Search This Blog

Thursday, December 1, 2011

Ramai MP Bakal Tinggalkan Parti BN?



ISMAILY BUNGSU

APA gunanya terus dalam parti/BN kalau tidak dapat menyumbang kepada rakyat yang diwakili kesan pimpinan atasan asyik isi kantung sendiri? 

Apa gunanya terus dalam parti kalau Sabah sendiri di bawah BN bukan semakin membaik, tetapi keadaan rakyat semakin memburuk dan rakyat tidak terbela, malah sejak 20 tahun UMNO berkuasa di Sabah, rakyat Sabah semakin menderita dan hidup di Sabah tidak aman lagi dan Kota Kinabalu seperti bandar orang asing kelihatannya.


Kehidupan rakyat semakin tersepit meski Sabah sebenarnya negeri yang kaya kerana hasil2 minyak, balak, hutan, laut dan segala macam, tetapi hampir semuanya dimiliki oleh orang asing kesan kepimpinan UMNO sendiri yang memiliki kuasa dan kemudian menjualnya kepada orang lain dan Sabahan hanya melihat dengan putih mata duduk di muka pintu.

Ramai pemimpin dalam BN merasa sakit hati tetapi mereka ini jadi serbasalah kerana kesan peraturan berparti tidak boleh melawan dan kerana itulah rata-rata mereka ini hanya menunggu waktu yang sesuai untuk bersuara dan kemudian segera meninggalkan parti sesudah waktunya tepat nanti.

Setakat ini ada 6 orang MP bakal meninggalkan parti dan bakal kepalai parti yang sekian lama ditubuhkan dan saya difahamkan parti berkenaan akan menjadi tapak untuk mereka berjuang untuk menentang BN/UMNO dan kalau ini terjadi maka Tsunami Politik akan terjadi di Sabah dan hal ini akan menjadi sejarah.

Apakah tidak memecahkan undi pembangkang?

Inilah suatu persoalan yang selalu bermain di kepala kita dan memang nyata yang kehadiran parti2 lain untuk bertanding di PRU-13 akan datang akan memecahkan undi pembangkang dan sebagai contoh tentu saja kes piliharaya kecil Batu Sapi dan ini akan pasti.

Tetapi untuk ini tidak mungkin, sebab saya ramalkan akan ada kesepakatan yang diluar jangka dan yang diluar jangka ini bakal menakutkan dan bakal menjahanamkan kepimpinan BN di Sabah, malah di Malaysia amnya.

Barangkali PAKATAN tidak akan menumpukan perhatiannya di DUN Sabah, tetapi lebih fokas kepada kerusi parlimen di Sabah. Parti lokal akan bertanding di kesemua 60 DUN di Sabah dan parti lokal ini akan bersatu hati dan tenaga untuk mempastikan ‘Satu Lawan Satu’ dan inilah yang selama ini menakutkan BN di sabah.

Memang diakui rata-rata rakyat Sabah sudah tidak percayakan UMNO/BN lagi dan demikian juga ahli PBRS dan UPKO sendiri yang ‘menumpang kasih’ termasuk PBS. Yang sebenarnya tinggal hanyalah mereka yang mendapat keuntungan sedikit sekadar mengalas perut untuk makan dan majoriti rakyat terutama KDM hidup dalam keadaan yang susah dan keadaan keselamatan serta masa depan Sabah, sebenarnya dalam bahaya kesan pendatang tanpa izin yang secara rasmi direstui oleh UMNO dan ini bakal menjahanamkan masa depan negara bangsa.

Memang parti lokal ini difahamkan sepakat dan telah membincangkan perkara ini dan kemungkinan PKR dan DAP hanya meletakkan sekitar 3-10 kerusi sahaja peringkat ADUN, tetapi PKR dan DAP akan meletakkan calon mereka di kesemua kerusi Parlimen untuk mempastikan Putrajaya bakal diambil alih.

Secara tolak campur menurut ramalan BN di Sabah/ramalan orang dalam, bahawa PAKATAN di Semananjung Malaysia akan menguasai 102 kerusi MP yang maknanya hanya diperlukan 10 kerusi Parlimen sahaja lagi untuk PAKATAN memerintah kerajaan persekutuan dan membolehkan Anwar duduki kerusi PM dan ini tidak mustahil kala di PRU-12 BN tersungkur di Semenanjung Malaysia. Cuma diselamatkan oleh Sabah dan Sarawak yang punya 55 kerusi MP dan ketika itu Sabah dan Sarawak menjadi ‘Talian Hayat’ Najib bin Razak yang membolehkan tidak kempunan duduki kerusi PM.

Pilihanraya umum DUN Sarawak musim lalu telah jelas memperlihatkan suatu peningkatan pengundi yang cukup bagus kerana hanya 55% pengundi mengundi BN, sedang 45% mengundi pembangkang dan tidak mengundi dan itupun pembangkang ketika itu tidak bersatu; maka kesannya di Sarawak BN banyak kehilangan kerusi DUN dan minggu lalu terjadi lagi kesan pecat memecat ADUN parti BN di Sarawak yang menimbulkan masalah dan ini memperlihatkan di PRU-13 akan ada perubahan yang cukup hebat dari segi kerusi MP nantinya.

Untuk Sabah kita lihat sekarang ini memang agak sukar untuk menguasai baik DUN atau MP kala yang kita lihat belum ada penyatuan yang baik di kalangan parti lokal/pembangkang dan sekarang ini semuanya sedang aktif mencari dan mendapatkan kuasa rakyat dengan cara masing-masing mengatakan bakal jadi juara; tetapi apa yang terjadi di dalam soal kesepakatan parti pembangkang rakyat masih kabur dan tidak hairan seperti yang saya perkatakan diawal tulisan ini bakal bersatu sesuatu yang ‘Ajaib’ dan di luar jangka.

Kalaulah apa yang saya ramalkan dan perkatakan ini menjadi dan ramalan di Semenajung yang PAKATAN bisa memperolehi 102 kerusi dan adalah perkara mustahil kalau-kalau pembangkang tidak berjaya mendapatkan 10 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

Saya ramal pembangkang akan memperolehi sekitar 20-30 kerusi MP atau kalau-kalau rakyat sudah marah dan tidak mustahil rakyat akan menumbangkan BN seperti rakyat menumbangkan USNO dan BERJAYA dahulu sebab rakyat Sabah memang terkenal menumbangkan parti dalam sekelip mata kalau memang rasa benci dan muak sekian lama tersimpan dalam dada.

Mari kita fikirkan bersama soal yang saya fikirkan ini!

23 comments:

  1. Jika melihat kepada isu2 yang melanda Sabah sekarang, Sabah patut tumbangkan BN/UMNO.

    Cuma jika dahulu, pengundi belum tercemar. Maksud saya belum ada pengundi FIX DEPOSIT PTI hingga ratusan ribu!

    Kini suasana sudah berubah. Apapun pembangkang akan menang dalam beberapa kerusi jika ia berdiri secara solo.

    Namun cara terbaik untuk menumbangkan BN/UMNO dalam suasana elekrol sudah tercemar ini ialah dengan bekerjasama dengan para parti Barisan pembangkang tetapi mesti ada perjanjian pembahagian kuasa dan kerusi.

    Jangan risau dengan PR, kerana mereka pun bermatlamat untuk menumbangkan BN/UMNO.

    Hanya dengan cara itu yang saya nampak ada impak terhadap BN/UMNO Sabah. Sebelah Tawau, Sandakan, KK,Semporna, LDATU,Keningau, Beafort, Papar,Putatan, Kinarut, Tuaran,alah semua kawasan mengundi di Sabah sudah ada lebih kurang 3,000 pengundi PTI yg dimasukkan dalam elektoral.

    Tapi, kalau dengan kebijaksanaan tidak mustahil Pembangkang menang. Kerja keraslah.

    Yang melompat tu memang tidak larilah itu, lihat saja Perak dan Sabah yg BN/UMNO rampas kuasa dulu. Friendship mesti kuatlah.

    ReplyDelete
  2. sekarang kita tidak perlukan MP-MP lompat,mereka ini sudah tua-tua kita perlukan yang muda-muda dan berwawasan dan mempunyai integeriti diri dan berpelajaran,kalau macam datuk rubin dan datuk lajim yang tidak berpelajaran boleh lah melompat..elak kan manusia seperti mereka ini

    ReplyDelete
  3. Ya betul2. Para gontua itu perlu direhatkan macam di Arabs Spring.

    Maksimus, Dompok, Kurup, Parin Masidi, Musa , Bung Mokhtar, Ghafur, Yahya Hussin, Salleh kuruak dan yg lain2 semua perlu ditukar.

    Tiada nongoi2. Sabah dipenuhi PTI kerana Gobuk2 tersebut!.

    ReplyDelete
  4. Umno ini cash cow bah! Banyak duit korupsi dapat daripada kami...tapi mereka kasih balik sikit untuk undi kamu orang...Umno busuk ini memang mahu ditewaskan selama-lamanya.

    ReplyDelete
  5. Kita tunggulah dan lihat berapa orang MP yang bakal keluar parti nanti.

    ReplyDelete
  6. keadaan saya tidak pula semakin buruk dan semakin menderita.. malah semakin baik..

    ReplyDelete
  7. kalau betul ramai MP bakal tinggalkan parti BN, pasti para MP itu akan menjadi rebutan pembangkang.. tengok la..

    ReplyDelete
  8. kita tgk siapa MP2 yang akan tinggalkan BN

    ReplyDelete
  9. tapi dah jadi lumrah dalam politik keluar parti.

    ReplyDelete
  10. sejauh mana kebenaran pekara ini kita sendiri pun tidak tahu.

    ReplyDelete
  11. mungkin juga pekara ini cuma khabar angin..apa pun, tunggu dan lihat sajalah.

    ReplyDelete
  12. ramalan boleh berubah disaat-saat akhir. apa2 pun sama2 kita nantikan PRU13

    ReplyDelete
  13. mungkinkah MP2 tu adalah antara yang menuntut RCI ditubuhkan?

    ReplyDelete
  14. mereka berhak untuk memilih. kalau rasa apa yang diperjuangkan dalam parti itu tidak selari dengan kepentingan rakyat Sabah, keluar saja ba..

    ReplyDelete
  15. Cerita donggeng saja bertujuan menarik perhatian pembaca.Ingat MP kita ada 'tantalau' ka mahu tinggal kan BN.Ingat ka Raymond Tan,Peter Pang dll yang rela tinggal kan parti mereka untuk bersama BN.Rela pun masuk Gerakan,parti lembik asal kekal jawatan.Sudah lah, saya dah bosan dengan cerita wakil rakyat BN ini.Semua raja bodek dan pengecut.Mereka ingat boleh hidup hingga umur 100 tahun.

    ReplyDelete
  16. Kalau senang2 mahu kasi tinggal sesebuah parti, lama sudah kena buat. Tapi kalau kasi tinggal parti and keistimewaan yang mereka dapat selama ini pun hilang terus, ingat mereka sanggupkah keluar?

    ReplyDelete
  17. Siapa2lah konon yang mahu keluar dari BN ni? Memang beranilah kan.

    ReplyDelete
  18. Manada bah pemimpin BN mahu lompat party. Semua dorang ni yg telah melacurkan maruah orang Sabah. Siapalah mahu kehilangan wang ringgit dan harta kekayaan.

    Tengoklah dulu itu, si Anifah Aman, Si Ghafur Salleh sama Bung Mokhtar semua pura2 saja mahu minta lantik jawatan menteri saja tu. Tengok si Anifah Aman, bila dilantik jadi Menteri luar terus Tontolou dia kecut!

    ReplyDelete
  19. Jangan percaya itu semua.Tidak ada seorang wakil rakyat BN berani keluar parti khasnya dari UMNO.Pasal? Banyak daripada mereka ni ada isteri dua dan perampuan simpanan.Macam mana kasi makan dan teruskan hidup mewah?Money talks men!

    ReplyDelete
  20. Teruskan usaha membantu rakyat..

    ReplyDelete
  21. Mahu meninggalkan BN atau parti pembangkang yang ramai ingin masuk dalam parti BN??

    ReplyDelete