Search This Blog

Tuesday, March 6, 2012

Pegawai JPN Dedah Komplot IC Projek?


Mutalib M.D

Yakup Damsah, Pembantu Pendaftaran Kanan Jabatan Pendaftaran Sabah merupakan salah seorang daripada 15 Pegawai Pendaftaran yang diberkas setelah mereka berjaya melaksanakan 'OPS GEMBLENG', iaitu pengeluaran IC Projek kepada PATI dengan tujuan 'murni' untuk menumbangkan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Beliau diberkas oleh sepasukan polis seramai 10 orang daripada Unit Cawangan Khas Bukit Aman pada jam 2 pagi di rumah sewanya di Kampung Lakang, Tamparuli pada 8 Januari 1996 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mengancam keselamatan Negara dan ditahan satu tahun tujuh bulan di Kamunting.

Benarkah Yakup telah melakukan sesuatu yang mengancam Keselamatan Negara? Siapakah dalang disebalik 'OPS Gembleng' ini yang didakwa telah memberi kad pengenalan biru kepada warga asing melalui jalan songsang dan kenapakah Yakup ditangkap?

Ikuti wawancara saya dengan Yakup yang disaksikan oleh Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH), Datuk Patrick Sindu yang juga Jaksa Pendamai (J.P).

Mutalib: Boleh perkenalkan diri saudara secara ringkas?


YAKUP: Nama saya YAKUP DAMSAH. Saya dilahirkan pada 16 Mei 1953 di Lok Kawi Estate. Saya mempunyai empat orang adik beradik. Ketika dilahirkan bapa saya bekerja sebagai penoreh getah dan ibu saya suri rumah sepenuh masa. Selepas bersekolah, saya mula bekerja sebagai kerani di Pejabat Pendaftaran Negara Kota Kinabalu pada 29 Mei 1972 dan disahkan dalam jawatan tiga tahun kemudian. Saya bernikah dengan AMISA BTE KASSIM dan mempunyai tujuh orang anak.

Sebagai kakitangan kerajaan saya hidup dalam keadaan amat sederhana dan tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan melainkan gaji dan elaun yang layak saya terima.

Tanpa gaji, maka dapur rumah kami tidak akan berasap dan kerana terlalu memikirkan dapur yang tidak berasap, maka saya menjadi manusia LURUS BENDUL atau Saya Yang Menurut Perintah.

Mutalib: Saya difahamkan saudara adalah seorang pegawai kerajaan yang jujur dan ikhlas berkhidmat kepada Kerajaan tetapi bagaimana pula saudara boleh terlibat dengan kegiatan yang mengancam Keselamatan Negara?

YAKUP: Pada 1990, saya sudah lupa bulan berapa, ketika itu saya sedang bertugas di Wisma Dang Bandang. Pengarah JPN Sabah, Abdul Rauf Sani telah memanggil saya ke biliknya.

Ketika saya masuk, saya dapati rakan sekerja saya, Bahrin Mojitar, Azmi Karim, Asli Sidup, Mohd Tohid Mohammad, Ramsah Mohd Yassin turut berada di dalam bilik berkenaan bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.

Pengarah memperkenalkan lelaki yang tidak dikenali sebagai Kolonel Mohd Noor daripada Unit Risikan Tentera (MIO).

Menurut Pengarah, kami diarahkan menjalankan tugas khas yang diamanahkan kepada kami oleh Kerajaan Malaysia dan sebagai kakitangan awam, kami tidak bertanya lanjut kerana kami telah dilatih dengan cogan kata 'Saya Yang Menurut Perintah'. Kami semua diarah bersiap kerana akan berangkat ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Dalam keterangan ringkasnya, setelah berbincang dengan Kolonel Mohd Noor, Pengarah memberitahu kami terpaksa menjalankan tugas khas mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing bagi menumbangkan Kerajaan Parti Bersatu Sabah (PSB) yang disifatkan sebagai Anti Federal dan kerajaan Kristian yang menindas Umat Islam.

Kami biasa menjalankan tugas Operasi Khas di luar bandar terutama membantu penduduk tempatan di luar bandar memperoleh kad pengenalan, namun inilah pertama kali kami diarahkan menjalankan tugas khas di Kuala Lumpur.

Mutalib: Tidakkah saudara merasa ada sesuatu yang tidak kena dan berdosa melakukan tugas khas berkenaan kerana bercanggah dengan Perlembagaan Negara?

YAKUP: Sebagai rakyat Sabah, saya merasa tertekan, berdosa dan keliru kerana sebagai Pegawai Pendaftaran kami mengangkat sumpah menyimpan rahsia dan akan menjalankan tugas demi agama, bangsa dan negara.

Oleh kerana Kolonel Mohd Noor berjaya meyakinkan kami bahawa Kerajaan PBS menindas Umat Islam terutama berhubung perlantikan, kenaikan pangkat dan membina banyak gereja, maka kami merasakan tugas kami amat diperlukan oleh untuk membela Agama dan Negara ketika itu.

"Kami tidak berasa bersalah kerana ia arahan Kerajaan Persekutuan terutama setelah memikirkan peristiwa Tunku Abdul Rahman Alhaj bersetuju memberi kerakyatan kepada Warga India dan China demi untuk mencapai kemerdekaan tanah air."

Oleh kerana terpengaruh oleh ledakan semangat kebangsaan yang dicetuskan oleh Pengarah dan Kolonel Mohd Noor, maka kami bersetuju menjalankan tugas rahsia berkenaan demi mempetahankan agama, bangsa dan tanah air kami daripada penindasan Kerajaan Kristian PBS.

Jika Tunku boleh memberi kerakyatan kepada orang India dan China yang bukan Islam, maka kami amat berbangga kerana dapat meramaikan umat Islam di Sabah untuk menumbangkan Kerajaan Kristian PBS.

Mutalib: Bilakah saudara dan rakan bertolak ke Kuala Lumpur dan kenapa tidak dilakukan di Sabah?

YAKUP: Kami bertolak beberapa hari kemudian selepas mesyuarat khas tersebut. Kata Pengarah, tugas ini rahsia dan perlukan dilakukan di Kuala Lumpur demi untuk menjaga kerahsiaan operasi ini dan keselamatan kami. Kami menaiki penerbangan MAS ke Kuala Lumpur dan apabila tiba di sana kami di bawa ke Kampung Kerinchi dan bermalam di sebuah Flat, Tingkat 14 dan saya diberitahu rumah tersebut milik lelaki bernama Jabbar dan Tohar.

Pada keesokan harinya kami dihantar ke sebuah rumah No.18, Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang dipercayai rumah kerajaan yang diperuntukkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Aziz Samsuddin.

Mutalib: Adakah saudara yakin rumah tersebut milik Datuk Aziz Samsuddin, SETPOL Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir (Tun)?

YAKUP: Ya, saya yakin rumahnya kerana dia pernah datang melihat kami dan katanya buatlah rumahnya seperti rumah sendiri. Dia tidak tinggal di situ tetapi membenarkan rumahnya digunakan sebagai pejabat dalam opersi khas.

Mutalib: Maksud saudara, Datuk Aziz terlibat dan Perdana Menteri memberi restu?

YAKUP: Ya, tetapi saya tidak tahu sejauh mana penglibatannya dan yakin Perdana Menteri merestui kerja khas yang akan kami jalankan. Kerana itu kami tidak takut.

Mutalib: Tidakkah saudara sedar bahawa menuduh Datuk Aziz terlibat dan Dr Mahathir memberi restu adalah tuduhan yang paling berat dan saudara boleh didakwa di mahkamah?

YAKUP: Saya kurang pasti sejauh mana Datuk Aziz terlibat atau direstui oleh Perdana Menteri. Tetapi rumahnya digunakan sebagai Pusat Operasi membuat Kad Pengenalan untuk diberikan kepada PATI.

Mutalib: Berbalik kepada tugas saudara selama di rumah Datuk Aziz Samsuddin, apakah yang saudara dan rakan lakukan?

YAKUP: Tugas biasa kami di Kota Kinabalu. Menandatangani kad pengenalan biru, HNR 1. Semua kad pengenalan Sabah yang bernombor siri H05XXXXX.

Memang kami diberi kuasa oleh Pengarah JPN Sabah untuk menandatangani kad pengenalan biru. Itu sahaja kerja kami. Kami tidak tahu siapa yang memproses borang HNR 5 dan HNR 6 yang dikirimkan daripada Ibu Pejabat Kami di Kota Kinabalu. Kami hanya menandatangani HNR 1 berdasarkan HNR 5 dan HNR 6.

Mutalib: Jadi saudara tidak terlibat dengan menandatangani borang permohonan kad pengenalan dan dokumen berkaitan?
YAKUP: Tidak. Kami tidak terlibat. Tidak ada borang yang kami sediakan. Kami terima borang kuning HNR 5 dan HNR 6 yang lazimnya digunakan untuk menggantikan kad pengenalan yang rosak atau hilang.

Borang itu telah lengkap diisi oleh Cawangan Kota Kinabalu yang mempunyai gambar pemohon, alamat, tarikh lahir dan butir ringkas pemohon serta tiga pasang cap jari (kiri/kanan), iaitu dua pasang di bawah dan sepasang di tepi sebelah kanan. Tugas kami hanya HNR 1.

Mutalib: Tidak ada sebarang surat akuan atau dokumen yang dilampirkan seperti kad pengenalan yang hilang atau rosak atau sijil lahir?
YAKUP: Tidak ada. Tidak ada dokumen yang diperlukan. Tidak ada tandatangan. Tetapi semua borang itu bertulis tangan kerana belum ada operasi komputer. Semua guna pen khas iaitu BIRO. Kami tidak boleh kesan siapa yang isi borang itu kerana yang kami tahu dihantar oleh cawangan Kota Kinabalu.

Kami tidak perlu tanya kerana tugas kami tandatangan kad pengenalan biru, bukan dokumen atau surat akuan. Saya nampak ada juga dua tiga surat akuan yang disertakan, tetapi oleh kerana bukan tugas kami, kami tidak ambil peduli. Yang penting semua kad pengenalan biru kami tandatangan dengan betul.

Mutalib: Siapa yang menulis data kad pengenalan biru?

YAKUP: Saya tidak kenal. Tetapi kami diberitahu kerani lantikan sementara sahaja untuk menulis butiran kad pengenalan biru (HNR 1), melekat gambar dan cap jari. Lebih kurang 10 orang semuanya, lelaki dan perempuan. Mereka tidak tinggal di situ. Datang pagi dan balik petang.

Mutalib: Berapa lama saudara menjalankan kerja menandatangani kad pengenalan biru untuk PATI di rumah Datuk Aziz tersebut?

YAKUP: On and Off. Lebih kurang sebulan kami di sana. Ada juga kami balik dan rehat selepas dua minggu. Lepas itu datang balik dan teruskan tugas. Sehari saya menandatangani antara 1,000 hingga 1,500 kad pengenalan biru.

Mutalib: Saudara ingat berapa banyak kad pengenalan biru yang saudara tandatangani sepanjang satu bulan menjalankan operasi khas tersebut?

YAKUP: Seingat saya, saya telah menandatangani lebih kurang 10,000 kad pengenalan biru. Begitu juga dengan empat orang rakan saya yang terlibat dalam tugas rahsia ini. Jumlah itu tidak begitu penting, tetapi yang penting memastikan PBS tumbang dalam pilihanraya akan datang. BN hanya perlu menang walaupun majoriti kecil.

Mutalib: Saudara kata awal tadi sehari lebih kurang 1,000 hingga 1,500 saudara tandatangan kad pengenalan biru dan penduanya, tetapi kenapa hanya sepuluh ribu sahaja? Katakanlah sehari purata 1,000 jadi dalam sebulan sepatutnya 30,000. Katakan saudara balik tiga hari, bermakna patut ada 27,000 kad pengenalan biru?
YAKUP: Memang sehari saya boleh tandatangani sebanyak itu. Tetapi saya juga perlu rehat kerana ada tugas lain lagi di malam hari. Kadang-kadang siang saya tidur kerana pada jam 5 petang saya perlu ke Ibu Pejabat JPN di Petaling Jaya untuk menyalut kad pengenalan biru dengan dengan pembungkus plastik.

Biasanya selepas semua kakitangan JPN pulang, baru saya sampai untuk menjalankan tugas menyalut kad pengenalan biru dengan plastik pembalut.

Kadang-kadang dengan bantuan beberapa kakitangan JPN Petaling Jaya. Mesin itu cepat, 1,000 boleh salut satu jam. Tetapi kami kena berhati-hati kerana jika silap dan rosak, kami kena bertanggungjawab. Ada kaunterfoil. Tak boleh hilang walau sekeping. Rakan lain banyak tandatangan. Tetapi oleh kerana saya ada tugasan tambahan menyalut, maka saya kurang menandatangani kad pengenalan biru berkenaan.

Mutalib: Selepas selesai tugas khas tersebut saudara ke mana? Apakah kerajaan ada memberikan sebarang imbuhan? Berapa?

YAKUP: Selepas selesai tugas khas tersebut, kami semua balik ke Kota Kinabalu menjalankan tugas biasa. Kami anggap ke KL hanya out-station sahaja. HARAM kami tidak terima walau satu sen daripada opersi khas tersebut melainkan tuntutan elaun sub-sisten, lodjing, makan dan reimbursement sebagaimana jumlah yang layak dituntut oleh pegawai kerajaan mengikut skil dan jawatan hakiki.

Mutalib: Orang ramai mendakwa bahawa mereka yang terlibat dalam operasi khas ini kaya raya kerana menerima antara RM100,000 hingga RM1 juta, mengikut jumlah kad pengenalan biru yang ditandatangani?

YAKUP: Siapa cakap?. Kami hanya jalankan tugas biasa dan kami tidak berurusan denga orang ramai. Kami hanya menandatangani kad pengenalan biru dan bukannya menjual kerakyatan kepada orang asing.

Kami tidak tahu siapa pemilik kad pengenalan tersebut. Macam mana mau dapat wang atau jadi kaya? Semua tuduhan itu tidak berasas. Kami tidak dibayar atau menerima imbuhan melainkan gaji dan subsisten. Kami pegawai kerajaan bukan agen sindiket kad pengenalan palsu. Kami tidak menerima apa-apa.

Mutalib: Saya dimaklumkan selepas saudara kembali bertugas ke Kota Kinabalu saudara meneruskan gerakan merekrut PATI sebagai warganegara?

YAKUP: Saya tidak bersetuju pandangan saudara. Saya tidak pernah memberi walau sekeping kad pengenalan kepada warga asing. Saya cuma menandatangani kad pengenalan biru yang telah disediakan dan saya diarah menandatanganinya. Tidak lebih daripada itu.

Seingat saya seorang pegawai kanan saya Mohd Tohid Mohammad telah mengarahkan saya menandatangani sepuluh buah buku HNR 1. Setiap sebuah 100 helai. Tetapi saya tidak tahu diberikan kepada siapa.

Saya cuma tandatangan borang HNR 1 yang kosong sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai kanan saya. Saya tidak perlu tanya. Tugas saya sign sahaja walaupun saya sedar menandatangani borang kosong menyalahi etika kerja saya. Saya pegawai bawahan dan menurut perintah.

Mutalib: Selain daripada Kota Kinabalu, apakah saudara ada ditugaskan di tempat lain?

YAKUP: Ada. Tamparuli. Pengarah JPN Sabah ketika itu, Ramli Kamaruddin. Dia mengarahkan saya berpindah ke JPN Tamparuli yang ketika itu di Tingkat 1, Bangunan Ting Hui. Sebagai seorang pegawai awam, saya tidak boleh menolak arahan perpindahan.

Mutalib: Saya dimaklumkan bahawa saudara terlibat dengan kegiatan memalsukan dokumen kad pengenalan di Tamparuli? Benarkah begitu?

YAKUP: Tidak benar. Tidak berasas sama sekali. Saya hanya menerima arahan daripada Pengarah JPN Sabah iaitu Ramli Kamaruddin. Dia mengarahkan dua orang lelaki, Tanis Mansur dan Andi Zakaria mendatangi saya untuk mendaftarkan orang asing seramai 300 orang dengan menggunakan borang HNR 5 dan HNR 6 dan dikeluarkan resit JPN 1/9 dan JPN 1/11 (dokumen sementara). Saya hanya menjalankan tugas berdasarkan Memo yang ditandatangani oleh Pengarah JPN. Tidak lebih daripada itu.

Sepanjang tempoh tersebut, saya telah menerima banyak borang HNR 5 dan HNR 6 yang dihantar oleh Ramli melalui Tanis dan Andi Zakaria untuk diproses dan dikembalikan kepada Ramli sendiri. Ketika bertugas di Tamparuli, Ahli Parlimen Tuaran, Yunof Maringking telah menghantar surat layang kepada saya.

Ketika itu, Pengarah JPN Sabah Shukri Salleh (Datuk) arahkan saya menjawab surat layang tersebut dengan mengatakan bahawa ianya proses pendaftaran biasa.

Mutalib: Selain surat bantahan, surat layang, adakah saudara pernah menerima ugutan?

YAKUP: Tidak, cuma saya menerima panggilan telefon. Mereka selalu kata, tunggulah. Tidak lama lagi kamu akan makan kangkung. Maksud mereka saya akan ditangkap. Tetapi saya tidak peduli kerana saya hanya menjalankan tugas yang diamanahkan kepada saya.

Mutalib: Mengikut dakwaan surat layang dan orang awam, saudara meminta antara R300 hingga RM1,000 bagi setiap HNR 7?

YAKUP: Tak betul. Saya cuma diarah oleh Pengarah meminta RM50 bagi setiap HNR 5 dan HNR 6 iaitu untuk stem. Lebih daripada itu tidak ada.

(NOTA : Semua kenyataan yang disampaikan oleh Yakup Damsah di dalam wawancara ini adalah pendapat peribadi beliau berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya. Pandangan beliau tidak memancarkan pendirian mana-mana pihak atau dipersetujui oleh wikisabah.blogspot.com)

50 comments:

  1. AHAHAHA sa taw tu cerita, sangat popular memang sah ni urang ada lah,tapi yang buat ic di dalam bot laju ndada pula dicaritanya kan, sudah tentu maw cari mana sempadan yang dekat bukan buat2 kerajaan indonesia dan filipina terlepas pandang dalam tv swasta mereka banyak maklumat bagaimana era dr.m dulu semasa jadi pm ada membenarkan akan memberikan kerakyatan "free" kepada pti untuk mengalahkan pbs duuuulu, memang taktik umno lah tu -pecah, provok dan perintah-

    undilah (sabah baru-pti yang baru jadi bumiputera sabah yuuuuuuh)

    rata2 mereka mengaku melayu walaupun rupa mereka ndada nampak macam melayu

    ReplyDelete
  2. Walaupun ada sindiket projek ic..namun dalangnya masih bebas dan mungkin akan terlepas sampai ke nafasnya yang terakhir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. What goes around will comes around. Just have to wait for the right time for it to happen.

      Delete
    2. Harap punca Projek IC dan PATI ini akan didedahkan supaya cara yang betul boleh digunakan untuk menangani masalah ini.

      Delete
    3. KUbang..Pasu..kekekeMarch 7, 2012 at 7:20 PM

      MAHATAHI...Project..was..successful..but..he..willnot..rest..peace..will..huhu..mahati..mahati..lu..byk..utang..sama..layat..Sabah..utang..nyawa..

      Delete
    4. I just hope that those who are involved in the project IC will be caught and be heavily punished.

      Delete
    5. walaupun terlepas di dunia tapi di akhirat belum tahu

      Delete
    6. Projek IC bukan hari pertama, kes ini sehingga kini masih tiada perkembangan. Mereka yang terlibat masih bebas dari tindakan undang-undang.

      Delete
    7. Menantikan pendedahan orang sebenar di belakang projek IC ini.

      Delete
    8. kalau RCI ditubuhkan pasti dalangnya dapat dikenalpasti tapi kenalah bebas dari sebarang manipulasi oleh pihak2 tertentu.

      Delete
    9. Projek IC sepatutnya tidak berlaku. Sangat2 memalukan orang sendiri sanggup berbuat demikian untuk kepentingan diri sendiri

      Delete
  3. Isu Projek IC ini wajar disiasat menggunakan RCI, semoga ia akan ditubuhkan tidak lama lagi supaya masalah ini boleh mendapat pendedahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We will have to wait for the PM's announcement regarding the setting up of RCI. Hopefully it will be implemented before election comes.

      Delete
    2. Federal shouldn't reject RCI. It give the bad impression to the people.

      Delete
    3. I'm sure Federal Government will approved the RCI establishment soon.

      Delete
    4. Harap kerajaan akan segera menubuhkan RCI agar perkara ini dapat di siasat.

      Delete
  4. PAIRIN/DUMPOK/KULUP/MOKIMUS...........................kamu tahu benar perkara ini betul-betul terjadi. Iru sebab PBS tumbang, kalah besar di KAWANG, SIBUGA, BENGKOKA, TEMPASUK,SUGUT, KUDAT dan banyak lagi yang majoriti BN mendadak sekali terutama sibuga (6000 lebih). Kamu tahu benar ini kerja UMNO. Kenapa kah kamu ini masih bersekokongkol/tidur sebantal/melindungi UMNO sekarang ????????????????????

    PRU 13 ini lah kamu akan di hukum oleh rakyat Sabah terutama KDM/CINA. Kamu akan hancur.........INI KALI LAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pairing
      Gumpok
      Korop
      Maksimusial!!

      Dalang
      sebenar
      IC-Project
      SEMUA
      Otak
      Penipu!!

      Delete
  5. FUCK_IBLIS=Mahadir-bin-Muhamad
    FUCK_IBLIS=MAHADIR-BIN-MUHAMAD
    BANGGALI-KERALA_KEPALA_IBLIS-IC-PROJECT!!!!!!

    ReplyDelete
  6. IBLIS
    MAHADIR
    WAJAR
    DITEMBAK
    MATI!!!!

    ReplyDelete
  7. MAHADIR
    BUN
    MUHAMAD
    BABI_GILA_MELAYU!!!

    ReplyDelete
  8. muhamad
    tohi
    Mahamad
    IBLIS_IC-HARAM!!!!

    ReplyDelete
  9. kamurang paham sudah ni cerita ...bah.. ingat dulu ni pulau borneo ada parti sendiri...starrrr. upko dan pbs dulu boleh pakai skarang tidak kerna dia sokong orang semenanjing sudah. lain crita kalu dia keluar bole lah negiocate.... jadi jangan pikir banyak banyak..undi saja ini parti pembangkang star.

    ReplyDelete
  10. STAR bukan parti ori dari Sabah! STAR boss di Sarawak.

    Undilah parti pembangkang local yang ori iaitu SAPP!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP yang karit atu kamu kan undi.. baik nda payah..

      Delete
    2. apa beza tu??? dua2 di bawah UBA.... budu lah kau ni ... bukan boss dari sarawak lah... ini parti borneosasi yg masih hidup under ROS faham!!!!!! budu palui fanatik sapp. saya tumbuk kau baru kau tau biru mata. kamurang pun sama juga mcm si mahatir....sial nda pandai mati sb banyak dosa. suruh bagi ic. yong teck lee pun sama2 tu dorang si pairin sama si godumpok si kulup sama si maksialmusu... sudah tau begitu tapi masih juga mau ikut tu barisan naragas. mau dekat 3 billon bagi sama rakyat tapi mau buat jln raya x siap2 sial BN 1000 X kalah lah kamu seumur hidup. duit sabah bah itu!!!!!!!!!!! yg paliiiiiiing sial tu pengarah ikut2 cakap..... pbs kristian konon... isu agama lagi mcm lah pbs pernah tindas orang islam siaaaaaaalllllllan bikin sakit hati kurang ajar MAHATHIR MOHAMAD , ANWAR IBRAHIM , NAJIB RAZAK sial kamurang jual sabah sama PTI.

      Delete
    3. SAPP pun susah mau percaya juga.

      Delete
  11. dakwaan ini perlu disiasat, adakah benar atau sekadar rekaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah terang lagi bersuluh kah tuan.... kau tidak baca surat khabar kah??? Pasal si YAKUP DAMSAH. Saya dilahirkan pada 16 Mei 1953 di Lok Kawi siap dia dedahkan semua tk caye lagi ker...

      Delete
    2. mungkin kalau generasi2 muda sekarang ni tidaklah banyak yang tahu tentang cerita2 lama tu.

      Delete
    3. Kesian juga bah ini anak2 muda sebab buka mata saja dorang kenajulur ini orang PATAI jadi kejadian begini macam mereka daif.

      Wahai Law, dengarlah dan cuba menyelidik sejarah asal usul golongan PATAI yg ada sekarang di Sabah dan minta cerita nenek atau ibu bapa kamu betapa amannya keadaan di Sabah sebelum kebanjiran PATAI ke Sabah.

      BNUMNO=Kerajaan PATAI

      Delete
    4. Law,,
      Otak
      bawah
      tempurung..

      Delete
  12. kerana inilah RCI diperlukan bagi atasi masalah PATI dan projek IC.

    ReplyDelete
  13. Rasanya orang yang mendedahkan ini perlu disumbat dalam penjara. Kerana dia adalah orang yang bersekongkol dengan yang lain. Jadi sudah buat salah sedarlah diri itu. Tidak perlu lagi memberikan kenyataan yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejahatan
      Mahatahi
      harus
      didedahkan
      sebagai
      tatapan
      umum..Kau..pataikah?

      Delete
  14. Parti UMNO = parti untuk PTI.

    Sebanarnya, semua kaki pengampu umno mesti dimasukkan ke penjara. Mereka adalah pengkhianat kepada Sabah.

    Sarawak tiada UMNO, tiada PTI. Ini semua adalah FAKTA!

    ReplyDelete
  15. Parti UMNO siallah yang empunya angkara ini semua.Hai kamu orang ahli umno kenapa kamu masih lagi bersengkokol dgan parti yang penuh dgan najis ini.Tolong jangan pakai ugama alasan utk menyokong penipuan.Yang salah tetap salah. Sial punya Umno taih....

    ReplyDelete
  16. Nothing much but let RCI to run the show to investigate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. From my point of view, anything can happen. Politics is the notorious industry after all.

      Delete
    2. Kerana kepentingan politik apa pun boleh jadi.

      Delete
  17. Tindakan harus diambil terhadap mereka yang terlibat dalam projek tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak boleh buat apa2 tindakan selagi belum tahu siapa yang benar2 terlibat.

      Delete
    2. Perlu mencari dalang yang membuat IC palsu ini. itu yang sepatutnya di lakukan dari dulu.

      Delete
    3. Untuk makluman semua rakyat Sabah dan Malaysia,
      Program memberi IC dan kewarganegaraan seterusnya didaftar sebagai pengundi di Sabah, Selangor, Johor dan Putrajaya, telah berjalan dengan lancarnya sejak bulan November di lokasi2 seperti Hotel2 , resort2 dan malah di tempat2 terbuka khususnya di Sabah.

      Kakitangan JPN dan KDN serta PDRM dan SPR turut terlibat untuk merekrut PTI yg dibayar RM500 satu kepala. Maksudnya, para pegawai JPN yg terlibat diberi ganjaran 500rm seorang PTI.

      Lumayan betul. Saya dapat tahu yg di ladang2 dan estet2 kelapa sawit milik YB2 asal PTI, Musa Aman dan lain2 juga terlibat. Malah di Wisma Dang Bandang juga berlaku kegiatan itu oleh para pegawai JPN asal PTI. JPN Tawau, Sandakan, Lahaddatu , Semporna dan beberapa JPN lain turut terlibat.

      Kerajaan UMNO melakukan ini kerana bimbang akan kemunculan PAKATAN serta party2 local di Sabah.

      Oleh itu, kepada party2 pembangkang di Sabah, bersatulah kamu kerana BNUMNO terlalu licik untuk dikalahkan khususnya di Sabah yg mereka sudah cukup bersedia untuk melakukan apa saja memandangkan tidak ada seorangpun pemimpin KDM yg ada sekarang yg berwibawa dan berjuang untuk rakyat.

      Kekalahan pembangkang kali ini akan benar2 menjadi satu kekalahan mutlak rakyat asal Sabah.

      Pairin boleh lari ke Australia! Maksimus dan Dompok serta Kurup dan yg lain2 tidak ada perlu risau kerana harta kekayaan yg mereka telah kumpulkan untuk keturunan mereka tidak akan habis dalam tujuh keturunanpun.

      Jadi, ingatlah pada PRU13 nanti, barisan pembangkang jangan bergaduh kerana ini akan menguntungkan BNUMNO dan akan mengecewakan barisan pembangkang!

      Delete
  18. Sabah BN tidurkah dalam kerja mereka selama-lama ini. Mustahil mereka tidak tahu projek IC berlaku di Sabah sudah pun berpuluh puluh tahun?

    Apa yang aku selalu dengar, orang umno kasih free IC sama pendatang haram di mana2 tempat di Sabah.

    Apa yang aku nampak, betapa ramai pendatang haram berselerak di seluruh Sabah.

    ReplyDelete
  19. If that's the truth, what we have to deny?

    ReplyDelete
  20. Mungkin hanya satu sahaja jalan penyelesaian, iaitu RCI.

    ReplyDelete
  21. Sabah kaya dengan PATI, harus di banteras dengan segera, nanti semakin lama mereka yang berkuasa di sini, sungguh menakutkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangpun! Sebenarnya Sabah sudahpun dikuasai oleh PATI sejak 1994 secara politik,ekonomi,sosial dan pendidikan/kerjaya serta semua hak rakyat asal Sabah telah dirampas oleh mereka.

      Sedih bila melihat anak2 muda rakyat asal ditindas PTI pula!
      Mengaus sungguh dgn para yb dan pemimpin KDM yg telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat asal Sabah sehingga menjadi teruk seteruk2nya begini.

      Bangunlah kamu wahai anak2 orang asal Sabah, jangan lalai dgn godaan PTI yg sudah menguasai Sabah saat ini. Mengundilah dgn bijak pada PRU13 nanti..

      Delete