Search This Blog
Monday, May 28, 2012
Nama meragukan dalam daftar pengundi suku pertama 2012
TENOM - Daftar pengundi suku pertama 2012 didapati mengandungi terlalu banyak nama meragukan, kata Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun.
Katanya, banyak nama yang tersenarai dalam daftar pengundi itu tidak mempunyai nama ibu bapa sehingga menimbulkan keraguan bahawa mereka itu adalah orang asing yang diberi kerakyatan melalui pintu belakang.
“Terdapat nama tanpa Bin atau Binti (yang menunjukkan jantina seseorang itu samada lelaki atau perempuan).
“Apa yang menghairankan ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi mereka ini kerakyatan sekaligus melayakkan mereka mendaftar sebagai pengundi seperti yang tersenarai dalam daftar pengundi suku pertama tahun 2012,” katanya berucap pada perayaan Pesta Menuai SAPP 2012 peringkat negeri Sabah di Kampung Pulong, di sini.
Turut hadir, Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Penasihat SAPP yang juga bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, Pengerusi Penganjur majlis merangkap Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah dan Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan.
Hadir sama, Ketua Wanita merangkap ADUN Luyang Melanie Chia, Naib Presiden Jaafar Ismail, Ketua Pemuda Edward Dagul, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Stephan Gaimin, Roger Stimin (AMT) dan Ketua Penerangan Chong Pit Fah.
Eric selaku Ahli Parlimen Sepanggar berkata, orang asing bukan sahaja menjadi pengundi tetapi turut merampas peluang rakyat tempatan dalam bidang ekonomi terutamanya sektor peruncitan dan sektor perkhidmatan penyediaan makanan.
Katanya, ramai orang asing yang mendapat kerakyatan itu didapati menjalankan perniagaan seperti membuka kedai runcit dan restoran samada di kawasan bandar mahupun jauh di kawasan pedalaman.
“Pengundi tanpa nama ibu bapa tapi JPN benarkan didaftar sebagai rakyat seterusnya sebagai pengundi seperti dalam senarai daftar pengundi suku pertama tahun 2012.
“Kita harus tentang perkara ini. Semakin hari hak rakyat semakin terhakis. Rakyat mesti bertindak dan tukar kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Noor berkata, masalah utama yang sedang dihadapi rakyat negeri Sabah pada masa ini ialah kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
“Mereka adalah ibu segala masalah. Pada masa ini kita dengar Jabatan Hutan menghalau rakyat tempatan serta merampas tanah mereka, tetapi apa yang menakutkan ialah satu hari nanti PATI ini akan menghalau rakyat Sabah keluar dari negeri ini.
“Jika masalah kebanjiran pendatang asing ini tidak diatasi maka perkara sedemikian akan berlaku di masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata, pada masa ini PATI terdapat di mana-mana sahaja di negeri ini termasuk di kawasan pedalaman bebas menjalankan aktiviti mereka termasuk berniaga.
Beliau berkata, masalah itu boleh diselesaikan jika rakyat Sabah bersatu mengenepikan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum kali ke-13 akan datang dan memilih SAPP mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri.
Katanya, peluang untuk menukar kerajaan BN kepada SAPP hanya datang sekali dan masanya ialah pada pilihanraya umum kali ke-13 nanti.
Terdahulu, Jimmy dalam ucapannya berkata, ramai rakyat tempatan yang tinggal di kawasan pedalaman kini hidup dalam keadaan gelisah kerana khuatir Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah akan robohkan rumah serta merampas tanah mereka.
Katanya, banyak kes rampasan tanah berlaku di seluruh negeri Sabah dan semuanya terjadi dalam masa pemerintahan Kerajaan BN Sabah pada hari ini.
Beliau berkata, SAPP apabila memenangi pilihanraya kali ke-13 akan datang dan seterusnya membentuk Kerajaan negeri Sabah yang baru berjanji akan mengembalikan semula tanah yang telah dirampas itu.
Jimmy berkata, geran pemilikan tanah akan diberi manakala rakyat tempatan yang tidak memiliki tanah akan diberi tanah melalui Pelan Reformasi Tanah SAPP.
Katanya, beribu-ribu rakyat tempatan telah diberi tanah ketika Yong menjadi Ketua Menteri Sabah dari 1996 hingga 1998 dan perkara itu akan dihidupkan kembali apabila SAPP mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri Sabah nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Diharapkan nama-nama yang diragui ini akan disiasat terlebih dahulu untuk mengesahkan sama ada orang ini benar-benar wujud sebelum dikeluarkan daripada senarai nama pengundi.
ReplyDeleteimmediate investigation is required in order to confirm whether this suspicious names are indeed locals.. If not, their names must be dropped from the voting list.
DeleteEC should have the power to drop out the dubious names without any further investigation. Save time.
Deletesemoga SPR akan melakukan tugas mereka dengan sebaiknya.
DeleteSemoga PRU-13 adalah bersih, adil dan telus.
ReplyDeleteIts everyone's wish to have the election to be fair and clean. May the government set up RCI before election comes.
DeleteBy hook or crook, the election must be clean and fair!
DeleteDiharapkan PRU kali ini akan lebih adil dan tiada sebarang masalah berlaku.
Deletesaya tidak hairan kalau tiada Bin atau Binti. asal ada dua sebutan nama.
ReplyDeleteMost importantly, they must be locals or else they cannot vote.
DeleteI wonder how the NRD conduct their work. Suspicious.
Deletejanganlah membuat salah lagi dalam senarai nama.
DeletePunya banyak tu nama dalam daftar pengundi. kalau siasat satu-satu latar belakang memang payah dan ambil masa.
ReplyDeleteif the investigate was done a year ago till now, we could have the voting list clear from doubtful voter names.
DeleteJangan membiarkan orang yang tidak berlayak untuk memainkan tipu ndalam election nanti..
Deleteharap daftar pengundi akan dapat di perbetulkan sebelum PRU nanti.
DeletePenambahbaikan yang sudah mencapai kesepakatan melalui PSC harus segera dilaksanakan.
ReplyDeleteHarap2 daftar pengundi akan dibersihkan sebelum PRU-13.
ReplyDeleteBanyak orang yang tidak layak pasti akan memain tipu nanti.
DeletePastikan nama yang benar2 layak sahaja untuk mengundi.
DeleteAku risau anak cucu cicit kita di kemudian sbb pandatang tanpa izin makin ramai....harap RCI
ReplyDeleteThe safety in sabah is a big concern to all the locals. Ever since these PATI step foot into sabah, the crime rate has increase a lot.
DeleteCuba pergi ke bahagian Pantai Timur Sabah dan lihat bagaimana PATI bermaharajalela.
DeleteBERSIH + RCI !!! Mari kita ambil peranan supaya dpt kc bersih ni Sabah dr jenayah ..
ReplyDeleteHopefully we will have RCI set up in sabah before election comes.
DeleteYang sandinya bila orang tempatan sendiri yang terlibat menjual kedaulatan negeri ini kerana wang.
Delete:DS: Tidak dapat dinafikan. Mata $$, mw ckp pengkhianat pun, drg nda peduli pula ... MMg sandi, tapi asalkan saya, anda bukan macam drg ...
Deleteperkara biasa di Sabah jika nama seseorang tiada bin atau binti.
ReplyDeletebukan perkara yang besar lagi, memang tidak berbeza.
DeleteMemang perkara biasa di Sabah jika nama tiada Bin atau Binti.
Deleteya, di Sabah ada nama yang tiada bin atau binti.
Deleteapapun, kena pastikan senarai daftar pemilih benar2 bersih.
ReplyDeleteYa. kalau tidak pasti akan dipertikaikan.
DeleteThe election must be clean and fair or else it will be pointless..
ReplyDeleteKemaskini nama2 daftar pemilih, nama2 yang meragukan harus disiasat dan sekiranya perlu padam saja nama tu.
ReplyDeleteDiharapkan senarai nama pengundi akan dibersihkan oleh SPR sebelum PRU-13 diadakan. Kerajaan Pusat masih belum membubarkan parlimen, masih ada masa untuk membuat kemaskini.
DeleteJika ada nama yg di ragui, segera siasat, jangan tunggu lama.
ReplyDeletetindakan yang sewajarnya harus diambil.
Deletenama yang meragukan harus disiasat dan dikeluarkan dari senarai pemilih.
ReplyDeleteharap pihak SPR akan sentiasa berusaha memastikan senarai pemilih adalah sah dan tidak meragukan.
ReplyDeleteBagi pengundi yang meragukan seharusnya diambil tindakkan siasatan bagi memastikan adakah mereka ini layak atau tidak menjadi seorang pengundi.
ReplyDeleteSiasat dulu status mereka sama ada adalah pengundi sah ataupun tidak sebelum mereka dibuang daripada senarai nama pengundi.
DeleteSemoga nama-nama yang meragukan dalam senarai daftar pengundi akan dibersihkan oleh SPR sebelum PRU-13 diumumkan.
ReplyDeletebagi SAPP kalau tidak ada Bin atau Binti meragukan?? macam mana dengan Yong Teck Lee?? ada dia guna Bin??
ReplyDeletetidak payah la sokong SAPP.. sebab banyak pemimpin2nya yang tidak mempunyai Bin atau Binti.. sangat meragukan ini parti..
ReplyDelete