TENOM: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menegaskan bahawa parti itu akan terus membela nasib rakyat yang tertindas kerana masalah rampasan tanah dan hak asasi tanah anak negeri (NCR) seperti yang berlaku di Kinabatangan, Serudong Tawau, Kudat, Tenom dan diLahad Datu setelah parti itu diberi mandat rakyat membentuk kerajaan baru selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).
Beliau berkata, rakyat cukup menderita jika keadaan sebegini berterusan apabila hak rakyat yang miskin terus tertindas dimana tanah tanah dirampas, rumah dirobohkan oleh syarikat syarikat gergasi dari luar Sabah, malangnya pihak berkuasa khususnya PDRM tidak berbuat apa apa.
Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan sempena majlis penerangan dasar reformasi tanah dan pelan perancangan ekonomi Sabah yang dihadiri para ahli SAPP CLC Melalap dan Kemabong yang dihadiri kira kira 300 ahli SAPP diperkarangan Hotel Perkasa dekat sini pada Selasa.
Hadir sama dimajlis itu, Penasihat SAPP yang juga bekas Menteri Kewangan semasa era kerajaan Parti Berjaya Datuk Haji Mohd Noor Mansor, Timbalan Presiden SAPP Datuk Eric Mojimbun (Penceramah dasar tanah), Adun Luyang Melanie Chia (Penceramah Ekonomi), Timbalan Speaker Dun Datuk Frankie Chong, Adun Likas Datuk Liew Teck Chan, para AMT SAPP dan Ketua Ketua CLC.
Selain itu, Beliau turut menolak tanggapan umum bahawa program Forest Management Unit (FMU) yang ditubuhkan sekitar tahun 1998 sebagai satu penyalahgunaan tanah yang tidak memberi menfaat kepada rakyat adalah tidak benar dan terpesong kepada tujuan asal FMU.
"Sebenarnya, semasa saya menjawat jawatan Ketua Menteri dibawah sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada ketika itu, kita mengkaji kesesuaian tanah tanah simpanan kelas dua yang bekas dibalak supaya dipulihara dan diletakkan dibawah pengawasan FMU untuk memberi peluang kepada rakyat yang tidak bertanah menerokai kawasan itu. Tujuan kita untuk membantu membina semula kekayaan mereka dan bukan mengaut kekayaan rakyat,” tegas Yong.
"Saya sedih mendapat laporan bahawa kebanyakan masyarakat petani luar bandar yang memiliki tanah tetapi tidak bergeran. Usaha telah dijalankan sehingga lebih 44 ribu geran berjaya dikeluarkan dalam masa yang singkat selama dua tahun menjawat jawatan Ketua Menteri,” tambahnya.
Presiden SAPP itu turut mempertikaikan pemberian geran komuniti atau lebih dikenali sebagai geran komunal kepada rakyat dimana beliau menyatakan bahawa ianya merupakan satu kerugian dan memberi harapan kosong kepada rakyat yang berhak menduduki kawasan disitu kerana kehilangan kuasa mutlak untuk memiliki dan memajukan tanah tanah mereka secara persendirian.
“Mereka diberi geran panjang..letakkan nama nama pemiliknya tanpa mengira asal usul mereka dan selepas itu segala usaha penerokaan dan penanaman sudah ada syarikat gergasi yang dilantik kerajaan untuk mengusahakannya. Manakala rakyat...sekadar menjadi penonton,” tegasnya.
Sementara itu, ketika menyentuh persiapan menghadapi PRU13 Yong berkata, beliau meminta kepimpinan bahagian menggubal Manifesto berasingan disetiap kawasan DUN yang ditandinginya bagi menjelaskan halatuju parti itu supaya rakyat akan mengetahui perancangan yang bakal dilaksanakan selepas memenangi kawasan itu.
Katanya, rakyat perlu didedahkan dengan jelas halatuju parti yang bakal dilakukan pemimpin itu menerusi Manifesto pilihanraya supaya rakyat tidak ragu ragu memberi sokongan kepada setiap calon SAPP disesuatu kawasan yang ditandinginya.
"Manifesto pilihanraya merupakan kandungan halatuju yang juga merupakan janji pemimpin kepada rakyat yang harus dilaksanakan selepas dipilih rakyat pada pilihanraya umum,” kata beliau dihadapan kira kira lebih 300 ahli SAPP yang menghadiri perjumpaan diperkarangan Hotel Perkasa pada Selasa.
.Presiden SAPP itu menggesa jentera pilihanraya disetiap bahagian supaya dikemaskinikan dan mampu digerakkan pada bila bila masa untuk menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU ke-13) yang dipercayainya sudah hampir diambang pintu.
Tambahnya, beliau optimis bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu ditumbangkan sekiranya jentera parti kukuh dan sudah lebih bersedia menghadapi PRU ke-13. Bagaimana pun beliau tidak menyatakan ada keperluan bergabung tenaga dengan parti parti pembangkan luar Sabah untuk menumbangkan BN.
Diakhir majlis, beliau turut menerima kemasukkan ahli baru menyertai SAPP seramai 80 orang yang diketuai bekas Setiausaha Sulit Menteri Kebudayaan Belia dan Suka semasa era kerajaan PBS Dzulkifli Gunsika dan bekas Setiausaha Akhbar kepada Datuk Kadoh Agundong Haji Wahab Timpai.
Hope that the government will ensure that the native rights are protected.
ReplyDeleteGood planning and effective implementation go hand in hand.
DeleteKerajaan negeri harus berkemampuan memperjuangkan dan mempertahankan hak milik penduduk.
DeleteWe should wait and see during the next GE to see if SAPP can really bring BN down, which I doubt they could do alone.
ReplyDeleteWrong move to contest in Batu Sapi last time.
DeleteCome'on baby don U want to go!!!
DeleteSweet Home Chicago
Go where? Batu Sapi again? Hahaha....
DeleteSAPP boleh! SAPP boleh! SAPP boleh!
DeleteYes, wrong move in Batu Sapi, when PR wanted to fight one on one, they should step aside.
DeleteKita bangga semangat yg ditunjukkan DSP YTL dan SAPP yg tidak mudah mengaku kalah kpd gertak terjang UMNO-BN semata mata utk menyelamatkan Sabah daripada terus diperkotak katikkan Malaya.
ReplyDeleteSementara pemimpin lain dalam parti pembangkang luar Sabah kita masih meragui kejujuran dan ketelusan perjuangan mereka sama ada mereka benar2 memperjuangkan masalah kita atau sekadar hanya menggunakan isu Sabah sebagai tiket mereka utk mendapat kuasa.
Sebaliknya selepas itu kita dilupakan dan dibiarkan menderita. Sebagai contoh...Tun Mustapha dipujuk2 KL supaya membubarkan USNO utk memberi laluan UMNO masuk ke Sabah.
Selepas saja Tun Mustapha bersetuju membubarkan USNO dan UMNO masuk ke Sabah seterusnya beberapa tahun UMNO bertapak diSabah...maka mulalah Tun Mustapha dipinggirkan yg mendorong Tun Mustapha menyertai PBS tahun 1994 tetapi tindakan Tun M sudah terlambat.
Asalkan Parti luar Sabah...kita senantiasa meragui kejujurannya kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Apa yang terjadi sekarang adalah kesan daripada tindakan pemimpin masa lalu.
DeleteSAPP sekarng baru nak jadi hero.
ReplyDeleteasalkan bukan Umno/BN...
DeleteSdra Law...dlm perjuangan politik tiada yg dapat mengelakkan daripada menjadi "hero" kerana setiap perjuangan mesti tegas dan berani serta mempunyai halatuju parti itu...sebaliknya tak boleh main diam2! Siapa mau sokong Oooo kalau main diam2...barangkali Law pun tidk mau sokong..kan kah?
Deletemasing2 ada pendapat yang tertentu dalam hal ini, semua pun mau jadi hero, tapi leps PRU nanti, tiada cerita sudah.
DeleteYang penting memanfaatkan rakyat. Parti mana yang bersuara bukan isunya.
Deleteif sapp wants to be the hero alone, then it would be difficult for SAPP to win in the coming election.
Deletemmg hak2 rakyat perlu dipertahankan.
ReplyDeleteItulah halatuju SAPP...kerana keadaan rakyat diseluruh Sabah sudah terancam hak mereka, sedangkan UMNO-BN tidak peduli ini semua yg sepatutnya mereka buat sebagai kerajaan yg bertanggung jawab. Siapa lagi kalau bukan kita parti tempatan spt SAPP urus negeri kita sendiri. DAP,PKR dan PAS atau STAR semua parti impot yg tiada kena mengena dgn hal ehwal Sabah...sorry lah, lain kali saja lah!
DeleteSAPP pun belum tentu dapat mempertahankan hak rakyat.
DeleteSAPP boleh! SAPP boleh! SAPP boleh!
ReplyDeleteBoleh apa? Boleh memperdayakan orang Sabah sekali lagi?
DeleteSemakin banyak janji yang di beri, tapi semuanya terletak di tangan rakyat untuk menilai.
ReplyDeleteSemua orang pun berjanji tapi mampu ke laksanakan janji
DeleteJanji senang dilontarkan, tapi mampukah mereka menunaikan janji tersebut?
Deletei have doubts with party that give too many promises. especially when the promises sounds too good to be true.
DeleteMaking promises is easy, to actually fulfil it is the hardest part. I hope SAPP and any other parties that have been giving lots or promises will really fulfil it if they happen to win the election.
DeleteYTL pun tidak mahu kalah dengan JK. Mahu juga dia bagi statement mengenao tanah NCR. tercabar dia dengan JK.
ReplyDeletesemasa menjadi Ketua Menteri terlalu banyak hak2 rakyat dikatakan telah dinafikan oleh beliau dan antaranya adalah geran2 tanah untuk kampung2 tradisional seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi). tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra. tiada peluang pekerjaan untuk anak2 Bumiputra...
ReplyDeleteSemoga perjuangan ini menghasil.
ReplyDeleteMasalah tanah NCR sudah lama berlaku, tetapi tiada cara yang baik untuk menangganinya.
ReplyDeleteTeragu dengan YTL dan misi perjuangannya. Semoga semuanya menghala ke arah yang positif.
ReplyDeleteSAPP tetap akan tunai janji-janji...kalau diberi kepercayaan. Tetap dan percayalah!
ReplyDeleteSemua itu terpulang dengan Rakyat sendiri yang menilainya. Kalau Yong yang bercakap sendiri sudah pasti dia akan memuji dan mengatakan semua kebaikkan untuk diri dia.
ReplyDeleteThe Government should be considerate and look into the affairs of the people regarding this issue.
ReplyDeletepihak kerajaan seharusnya memperjuangkan matlamat mereka dalam menyelesaikan masalah penyelewengan tanah yang kian berleluasa di Sabah, supaya penduduk terlibat tidak terasa tertipu..
ReplyDeleteharap tidak ada penyelewengan kuasa berlaku...jika ada, siasatan perlu dilakukan..
ReplyDeletedan harap ada pihak kerajaan berani tampil ke depan untuk memberi penjelasan kepada rakyat Sabah supaya rakyat tidak menuduh kerajaan 'berkomplot' dengan mereka yang terlibat
ReplyDeleteSomething must be done to protect the native people as well as their land ownership rights.
ReplyDeleteThe native land has to be protected and all rules and regulations policies must be observed.
ReplyDelete