Cadangan Penubuhan SURUHANJAYA SIASATAN DI-RAJA Bagi Menyiasat Serta Mengesyorkan Tindakan Terhadap Penambahan Penduduk Di Sabah Yang Meningkat Secara Mendadak
Tuan Speaker,
Saya, MELANIE CHIA CHUI KET ADUN N.16 LUYANG, ingin memohon agar dewan yang mulia ini ditangguhkan mengikut Peraturan Tetap 23 untuk membincangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi membuat siasatan menyeluruh, telus dan komprehensif serta mengambil tindakan terhadap penambahan bancian penduduk Sabah yang meningkat secara mendadak.
Mengikut angka bancian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara, mengambarkan peningkatan penduduk Sabah yang begitu luar biasa berbanding dengan Negeri jiran seperti Sarawak dan lain-lain Negeri di Malaysia.
Pertumbuhan penduduk yang begitu tinggi amat membimbangkan kerana ianya akan menimbulkan kesulitan sosial, ekonomi, keharmonian serta kesejahteraan diantara penduduk rakyat Malaysia di Sabah.
| 1970 | 1980 | 1991 | 2000 | 2010 | Kenaikan | % Kenaikan 40 Tahun |
Malaysia | 10,439,430 | 13.1 Juta | 17.6 Juta | 22,202,614 | 27,565,821 | 17,126,391 | 165 % |
Sarawak | 976,269 | 1.2 Juta | 1.6 Juta | 2,012,616 | 2,420,009 | 1,443,740 | 148 % |
Sabah | 636,431 | 1,011,040 | 1,734,685 | 2,488,248 | 3,120,040 | 2,483,609 | 390 % |
Menurut peningkatan banci penduduk bagi seluruh Negara dalam masa 40 tahun bermula pada tahun 1970, peningkatan dari tahun 1980 ialah 2,660,570 atau 26%; tahun 1991 peningkatan 7,160,570 atau 69%; tahun 2000 peningkatan 11,763,184 atau 113%; dan tahun 2010 peningkatan 17,126,391 atau 165%, pukul rata peningkatan 4.1% setahun.
Bagi Sarawak peningkatan banci penduduk dalam masa 40 tahun yang sama ialah bagi tahun 1980 peningkatan 223,731 atau 23%; tahun 1991 peningkatan 623,731 atau 64%; tahun 2000 peningkatan 1,036,347 atau 106%; dan tahun 2010 peningkatan 1,443,740 atau 148%, pukul rata pertumbuhan ialah 3.7% setiap tahun.
Bagi Sabah pula peningkatan banci penduduk bermula tahun 1970 hingga tahun 1980 peningkatan ialah 374,609 atau 59%; peningkatan bagi 1991 ialah 1,098,254 atau 173%; peningkatan pada tahun 2000 ialah 1,851,817 atau 291%; peningkatan bagi tahun 2010 ialah 2,483,609 penduduk iaitu 390%. Ini bermakna setiap tahun kenaikan penduduk di Sabah ialah 9.8%.
Peningkatan angka bancian penduduk Sabah adalah begitu luar biasa jika dibandingkan dengan peningkatan bancian penduduk di seluruh Negara. Peningkatan ini bukan sahaja luar biasa tetapi amat menghairankan. Sebagai contoh pada tahun 1970 penduduk Sarawak melebihi penduduk Sabah sebanyak 339,838 penduduk, dan pada tahun 2010 penduduk Sabah pula telah melebihi penduduk Sarawak sebanyak 700,031.
Bilangan Penduduk Sabah Mengikut Kaum-kaum Terbesar Sejak Tahun 1960 Hingga 2010:
| Kadazan / Dusun | Bajau | Murut | Melayu | Bumiputra Lain | Cina | Lain-Lain Kaum | Jumlah |
1960 | 140,00 | 60,000 | 20,000 | - | 80,000 | 100,000 | 40,000 | 454,421 |
1980 | + | + | + | + | 838,141 | 163,996 | 8,296 | 1,011,046 |
1991 | 321,834 | 203,457 | 50,255 | 57,375 + 48,365 (B) | 246,735 | 200,056 | 180,433 425,433* | 1,734,685 |
2000 | 458,769 | 330,996 | 80,872 | 225,819 + 69,014 (B) | 361,516 | 254,528 | 133,766 552,987* | 2,488,248 |
2010 | 545,700 | 398,100 | 97,100 | 362,700 | 448,800 | 280,600 | 148,700 932,300* | 3,120,040 |
(B) -
Melayu Brunei
* - Bukan Warganegara
Mengikut bilangan penduduk Sabah ini, adalah dicatat dibawah senarai ‘Lain-Lain Kaum’ penduduk yang bukan warganegara yang bertambah dari 4225,433 pada tahun 1991 dan meningkat ke 932,300 pada tahun 2010.
Dengan pendedahan ini adalah jelas bahawa peningkatan mendadak banci penduduk Sabah adalah sangat luar biasa dan mesti disiasat dengan terperinci.
Perkara ini amat penting khususnya kepada rakyat Sabah, kerana ramai rakyat asing telah mengambil kesempatan untuk mendaftar sebagai rakyat Malaysia tanpa mengikut saluran undang-undang yang sedia ada, dan menjadi pengundi di Negara ini.
Perkara ini perlu ditangani segera kerana telah wujud bukti pendatang asing mendapat kewarganegaraan segera, seperti yang tercatit di dalam penulisan MD. Mutalib dan Dr. Chong Eng Leong. Dalam erti kata yang lain, kehadiran orang-orang asing ini secara berleluasa di Sabah akan memudaratkan keselamatan, kedaulatan serta keharmonian rakyat Malaysia khasnya di Sabah.
Dengan ini saya mencadangkan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Bagi Menyiasat Serta Mengesyorkan Tindakan Terhadap Penambahan Penduduk Di Sabah Yang Meningkat Secara Mendadak.
Sekian.
Melanie Chia Chui Ket
ADUN N.16 Luyang
Melayu Brunei
* - Bukan Warganegara
Mengikut bilangan penduduk Sabah ini, adalah dicatat dibawah senarai ‘Lain-Lain Kaum’ penduduk yang bukan warganegara yang bertambah dari 4225,433 pada tahun 1991 dan meningkat ke 932,300 pada tahun 2010.
Dengan pendedahan ini adalah jelas bahawa peningkatan mendadak banci penduduk Sabah adalah sangat luar biasa dan mesti disiasat dengan terperinci.
Perkara ini amat penting khususnya kepada rakyat Sabah, kerana ramai rakyat asing telah mengambil kesempatan untuk mendaftar sebagai rakyat Malaysia tanpa mengikut saluran undang-undang yang sedia ada, dan menjadi pengundi di Negara ini.
Perkara ini perlu ditangani segera kerana telah wujud bukti pendatang asing mendapat kewarganegaraan segera, seperti yang tercatit di dalam penulisan MD. Mutalib dan Dr. Chong Eng Leong. Dalam erti kata yang lain, kehadiran orang-orang asing ini secara berleluasa di Sabah akan memudaratkan keselamatan, kedaulatan serta keharmonian rakyat Malaysia khasnya di Sabah.
Dengan ini saya mencadangkan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Bagi Menyiasat Serta Mengesyorkan Tindakan Terhadap Penambahan Penduduk Di Sabah Yang Meningkat Secara Mendadak.
Sekian.
Melanie Chia Chui Ket
ADUN N.16 Luyang
Salute Datin Melanie Chia! Bravo!
ReplyDeleteDatin Love,
ReplyDeleteCan't help but surely sabahan support the RCI motion by Datuk Melanie Chia!Hurah!
Her 'Datin' will always be by her side too :-)
Those support UMNO are the traitors to Sabahan who love Illegal Immigrant.
ReplyDeletemana pegi tu parti parti PBS, UPKO, PBRS and LDP mau RCI....Cakap besar saja dalam newspapaer tapi bila buat usul dalam DUN langsung tiada suara....MAIN WAYANG BETUL si PALUI PAIRIN, DOMPOK,KURUP and LIEW>>SIAL KAMURANG
ReplyDeleteAiya, kamu mau ambil fixed deposit orang ka. Kamu mau kasi masuk jail itu Mamak Tai, Musang, yahya yang tukang bagi IC ka. Susah loooooo!
ReplyDeletePemimpin Tempatan Sabah dalam UMNO/BN layak di ludah pada muka mereka sebab merekalah pengkhianat Penduduk Asal Sabah.
ReplyDeleteHope that this abnormal increase of populations in Sabah will be given serious attentions.
ReplyDeleteAn RCI may be the best way to investigate this issue.
ReplyDeletebegitu byk sekali peningkatan penduduk Sabah. hal ini kena diperjelaskan.
ReplyDeleteRCI diperlukan untuk siasat hal ini.
ReplyDeleteRamai lagi tu lain2. menakutkan.
ReplyDeletePertumbuhan penduduk secara mendadak menjadi tanda tanya kepada semua rakyat Sabah. Penjelasan dan siasatan harus dilakukan.
ReplyDeleteRCI harus ditubuhkan untuk menangani masalah ini. Tidak harus ditangguhkan lagi penubuhan ini.
ReplyDeleteKeadaan pasti akan bertambah buruk jika hal tidak ada penyelesaian yang segera terhadap isu ini.
ReplyDeleteJika tiada PATI, UMNO boleh mimpi menang di Sabah!
ReplyDeleteItu UMNO sekong shamsudin yahya sendiri seorang Pendatang Haram dari pilipin.
good luck Melanie Chia!! follow up tuntutan ini sampai ada tindakan dari kerajaan pusat..
ReplyDeleteapa pun, harap isu yang berlaku akan dapat diatasi atau diselesaikan.
ReplyDeleteTidak kira siapa yang perjuangkan isu RCI, projek ic, pertambahan penduduk yang drastik..rakyat akan sokong pemimpin yang benar2 mahu perjuangkan nasib rakyat Sabah.
ReplyDeleteAct now before it's too late!!
ReplyDeletesemua pihak pun inginkan isu pati diselesaikan. harap ianya akan dapat diselesaikan.
ReplyDeleteTidak pernah pun akau dengar orang umno bising pasal PTI di Sabah?
ReplyDeleteAllahku tahu kenapa.
Abnormal amount of the population should take action to investigate.
ReplyDelete"Pertumbuhan penduduk yang begitu tinggi amat membimbangkan kerana ianya akan menimbulkan kesulitan sosial, ekonomi, keharmonian serta kesejahteraan diantara penduduk rakyat Malaysia di Sabah."
ReplyDeleteAdakah angka bancian tersebut betul? Seharus mengenal pasti angka tersebut dan membuat siasatan lanjutan.
Kenapa kerajaan masih gagal menubuhkan RCI?
ReplyDeleteWarga asing bertambah banyak, susah untuk rakyat percaya tidak adanya projek IC di Sabah ini.
ReplyDelete"Mengikut bilangan penduduk Sabah ini, adalah dicatat dibawah senarai ‘Lain-Lain Kaum’ penduduk yang bukan warganegara yang bertambah dari 4225,433 pada tahun 1991 dan meningkat ke 932,300 pada tahun 2010."
ReplyDeletememang luar biasa pertambahan yang berganda-ganda, seharus RCI ditubuhkan untuk menanggani isu yang semakin serius ini.
Mahu tangkap PTI, tangkap dulu itu umno sekong YB Shamsudin yahya dari pilipin. Bagaimana orang pilipin boleh jadi YB di Sabah?
ReplyDeleteKita saja patut fikir,negeri Sabah ini sudah jadi jajahan PATI.Bagi UMNO BN - untuk menang kitalah jadi "pawnnya". Jika kita bising BN UMNO akan jualkita pada Indon atau Philippines. Mereka akan Isytiharkan Darurat - kita lugai lugai...
ReplyDeletePRU !# kita mesti buang itu DACING BN UMNO.
janganlah sampai isu ini tidak dapat ditangani lagi baru kerajaan hendak bertindak..sudah pasti rakyat Sabah akan memihak kepada pembangkang untuk menyelesaikan masalah ini
ReplyDeletesemoga perjuangan ini akan diteruskan oleh para pemimpin Sabah tidak kira pihak kerajaan ataupun pembangkang walaupun selepas PRU-13 nanti
ReplyDeletesetiap tahun masalah PATI semakin menjadi-jadi...harap kerajaan pusat benar2 memberi perhatian serius terhadap masalah ini yang dihadapi oleh Sabah
ReplyDeletejika tidak, ianya tentu akan menimbulkan kesulitan sosial, ekonomi, keharmonian serta kesejahteraan diantara penduduk rakyat Malaysia di Sabah.
ReplyDeleteJumlah PATI di Sabah sudah cukup mengancam ketenteraman penduduk di sini..mengapa kerajaan pusat tidak membenarkan sahaja penubuhan SSD ini, isu PATI ini sudah semakin tegang
ReplyDeleteBuat siasatan sebelum isu menjadi semakin di luar kawalan.
ReplyDeleteKenapa kerajaan sering bersikap tidak ambil berat? Jangan lah tunggu sehingga masalah menjadi semakin hangat baru ambil tindakan, teramat lambat rasanya.
ReplyDelete"warganegara yang bertambah dari 4225,433 pada tahun 1991 dan meningkat ke 932,300 pada tahun 2010."
ReplyDeleteApakah penjelasan terhadap penambahan penduduk yang mendadak ini?
Please setup RCI for investigation. Please do not let the issue grow big.
ReplyDeleteJelas penduduk warga negara asing diperguna untuk mengekalkan kuasa, jika tidak, apakah penjelasannya?
ReplyDeletesebenarnya saya pun tak sedar sangat pertambahan penduduk kalau tidak nampak statistik ini.
ReplyDeleterasanya kerajaan perlu memantau para pekerja yang di ladang2 kelapa sawit terutamanya sebab nampak macam ramai warganegara asing di sana. entah datang dengan dokumen sebagai pekerja atau masuk ikut pintu belakang.
ReplyDeletesebelum ini, di kinabatangan dikatakan penduduk asing sudah melebihi penduduk tempatan.
ReplyDeletememang wajar cadangan penubuhan SSD ini diterima oleh kerajaan jika benar2 ingin membantu Sabah menyelesaikan masalah PATI. sudah ramai pemimpin menyuarakan cadangan ini dan saya yakin semua rakyat Sabah juga menyokong penubuhan SSD ini.
ReplyDeleteProgram 5P/6P juga sudah nampak ada kelemahan setakat ini.
ReplyDeleteTiba-tiba sahaja "UMNO" lahirkan orang Melayu di Sabah sebanyak 105ribu pada tahun 1991 dan pada tahun 201 pula 361 ribu.Nampak sangat UMNO ini menjual kedaulatan negara. Parti BN yang bersengkokol dengan UMNO mengenai hal ini hanyalah orang yang tiada maruah diri, mahu hidup katakan.Semoga semua ahli politik yang terlibat dan tidak menjalankan amanah menjaga kedaulatan negeri Sabah, mati dengan dahsyat dan hidup dalam neraka selama-lamanya. amin.
ReplyDeleteKetua penjual Sabah kepada PTI di Sabah ialah MUSA Dibantu oleh para pemimpin BN dan wakil2 rakyat UMNO.
ReplyDeletePara pemimpin KDM dan BN Sabah telah melaksanakan proses penjualan Maruah rakyat ASLI Sabah kepada PTI INDON PHILIPIN yang dirancang dengan teliti oleh UMNO SM bagi menjadikan Sabah FIX DEPOSIT BN dan telah mengubah demografi kependudukan Sabah buat selama-lamanya.
Sabah adalah salah sebuah negeri didunia ini yang dengan sengaja dijadikan lambakan PTI yang dijadikan warganegara ekspress bagi tujuan 3 dalam satu.
1. Menambah bilangan bangsa Melayu
2. Menambah bilangan Islam
3. MENJADIKAN PTI sebagai TOOL politik para pemimpin korup dan TAMAK.
Kerana wang dan kekayaan mereka sanggup lupakan penderitaan rakyat Sabah yang sejati.
Mudah2an Tuhan akan mengadili para pemimpin JAHAT ini didunia dan akhirat. Amin!
Program 5P/6P sebenarnya salah satu penipuan disiang hari, iaitu satu aktiviti terancang bertopengkan pengurusan dan pendaftaran PTI.
ReplyDeleteSemasa program tersebut segala aspek untuk membolehkan kerajaan JAHAT Malaysia memproses pendaftaran secara teliti kepada para PTI untuk dijadikan Warganegara tetap (PR) seterusnya didaftarkan sebagai pengundi. JPN dan SPR terlibat sama dengan pengawasan dan arahan KDN=Kerismuddin.
Kasihan rakyat Sabah, proses ini sudah lama dilakukan oleh BN/UMNO di Sabah, dan kini dgn apa cara pun adalah agak sukar bagi parti2 pembangkang yang berdiri secara solo untuk mengalaqhkan BN/UMNO.
Cuma satu saja caranya untuk mengalahkqan BN/UMNO di Sabah dan seluruh Malaysia iaitu;
"Semua parti pembangkang bersatu" untuk menumbangkan BN pada PRU13. Insyallah!
Demi Allah, perbuatan para pemimpin nSabah dan SM yang telah mengabaikan Amanah yang Allah telah berikan kepada mereka pasti akan terserlah masa PRU13 nanti. BERSATULAH SEMUA Rakyat Sabah!
ReplyDeletePTI, nyah kamu dari bumi Sabah! Kamu mempunyai negara sendiri tapi kenapa kamu mengambil kesempatan dengan keadaan di Sabah?
Please go back to your own country. You all have grab all the Sabahans rights!
Peningkatan jumlah penduduk di Sabah memang mencurigakan. Harap ia dapat disiasat segera.
ReplyDeleteWalaupun belum ada bukti kukuh namun saya yakin ramai beranggapan peningkatan ini ada kaitan dengan pati.
ReplyDeleteJadi tidak hairanlah juga ramai yang mendesak penubuhan RCI.
ReplyDeleteHarap desakan ini mendapat perhatian sewajarnya demi kepentingan bersama.
ReplyDeleteApapun, kita lihat sajalah nanti. Kalauoun RCI tak ditubuhkan saya yakin kerajaan pasti laksanakan cara lain utk tanggani isu ini.
ReplyDeleteJika perkara ini membimbangkan rasanya perlulah kerajaan membuat siasatan mengenai masalah penduduk yang meningkat secara mendadak ini.
ReplyDeleteParti malaya UMNO yang menyebabkan kebanjiran PENDATANG HARAM di Sabah.
ReplyDeleteUMNO yang menyebabkan Sabah menjadi termiskin di Malaysia.
UMNO mesti dihancurkan di Sabah dalam PRU13.
Kerajaan Persekutuan perlulah memastikan SSD dapat dilaksanakan bagi membantu menangani masalah PATI yang semakin meningkat di Sabah.
ReplyDeleteOnly 1 answer for this inexpectable growth of Sabah civilian... that is PATI. Shame on them who brings PATI to Sabah/ loosen the immigration of this land/ give free IC. We dont see what you people do, but God does. May God bless you.
ReplyDelete