Search This Blog

Thursday, October 27, 2011

RM770,000 Bekalan Electrik Kepada Satu Rumah?



Nigel Ow

TENAGA Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.

Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu.

Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan.

“Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik.

“Ini mengakibatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini,” kata laporan itu.

Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.

Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu.

19 comments:

  1. UMNO Rasuah! Jahanam!

    ReplyDelete
  2. TNB must step up and explain about this. We need to have an investigation for this allegation.

    ReplyDelete
  3. We should wait for the results from the investigations.

    ReplyDelete
  4. Siapa yang bertanggungjawab untuk membuat perancangan ini semua? Siapa yang sepatutnya membina rumah2 itu? Cepat bagi penjelasan!

    ReplyDelete
  5. haaaa someone is going to get into trouble....

    ReplyDelete
  6. Investigation....make it fast, the person might be planning to run away and hide.

    ReplyDelete
  7. harap penjelasan mengenai pekara ini akan diberikan.

    ReplyDelete
  8. harap pekara ini akan diberikan perhatian yang sewajarnya..

    ReplyDelete
  9. mmg membazirkan jika begitu byk dibelanjakan untuk satu rumah sahaja. ia sepatutnya disalurkan kepada satu kampung.

    ReplyDelete
  10. apapun, hal ini kena diperjelaskan oleh TNB.

    ReplyDelete
  11. membazir saja.lagi bagus bagi peruntukan tu kepada orang2 di pedalamn Sabah.

    ReplyDelete
  12. macam mana projek BELB ini diluluskan kalau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan? pandai2lah ba mengurus. sayang tu duit rakyat.

    ReplyDelete
  13. patut la bekalan elektrik tidak cukup untuk kawasan2 lain terutamanya kawasan luar bandar..

    ReplyDelete
  14. Little Miss ChocolateOctober 28, 2011 at 12:05 PM

    Hairan juga. Cuma ada 1 saja yang siap. Jadi yang lain2 macam mana pula.

    ReplyDelete
  15. Inilah baru dikatakan satu pembaziran untuk pembinaan bekalan elektrik. RM0.770 tapi untuk satu rumah sahaja.

    ReplyDelete
  16. nah di Sabah naik lagi harga bekalan elektrik pd orang2 Sabahan yg ikut peraturan sambungannya tetapi tidak kepada pendatang asing yg terus membantai bekalan elektrik dengan penyambungan haram.....amacam ni?..di Malaya tak heranlah mereka mau duit baitu...

    ReplyDelete
  17. memang tu TNB pun kena kautim tu....

    ReplyDelete
  18. That why if make something please review first..

    ReplyDelete