Search This Blog
Tuesday, May 8, 2012
Star kesal pembetukkan Msia dilakukan tergesa gesa
KEMABONG: Pengerusi Parti State Reform (STAR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan menggariskan sifat tergesa gesa pemimpin terdahulu ketika merumuskan persetujuan pembentukkan Malaysia sekitar tahun 1963 antara punca hak asasi rakyat Sabah sepertimana terkandung dalam 20 Perkara mudah dimanipulasikan oleh pihak Persekutuan.
Misalnya Negara Brunei dan Singapura yang kini jauh lebih maju dan pesat membangun malah memiliki ekonomi yang mantap berbanding Sabah selepas mereka tidak meneruskan Persetujuan gagasan pembentukkan Malaysia pada ketika itu (Singapura keluar dari Malaysia tahun 1965).
"Walaupun terdapat beberapa pemimpin ketika itu mahukan Sabah merdeka terlebih dahulu sebelum menyertai pembentukkan Malaysia tetapi disebabkan janji janji pemimpin Persekutuan yang memberi taraf otonomi dan status Negara kepada Sabah malah pembentukkan itu turut bersifat perkongsian kuasa dan hak antara Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu membuatkan mereka terpikat lalu bersetuju," kata Datuk Dr Jeffrey ketika melancarkan Parti Star dikawasan DUN Kemabong pada Ahad yang dihadiri kira kira 200 orang.
Jeffrey berkata, adalah kerana terlalu banyak tanggapan berkisar kepada beberapa kemungkinan lain seperti termakan pujukan, terpikat janji janji manis mahupun ugutan menyebabkan keputusan “bersetuju" itu dibuat secara tergesa gesa.
Kini Sabah telah melangkah tahun ke-49 berada dalam gagasan Malaysia, sudah terbukti bahawa janji janji manis yang mereka (Persekutuan) pernah taburkan itu sudah tidak selari dengan apa yang terkandung didalam 20 Perkara malah Sabah seolah olah telah dijajah dan sama taraf dengan 11 buah negeri diSemenanjong, tegas Jeffrey.
"Kita sepatutnya berstatus tiga wilayah yang sama rata haknya diantara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak manakala negeri negeri di Tanah Melayu adalah rangkaian jajahan dibawah naungannya," ujar Jeffrey lagi.
Selain itu, Jeffrey turut menegaskan bahawa penahanan beliau dibawah ISA semasa dibawah teraju bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir merupakan satu satunya tindakan yang tidak demokratik dan berbaur ugutan kepadanya supaya aktiviti beliau untuk merongkai keadilan hak asasi rakyat tidak diteruskan.
"Mereka tahan saya dibawah ISA tetapi untuk beberapa tahun sahaja dan bukan selama lamanya, akhirnya saya dibebaskan juga. Bagaimana pun saya tidak serik diatas penahanan itu malah selepas itu terus menggandakan usaha memperjuangkan pembelaan hak asasi rakyat," tegas beliau.
Dalam pada itu, Datuk Dr Jeffrey turut menegaskan bahawa perjuangan Parti Star lebih terfokus kepada penyatuan parti parti tempatan wilayah Borneo untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) namun kehadiran parti parti pembangkang luar Sabah khususnya Pakatan Rakyat (PR) seharusnya menumpukan perjuangan mereka di Semenanjung.
Ketika menyatakan secara mendalam erti penyatuan parti parti tempatan Jeffrey menegaskan bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada pembangkang jikalau semua parti parti tempatan dalam golongan pembangkang bersedia untuk bersatu dalam satu gagasan perjuangannya “Komponen Borneo (UBA)" untuk menumbangkan BN.
"Kita tidak ada masalah untuk mentadbir negeri Sabah kerana hasil mahsul Sabah sebenarnya berjumlah RM41 billion dan bukan sekadar RM4 billion sepertimana belanjawan Sabah pada baru baru ini," jelasnya.
"Kita akan mereformasikan pentadbiran Sabah terutamanya menyelaraskan hasil sumber galian dan lain lain ke tahap sama rata, menambahbaik pengurusan tanah termasuk NCR supaya dikembalikan kepada rakyat yang berhak bukan diberi geran komunal," tegas Jeffrey.
Di akhir majlis, bekas Penolong Setiausaha Bahagian UMNO Tenom Miling Oyot bersama beberapa ahli UMNO yang lain menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk menyertai Parti Star. Difahamkan jumlah keahlian Parti Star bagi DUN Kemabong setakat ini telah berjumlah seramai 800 orang.
Oleh Kuli Kuli Ak
Labels:
STAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rakyat sabah seharus mudah mengerti dengan perjuangan star sebab ia bertuankan 7 agenda yang melibatkan jaminan perlindungan kepada hak2 anakjati sabah dan sarawak...jika kita dilahirkan sebelum merdeka memang kita merasa kesal kerana mudah termakan pujuk rayu orang lain..hari ini perkara yg dijamin berkeliaran di sekeliling kita tanpa menyebarang lautan biru...
ReplyDelete7 Agenda saja? Saya ingat banyak.Kalau gitu bagus undi BN sajalah.
ReplyDeleteundi BN??? hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...JANGAN MIMPI lah....pangkah BN = pangkah Pilak!!!!
ReplyDeleteEven without pilak, BN will still win.
DeleteWhat has pass cannot be undone. The formation of Malaysia is a done thing, we can only make the best of it.
ReplyDeleteTrue. To change the situation 180 degrees is kinda impossible.
DeleteThis is not true at all.
DeleteSabah and Sarawak can still pull out as both were independent nations. Malaya is not our parent.
Only UMNO BN wants to poison your minds and misled you to become a slave.
jika 20 perkara itu ditunaikan sepenuhnya, keadaan pasti jauh berbeza daripada sekarang..maka perjanjian 20 perkara harus dilaksanakan sepenuhnya dan ianya menjadi tanggungjawab wakil2 rakyat sabah yang dipilih untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingan sabah dalam malaysia.
DeleteIt is not that easy to pull out from Malaysia. the situation now is no longer same as the first time Sabah join the formation of Malaysia. If Sabah want to pull out from Malaysia, be ready to take the risk.
DeleteBoth BN and PR are not interested in recognising Sabah and Sarawak as equal partners.
DeleteWe have suffered for almost 49 years of non-compliant of Malaysia Agreement.
Only if Sabah and Sarawak Governments have direct discussion with and support from UN, UK and ANZ governments will solve our problems.
It is a fight we must take to safeguard our future generations.
We must fight for the 20 points agreement which is the terms and conditions that Sabah and Malaya agreed on during Malaysia formation.
ReplyDeleteAnd those who doesn't want the agreement be upheld will do anything to stop the mission. Rakyat become the victim.
Deletehak dan kepentingan sabah dalam malaysia harus dipertahankan dan diperjuangkan.
DeleteLeaders and rakyats need to unite and cooperate to fight for the 20 points.
Delete20 points must be fought, not in Malaysia only but also within the United Nations.
Deletehal itu dah berlalu, yang penting perbaiki dan terus maju ke hadapan.
ReplyDeleteianya kini telah menjadi sejarah..maka pemimpin2 sabah sekarang harus memperbetulkan keadaan..
Deletejadi adakah kita patut menyalahkan pemimpin2 terdahulu atas keputusan yang telah dibuat oleh mereka?
ReplyDeleteMenyalahkan pemimpin terdahulu tidak akan mengubah keadaan. lebih baik fokus kepada masa depan. buang yang keruh, ambil yang jernih.
DeleteThere are more things to concentrate.
Deleteadakah mustahil untuk pemimpin sabah dan sarawak dilantik menjadi PM/ TPM?
ReplyDeleteHari ini dalam sejarahlah kalau PM/TPM dari Sabah.
DeletePerjuangan 20 perkara harus diteruskan untuk hak & kepentingan orang Sabahan.
ReplyDeletePemimpin2 Sabah harus memperjuagkan dan menjaga 20 points
Delete20 points untuk menjaga hak2 Sabah dan rakyatnya, pihak persekutuan harus menghormati dan melaksanakannya.
ReplyDeleteAt that time, it was for the best.
ReplyDeleteThat's in the past. There is no turning back now.
ReplyDeleteKita tidak boleh salahkan pemimpin yang dahulu juga. Mungkin masa itu perkara ini terdesak tidak seperti sekarang ini yang sudah berfikiran lebih matang..
ReplyDeleteSTAR cuma berlakon saja itu kesal. Sedangkan dulu tidak pernah pun cakap pasal ini baru sekarang mahu bangkitkan. Ini kerana STAR sendiri pun sudah ketandusan isu untuk diperjuangkan.
ReplyDeleteNilailah sendiri mengenai perkara ini. JK saja mengulang-ulang isu ini sebenarnya. Isu ini sudah berkali-kali dibangkitkan oleh parti pembangkang seperti SAPP dan PAKATAN RAKYAT. Namun STAR cuma mengulangnya kembali.
ReplyDeleteStar pun bukannya parti tempatan Sabah. Buat apa kita menyokong parti itu kalau sendiri pun tidak sedar akan penubuhan yang meminjam nama parti dari Sarawak.
ReplyDeletestar kesal dengan sikap pemimpin2 terdahulu??
ReplyDelete