Search This Blog

Tuesday, September 27, 2011

Perjanjian Malaysia 1963 perlu disemak semula

PERJANJIAN MALAYSIA 1963 PERLU DISEMAK SEMULA menurut Capt. Joseph Wilfred Lakai

Perjanjian Malaysia adalah satu perjanjian yang terikat yang telah ditandatangani oleh beberapa perwakilan daripada lima pihak iaitu United kingdom of Great Britain, dan Ireland Utara, Persekutuan Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Objektif utama perjanjian tersebut adalah berhubung dengan pembentukan Persekutuan Malaysia di antara Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura sebagai rakan kongsi yang sama.

Kemasukan United Kingdom sebagai satu gabungan dan penandatangan terhadap perjanjian tersebut adalah sebagai bapa penjaga terutama bagi Negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak dan juga Negeri Singapura dimana kedaulatan dan bidang kuasa masih berkuat kuasa. Ia juga boleh dikatakan bahawa United Kingdom adalah satu-satunya pemerhati utama terhadap perjanjian tersebut untuk melihat apabila penyerahan terakhir kedaulatan dan bidang kuasa terhadap Sabah, Sarawak dan Negeri Singapura supaya syarat utama, seperti hak perlindungan Sabah yang mana dipersetujui untuk disekutukan dengan Malaya bagi membentuk Persekutuan Malaysia dapat diperhatikan, digabungkan, dilaksanakan dan dihormati.

Perjanjian Malaysia digabungkan dengan berbagai-bagai dokumen (seperti yang terkandung) termasuklah Rang Undang-Undang Malaysia, kini ialah Akta Malaysia 1963. Gabungan dokumen-dokumen ini termasuklah syarat penyertaan dan peraturan perlembagaan terhadap Sabah dan Sarawak dirujuk untuk membentuk Malaysia.

Perjanjian Malaysia juga mesti tertakluk kepada kemahuan penandatangan sebelum keputusan muktamad dipersetujui. Hasrat tersebut termasuklah pengetahuan keempat-empat penandatangan perjanjian tersebut iaitu Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura sewaktu membentuk Malaysia sebagai rakan kongsi yang sama. Oleh itu, Malaysia telah disifatkan oleh berbagai pihak sebagai satu gabungan bagi rakan-rakan kongsi bersama-sama bersatu padu untuk membentuk sebuah Negara baru tetapi dengan ciri-ciri masing-masing.

Apabila Singapura telah dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965, persoalan yang terus bangkit ialah apa telah terjadi dengan Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani oleh semua pihak. Ketiadaan Singapura secara langsung telah mengakibatkan perjanjian perlembagaan tersebut termasuklah kedudukan Perlembagaan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia.

Perjanjian Malaysia adalah tidak sah lagi dan dari segi undang-undang Persekutuan Malaysia adalah tidak sah kerana pembuangan Singapura iaitu salah satu penandatangan terhadap perjanjian di atas yang mana telah mengakibatkan asal-usul Persekutuan itu sendiri. Samada Perjanjian Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak menyediakan terhadap pembuangan mana-mana rakan kongsi di dalam Persekutuan Malaysia.

Adakah Perdana Menteri atau Parlimen Malaysia mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Singapura tidak seharusnya berdasarkan kepada resolusi dalam Parlimen Malaysia di mana membenarkan (sepatutnya tidak) kesemua 104 Ahli-ahli Parlimen dari kesebelasan (11) Negeri-negeri Malaya untuk menentukan, yang mana ini adalah bertentangan dengan kumpulan minority iaitu 36 Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Walaupun Sabah dan Sarawak tidak bersetuju dengan pembuangan tersebut (yang mana diragui sama ada mereka diberi peluang sedemikian) Negeri-negeri Malaya masih dapat memperolehi 2/3 majoriti atau lebih bagi membuat keputusan terhadap Sabah dan Sarawak yang tidak bersetuju tentang pembuangan adalah satu kehampaan.

Kesebelasan buah negeri-negeri Malaya tidak harus mempunyai hak samada Singapura boleh atau tidak dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia. Ini disebabkan Negara Malaysia tidak dibentuk oleh negeri-negeri tersebut sahaja. Melalui Perjanjian Malaysia, setiap negeri yang menandatangani Perjanjian tersebut adalah sebagai pasangan (partner) yang mempunyai hak-hak yang sama.

Mereka telah membentuk Malaysia bersama-sama dengan Singapura, Sabah dan Sarawak. Oleh sebab keempat-empat buah negeri penandatangan Perjanjian Malaysia telah menandatangani perjanjian itu sebagai pasangan persendirian dan bebas daripada ahli yang lain (pasangan bebas) maka adalah sesuai, bahawa setiap penandatangan itu mempunyai undi yang sama (iaitu satu undi setiap negeri) untuk menentukan samada sesebuah negeri itu harus dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia.

Penyertaan itu boleh dibuat melalui ketua pemimpin negeri masing-masing. Dalam hal ini, setiap negeri Malaya tidak seharusnya mempunyai hak atau kuasa untuk menentukan nasib Singapura dalam Persekutuan Malaysia. Kerana mereka hanya mempunyai hak satu undi sahaja sepertimana yang telah ditentukan oleh Persekutuan Malaysia, Sabah dan Sarawak juga mempunyai satu undi tiap-tiap satu.

Pandangan ini selaras dengan status mereka sebagai penandatangan Perjanjian Malaysia yang bebas dan sebagai persendirian. Dengan itu, keputusan untuk mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia, seharusnya terletak kepada ketiga-tiga penandatangan Perjanjian tersebut, iaitu setiap satu pasangan penandatangan mempunyai hak atau kuasa mengundi yang sama.

Penyingkiran Singapura telah memberikan kesan kepada satu perkara yang mustahak dimana Sabah dan Sarawak telah benar-benar merundingkannya sebelum mereka bersetuju untuk membentuk Malaysia. Oleh itu, kegagalan untuk meminta persetujuan daripada Sabah dan Sarawak telah memberikan kesan kepada perwakilan mereka dalam Dewan Parlimen. Misalnya, untuk membuat pindaan terhadap apa sahaja keistimewaan khas yang diberikan kepada Sabah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Parlimen hendaklah mendapat sokongan undi dua pertiga daripada ahli-ahli Parlimen.

Sebenarnya, sebelum penyingkiran Singapura, kesemua ahli dari Semenanjung Malaysia tidak boleh membentuk dua pertiga majoriti, kecuali mendapat sokongan daripada Sabah, Sarawak atau Singapura. Walaubagaimanapun, setelah Singapura disingkir, tidak lagi perlu bagi Semenanjung Malaysia untuk mendapat sokongan daripada Sabah dan Sarawak sebab mereka sekarang boleh mendapat sokongan dua pertiga atau lebih di Dewan Parlimen.

Ini bermakna, mereka dengan mudah membuat pindaan atau penggubalan Perlembagaan bila-bila masa mereka suka. “Dengan penyingkiran SIngapura maka kembalilah komposisi monopoli etnik Melayu Semenanjung. Episode ini adalah satu bukti yang jelas kegagalan Sistem Persekutuan dan perpaduan Negara.” (rujukan: “Reflection on the Malaysia Constitution” oleh Shafruddin Hashim dalam ALIRAN 1986. Oleh Sebab inilah seharusnya terdapat penyemakan atau penelitian syarat-syarat kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia. Namun, sabah telah tidak diberitahu semasa Singapura telah dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia.

Kegagalan untuk mendapat persetujuan atau memberitahu Sabah itu dengan sendirinya telah melanggar Perjanjian Malaysia, dimana Sabah telah diketepikan untuk mengambil bahagian dalam Malaysia dimana ia sendiri adalah rakan kongsi yang sama. Perbincangan mengenai penyingkiran Singapura adalah sangat mustahak bagi Sabah kerana Lee Kuan Yew lah yang telah bertungkus lumus untuk mengambil hati pemimpin-pemimpin Borneo dengan tujuan supaya mereka akan menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia.

Pada waktu perhimpunan Persatuan Ahli-ahli Parlimen Komanwealth di Singapura pada Julai, 1961, pemimpin Borneo (Tidak ada British yang hadir) telah menemui Lee Kuan Yew, Seorang penyokong kuat idea Malaysia, Lee Kuan Yew telah menggunakan kebijaksanaannya untuk mendesak pemimpin-pemimpin Borneo supaya mereka menyokong cadangan Tunku (rujukan: Interview of Datuk Ong Kee HUi oleh J.P Ongkili dalam bukunya, Nation-building in Malaysia, 1946-1974). Tentu sekali, Persekutuan Malaya dan Singapura lebih memihak kewujudan Malaysia daripada Sabah dan Sarawak.

Misalnya dalam satu ucapanya dalam ‘Foreign Correspondents’ Association of South-East Asia’ di Singapura pada 27hb May, 1961, Tunku telah mengatakan bahawa, Malaya tidak akan sanggup bersendirian dan telah mencadangkan bahawa tidak lama kemudian Malaya seharusnya akan mengadakan persefahaman dengan British dan Singapura, Sabah (Borneo Utara), Brunei dan Sarawak (Ongkili, 1985).

Lee Kuan Yew, telah membuat satu kenyataan pada tahun 1961 bahwa “gabungan akan berlaku bukan atas sebab kehendak Parti Tindakan Rakyat atau disebabkan kehendak Kerajaan Perikatan Persekutuan. Tetapi perkara itu tidak dapat dielakkan seolah-olah seperti matahari yang terbit dan terbenam” (Ongkili, 1985) Sebanyak sedikit, pembentukan Malaysia adalah juga kehendak British.

‘The Times’ telah melaporkan pada 28hb Julai 1961, “Keinginan strategik British di kawasan ini adalah juga diingini oleh Austtralia dan New Zealand yang juga akan membentuk polisi yang sama (Ongkili, 1985). ‘Kawasan’ yang dimaksudkan itu ialah Asia-Tenggara Selatan dan maksud ‘polisi yang sama’ ialah dalam bentuk Malaysia dimana, mungkin, mereka akan dapat mengekalkan pengaruh mereka walaupun terdapatnya kesan-kesan nasionalisme mula timbul di kalangan negeri-negeri di bawah pemerintahan koloni dan desakan daripada pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri jajahan koloni tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya COBBOLD telah memberi pandangan yang penting. Beliau telah mengatakan bahawa, “daripada mula lagi, Malaysia seharusnya dianggap oleh semua yang berkenaan sebagai satu gabungan ahli yang samarata, bergabung untuk mempercepatkan matlamat yang sama untuk membentuk sebuah Negara tetapi mengekalkan ciri-ciri tersendiri negeri-negeri berkenaan. Jika sekiranya sebarang cubaan oleh Malaysia untuk ‘mengambil alih’ sempadan-sempadan Borneo oleh Persekutuan Malaysia dan menenggelamkan ciri-ciri tersendiri Borneo Utara dan Sarawak, maka pendapat saya, Malaysia secara umunya tidak boleh diterima atau Berjaya.” (Ongkili, 1985, Nation-building in Malaysia 1946-1974).

Dalam keadaan yang sebenar, ‘hakisan’ secara perlahan-perlahan terhadap perlindungan terhadap negeri-negeri Borneo oleh Kerajaan Persekutuan, seolah-olah satu tindakan yang menghapuskan siri-siri tersendiri negeri-negeri tersebut. Oleh sebab itu, jika sekiranya Perjanjian Malaysia tidak sah, maka Malaysia sebagai sebuah Negara juga adalah tidak sah dan kehilangan kesahihan entitinya. Malaysia telah dan masih beroperasi selama 48 tahun selepas penyingkiran Singapura. Sepertimana yang telah dipertikaikan, perkembangan politik sepanjang masa tersebut telah tidak membenarkan pihak-pihak dalam Perjanjian Malaysia itu untuk mengkaji kembali atau mempersoalkan isu-isu tersebut.

Pada hari ini, kedaan politik bertukar kearah keburukan, adalah mustahak sekali dan mendesak untuk mengkaji semula syarat-syarat Perjanjian Malaysia. Yakni memberi kesahihan kembali kepada perjanjian itu adalah sangat mustahak.

*Written by Capt. Joseph Wilfred Lakai is a Murut experienced Test Pilot. He is also a Mechanical Engineer graduated from Caltech USA, He engineered The United Borneo Front (UBF)

38 comments:

  1. Toh Puan Hjh Rahimah StephanSeptember 27, 2011 at 4:08 AM

    Kamu sangat pintar saudara...kami perlukan kamu untuk masa depan Sabah, tolonglah kami kembalikan semangat 63...Demi Allah.

    ReplyDelete
  2. Teruskan menyebarkan fakta ini Joe. GBU

    ReplyDelete
  3. Agree, this agreement should be reviewed.

    ReplyDelete
  4. Sabah and Sarawak rights must be fulfilled and protected.

    ReplyDelete
  5. apa pun, yang penting hak dan kepentingan Sabah dan Sarawaka sentiasa dijaga..

    ReplyDelete
  6. kena pastikan kepentingan sabah dan sarawak terjaga.

    ReplyDelete
  7. Our rights under Malaysia Agreement must be put right at all costs. Sabah & Sarawak can never be developed & esp Sabah will remain poorest due to the abuses of the present Fed Govt under Umno/Bn.
    There is no Malaysia after Singapore left the Federation.

    ReplyDelete
  8. apa yang diperlukan oleh Sabah dalam Perjanjian Malaysia ini adalah hak dan kepentingan yang mereka tuntut selama ini akan dikembalikan.

    ReplyDelete
  9. The agreement indeed need to be revised. But will they? I doubt court in this country.

    ReplyDelete
  10. kenapa perjanjian tersebut tidak diperbaharui selepas Singapura telah keluar dari Malaysia?

    ReplyDelete
  11. Adakah kebenaran ditutup selama ini? Mungkin keadaan Sabah Sarawak berbeza dengan apa yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  12. we can always bring to World Court at Hague to rectify & rescind the Malaysia Agreement as we can not depend on local high court to decide. We must carry out a petition to determine our own destiny and not colonize by the evil parties from Malaya.

    ReplyDelete
  13. Once we form a govt in Sabah, SAPP will bring this to the International Court of Justice or The Hague, but before that please help SAPP to win over the PRU13. Remember the Sabah tate Anthem? Sabah Tanah Airku? look at line no 6 and 8..... "sabah negeri merdeka" and "merdeka sepanjang masa", Therefore we dont need putrajaya to get our autonomy... we'll get from The ICJ

    ReplyDelete
  14. trusting that SAPP will bring this issue to ICJ after GE13. Supports from Sabahans will be strong and plenty.
    All we need is our rights and autonomy and self determination and not colonize by Malaya.

    ReplyDelete
  15. Walaupun dalam perjanjian itu dinyatakan bahawa tidak ada negeri yg boleh menarik diri drp gagasan Malaysia, SELEPAS 1963, tetapi since the fedr govt telah melanggar banyak drp syarat perjanjian Sabah dan SRAWAK KETIKA MENYERTAI GAGASAN mALAYSIA, MAKA PERJANJIAN ITU BOLEH DIKIRA BATAL. AYUH RAMAI2 UNDI SAPP DAN LAIN-LAIN PARTI SELAIN BN. 48 YEARS OF INTIMIDATION BY THE FED. GOVT IS A NIGHTMARE. MEREKA MENJADIKAN NEGERI SABAH INI SEBAGAI FIX DEPOSIT UNTUK KEKAL BERKUASA DI MALAYSIA. SABAH MENJADI TONG SAMPAH YG DIPENUHI OLEH PTI YG DIWARGANEGARAKAN DAN RAKYAT TULIN SABAH MENJADI ORG ASING DI NEGERI SENDIRI. INIKAH UPAH YG RAKYAT SABAH DAPAT DRP MENYERTAI GAGASAN M'SIA? SABAH DIJADIKAN SEBAGAI PENGIMBANG MAJORITI BANGSA MELAYU KERANA PTI BANGSANYA DITUKAR KPD BANGSA MELAYU. MALAH ADA JUGA ORG ASLI SABAH SDH TUKAR BGSA JDI MELAYU KRNA KALAU JDI MELAYU, ADA KEISTIMEWAAN. DGN INI, SEGALA HAK RAKYAT ASLI SABAH TELAH LENYAP DAN PERJANJIAN KEMASUKAN GAGASAN M'SIA TIDAK BERMAKNA LGI. SO PLEASE WE CAN QUIT FROM THIS MEANINGLESS GAGASAN.

    ReplyDelete
  16. THIS IS A VERY SAD STORY INDEED. ALL THE TERRIBLE ISSUES IN SABAH THAT HAS BEEN CREATED PURPOSELY BY THE FED. GOVT WITH THE HELP OF THE HEARTLESS LOCAL LEADERS (GREEDY) TELAH MENYEBABKAN KEADAAN DI MANA PTI MENJADI WIRA HANYA KERANA MEREKA MENGAKU MEREKA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM. AGAMA RASMI DI SABAH SEBENARNYA BUKAN ISLAM ACCORDING TO THE PERJANJIAN. THAT IS ONE. SELAIN BEBERAPA PERKARA YG LAIN SEPERTI KUASA PENDIDIKAN, PEMEGANG2 JAWATAN TINGGI, DAN IMIGRESEN. SOKONG PENUH MAU KELUAR MALAYSIA. LEPAS TU THE PTI YG KENA JADI WARGA NEGARA HANTAR PERGI PAHANG. PAHANG IS THE LARGEST STATE IN WM.OR SEDN THEM TO PUTRA JAYA. WE DONT NEED THEM AS A HELPER TO THE BN TO GAIN POWER IN POLITIC.

    ReplyDelete
  17. in the end. 48 years of darkness, shadowy days, i, finally can see the light at the end of the tunnel.. however, i'm not so sure that we will reach the tunnel-end to feel the true meaning of freedom. who knows what will happen the day of tomorrow. if "they" close the tunnel-end with metal wall just like the cell, at least we can shout for help from the outside world. but what if they close it with concrete wall. surely we cant see anything what happen outside nor can anyone hear our voices-the cries of our children, grand children, great grand children. after all we have only 2+1 option. first, fighting for autonomy, second, is fighting for independent. the plus 1 option is to stay with not even bother to express our inspiration. just like what occur for the past 48 years of malaysian federation-where the malay of malaya takes all sort of thing that rightfully belong to us i.e our oil & gas, ncr land, our state revenue, so on and on. but for sure, everything nowadays is precious. there's price for any move we make. for this, to face it, stay united together (regardless of race and religion) is the solely key. if we don't, then we ended up in the wasteland. unless so, talking without action is a waste, and u and me, are potentially fit to go straight to kemunting (with week or two transit to nowhere land) as what dr j. kitingan exposed last week.

    ReplyDelete
  18. ' WE DEMAND AUTONOMY OR SABAH NEGERI MERDEKA'

    Malaya took away our birth right

    We cannot see any reason why Sabah needs to concede her rights to Putrajaya any longer.How much more does Malaya need to bleed from us? They have taken our petroleum and gas. They have taken our land – our birthright.

    They have imposed upon us a higher cost of living by choking our commerce, trade and industries with their carbotage policy. Malaya is bleeding us dry

    ReplyDelete
  19. First and foremost, we need to have a Sabah CM coming from a Sabah-based party after GE13 to lead us to autonomy.

    ReplyDelete
  20. Ini untuk hak Sabah maka kita mahukan perjanjian ini ditunaikan.

    ReplyDelete
  21. Perjanjian yang ada perlulah disemak semula itu saya sokong sekali. Penyemakkan perlu untuk perjanjian 1963 yang sudah lama ini.

    ReplyDelete
  22. ya all sabahan n sarawakian we needt thing our future ....plrs make ur coment n we need gather our opinion obut this.. i 100 percen with this when we wann our future...this lbih merbahaya dari tsunami lebih bahaya dari bom ...coz is our future...ples make ur comment...

    ReplyDelete
  23. sori obut my inglis no so well but istill can undertans....?

    ReplyDelete
  24. jika tidak ada apa2 tindakan oleh kerajaan hari ini, tunggu la sehingga pembangkang berjaya merampas kerajaan dan minta mereka menyemak semula perjanjian ini.. itupun kalau parti pemerintah pada waktu itu mahu menyemak semula perjanjian Malaysia..

    ReplyDelete
  25. saya sedih oh... jawatan2 tinggi di sabah semua dipegang oleh org2 melayu.. org diorang. pandai betullah diorang. mau kekalkan kuasa melayu. my friend org dusun ranau muslim pun tertulis di kad pengenalannya 'melayu'.. maksudnya.. sesiapa yg beragama muslim x kira cina, india, org asli, etnik sabah atau sarawak akan automatic jd "melayu". Pandai diorang oh... mau kekal jadi majoriti.

    ReplyDelete
  26. muslim but not malayOctober 1, 2011 at 12:13 PM

    memang betul. lama kelamaan, suku kaum yang asal di sabah slow2 terhapus. kita tidak tahu, mungkin 20 tahun akan datang, dusun, bajau, rungus, kadazan, sino,murut, lotud, dan yg sewaktu dengannya, mungkin teda lagi. yang ada, mungkin suluk melayu, melayu laut,melayu bugis. mungkin lah. tengok ja la KM skang. terang terang pilak, tapi kena cakap dia tu melayu. entahlah, sepa lah yang boleh mengubah nasib sabah sekarang ni. parti komponen bn di sabah, ketara sangat jadi boneka dan batu loncatan untuk umno. sebenar nya, semua parti kompenen bn di sabah, nda wujud. bn sebenarnya, lebih kepada kuasa penuh umno. tengok la, pengiliran KM. kasi rasa dulu semua kompenan bn jadi KM, trus sampai ja umno, terus bilang mau kaji semula pengiliran KM. umno ni, sebenarnya hanya untuk orang melayu, bukan untuk bumiputera sabah. Kalo ada siapa2 ingat dulu, mahathir ada cakap, umno nda akan ke sabah. tapi, nda lama, sudah masuk sabah. siap jadi ketua lagi di sabah. kasian tul kita orang2 sabah. kana buduh buduh oleh dorang. tengok, PBS pn langsung teda sudah kuasa sikarang. Harap2 lah ada orang yang boleh tolong merdekakan sabah. mudah mudahan

    ReplyDelete
  27. boleh kah parti DR Jefrry Kitingan memerdekakan sabah?

    ReplyDelete
  28. muslim but not malayOctober 1, 2011 at 12:17 PM

    harap2 la bule tu bos

    ReplyDelete
  29. kamurang nie....bikin beperang jaaa...bagus2 aman..

    ReplyDelete
  30. memang sdah merdeka ni sabah tp undang2 daa belum cukup untuk masyarakat.....sbb apa...sendiri fikir lahhh.....

    ReplyDelete
  31. MARI KITA MULAKAN PERANG UNTUK DAPATKAN KEBEBASAN SEBAGAI SEBUAH NEGARA DAN BUKANNYA NEGERI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  32. nah ni la yg akan terjadi bangsa melawan bangsa, kerajaan melawan kerajaan..... nti earthquake baru leader2 sedar apa yg seharusnya mereka lakukan... sedih mmg sgt sedih tapi kalo sabahan x bersatu hati xda yg dpt d ubah

    ReplyDelete
  33. Usaha2 utk membawa Sabah keluar dari malaysia perlu dipertingkat dan disegerakan krn malaya semakin kaya dari hasil mahsul Sabah, manakala negara Sabah sendiri semakin terkikis lalu jatuh menjadi negeri termiskin di Malaysia.

    ReplyDelete
  34. banyak pihak yg ambil kepentingan dr negeri sabah sekiranya tidak diambil tindak:
    1. Semenanjung - minyak serta kekayaan negeri ini dan kepentingan politiknya
    2. Kerajaan Sulu - panalti byrn tiap tahun
    3. PTI beragama islam - dpt manafaat byk dr pihak kerajaan berbanding penduduk bumiputera

    ReplyDelete
  35. RungkudNov 1, 2011 09:34 AM

    macam mana mahu bawa Sabah keluar dari Malaysia sedangkan dalam perjanjian Malaysia telah dinyatakan bahawa Sabah tidak berhak keluar dari persekutuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra..Gaman, kita tidak berfikiran untuk membawa Sabah keluar daripada Sabah, hanya kita menuntut hak-hak rakyat negara Sabah sepertimana yang termaktub dalam perjanjian 20 perkara, semasa sama-sama membentuk Malaysia. Itu sahaja.

      Delete
  36. kebanyakan pemimpin d sabah makan rasuah daripada 'pemimpin besar' mereka..itu la mrk smua jadi bodoh dan membelakangkan rakyat sabah demi perut mereka sendiri!

    ReplyDelete
  37. lets fight for our freedom and justice.

    ReplyDelete