Oleh: MATURIN MOHAMMAD
NAIB Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap Tenom, Roger Stimin menyifatkan belanjawan Negeri Sabah untuk tahun 2012 sejumlah RM4.048 billion sebagai ‘teristimewa’ kerana merupakan satu satunya belanjawan yang terbesar setakat ini di Sabah.
Bagaimana pun tegas Roger, dengan jumlah yang begitu besar beliau mengharapkan agar kerajaan memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur yang melibatkan kerja-kerja membaikpulih bangunan-bangunan kerajaan yang terlalu daif; membaikpulih dan menaiktaraf jalan jalan kampung, khususnya di Pedalaman.
“Kita yakin dan percaya bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah yang diberi geran sebanyak RM 67.04 juta untuk perbekalan, manakala RM99.72 juta untuk pembangunan; meskipun ia dirasakan tidak dapat menampung pada keseluruhannya namun masalah di pedalaman, terutamanya DUN Melalap harus diberi perhatian sewajarnya,” tegas Roger.
Rakyat di pedalaman, kata Roger, semakin kecewa apabila kerajaan pernah berjanji membina infrastruktur bangunan kerajaan yang baik, termasuk deretan kedai untuk Pekan Kecil Melalap dan sebuah sekolah menengah; namun agak malang kerana janji yang dibuat sebelum PRU12 itu belum ditunai lagi.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa, dengan jumlah belanjawan yang besar pada kali ini, tidak ada sebab kerajaan masih gagal untuk menunaikan janji pembangunan yang pernah mereka ungkapkan sebelum PRU12 seperti Koridor Pembangunan Sabah (SDC) wilayah Pedalaman yang kini dinanti-nantikan rakyat sehingga sekarang.
Roger menambah, beliau tidak bermaksud untuk mengajar itik berenang, namun niatnya sekadar mengingatkan kerajaan agar setiap perbelanjaan harus mengikut keutamaan yang mendahulukan kepentingan rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar di pedalaman Sabah.
Tegasnya, banyak kelemahan pelaksanaan projek kerajaan yang hampir terbengkalai kerana urus tadbir yang lemah seperti projek menaiktaraf landasan keretapi dari Tanjung Aru ke Tenom yang telah menerima peruntukan sejumlah RM400 juta tetapi masih belum siap sepenuhnya sehingga ke hari ini.
Dalam pada itu, Roger turut mempertikaikan kewajaran pemberian bantuan rumah mesra rakyat kerana seharusnya sasaran itu kepada masyarakat yang benar-benar tidak berkemampuan kerana kemiskinan dan keuzuran. Malangnya, kebanyakan yang dapat di kalangan mereka yang sihat dan berkemampuan.
“Ramai yang telah melihat kepincangan ini dan ia bukan suatu maklumat semboronoh tetapi ternyata berlaku di sana sini. Jadi, keadaan sebegini pasti tersasar daripada kumpulan sasaran,” tegas Roger.
Roger turut mengharapkan agar agehan belanjawan yang diberikan kepada Kementerian Pembangunan Infrastruktur iaitu perbekalan sebanyak RM679.31 juta, manakala pembangunan RM 310.40 juta mampu untuk membaikpulih dan menaiktaraf beberapa batang jalanraya di kawasan DUN Melalap; terutamanya Jalanraya Tumantalik-Binsilon sejauh lima kilometer, yang sudah dijanjikan untuk dinaiktaraf lebih tiga tahun lalu.
Hakikatnya, kata Roger, rakyat merasa kebosanan jika setiap kali belanjawan dibentangkan, ada sahaja agehan peruntukan untuk membangun kawasan kawasan luar bandar, namun hasilnya tersangat minima.
Bila kita tidak pernah dengar dengan UMNO tidak pernah terlibat dalam Rasuah dalam projek2 ini?
ReplyDeleteThe government needs to manage the budget for the development of Sabah.
ReplyDeleteHope that Sabah will develop more rapidly in the near future.
ReplyDeleteHarap bajet ini akan digunakan sebaik mungkin..
ReplyDeleteHarap tidak ada penyelewengan dalam bajet ini..duit disalurkan dengan betul..
ReplyDeleteLess than 20% budget for Sabah development? Musang must be thinking that Sabah only as big as perlis.
ReplyDeleteMusang is simply useless and must be sacked immediately!
Biarpun cantik macamana budget itu tapi jika pengurusan tidak cekap, pasti tidak akan berjaya.
ReplyDeleteTapi apapun kita tidak boleh mengandaikan sebelum ada apa2 yang dilakukan. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteWith the budget 2012, the people will expect more on sabah's development. Don't let the people down.
ReplyDeleteThe allocation must be used wisely for sabah's development purposes and not put into a certain someone's pocket.
ReplyDeletebajet tersebut perlu digunakan dan diuruskan dgn baik untuk pembangunan Sabah.
ReplyDeletejika ia digunakan dgn sebaiknya, pasti byk pembangunan boleh dilakukan.
ReplyDeleteKalau banyak pembangunan dan banyak yang sedia ada diupgrade yang mengkritik pun merasa juga.
ReplyDeleteharap segala peruntukan diurus sebaik mungkin.
ReplyDeletebajet itu akan masuk pocket umno. orang sabah janganlah diperbodohkan oleh kroni2 mereka disini.
ReplyDeleteMereka adalah pembelot kepada negeri Sabah.
dengan bajet yang besar ini diharap kita akan dapat melihat pembangunan yang rancak akan berlangsung.
ReplyDeletesemoga apa yang dijanjikan, akan ditunaikan nanti
ReplyDeletejikalau kerajaan negeri ikhlas, sudah tentu rakyat Sabah akan berterima kasih dengan adanya peruntukan ini.
ReplyDeleteharap saluran peruntukan ini dapat digunakan sepenuhnya untuk pembangunan Sabah tanpa adanya penyelewengan kuasa/rasuah…
ReplyDeletesemoga dengan adanya peruntukan ini nanti, Sabah tidak lagi disenaraikan negeri termiskin di Malaysia
ReplyDeleteharap Sabah dapat membangun dengan pesatnya…
ReplyDeleteHairan betul...
ReplyDeleteHarap duit itu adalah untuk kebaikan semua.
ReplyDeleteMemang banyak sudah kita dah belanja.
ReplyDeleteBaik-baiklah menggunakan duit itu.
ReplyDeleteumno kuat rasuah. UMNO Sabah mesti dihancurkan.
ReplyDeletebajet sabah 2012 bukanlah gula-gula PRU13 tetapi ianya adalah untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat...pelbagai faktor telah diambil kira sebelum bajet ini dibuat dan dibentangkan oleh KM sabah..
ReplyDeletebajet 2012 juga bukti menunjukkan komitmen kerajaan negeri kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat..
ReplyDeletebajet 2012 juga membuktikan bahawa kewangan sabah telah diurus tadbir dengan baik di mana sabah telah diberikan penarafan tertinggi, AAA..
ReplyDeletebajet 2012 juga menunjukkan bahawa kerajaan negeri serius dan berusaha untuk membangunkan negeri sabah di samping meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat..selain itu, bajet ini juga menunjukkan kelancaran pentadbiran musa aman, KM sabah menerajui sabah..
ReplyDeletetahniah kepada kerajaan negeri khasnya KM sabah..diharap bajet 2012 ini akan benar2 sampai kepada rakyat..
ReplyDeleteKalaulah bajet ini digunakan sebaik mungkin, bahagianya hidup rakyat.
ReplyDeleteBajet yang disediakan harus digunakan sebaik mungkin bagi melengkapi segala kekurangan yang ada.
ReplyDeleteBagi saya, tak kisahlah bajet ini dianggap gula2 PRU13 atau sebaliknya, yang penting setiap perancangan yang dibuat harus dijayakan.
ReplyDeleteJangan biarkan bajet ini menjadi janji kosong kerana ramai pihak pasti akan kecewa.
ReplyDeleteSemoga semuanya berjalan lancar dan paling penting rakyat patut tahu apa yang harus dilakukan.
ReplyDeletebajet ini untuk buaya umno. sudahpun berlaku selama 48 tahun.
ReplyDeleteDuit banyak telah dibelanjakan tetapi perkembangan masih tidak mencapai tahap kepuasan.
ReplyDeleteSemoga bujet ini dilaksanakan dengan wajar dan berjaya.
ReplyDeletePRU menjelang, memang kebiasaan adanya pihak menganggap bujet ini bagai gula untuk PRu13.
ReplyDeleteIni terbuktinya komitmen kerajaan terhadap anak negeri Sabah. Semoga peruntukan ini smapai ke tangan dan dilaksanakan projek untuk pembangunan yang berterusan.
ReplyDeleteKerajaan patut mengutamkan projek yang betul2 membawa perkembangan yang mengalak perubahan ekonomi.
ReplyDeleteThe budget must be used to develop the rural areas and also the Sabah economy.
ReplyDeleteThose aids for hard core poor folks must be sure to reach the targeted group in order to help reduce their burden.
ReplyDeleteWe have been FOOLED by musang budget for the past 9 years and would not be surprised 99.9% of the budget will go into his SWISS BANK account!
ReplyDeleteBajet 2012 membuktikan yg kerajaan prihatin terhadap rakyat..
ReplyDeleteHarap bajet ini akan digunakan sebaik mungkin..terutamanya untuk pembangunan luar bandar..
ReplyDeleteApa2 pun, kita sebagai rakyat Sabah harap yg terbaik saja..
ReplyDeletepastikan perlaksanaannya dilakukan dengan baik. jika perlaksanaan dibuat dengan baik, pasti Sabah akan menjadi lebih membangun lagi dan kehidupan rakyat menjadi lebih baik...
ReplyDeletebajet membuktikan musang bin tidak aman tidak tahu nak membangunankan Sabah sebab dia bodoh dan kakitangan dia pun bodoh.
ReplyDeleteSabah akan bankrupt dengan KM Sabah yang bodoh!
UMNO mesti dihancurkan sebab semua orang bodoh dan kuat rasuah.
jika bajet Sabah 2012 dikatanya gula2 untuk PRU, bagaimana pula dengan bajet alternatif Pakatan? siap dia cakap akan dilaksanakan jika diberikan mandat selepas pru nanti.. tu lagi la terang2 gula2 pru..
ReplyDeletekalau ia dianggap 'teristimewa' pastinya hasilnya juga adalah yang 'teristimewa'.
ReplyDeletesaluran peruntukan kenalah betul dan bersih dari penyelewengan. kelak akan dipersoalkan juga kalau ada projek yang terbengkalai.
ReplyDeleteTidak hairan bujet ini seolah gula untuk menambat hati orang Sabahan.
ReplyDeleteBujet harus digunakan dalam perkembangan ekonomi negeri Sabah. Cuma ini berkebolehan membawa perubahan taraf hidup semua golongan.
ReplyDeleteSemoga pelaksanaan bujet dijalan dengan lancar dan jumlah besar ini harus diguna dengan was-was supaya semua golongan dapat menikmati peruntukan yang besar tersebut.
ReplyDelete"Rakyat di pedalaman, kata Roger, semakin kecewa apabila kerajaan pernah berjanji membina infrastruktur bangunan kerajaan yang baik, termasuk deretan kedai untuk Pekan Kecil Melalap dan sebuah sekolah menengah; namun agak malang kerana janji yang dibuat sebelum PRU12 itu belum ditunai lagi."
ReplyDeletekerajaan harus menunaikan perjanjian yang dibuat itu, gagal menunaikannya membawa kesan negatif terutama imej kepada kerajaan.
Apa akan terjadi jika BN kalah di PRU13 ini, adakah peruntukan dan projek pembangunan BN akan diteruskan?
ReplyDeleteKeja pembangkang memang nak bangkang je.
ReplyDeleteSudah bosan bajet dari UMNO selama 48 tahun. Sama saja di Sabah tiada pembangunan. Semua masuk pocket umno.
ReplyDeletebudget pakatan
ReplyDelete1) bagi RM 500.00 tambahan kepada guru-guru
2) Untuk Negeri sabah minyak 20%
3) SSD untuk PTI
4) Broneosasi akan dilaksanakan berperingkat peringkat.
b) Budget UMNO
1)Guru-guru kerja 9jam
2) Untuk Negeri sabah lambakan guru-guru dari malaya
3) Fungsi Jabatan kebajikan negeri diambil alih oleh jabatan kebajikan persekutuan dan sudah ada staff persekutuan di jabatan kebajikan negeri..cuba pegi tanya dijabatan kebajikan masyarakat.
4) Staff di mahkamah syariah kebanyakan nya dari malaya tidak percaya pegi ke mahkamah syariah keningau..bila tanya akan kedengaran ape ini siape ini.
5) lambakan jurutrknik komputer dari malaya di sekolah disabah...
jadi kita disabah paling dibodoh kan oleh UMNO...yang berslogan kan hidup melayu....mana ada slogan nya hidup dusun atau bajau atau murut..paling babal ada lah YB kemabong dan YB tenom nama saja murut....dan presidin KDM malaysia john ambrose
Pembangunan ada, cuma belum menyeluruh.
ReplyDeleteThere will be more 'goodies' when the election is near.
ReplyDeleteHarap peruntukan daripada bajet ini akan membantu perkembangan Sabah.
ReplyDeletebajet ini hanya untuk umno kroni.
ReplyDeleteumno adalah lanun terbesar dari indonesia.
jika tidak kenapa sabah dibanjiri dengan PTI dari indonesia, pakistan dan pilipin?
Ini bukan gula-gula PRU semata-mata. Ini demi pembangunan demi rakyat.
ReplyDeleteMulalah parti pembangkang tidak senang hati dengan berita gembira untuk penduduk Sabah.
ReplyDeleteJika berita baik pasti Pembangkang akan memutar belitkan isu itu untuk memastikan rakyat membenci kerajaan dan membuat rakyat berfikiran negatif kepada kerajaan. Ini adalah kenyataan sebenar..Pembangkang sebenarnya takut jika rakyat terus menyokong kerajaan maka pasti mereka tidak akan memenangi hati penyokong.
ReplyDeleteKamu bayangkan sendiri, bukankah bajet ini baik untuk penduduk Sabah supaya dapat menikmati arus pembangunan.
ReplyDeleteTapi cuba kita lihat apa tindakkan pembangkang? Mereka mula mengatakan bajet 2012 ini gula-gula politik, kemana arah bajet selepas ini dan bermacam-macam lagi isu yang mereka cuma timbulkan.
Bukankah kerajaan telah membuat garis panduan bajet 2012 itu akan diagihkan dimana. Tidakkan pembangkang tidak tahu? Atau pembangkang pura-pura buat tidak tahu?
hanya 20% dari seluruh bajet untuk pembangunan dan 80% untuk bayar hutang.
ReplyDeleteKamu fikir rakyat Sabah bodoh ke atau tidak pernah pigi sekolah? Pigilah mampus KM Sabah ini yang kepala udang.
Why everybody calls it sweets?
ReplyDeletebee said...
ReplyDeleteWhy everybody calls it sweets?
--------------------------------------------------
bcos it is not sustainable. macam gula2, it will melt quickly
Anonymous said...
ReplyDeletebee said...
Why everybody calls it sweets?
--------------------------------------------------
bcos it is not sustainable. macam gula2, it will melt quickly
November 25, 2011 4:46 PM
Well, I don't think its so called " sweets "..
Jadi apa bajet yang paling bermakna bagi Sabah kalau semua pun tak ok?
ReplyDeleteI kinda hardly understand it.
ReplyDeletebajet paling bermakna untuk sabah apabila umno dihalau keluar dari Sabah bersama PTI mereka dalam pru13
ReplyDelete