Search This Blog

Sunday, November 27, 2011

Wakil Rakyat Melalap terus mengharap 'nasib' bangunkan kawasan

PEMBENTANGAN Bajet 2012 kini sudah berlalu beberapa hari namun nama DUN Melalap kempunan tidak disebut sebut pun  disepanjang persidangan itu untuk mendapat limpahan peruntukkan pembangunan , sedangkan Bajet kali ini merupakan yang tertinggi setakat ini untuk menjana pembangunan tahun 2012  iaitu sejumlah RM4.048 billion.

Malangnya, kawasan DUN Melalap yang diwakili Datuk Radin Malleh Naib Presiden PBS seakan akan terus tercicir dari senarai agehan projek pembangunan, apa lagi bila kelibatnya tidak kedengaran bersuara disepanjang persidangan itu untuk  mendapatkan agehan kek Bajet 2012.

“ Ramai yang  tertanya tanya, apakah kerajaan tidak sedar  berapa banyak cadangan pembangunan yang pernah dijanjikan mereka sebelum PRU12 seperti  bangunan kedai pekan kecil Melalap, pembinaan sebuah sekolah menengah dan banyak lagi yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi  dikawasan ini, tetapi kenapa masalah tersebut terus disenyapkan,” kata Rudy Sulaiman Mairi Pengerusi Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Zon Pedalaman.

Rudy yang juga Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat seterusnya berkata, beliau menyifatkan jentera kerajaan BN telah gagal memenuhi aspirasi rakyat yang selama ini amat mengharapkan BN mampu melestarikan pembangunan yang mampan disetiap kawasan khususnya dikawasan DUN Melalap dengan begitu pesat sekali; namun sebaliknya harapan mereka telah hancur berkecai  kerana nampaknya setiap pembangunan yang dijanjikan ia sekadar “Janji terang bulan” yang bermaksud janji kosong.

Beliau berkata, kelewatan mendapatkan hak milik tanah daripada sebuah syarkita GLC seluas lebih 200 ha untuk dijadikan tapak pekan kecil Melalap sebelum memulakan kerja kerja pembinaan prasarana lain tetapi kenapa tidak terus menggunakan tapak tanah milik Jabatan keritapi Negeri Sabah (JKNS) yang kini tidak digunakan sebagai tapak permulaan untuk membina prasarana utama khususnya  bangunan pejabat pejabat kecil.

“ Kalau bangunan kecil kecilan sudah bermula adalah sudah cukup mengatakan bahawa pekan kecil Melalap sudah bermula  operasinya daripada keadaan sekarang yang kelihatan  senyap  sama seperti dahulu juga, walhal nama pekan kecil Melalap sudah gah tersebar luas,” tegas Rudy.

“ Kita juga faham prosedur kerajaan dimana sesuatu permohonan bukan boleh diluluskan dengan sekelip mata atau bukanlah juga wakil rakyat memiliki kuasa ajaib seperti lampu Aladdin, tetapi dalam masa hampir lima tahun selepas mereka menyatakan janji itu maka tidak mungkinlah dalam tempoh itu ibarat ungkapan bahasa India Tamil ‘habuk pun tara”,” tegas Rudy lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan wakil rakyat Melalap agar mengikut jejak langkah yang dilakukan wakil rakyat Pantai Manis Datuk Rahim Ismail yang tidak putus putus menyuarakan permohonannya untuk mendapatkan agehan pembangunan pada setiap kali persidangan DUN berlangsung.

Oleh:  MATURIN MOHAMMAD

6 comments:

  1. Titikas Melalap, TenomNovember 27, 2011 at 5:56 AM

    Wakil rakyat yg terus tidur perlu dihukum pada pru13 nanti kerana rakyat selaku pembayar cukai yg membayar gajinya rugi kalau "YB" yg tidak serius menjalankan tanggung jawabnya membangunkan kawasan yg diwakilinya.

    ReplyDelete
  2. YB ini bukan tidur tapi sudah tidak dapat berfikir lagi sebab keupayaan untuk berfikir dan mencari idea baru sudah hilang maklum umur pun sudah menjangkau dalam kategori OKU itu lah kalau YB yang telah lanjut usia diharap rakyaat sabah ganti dengan yang baru,lagi pun cuba lihat orang kanan disekeliling dengan YB ini semua nya tidak dapat menangkis serangan dari pihak sebelah sebab bukan lah sampai ditahap pelajarannya ..hanya setekat SMK lah.....

    ReplyDelete
  3. Para pemimpin asal PTI di sebelah Sandakan, Tawau, Lahad Datu , Semporna, Kunak semuanya melakukan yang terbaik kepada penyokong mereka yang terdiri daripada PTI Made Citizen (Projek IC) dengan memajukan dan membantu mereka berjaya dalam ekonomi, pendidikan dan lain2.

    Pemimpin asal Sabah (KDM) hanya asyik bercakap tanpa tindakan dan asyik mengaut kekayaan untuk keluarga dan sdra mara tapi rakyatnya dibiarkan dalam keadaan daif walaupun sudah berdekad menjadi pemimpin (Pairin, Raden, Rubin, Kurup dll).

    Musa cukup jaga penduduk dikawasannya kerana itu semua pengundi jelmaan dari projek IC Mahathir yang dikelolakan oleh Musa (Pengerusi) pada tahun 1991. Itulah Musa tak perlu risau kerana kemenangannya terjamin dalam apapun keadaan.

    Musa dan para pemimpin BN/UMNO telah menjual Sabah kepada INDON dan PHILIPIN/PAKISTAN demi politiknya/harta.

    ReplyDelete
  4. Bukan soal pelajaran tapi kalau sudah terlalu lama duduk dikerusi YB makin malas buat kerja untuk rakyat maka Raden tidak hairanlah kalau dia sekarang ini menumpukan kepentingan keluarganya dulu...rakyat kemudian!

    ReplyDelete
  5. BN mesti dikalahkan dalam PRU13 di Sabah.

    ReplyDelete
  6. tumbangkan bee end!! kalau bkn kita siapa lg,kalau bkn sekarang PRU13 pn buli jg k...

    ReplyDelete