August 2, 2011

SAPP Tenom Cakap Serupa Bikin

KEPIMPINAN SAPP CLC Melalap, Tenom beriltizam untuk membantu meringankan beban rakyat, tidak sekadar dengan ungkapan kata-kata kosong, malah dilakukan secara serius tanpa banyak bicara dengan memberi bantuan segera kepada rakyat.

Tindakan SAPP khususnya Pergerakan Pemudanya yang diketuai Rudy Sulaiman Mairi, dapat dilihat apabila beliau membawa sekumpulan pemuda parti itu bergotong royong membantu memasang ‘gabion’ berhampiran rumah penduduk Don Ambulei di Kg Pulong yang terjejas teruk akibat hakisan sungai ketika banjir baru-baru ini.


Turut serta dalam gotong-royong tersebut, Naib Presiden SAPP yang juga merupakan Ketua SAPP CLC Tenom dan Kemabong, Jimmy Jawatah yang meringankan tangan membantu menjayakan gotong-royong tersebut.

“Sebenarnya, amalan bergotong-royong ini memang sudah wujud sejak dahulu lagi tetapi disebabkan pengaruh arus kemodenan budaya seperti ini yang semakin terhakis di kalangan masyarakat bumiputra, khususnya masyarakat KDM,” tegas Jimmy ketika dihubungi media semasa gotong-royong itu berlangsung.

Jimmy berkata, amalan dan budaya bergotong-royong atau dalam bahasa Murut ‘Maguguyuh’ atau dalam bahasa Dusun ‘Mitatabang’ merupakan satu amalan yang perlu diteruskan kerana akan mewujudkan semangat setiakawan, tolong menolong dan kesepakatan dalam menghadapi situasi yang amat genting.

Dalam pada itu, seorang penduduk Kg Pulong Don Ambulei yang menghadapi masalah hakisan sungai kerana rumahnya hampir-hampir runtuh akibat hakisan itu, merasa amat tertekan menghadapi masalah tersebut kerana rumahnya berisiko untuk dihanyutkan air sungai jika banjir kilat berlaku di masa akan datang.

Lantaran itu, beliau tidak menyalahkan Pengerusi JKKK di situ kerana telah mengambil tindakan yang proaktif untuk menangani masalah tersebut, namun beliau agak terkilan kerana pihak tertentu dalam kerajaan BN yang lalai mengambil tindakan tersebut.

Beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda SAPP kerana prihatin akan masalah rakyat dan tidak membuang masa yang panjang untuk melaksanakan kerja kerja memasang ‘gabion’ untuk menahan tebingan sungai daripada terus meruntuhkan rumahnya.

11 comments:

  1. Tahniah dan syabas sapp Tenom kerana menunjukkan komitmen yg tinggi kpd penyelesaian masalah masyarakat setempat. Bukan mcm Umno hantar pinggan, mangkok, periuk dan dapur gas pun minta liputan Tv3...kunun2 mahu minta publisiti la tu? Macamlah org kampong susah sangat tidak dapat beli periuk piring dan mangkok..

    ReplyDelete
  2. Sejak akhir2 ini pembangkang banyak menfokuskan kawasan Tenom. Salah satu trategi untuk meraih undi daripada penduduk di sana?

    ReplyDelete
  3. Tunggulah PRU-13 untuk melihat keputusan rakyat.

    ReplyDelete
  4. DAP patut belajar daripada SAPP.

    ReplyDelete
  5. kalau DAP, pasti mereka akan bergambar dan buat komplen tanpa buat apa2. SAPP kira oklah ada jg buat gotong royong walaupun ada maksud tersirat iaitu untuk meraih undi.

    ReplyDelete
  6. betul tu junta, kalau DAP diorang gambar ja sana lepas tu buat komplen.

    ReplyDelete
  7. satu usaha yang baik. syabas!teruskan menjaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  8. wakil kerajaan patut mengambil tindakan yang proaktif untuk menangani masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat

    ReplyDelete
  9. Tidak pasti ini adalah ikhlas dari hati atau untuk undian semata-mata. Tapi bagus ada orang macam ini sekurangnya cakap serupa bikin dan bukan seperti SAPP yang lain cakap saja lepas itu tinggalkan begitu saja.

    ReplyDelete
  10. Saya percaya apa yg dorang buat itu memang untuk bantu rakyat. Sama ada ikhlas atau tidak atau utk memancing undi...semua parti pun begitu, lebih lagi teruk Umno sehingga tabur wang utk beli sokongan rakyat. Dalam politik memang berlaku seperti itu...tidak hairan. Macam mana pun syabas kpd sapp.

    ReplyDelete
  11. bagus.. amalkan lebih banyak bertindak(bekerja untuk rakyat) dari bercakap..

    ReplyDelete