Search This Blog

Monday, February 20, 2012

Dr Jeffrey alu-alukan pemimpin akar umbi BN sertai STAR

Beluran—Pengerusi STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan, mengalu-alukan kemasukan pemimpin akar umbi parti-parti tempatan dalam Barisan Nasional. Pada 15hb. February 2012, beberapa pemimpin akar umbi daripada parti PBS dan UPKO yang diketuai oleh Timbalan 1 Ketua Pemuda PBS Kinabatangan encik Lius Meliton telah menyerahkan borang keahlian mereka kepada salah seorang Ahli Jawatan Kuasa Negeri STAR Sabah, encik James Ait.

Pendekatan sederhana dan kesungguhan encik James Ait memperjuangkan hak-hak bangsa Tambanuo telah memberi keyakinan kepada masyarakat Tambanuo di Kinabatangan, khususnya Kuamut, berganding tangan bersama-sama beliau untuk memperjuangkan hak-hak bangsa Tambanuo yang semakin terhakis.

“Cara beliau mendekati masyarakat dalam usahanya menerangkan perjuangan UBF (United Borneo Front) sebelum adanya parti STAR, mendorong saya untuk bersama-sama dia (James Ait)  memperjuangkan hak-hak kami.” Ujar Lius Meliton. “James Ait sentiasa peka kepada permasalahan masyarakat, khususnya mengenai masalah NCR dan hak-hak Orang Asal.” Tambah Lius.  Difahamkan setakat ini di kampong Minusuh, seramai seratus Sembilan puluh ahli telah pun menyerahkan borang keahlian parti STAR kepada encik Lius Meliton. Beberapa buah kampong dalam zon Mananam, seperti Namukon, Maliau, Mananam, Napagang,  Lanung, Langkabong dan Tinapikon telah pun menubuhkan beberapa cawangan STAR.

Sempena pelancaran STAR peringkat Parlimen Beluran, encik Lius yang hadir bersama-sama dengan James Ait, telah diberi sambutan khas oleh Dr. Jeffrey dengan mejemput beliau naik ke pentas sebaik saja naib satu pengerusi STAR Sabah, encik Jalumin Beyugoh mengumumkan alu-aluan kemasukan Lius ke parti STAR.

Ketua Pemuda STAR Sabah kemudian menghadiahkan baju STAR kepada Lius, disaksikan oleh Dr. Jeffrey sendiri.  Laungan INI KALI LAH oleh hadirin menaikkan semangat juang hadirin.

oleh Kanul Gindol

42 comments:

  1. bila mengundi nanti, jagan tarik diri, kita tau itu duit punya kuasa talampau banyak...........kalah tu iman dan perjuangan

    jangan alang2 kalau mau memperjuangkan rakyat sabah, nanti2 itu juga perangai, balik2 itu juga ehhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, Jeffrey must prove to the people that he will not jump ship again after this. How can we vote one party only to have its leader running off to form a new party?

      Delete
    2. One of his ambition is to be a president of a party. Mission accomplished.

      Delete
    3. Jeffrey's ambition might not be that simple? If he wanted to be a president of a party, he has done so a few times in a few parties previously.

      Delete
  2. star nampaknya nak memancing pemimpin2 BN untuk sertai mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah, mereka mana boleh menang tanpa BN.

      Delete
    2. Harap tiadalah Pemimpin BN yang lompat parti menyertai STAR.

      Delete
    3. terpulang kepada mereka untuk menganggotai parti yang disukai..

      Delete
    4. masih awal lagi perjuangan STAR di Sabah dan perjuangan pun masih belum jelas lagi.

      Delete
  3. kta tgklah nnti berapa ramai akan sokong dan sertai Star.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN akan berjaya pada akhirnya!

      Delete
    2. Rasanya tiada pemimpin BN yang akan menyertai STAR, sebab tau Parti itu tidak akan berjaya.

      Delete
    3. undi pembangkang akan pecah...BN akan menang..

      Delete
    4. kalau begitu confident panggilah najib bubar parlimen sekarang juga.

      Delete
    5. Rakyat perlu berhati2 dengan mana2 parti yang baru muncul. kadang2 perjuangan yang dilaung2kan hanya sekadar laungan.

      Delete
  4. The people must know which party is the best for them, try to hear what they have to say and determine which makes the most sense to you before voting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everyone is just too reluctant to hear and know.

      Delete
    2. rakyat kena bijak memilih..

      Delete
    3. paling mudah, lihat parti yang sudah menyumbang banyak kepada rakyat.

      Delete
    4. Weight the Pro's and Con's before making a decision, one vote can make a difference.

      Delete
  5. kalau dia berjaya tarik ramai pemimpin dari parti tempatan BN pun, tidak guna juga jika terpaksa bersaing dengan parti pembangkang yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat kenalah bijak mengundi. Ini masa kita untuk mendapatkan hak kita.

      Delete
    2. Boleh kh STAR di percayai, pemimpinnya pun sudah susah untuk dapat kepercayaan rakyat.

      Delete
    3. pembangkang di sabah tiada kerjasama...maka akan pecah undi pembangkang...

      Delete
    4. beberapa ahli PBS dan UPKO yang dimaksudkan mungkin tidak sampai pun 10 orang.

      Delete
  6. Wah, semakin hebat pancingan DJK ni tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin dekat PRU, semakin rancak DJK ini..tapi belum tentu berjaya.

      Delete
    2. ini hanya permulaan saja. kita lihat perjuangan STAR bila genap setahun atau lebih.

      Delete
    3. Mungkin ada perubahan yang bakal disaksikan bila PRU13 semakin hampir? Tidak sabar pula mahu p/raya.

      Delete
  7. Berjaya kh DJK menarik pemimpin BN masuk ke STAR?? kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  8. pru makin hampir...undilah dengan bijak..

    ReplyDelete
  9. STAR semakin berani dengan kehadiran pengikut baru dari pelbagai ahli parti yang keluar dari parti asal mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap mereka yang keluar parti mengikuti Star tidak akan lompat balik ke parti asal bila Star tidak menang PRU-13.

      Delete
  10. Biarkan saja STAR dengan cara dia. Yang penting sekarang kerajaan Negeri telah melaksanakan tanggungjawab mereka kepada penduduk.

    ReplyDelete
  11. STAR parti dari Sarawak yang tidak ada sambutan disana mencuba nasib di Sabah.

    ReplyDelete
  12. STAR menjalan usaha untuk menarik lebih ramai sokongan dari pelbagai ahli parti di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Star tahu mereka masih perlukan lebih banyak sokongan daripada rakyat dan ahli.

      Delete
  13. parti star di sabah??apa sbnrnya parti star ni??parti yg dibuat utk memporak perandakan sabah?...BN masih boleh memimpin sabah..tp kta mau kan pemimpin BN memperjuangkn hak sabah dan berani...

    ReplyDelete
  14. The opposition cannot bring any good or development to Sabah. They can only speak. The BN government today is still the best choice for the multi-racial and multi-religious people of Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. commitment of the BN and close relationship between the Federal and State governments, have brought about progress to the State.

      Delete