Search This Blog

Tuesday, October 25, 2011

PATI Dominasi Perumahan Telipok Ria



Saudara Pengarang,

BARU-BARU ini saya terbaca di dalam Facebook tentang rungutan Warga Tempatan kita yang tinggal di perumahan Taman Telipok Ria diselubungi ketakutan dan ketidakselesaan akibat kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendiami banyak unit di perumahan tersebut.
 
Pemilik dan penghuni hidup dalam trauma kerana seringkali berhadapan dengan suasana PATI ini bergaduh sesama mereka dan menyebabkan anak-anak dan ketenteraman terganggu.

PATI ini juga bersikap kurang ajar, biadap, tidak berdisiplin, tidak bersivik, pengotor, membuat bising, mengganggu hak orang lain dan pelbagai lagi kejelikan hidup bermasyarakat bersama mereka.
Pemilik dan penghuni orang tempatan rata-ratanya tidak berpuashati dengan keadaan ini. Sudah beberapa kali pihak polis dihubungi untuk mengatasi masalah pergaduhan PATI, namun polis seakan memandang remeh perkara ini dan begitu lambat sampai ke lokasi dan adakalanya panggilan ke balai polis berhampiran langsung tidak diendahkan.

Amatlah diharapkan agar pihak Sabahkini dapat membantu para pemilik dan penghuni orang tempatan berkaitan masalah ini kerana nampak gayanya, PATI sudah bertambah maju dengan mendiami rumah apartmen seperti di Putrajaya, Bandar Sierra, Telipok Ria, Universiti Apartment Fasa1 dan Sepanggar Ria.

Bagaimana mereka boleh mendiami perumahan yang diperuntukan kepada penduduk tempatan amat perlu diberikan perhatian terutama Kabinet Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan pihak keselamatan.

Bantulah kami, tolonglah kami.

Salam Hormat,

ALIFF KULLEN

19 comments:

  1. UMNO = Mother of all Threat = PATI

    NO UMNO = NO PATI.

    Look at Sarawak is a very good example!

    ReplyDelete
  2. Parti malaya umno mesti diusir keluar dari Sabah. UMNO adalah parti yang kasih rosak Sabah dengan kebanjiran PATI supaya menindas hak2 pribumi Sabah.

    ReplyDelete
  3. Apa yang paling menyedihkan kehidupan rutin sebagai hidup berjiran sudah diselubungi ketakutan pintu rumah 24jam berkunci dan dalam keadaan ketakutan.....Ibarat Terancam dinegara sendiri.....dan menagih simpati yang tidak pasti dan sampai bila perkara ini dibiarkan!!!!

    UMNO jahanam! Kamu tunggulah ketulahan kamu dari Allah!

    ReplyDelete
  4. Nasi sudah menjadi buburOctober 25, 2011 at 2:05 PM

    Sepuluh tahun yang allu jika ada pemimpin kita yang menyedari dan ambil perhatian tentang perkara ini, mungkin senario ini tidak akan berlaku. Sekarang macam nasi sudah menjadi bubur. No to BN n UMNO.

    ReplyDelete
  5. mereka ini adalah sebahagian daripada anak2 pemegang IMM13 yg sudah beranak pinak di Sabah. Penduduk setinggan yg ada bertanda bendera BN satu ketika dulu masa UMNO mula2 Masuk ke Sabah.

    ReplyDelete
  6. Yaa, Sdra mara penduduk PTI yg dipindahkan ke menggatal dari Pulau Gaya.

    ReplyDelete
  7. Hm, mereka ini juga adalah sebahagian daripada PTI yg terlibat dalam Projek IC Mahathir.

    ReplyDelete
  8. Kalau di Keningau, mereka masing2 buat kampung ditepi2 sungai, ditanah2 kompeni balak yg ditinggalkan dan di kampung2 org tempatan . Mereka adalah PILAK, BUGIS dan Pakistan.

    ReplyDelete
  9. PATI membanjiri Sabah disebabkan parti malaya umno mamaktiu, anwar ibrahim, musang dan harris.

    Kamurang tunggulah ketulahan kamu dari Allah betapa jahat dan dosa dilakukan oleh kamurang terhadap penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  10. Hanya negeri Sabah kasih FREE MYKAD sama PENDATANG HARAM disebabkan UMNO.

    Tidak pernah pun berlaku dimana2 negara dunia yang kasih kerakyatan sama PENDATANG HARAM.

    UMNO fikir Sabah adalah sebuah negeri yang membuang bangsa sampah sarap@PATI.

    Dalam PRU13, seluruh rakyat Sabah akan bangkit dan tidak mahu parti malaya terus menghina maruah orang kita lagi. Kita tolak semua parti import dari malaya biarpun UMNO atau PR.

    ReplyDelete
  11. Oh, kalau di Tenom , orang Timor, pilak sana Bugis yang menguasai bidang perniagaan dan suka2 membina rumah ditanah orang. Semua ada IC sebab mereka didaftar di pejabat USNO Keningau pada tahun 1993-94 dalam Projek IC Mahathir.

    ReplyDelete
  12. Di Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan dan Semporna pula sudah jadi macam Indonesiaphilipine. Mereka ini didatangkan khas untuk jadi warganegara dan pengundi BN/UMNO. Mereka diberi IC melalui projek IC Mahathir.

    ReplyDelete
  13. Kalau di Kudat ha, Pilak paling banyak jadi nelayan ekspress. Habis sudah mereka bom semua terumbu karang untuk tangkap ikan. Mereka ini dilindungi dan bebas bergerak kerana mereka adalah pemegang IC tulin g dihasilkan melalui Projek IC Mahathir.

    ReplyDelete
  14. Di Labuan lagi sandi. Pilak diberi penempatan khas di kampung air. Kehadiran mereka tidak terkawal dan jumlah mereka telah mengatasi jumlah penduduk asal sebanyak dua kali ganda. Kerajaan persekutuan BN telah memberikan mereka kewarganegaraan mudah. Sekarang semua bidang kehidupan telah dikuasai mereka seperti di KK. Pasar filifina diwujudkan, tetapi pasar Melayu Brunei Labuan tiada. Kami kini merasa macam pelarian di negeri sendiri. Apa lAGI DGN SIFAT pti YG GANAS2 LAGI SOMBONG. lABUAN MACAM DORANG YG PUNYA. mEREKA ADALAH PENGUNDI uMNO.

    ReplyDelete
  15. KK memang sudah lama jadi sarang terbesar PTI. Tiada seorangpun pemimpin yg ambil tahu. Paling2 mereka hanya bercakap sebagai bahan politik tapi tiada kesan sedikitpun. Apa tidaknya, para pemimpin telah terjerat dgn ketamakan mereka sehingga kini mereka sudah tidak boleh berbuat apa2 lagi kecuali menelan dan menyaksikan sendiri serta menerima kutukan rakyat dgn pahitnya kerana mereka telah menjadi hamba kepada BN. Tiada ruginya kita cuba undi pembangkang pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  16. Alaa, pendekkata seluruh Sabah ini sudah ditawan oleh PTI. Penampang? Sepanggar? Beaufort Pakistan, Papar pilak dan Bugis, di Pantai Manis yg suatu ketika dulu amat cantik kini bertukar jadi perumahan PTI. Ini kerana seluruh pelusuk Sabah sudah dipenuhi oleh PTI. Kimanis juga mula didatangi secara beramai2 oleh PTI BerIC kerana ada projek Petronas sedang dilaksanakan di sana. Semua peluang pekerjaan dibolot oleh mereka. Apa lagi bidang perniagaan. Inilah upah yang terpaksa diterima oleh rakyat Sabah atas perbuatan para pemimpin BN yang tamak. PTI boleh melakukan apa saja yang mereka suka kerana mereka dapat upah ini atas undian mereka kepada BN.

    ReplyDelete
  17. Kenapa Sarawak tiada masalah PATI dapat IC tetapi hanya Sabah? Sebab Sarawak takde parti import dari malaya macam UMNO atau PR.

    Marilah semua anak2 Sabah bersatu hati menyokong parti tempatan kita SAPP untuk mengusir semua parti import keluar dari Sabah.

    ReplyDelete
  18. SAPP adalah salah satu parti yg boleh bersuara lantang tapi apakaan daya jika keseorangan (lone Rangers) tak boleh juga. Carilah ikhtiar untuk berbaik2 dgn PR.

    ReplyDelete
  19. kita kena tanya Hajijji,YB Zainab dan Datuk JUMat Idris,siapa punya rancangan

    ReplyDelete