Search This Blog

Monday, February 20, 2012

Ketua Pemuda UMNO Keningau Buta Sejarah?

Saya sebenarnya tidak begitu berminat memberikan pandangan balas terhadap komentar Sdra Azman Hj Ruslan, Ketua Pemuda UMNO Keningau di sebuah akhbar baru-baru ini. Saya lebih berasa malu bahawa di Sabah ini masih ada pemimpin yang agak buta sejarah. Atas kesedaran itu maka saya cuma ingin kongsikan kepada warga

Sabah bahawa jangan lagi keliru dengan kenyataan pemimpin-pemimpin seperti ini. Sabah BUKAN MERDEKA melalui pembentukan Malaysia. Sabah telah merdeka 16 hari sebelum pembentukan Malaysia.

Malah Sabah BUKAN MENYERTAI Malaysia tetapi BERSAMA-SAMA MEMBENTUK Malaysia dengan tiga wilayah jajahan British yang lain, yang juga telah MERDEKA sendiri iaitu, Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957), Singapura (3 Jun 1959) dan Sarawak (22 Julai 1963) melalui Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatangani di London bersama wakil British dengan jaminan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Tanah Melayu yang jelas mengatakan bahawa penggabungan ini adalah untuk membolehkan Sabah dan Sarawak berdikari sendiri sebagai RAKAN KONGSI YANG SAMA TARAF.

Sama taraf dengan Malaya, Singapura dan Sarawak, bukannya sama taraf dengan negeri-negeri dalam Malaya.

Jika Sdra Azman Haji Ruslan inginkan penjelasan lanjut, saya bagi mewakili seluruh generasi muda Sabah yang menyokong perjuangan Agenda Borneo, membuka pintu seluas-luasnya untuk beliau menghadiri Borneo Tea Party yang dianjurkan oleh United Borneo Front di mana-mana seluruh Sabah. Malah jika beliau malu pada khalayak, saya bersedia untuk berkongsi sejarah sebenar Perjanjian Malaysia 1963 ini secara empat mata.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa dengan keahlian setengah juta UMNO seperti yang beliau katakan, maka seramai itulah orang Sabah yang terkeliru dengan kenyataan pemimpin seperti ini.

Sejarah negeri sendiri pun masih keliru tetapi ada hati untuk menjadi pemimpin dan mencabar pejuang hak-hak Sabah. Saya menegaskan di sini bahawa perjuangan Agenda Borneo yang dibawa oleh parti STAR tidak sekali-kali bersifat kedaerahan semata-mata tetapi disusuli oleh tuntutan hak yang sah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 yang turut merangkumi Perkara 20.

STAR tidak meminta hak negeri lain tetapi sekadar meminta hak sendiri ditunaikan, setelah 48 tahun dipermainkan oleh kerajaan pimpinan UMNO/BN.

Saya amat yakin, sebagai pengamal undang-undang, beliau pasti tahu dengan lebih jelas apabila kita menyebut soal PERJANJIAN. Namun saya juga amat hairan mengapakah beliau terus mempersoalkan motif perjuangan STAR khususnya dalam pembentukan Perikatan Borneo Bersatu.

Motif kita sangat ringkas dan mudah iaitu kita menuntut hak kita seperti yang termaktub dalam PERJANJIAN MALAYSIA 1963. Tetapi saya bimbang jika pemimpin hebat seperti beliau pun mungkin masih belum membaca perjanjian ini, apatah lagi tentang Perkara 20 yang menjadi syarat utama sebelum Sabah bersedia membentuk Malaysia bersama.

Kita mahukan perubahan dengan cara dan platform yang tepat.

Lebih 20 tahun rakyat Sabah memberikan peluang kepada pemimpin Sabah khususnya ORANG UMNO, tetapi tiada seorang pun daripada mereka ini yang berani memperjuangkan perkara ini sedangkan perjuangan ini adalah dalam bentuk PERJANJIAN yang sah. Jadi apa kaitan keikhlasan perjuangan dengan penubuhan Perikatan Borneo Bersatu?

Yang jelas UMNO yang tidak ikhlas memperjuangkan apakah hak-hak sebenar rakyat Sabah.

Melalui Perikatan Borneo Bersatu inilah yang kita fokuskan kepada penyatuan sebenar semua rakyat Sabah di bawah satu perjuangan yang sama. Apakah ini yang beliau katakan sebagai krisis keyakinan diri? Atau pemimpin UMNO/BN sendiri yang sudah mula hilang kepercayaan terhadap perjuangan UMNO/BN?

Malah melalui penyatuan inilah yang akan kita pastikan soal perpaduan, kestabilan ekonomi dan politik Sabah dapat diperjuangkan pada landasan yang tepat oleh orang yang tepat.

Jika kuasa autonomi dikembalikan kepada Sabah secara total, maka beliau tidak perlu bimbang lagi soal ini. Ini kerana selama UMNO/BN di Sabah justeru menambahkan lagi perpecahan dalam kalangan rakyat melalui dasar pecah dan perintah UMNO.

Terbukti dengan sistem penggiliran Ketua Menteri yang nyata melanggar Perlembagaan Negara. Saya memang bukan pengamal undang-undang tetapi sepanjang pembacaan saya berkaitan Perlembagaan Malaysia yang diadaptasikan daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, saya belum lagi terbaca tentang terma yang membenarkan penggiliran Ketua Menteri ini. Tetapi kenapa ia dibenarkan berlaku di Sabah?   ../3-
Mengulas soal mempertahankan kedaulatan negara, STAR secara konsisten menyokong soal keselamatan negara tanpa kompromi. Buktinya, peningkatan populasi penduduk Sabah yang meragukan dan penegasan beberapa pihak mahupun individu yang melahirkan kekhuatiran berlakunya PROJEK IC di Sabah merupakan salah satu daripada 7 Agenda Borneo yang diperjuangkan.

Oleh kerana itu, STAR sangat menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat perkara ini sebaik-baiknya. Tetapi apakah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Orang UMNO ini?

Sampai ke hari ini masih belum menyatakan pendirian yang jelas mengenai perkara ini. Pengumuman RCI berlegar-legar di Sabah pada ketika Perdana Menteri berada di Sabah tetapi sehingga beliau balik ke Putrajaya, tiada apa yang disentuh berkaitan perkara ini.

Walhal orang Sabah memerhati dan mengharapkan keputusan yang jelas berkaitan perkara ini sama seperti menanti pembentangan Bajet Negara. Kasihan, isu yang kritikal seperti ini pun kita terpaksa merayu dan berharap tanpa mampu berbuat apa-apa.

Sdra Azman jangan pula katakan bahawa PATI di Sabah bukan masalah. Saya minta beliau berjalan di sekitar pasar malam Keningau, jeling-jeling di sudut-sudut bangunan yang 'menempatkan' penjual rokok seludup, tanya diri sendiri, 'orang Sabahkah itu?' Inilah bukti betapa STAR sangat prihatin soal kedaulatan dan keselamatan negara.

Sebelum kita memperkatakan soal perjuangan, sepatutnya kita menelah buku lama agar kelemahan dan punca masalah dapat diselesaikan. Bertitik tolak daripada pendirian itu, maka STAR telah membuka lembaran sejarah lama sebagai satu cara yang berkesan bagi menyelesaikan semua permasalahan yang berlaku di Sabah.

Apabila kita kembali kepada asasnya, iaitu punca utama masalah yang berlaku, yakinlah bahawa perkara seterusnya bakal dapat kita perbaiki.  Inilah yang sedang kita usahakan sesungguhnya.

Masalah yang berlaku di Sabah sebenarnya berpunca daripada pengkhianatan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 itu sendiri. Jadi untuk menyelesaikannya maka, ia juga harus bermula daripada Perjanjian ini. Malah jika kita bentangkan pelan pembangunan STAR sekalipun, ia bukanlah jawapan sebenar terhadap permasalahan yang berlaku di Sabah.

Lihat sahaja pelan pembangunan yang ditaja oleh UMNO/BN. Apakah keberkesanannya?

Ia memang tidak akan berkesan kerana itu bukan punca masalah utama. Selepas lebih 20 tahun UMNO/BN berada di Sabah, Sabah tetap menjadi antara negeri termiskin di Malaysia. Sabah tetap menghasilkan peratusan pengangguran yang tinggi.

Malah jika kita lihat pembangunan fizikal sahaja pun kita dapat nilaikan secara kasar betapa jauhnya Sabah ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia. Di Semenanjung Malaysia terdapat KLCC, KL Tower, Putrajaya, Sistem keretapi canggih, sistem lebuhraya yang luas dan baik tetapi di Sabah mempunyai 'Highway' Kalabakan yang layak digelar jalan kayu balak. Di Sabah juga ada keretapi yang hidup segan mati tidak mahu. Lihat dengan mata kepala sendiri, jalanraya-jalanraya yg ada di seluruh Sabah, dengan lubang atau tampalan di sepanjang jalan. Jadi apakah yang dibanggakan dengan UMNO/BN di Sabah ini?

Dalam konteks hiburan dan rekreasi pula, jelas kita dapat bandingkan bagaimana kehebatan Genting Highlands, Berjaya Times Square, Sunway Lagoon, Bukit Merah Lake Town Resort dan macam-macam lagi.

Malangnya bagi rakyat Sabah, mereka cuma mampu 'berekreasi' di Fun Fair yang kadang-kadang timbul malah tahap keselamatannya diragui. Ini hanya contoh-contoh mudah yang boleh kita berikan kerana saya tidak sehebat seorang pengamal undang-undang yang tahu banyak perkara.Justeru, melalui contoh mudah ini pun kita boleh bertanya, adakah perjuangan STAR yang disifatkan sebagai 'kedaerahan' ini tiada asasnya? Mari kaji bersama...

Namun begitu, saya dan anda masih sama-sama anak watan Sabah. Saya doakan suatu hari nanti kita akan mempunyai kesedaran yang sama dan wadah perjuangan yang sama demi memastikan kelangsungan hidup yang lebih terhormat dan bertamadun untuk anak dan cucu serta generasi kita yang akan datang. Sebagai seorang ahli politik, anggap sahaja ini sebagai pertukaran buah fikiran dalam negara demokrasi dan bukan mencerminkan perbalahan yang bersifat peribadi. Wallahualam.

Hasmin Azroy Abdullah, Ketua Pemuda STAR,Sabah

60 comments:

  1. Perlantikan ketua Menteri secara giliran bukan lah isu Perlembagaan tapi adalah kuasa mutlak Perdana Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dibawah Perlembagaan Sabah, KM dipilih oleh wakil rakyat dalam DUN bukan PM yang pilih.
      Apa mcm kalo wakil DUN pilih Huguan Siou sbgai KM tapi PM mau pilih Musang?
      Ikut Perlembagaan Sabah atau PM?
      Kita negara Sabah yang merdeka 31.8.63 bukan negeri Samananjung.

      Delete
    2. jawatan PM pun patut dari sarawak atau sabah bergilir2 la, mana patut durang sahaja jadi PM, apa ? urang borneo palui2 ka, tu PTI pun pintar buli jadi Sultan....di Sabah ? susah kalo begini....UMNO sudah jadi DYNASTY buk parti politik lagi

      Delete
    3. siapa yg lebih tinggi, perlembagaan/perjanjian 20perkara atau PM? Jika PM lebih tinggi dari perlembagaan itu sendiri, apa gunanya lagi merujuk perlembagaan sebagai perkara utama yg kita dokong sebagai sbg rakyat Malaysia yg berbangga?

      Delete
    4. ya. orng Sabah dan sarawak juga harus diberi hak untuk menjadi PM.

      Delete
    5. THE BEST SOLUTION IS FOR SABAH & SARAWAK TO GET OUT OF MALAYSIA FAST!

      The reality is that Sabah mass poverty is linked directly to the plunder of its resources and UMNO's failure to give back a fair and more than adequate share for its economic development.

      UMNO has breached most of the agreements which constituted "Malaysia". (When one parties commits such major breaches it is deliberately abusing and voiding the agreements).

      There is huge potential in resource rich Sabah and Sarawak becoming independent states.

      Why not? If both Sabah and Sarawak are so rich they just don't need Malaya to survive at all!

      With their wealth they can build a strong economy and self-defense forces. Both Sabah and Sarawak have a strong warrior tradition which they can revive (local armed forces have been absorbed in the Malayan occupation army and their role deliberately downplayed by UMNO gov't. Federal police have replaced local police).

      The people must wake up to this simple reality!

      But it cannot happen as long as they remain Malayan colonies confined within the colonial prison walls of Malaysia.

      SAPP and STAR's political programme must be adjusted to make these breaches as their firm political demands to assert what is their independence rights. Nothing must be dropped off the agenda - which SAPP has done.

      That is insist on Kuala Lumpur complying with their rights conditional on the ultimatum to take Sabah and Sarawak out of Malaysia for further non-compliance!

      However, the above suggestion is just a compromise solution (short of an independence referendum) which would cover those who still have illusions about being in Malaysia.

      The best solution is for Sabah and Sarawak to get out quickly to save their resources and land from more UMNO and foreign multinational plunder (hitherto not mentioned much).

      The Malayan writer K. Suresh expressed in Malaysia Chronicle the aspiration of all genuine Sabah Sarawak patriots with this encouraging line:

      "Still, Sabah and Sarawak can only do very well, like Singapore and Brunei, if it escapes the vice-like grip of Putrajaya and Peninsular Malaysia and come to terms with their true destiny".

      Independence for Sabah and Sarawak!

      Delete
    6. bodoh sombong punya anak petagas...

      Delete
    7. At least a DPM from Sabah Sarawak?

      Delete
  2. Komen saya adalah dalam konteks kerajaan BN dan Ketua Menteri secara giliran di mana PM yang juga Pengerusi BN mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran kerajaan yang di terajui oleh BN sendiri.Sekiranya parti bukan BN berkuasa maka PM dari parti BN tidak mempunyai kuasa menentukan ketua kerajaan negeri.

    Amalan dalam sistem demokrasi berparlimen ialah ketua parti yang mempunyai majoriti ahli dalam DUN atau Parlimen akan di lantik sebagai ketua kerajaan negeri atau Pusat.Dalam negara Malaysia selepas keputusan p/raya di umumkan secara resmi oleh EC maka Di Pertuan Agung akan di maklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara.Presiden parti akan di jemput oleh DYMM untuk di lantik sebagai PM dan menubuhkan kerajaan beliau.Proses ini sama dengan kerajaan negeri hanya perbezaan nya TYT mempunyai kuasa melantik Ketua Menteri.

    Jika di lihat dalam proses tersebut Parlimen dan DUN belum bersidang selepas pengumuman keputusan p/raya tetapi PM dan KM di lantik lebih awal.Hanya setelah lantikan PM atau KM di buat dan jemaah kabinet di lantik maka satu tarikh di tetapkan untuk persidangan Parlimen atau DUN.

    Dalam konsep ini maka di lihat wakil rakyat tidak melantik KM dalam DUN sebab KM sudah pun di lantik dengan lebih awal oleh TYT setelah di maklumkan keputusan p/raya dan yakin tanpa was-was bahawa keputusan p/raya nyata dan parti tertentu telah mendapat mandat majoriti untuk menubuhkan kerajaan.Sekiranya perlantikan KM di persoalkan oleh ahli Dewan maka dalam persidangan kemudian wakil rakyat boleh membuat resolusi untuk undi tidak percaya kepada KM yang di lantik oleh TYT.Jika resolusi tersebut mendapat sokongan majoriti biasa pun maka mengikut amalan KM telah kehilangan sokongan DUN dan harus meletak jawatan ATAU mengunakan kuasa beliau untuk menasihat TYT membubar Dewan dan mengadakan p/raya baru.Ini di namakan krisis Perlembagaan kerana KM telah kehilangan sokongan ahli-ahli Dewan.

    Keadaan sepertimana saya sebutkan nyata dalam konteks krisis Perlembagaan negeri Perak di mana atas sebab beberapa ahli kerajaan Pakatan keluar dari parti mereka maka Pakatan kehilangan sokongan majoriti dalam Dewan.KM Pakatan masa itu telah meminta Sultan untuk membubar Dewan tapi di tolak mengakibatkan BN menjadi kerajaan atas sokongan ahli-ahli yang keluar dari Pakatan.

    Di Sabah pula krisis Perlembagaan berbeza masa PBS atas sebab TYT melantik KM dari parti yang tidak mempunyai majoriti dalam p/raya umum.Sekali lagi dapat di lihat bahawa wakil rakyat tidak melantik KM dalam Dewan sebagaimana diandaikan oleh Anon diatas.

    Suka saya nyatakan di sini bahawa dalam sejarah politik Sabah banyak parti-parti tempatan telah memenangi p/raya umum di mana Presiden parti di lantik sebagai KM tanpa di putuskan atau di pilih oleh PM.USNO,BERJAYA,PBS memilih Presiden parti mereka menjadi KM.Jadi ianya berbeza dengan BN di mana perlantikan KM mesti mendapat restu oleh PM dalam konteks kerajaan BN sekarang.Saya harap ANON tidak keliru.

    Sebagai kesimpulannya saya sekali lagi menyatakan bahawa wakil rakyat DUN hanya memberi sokongan siapa ketua kerajaan yang mereka mahu tapi lantikan adalah kuasa TYT.Jika mereka hilang sokongan kepada ketua kerajaan satu resolusi undi tidak percaya boleh di kemukakan dalam Dewan dan Speaker Dewan berkuasa untuk memutuskan resolusi tersebut di bentangkan atau tidak.Bagaimanapun ketua Menteri yang hilang sokongan boleh meminta TYT membubarkan Dewan untuk p/raya baru sekiranya enggan meletak jawatan.Seterusnya kita sama-sama fikir-fikirkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pun begitu, isu perlantikan KM bagi Sabah & Sarawak bukanlah hak ekslusif PM lebih2 jika merujuk kepada perjanjain malaysia (20sabah & 18sarawak). dalam konteks Sabah & Sarawak, ia seharusnya sama sebagaimana perlantikan PM dibuat. TYT akan bertindak sebagai memperkenan perlantikan KM dan pastinya ia bukan berdasarkan cadangan PM tetapi oleh majoriti yg diperolehi. pokok utama yg dipersoalkan adalah tindakan umno dan mahathir yg membelakangkan perlembagaan dengan memperkenalkan sistem penggiliran KM yg akhirnya merosakkan Sabah dari dalam. sistem demokrasi adalah mudah tetapi ahli2 politik itu sendiri yg membuatkannya bercelaru dan tunggang langgang.

      Delete
    2. masalahnya sistem penggiliran itu...bukan siapa yang jadi KM atas pilihan PM...sistem penggiliran itu terbukti satu sistem yang gagal...

      Delete
  3. "...Jadi ianya berbeza dengan BN di mana perlantikan KM mesti mendapat restu oleh PM... "

    Kamu salah AP.
    Bukan BN, UMNO saja yang buat KM dipilih PM.
    Ini berlaku setelah UMNO masuk Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana pula dengan Bernard Dompok,Chong Kah Kiat dab YTL? Mereka ini dari parti BN yang mendapat restu PM untuk di lantik KM Sabah.

      Delete
    2. Itu UMNO sudah masuk Sabah baru BD, CKK dan YTL jadi CM 2 tahun saja dilantik PM. Tiada Autonomi sudah.

      Sebelum UMNO masuk, USNO, Berjaya dan PBS adalah member component BN juga dalam tahun 70,80,90an. Masa itu CM dipilih oleh parti sendiri tanpa restu PM.

      PBS keluar BN beberapa tahun tetapi masuk balik sampai sekarang.

      Kamu tahukah sebelum 90an, BN lwn BN lwn Pembangkang dibenarkan dan PM tidak boleh campur tangan ?

      Delete
    3. Dompok, ah kiat, ytl, osu sukam, salleh keruak, sakaran dandai dan musa aman sendiri berjaya duduk kerusi KM semata-mata kerana sistem penggiliran KM oleh umno dan mahathir. hanya selepas umno berjaya memonopoly kerusi dun seluruh Sabah barulah abdullah badawi mengumumkan bahawa sistem itu sudah tidak releven.

      Delete
    4. the rakyat should not believe the allegations and promises made by the opposition because they are incapable of bringing development such as what the BN has done today.

      Delete
  4. maka dengan itu, jgn sokong UMNO.kalau sokong UMNO, negeri Sabah samalah dijajah dengan org Malaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga Exco Pemuda BN ini bebal dan belum belajar sejarah Tanah Air Sendiri.Daripada Menyesatkan yang lain baik berikan jawatan Ketua Pemuda keopa yang agak arif.Betul betul memalukan.

      Konon konon bijak dan pandai rupanya bodoh dari sapi.


      Gonzales
      Karambunai

      Delete
    2. bgs kau guna sahaja nickname GOnzales dari guna Anonymous.. mcm orng bodoh sahaja guna Anonymous tapi dibawah ada nama gonzales.. tatap orang kanal..

      Delete
  5. TEKS PEMASYHURAN PENGGABUNGAN NEGARA MALAYA, NEGARA SABAH, NEGARA SARAWAK DAN NEGARA SINGAPURA MENJADI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 1963

    1. Dengan nama Allah yang maha murah lagi maha mengasihani, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.

    2. Bahawasanya oleh kerana suatu perjanjian yang diperbuat pada Sembilan Julai Tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Serawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan negeri Sabah, negeri Sarawak dan negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.

    3. Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa melalui daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah negeri itu:

    4. Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhorkan suatu perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktamad di dalamnya:

    5. Dan bahawasanya oleh kerana perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan duli-duli yang maha mulia raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi menggalakkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai kerajaan yang mempunyai raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen:

    6. Dan bahawasanya oleh kerana perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh parlimen persekutuan tanah melayu dan parlimen united kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa perlembagaan itu pada enam belas haribulan September tahun seribu Sembilan ratus enam puluh tiga.

    7. Maka dengan nama Allah yang maha murah lagi maha mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Yang Terutama Yang Di Pertua Negara Singapura, Yang Terutama Yang Di Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Governor Negeri Sarawak dengan ini mengisytiharkan dan memasyhorkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas Haribulan September Tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan Haribulan Rabiul Akhir Tahun Hijriah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah rabbul alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.

    16 SEPTEMBER, 1963
    KUALA LUMPUR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beranggapan bahawa anda semua telah membaca siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Azman.

      Disini saya hanya ingin menyimpulkan satu perkara bahawa KP Star Sabah lah yang lebih buta sejarah.

      Telampau ingin menjatuhkan seseorang sehingga tidak menyedari kelemahan percaturan kata-katanya sendiri.

      Saya petik kata-kata Azman dr Utusan Borneo yang diulas di sini mengenai pembentukan Malaysia.

      "Azman juga yang bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah bagaimanapun berpendapat bahawa saranan parti pembangkang itu tidak realistik, lebih-lebih lagi setelah Sabah mencapai kemerdekaan selama HAMPIR 50 tahun melalui pembentukan Malaysia."

      Cuba kamu tolak tahun 2012 dgn tahun 1963. Brapa jwapannya? Saya pasti kamu sendiri tahu mengira bukan. Kalau tidak, usahlah berbicara pasal Negara?
      Saudara Azman jelas mengatakan perkataan HAMPIR 50 Tahun tersebut.

      Jika tahun 2012 ditolak dengan tahun 1957, ianya sudah lebih 50 Tahun.
      Dan tidak ada pun beliau mengatakan atau memberikan sedikit pun klu mengenai kemerdekaan Sabah sama ada 16/9 atau 31/8.

      Dan Sabah juga merdeka setelah pembentukan Malaysia. Rujuk sahaja teks Pengiystiharan Penggabungan di atas perkara No.3

      Cari apa itu definisi 'jajahan' dan 'takluk'.
      Melalui sumber yang boleh dipercayai, pengisytiharan tersebut sepatutnya berlaku pada 31 ogos 1963, tetapi sebab masalah2 tertentu, ditangguhkan ke 16 Sept.
      Jadi point saya di sini, Sabah merdeka melalui Pembentukan Malaysia, apabila borneo bergabung dengan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan Malaysia.

      Apa yang saya dapat simpulkan melalui penulisan saudara Hasmin Azroy Abdullah, bahawa mereka telah mati idea untuk dijadikan provokasi mereka kepada rakyat agar membenci kerajaan.

      Sehingga hal yang tiada pun diadakan seperti ulasan mengenai artikel Azman yang kononya buta sejarah.
      Saya minta jasa baik kalian semua di sini, klu boleh, quotekan ayat yang menunjukkan bahawa Azman ini seorang yang buta sejarah.

      Orang berbudi, kita berbahasa,
      Terima Kasih.

      Delete
    2. Yang Terutama Yang Di Pertua NEGARA Sabah. Sabah telah merdeka setengah bulan sebelum bersama-sama membentuk negara yg kita kenal MALAYSIA pada hari ini. Seandainya Sabah memilih utk menarik diri dari idea persekutuan, yg jelas pada hari ini pun kita masih kekal sebuah negara yg merdeka. jadi saya memilih utk menyokong kenyataan KP STAR. sekian.

      Delete
    3. Correction to "KP STAR BUTA SEJARAH". Azman bukan buta sejarah tapi kurang ajar "i dont mean to be rude here but simply to translate that Azman did not really study about history". And to the writer of the above, site your sources and your facts right, interpretation vs facts (what really happen). The fact of the proclaimation was delay is due to the condition that needs to be fulfill prior to the formation, i.e Brunei in or out, etc. North Borneo or Sabah did achieved independence prior to the formation of Malaysia, its one of the condition of the formation of Malaysia. If North Borneo to be independent through the formation, its like transferring a colony to another master, i.e. British to Malaya. A bonus question, did Sabah really achieved its independence? Historical facts shows that Sabah only independent for 16 days, and after that exist as a colony of Malaya. 16 Sept 1963 is not a proclaimation of independence but a proclaimation of colonisation! And now, we even got a holiday for it, just a remembrance that Malaya manage to COLONISED Sabah and Sarawak 16091963.

      Delete
  6. Sama taraf dengan Malaya, Singapura dan Sarawak, bukannya sama taraf dengan negeri-negeri dalam Malaya.

    Saya setuju dengan kenyataan ini. Tapi sepertinya apa yang berlaku pada hari ini, Sabah sudah setaraf dengan negeri2 dalam malaya. Seharusnya Sabah berperanan penting dalam membuat keputusan untuk seluruh Malaysia. Taraf sabah lebih tinggi dari negeri2 dalam Malaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabah setaraf dengan sarawak dan malaya...negeri2 dalam malaya tidak setaraf dengan sabah dan sarawak...maka peruntukan persekutuan juga haruslah sama...kalau rm100 bilion untuk malaya maka sabah juga patut dapat rm100bilion dan sarawak dapat rm100bilion..

      Delete
    2. Sabah, Sarawak dan Malaya sepatutnya sama taraf di bawah perjanjian Malaysia. Kita perlulah dilayan sama taraf, mendapat peruntukan 1:1:1

      Delete
  7. Saya tidak salahkan Ketua pemuda UMNO jika berpemahaman seperti itu, tapi sila maklum bahawa pemahaman itu salah dan sila tukar pemahaman anda dengan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Once you knew you are wrong, its best to quickly remedy that so that you will not continue to be in the wrong.

      Delete
    2. Harap mereka akan belajar sejarah supaya tidak dicakap orang.

      Delete
    3. pemimpin sepatutnya lebih mengetahui tentang sejarah. jangan mudah dipesongkan.

      Delete
  8. sebagai pemimpin, dia perlu tau sejarah sebenar pembentukan Malaysia. jgn smpai ada kekeliruan berhubungan perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak memang tidak mengambil masa untuk mengetahuai sejarah kita.

      Delete
    2. dengar2 sukatan pelajaran sejarah di sekolah juga tidak tepat...apa tindakan kementerian pendidikan?

      Delete
    3. Sejarah pasal Sabah dan Sarawak pun kurang.

      Delete
    4. jika begitu, perlu ada pembaikian dibuat agar tiada satupun fakta sejarah yang ditinggalkan.

      Delete
  9. Never forget history lest we are doomed to repeat it. Our leaders should be clear about what happened in the past so that they will not make the same mistakes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Learn the past mistakes, not repeating them.

      Delete
    2. Betul, jangan sekali melupakan sejarah supaya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

      Delete
  10. kalau tidak mahu nampak bodoh, jangan buat kenyataan atau pandangan diluar bidak kepakaran masing2.. serahkan saja kepada pihak yang arif tentang hal ini..

    ReplyDelete
  11. Memang memalukan, apa mereka ni.

    ReplyDelete
  12. Kena membuktikan mereka ada hak untuk menjadi ketua rakyat sini, malulah tak tahu sejarah negara sendiri.

    ReplyDelete
  13. perjanjian 20 perkara harus dipatuhi..

    ReplyDelete
  14. hak dan kepentingan sabah harus dipertahankan..

    ReplyDelete
  15. Mengenai sejarah ini kita sememangnya perlu tahu. Tapi kita tidak pasti sejarah yang dikatakan itu betul atau tidak. Kerana perkara itu sudah berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak yang lebih arif tentang sejarah ni patut memberikan fakta yang tepat kerana itulah tanggungjawab mereka. jika dari awal pemikiran dipesongkan, maka sampai generasi akan datang sejarah yang didengar dan dipelajari tidak akan tepat.

      Delete
  16. Apa yang dijanjikan mengenai pengabungan Malaysia perlulah dipatuhi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ada hak untuk tarik diri dari gagasan Malaysia kerana pungutan suara pada waktu itu dibuat secara tergesa2 dan diugut pula dgn komunis di SM. GS Sundang dan beberapa pemimpin Sabah pada waktu itu membantah tapi tidak dihiraukan oleh para pemimpin khususnya Si Mustapha yg asal orang Suluk itu.

      Scotland yg bergabung dengan England pun kini sedang berusaha untuk menarik diri dari gagasan England, begitu juga Aceh di Indonesia.

      Tiada salahnya, Sabah merdeka macam Singapura kerana Sabah adalah negara kita orang Sabah dan bukannya negara orang Melayu dari SM.

      Delete
  17. Sejarah ini kita mahukan fakta sebenar dan bukannya rekaan semata-mata.

    ReplyDelete
  18. Kalau bab sejarah ini mungkin saya kurang tahu. Kerana tidak begitu minat dalam sejarah. Namun kita perlulah sedar akan perjuangan orang kita dahulu yang bersama-sama untuk mengecapi kemerdekaan. Maka kita perlulah terus mempertahankan negara kita dan memastikan akan terus maju kedepan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Sejarah adalah subjek yang membosankan, saya pun rasa begitu semasa di bangku sekolah 'buat apalah nak tahu semua ini?' tapi sejarah sebenarnya adalah penting untuk mengingati apa sumbangan mereka dulu dan juga apa yang terjadi masa itu. Kita perlu tahu sejarah supaya tidak lagi mengulangi benda yang sama.

      Delete
  19. Sejarah ada perkara yang penting untuk kita ketahui.

    ReplyDelete
  20. di kalangan rakyat sendiri pasti ramai yang buta sejarah.

    ReplyDelete
  21. SEMUA URANG CELIK SEJARAH TETAPI TAFSIRAN YG BERBEZA2 KO TINGU TU PENSYARAH SEJARAH PUNYA TAFSIRAN YG BERBEDA2 MCAM AGAMA ADA BYK MAZHAB KINAPA? SBB ADA BYK TAFSIRAN ITU KITAB KAN...KAN ADA SUNNI, ADA HANAFI, ADA AHMADIAH, ADA SIB, ADA GIJOE ADA JUGA MAZHAB CICAK MAN KAN KAN..................

    ReplyDelete
  22. ADA PENGGANAS ADA PENYANGAK ADA BARUA ADA HAPRAK DAN ADA PEROGOL SEJARAH.....SEJARAH MEMANG BEGITU, JADI MCM POLITIK BANYAK PARTI
    MASING2 PUNYA HAK BA

    ReplyDelete
  23. ikut sejarah umno paling kaya di planet bumi...mcm mana kaya didapayi...kamurang tau juga ...

    ReplyDelete
  24. the opposition was incapable of bringing any form of development to the State which so far has changed for the better since BN took over the helm of government in 1994. the opposition in administering several states in the peninsula and the numerous complaints from people in those states indicated that the rakyat was beginning to lose confidence in the opposition.

    ReplyDelete
  25. BnUMNO Masuk Sabah 1991 dan projek IC Mahathirpun bermula. Hasilnya sekarang Sabah sudah jadi FIX DEPOSIT BNUMNO. Atau lebih jelas lagi YB2 di Sabah kecuali yg asal PATI, semuanya jadi bodoh kerana pengundi mereka adalah PATI dan mereka terpaksa tundukkan kepada kpda PATI sebab takut tidak kena undi.

    Ada juga yg teringin betul jadi YB sanggup ubah sejarah dan bangsanya jadi Melayu palsu!

    Ketua pemuda ini adalah seorang peguam yg tamak sebenarnya! Orang tua2 bilang, mereka yg sengaja mahu ubah sejarah diri dan bangsanya, akan ketulahan!

    Jadi biarlah dia ketulahan jika dia sengaja ubah sejarah Sabah atau dia ini dulu tdk pernah bel sejarah Sabah. Bikin Malu!
    Demi $$$$, sanggup tutup mata tentang Projek IC Mahathir!

    ReplyDelete
  26. Dulu BNUMNO jadi kerajaan kerana rampas kuasa!
    Si Pairin pula bodoh macam lembu sama saja dgn para pengikutnya!

    Rakyat Sabnah tidak akan lupa perbuatan si Mahathir dan Ghafar Baba terhadap Sabah!

    Ghafar sudah pergi menemui Allah tapi Mahathir masih hidup , kerana Allah sengaja mahu melanjutkan usianya agar di saempat terima balasan akan perbuatan jahatnya selagi dia masih hidup.

    ReplyDelete
  27. Jangan sekali melupakan sejarah, pemimpin kita perlulah tahu sejarah Sabah supaya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

    ReplyDelete