Search This Blog
Thursday, June 7, 2012
Setiausaha DPPIMS Dicabar Jalani DNA
SETIAUSAHA Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah, Ansar Bin Maidin dicabar menjalani ujian Deoxyribonucleic acid (DNA) dan menyerahkan kembali MyKad 620617-12-5063 (H6033634) dan Sijil Lahir bernombor 8964/87 yang diperolehi secara tidak sah jika ujian DNA membuktikan beliau tidak mempunyai hubungan dengan ibu dan bapa yang dinamakan dalam Sijil Lahir berkenaan.
"Berdolak dalih atau menegakkan benang yang basah akan menyebabkan DPPIMS akan menjadi sasaran kemarahan rakyat Sabah terutama sikap Ansar yang berdegil mengakui bahawa beliau adalah Warganegara India yang mendapat MyKad melalui jalan songsang," ujar Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu.
Menurut Patrick, beliau telah mendapat maklumat lengkap bahawa mengikut Sijil Lahir bernombor 8964/87 yang digunakan Ansar selama ini mencatatkan bahawa lelaki India ini dilahir di Kampung Likas merupakan anak kepada pasangan Maidin Bin Ahmad dan Fatimah Binti Jaino.
Sehubungan itu, Patrick mencabar Ansar meletakkan jawatan sebagai Setiausaha DPPIMS berkuatkuasa SERTA MERTA jika gagal membuktikan hubungannya dengan kedua dua ibu bapa yang dinamakan di dalan Sijil Lahir berkenaan.
Patrick juga mendesak agar seluruh Ahli Politik Sabah mengutuk tindakan DPPIMS, terutama Presidennya Datuk Baisul Khan Salman Faris yang membuka pintu seluasnya menerima warga songsang ini tanpa memikirkan kesannya kepada kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah.
"Mulai sekarang, jika kita ada rasa cinta kepada Sabah dan menyokong RCI yang bakal ditubuhkan, maka kita hendaklah memboikot semua kepentingan masyarakat PATI yang mendapat dokumen palsu melalui apa juga saluran," kata Patrick lagi yang menaruh harapan yang tinggi agar Memorandum yang beliau dan rakannya hantar kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong sedikit masa lalu dijadikan rujukan Kerajaan Malaysia sebagai TOR untuk pelaksanaan RCI.
Jayanthi Geetha Sukumaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau beliau tidak mempunyai hubungan dengan ibu-bapanya, ada kemungkinan beliau adalah anak angkat. Banyak pasangan suami-isteri yang mengambil anak angkat.
ReplyDeleteAngkat anak pun kena ada bukti. Sembarang angkat implikasinya mencuri atau kidnapping banyak lagi. Jangan duk naive lah...
DeleteSekarang ni projek ic merupakan salah satu masalah besar di Sabah. Sesiapa yang kerakyatannya diragui seharusnya boleh disiasat. Lebih baik Ansar beri kerjasama.
Deletejika dia anak angkat, dia tidak boleh ber Bin ayah angkat.
DeleteTapi ada juga orang yang ambil anak angkat dan Bin dengan ayah angkat. ada kes macam ni.
DeleteSaya rasa ada undang-undang berkaitan ujian DNA yang melindungi hak kemanusiaan seseorang individu. Ansar Bin Maidin berhak menolak jika tidak mahu menjalani unjian DNA ini kecuali ada alasan yang betul-betul releven.
ReplyDeletekamu ni memang bangang betullah. Yang rakyat Sabah ramai-ramai minta ketelusan tak releven kata kau.. pigilah main jauh-jauh
DeleteOK juga kalau check DNA. Ada juga kes rakyat tempatan di suruh check DNA sebelum mempunyai Mykad. kalau saya tidak silap la. pernah terbaca tu isu.
Deletesenag2..saja..pati..dpt.mykad..malaysia..
ReplyDeleteMahaShit..India..benggali..mengaku..melayu..
Tuhan..akan..adili..kau..
Meraka yang telah mendapat mykad pasti majoriti bersikap samseng.
ReplyDeleteUMNO BN bilang itu Indian Muslimpun Melayu sebab mereka bersunat.
DeleteKalau di pihak benar, sahut saja cabaran untuk buat DNA melainkan ada sesuatu yang ingin disembunyikan.
ReplyDeleteBerani kerana benar. buat saja ujian DNA tu.
DeleteSemakin hangat diceritakan mengenai perkara ini.
ReplyDeleteKalau benar..Cuba buat laporan kepada pihak yang berkuasa mengenai perkara ini.
ReplyDeleteDatuk Patrick Sindu mahu tanggung ka kos ujian DNA dia??
ReplyDeletedaripada mengarahkan dia membuat ujian DNA yang mana sudah tentu dia tidak akan buat, kenapa Datuk Patrick tidak buat saja laporan polis??
ReplyDelete