Mungkinkah 'Datuk S' atau nama sebenarnya, Datuk Samsuddin Yahya terlibat dengan Skandal Penggubahan Wang Haram melalui pendapatan gelapnya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan dan berjaya mempergunakan seorang jutawan terkenal Law Hon Sun @ Liew Pin Cheong sebagai salah seorang proksi atau nomineenya?
Jika tidak benar, mustahil Ninja SAA43L yang dihadiahkan oleh Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony sering keluar masuk daripada perkarangan sebuah rumah Bungalow di Batu 7, Sandakan?
Persoalannya, desas-desus bahawa rumah berkenaan yang sebelum ini milik menantu Mantan Speaker Negeri Sabah, Datuk Seri Hassan Alban Sandukong telah dibeli 'Datuk S' dengan harga RM1.5 juta, tetapi hanya mengisytiharkan harga RM600,000 bagi mengelak cukai hartanah.
Bungalow berkenaan belum didiami sejak dibeli beberapa tahun lalu kerana 'Datuk S' masih tinggal di 'Istana' lamanya di Sri Taman; malah tidak pernah mengisytiharkan Bungalow berkenaan sebagai hartanya.
Bagaimanapun, 'Datuk S' telah menjadi David Cooperfields kerana berjaya melakukan embargo semua dokumen yang menjurus kepada bungalow berkenaan termasuk cukai pintu, cukai tanah dan sebagainya bagi mengelakkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) memburu beliau kerana penglibatan beliau dengan Skandal Penggubahan Wang Haram?
Bagaimanapun, Paparazzi telah berjaya menghidu kepintaran 'Datuk S' yang menggunakan nama jutawan hartanah, Law Hon Sun @ Liew Pin Cheong sebagai pemilik berdaftar bungalow tersebut; apatah lagi sebelum ini 'Datuk S' telah menjual konsesi pembalakan kepada Law Hon Sun.
Tidak ada seorangpun rakyat Sabah yang menyangka bahawa 'Datuk S' boleh hidup mewah dengan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi dan Pengerusi Ko-Nelayan.
Namun 'Datuk S' yang sebelum ini dikaitkan dengan jenayah mencederakan Mantan Calon Bebas, bijak menggunakan jawatannya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan untuk mendapatkan komisyen 10 sen seliter daripada minyak diesel bersubsidi yang sepatutnya diagehkan kepada nelayan yang mempunyai Fleet-Card.
Malangnya, kuota 5 juta liter minyak bersubsidi berkenaan telah diselewengkan kepada pemilik kapal tunda yang menjualkannya semula di pasaran gelap dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Kegiatan memerah keringat nelayan ini telah menyebabkan 'Datuk S' memperolehi 'Wang Kopi' yang tidak pernah diisytiharkan iaitu RM500,000 sebulan atau RM24 juta sepanjang empat tahun beliau menjadi Pengerusi Ko-Nelayan menggantikan Datuk Jasa Haji Rauddah.
Selain membeli bungalow berkenaan atas nama proksinya, 'Datuk S' turut dikesan mempunyai tabungan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) sejumlah RM1 juta atas nama isteri pertamanya, Datin Junaidah Aji dan empat anak mereka Dewi, Rais, Ewat dan Arif.
'Datuk S' juga dikesan memiliki hartanah dan kereta mewah atas nama tiga wanita iaitu isteri rasminya, Datin Junaidah Aji; isteri yang tidak berdaftar Datin Nooraini Othman (Bekas Isteri Datuk Yahaya Lampong) dan gundiknya, Pia Binti Dahlan (PATI yang mendapat kad pengenalan yang didakwa keluarga terdekat TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin)
Semua kehebatan 'Datuk S' boleh disemak dengan menaip 'Datuk S' di ruangan cari Sabahkini.net.
Mungkin menarik untuk diketahui umum, apakah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman masih memberi kepercayaan kepada 'Datuk S' menerajui Ko-Nelayan setelah kontraknya tamat beberapa hari lalu atau menamatkan penindasan yang dilakukan terhadap nelayan selama ini.
Paparazzi tidak dapat mengenalpasti apakah Pengurus Besar Ko-Nelayan, Haji Masood Salleh turut bersubahat dengan 'Datuk S' kerana meluluskan semua tuntutan elaun dan bil Hotel Hyyatt sekalipun melebihi kuota yang ditetapkan. Namun percubaan Paparazzi untuk menghubungi Masood tidak berjaya.
umno sekong shamsudin yahya seorang pendatang haram dari philipine masuk sandakan menjadi pemandu teksi dan sekarang boleh jadi YB Sekong.
ReplyDeletePerkara ini hanya berlaku di Sabah disebabkan umno. UMNO boleh untuk semua kes HARAM dan RASUAH!
Kemiskinan rakyat Sabah adalah paling teruk di Malaysia tetapi parti malaya umno membela dan menjaga pendatang haram macam sampah sarap shamsudin yahya nie.
umno mesti dihancurkan di Sabah dalam PRU13.
Ini UMNO (NO) bah,UMNO boleh beli Sabah selagi ada PATI.RCI ini tahi palat Malaya.Mana dia RCI?? Tanya Musa Aman....
DeleteGonzales
Ini UMNO (NO) bah,UMNO boleh beli Sabah selagi ada PATI.RCI ini tahi palat Malaya.Mana dia RCI?? Tanya Musa Aman....
DeleteGonzales
Ini UMNO (NO) bah,UMNO boleh beli Sabah selagi ada PATI.RCI ini tahi palat Malaya.Mana dia RCI?? Tanya Musa Aman....
DeleteGonzales
Najib lah yang berkuasa tentukan RCI, dia dah setuju.. bila terma rujukannya dah siap.. kena tubuhlah RCI tu.
DeleteRci itu Kalau Ada pun tidak akan membawa kesan positif. Tengok saya rci yang lain. Buang masa saja.
ReplyDeleteSandiwara saja bah
Mana ada pembunuh pasang jerat untuk sendiri
Belum cuba , belum tahu.
Deletebelum lagi ada tu RCI sudah cakap tiada kesan positif...tengoklah dulu mcamana..
DeleteKita patut memberi peluang untuk RCI ditubuhkan sebelum mendakwa bahawa ia sandiwara. Belum cuba, mana kita tahu?
DeleteLagipun, RCI adalah kemahunan rakyat, hampir semua orang Sabah menyokong penubuhan RCI dan akhirnya Datuk Najib Razak bersetuju untuk melaksanakannya.
DeleteHarapan kita adalah RCI. RCI harus dilaksanakan.
DeleteApa2 cara yang difikir perlu dicuba bagi mengetahui keberkesanannya.
Deletedakwaan ini belum tentu benar kerana belum ada bukti kukuh.. baik ia disiasat.
ReplyDeleteTiada kesudahan juga ni. Apa khabar skandal Shafie? Tiada kan.
Deletebuat laporan lah...biar pihak berkuasa siasat..
DeleteBaik disiasat dulu sebelum kita membuat spekulasi tanpa asas. Ini akan memburukkan nama orang sebelum mereka disahkan bersalah.
DeleteMacam2 keluar cerita mau dekat2 pru ini, entah betul atau tidak.
Deletebelum selesai satu skandal, keluar sudah skandal lain. inilah yang mencemarkan nama pemimpin.
DeleteJarang la bah pemimpin yang tidak kaya. Itulah ramai yang mahu masuk politik.
ReplyDeleteYang terlebih kaya tu, sendiri mahu ingatlah dari mana hasil tu duit.
Deleteya bah...ahli2 politik mesti berduit saja ni...
DeleteBa kalau mahu bertanding PRU pun kena ada duit ba. Bayar yuran penyertaan. Ingat free ka..
Deletehasil kekayaan biarlah bersih baru tidak dipertikaikan.
Deletekalau ada bukti buat laporan...tidak payahlah buat publisiti di media..
ReplyDeleteBetul tu, buat laporan sahaja, tidak perlu umumkan satu dunia.
DeleteSiapa perempuan dalam gambar ni? Sandi juga tu posing.
ReplyDeleteSiasat hal ini kerana tanpa siasatan hal ini akan berterusan sampai bila2.
ReplyDeleteJika hal ini benar pasti ini akan memburukkan nama baik beliau.
ReplyDeleteKita tunggulah penyiasatan lanjut terlebih dahulu sebelum membuat spekulasi.
DeleteMungkin ada alasan yang baik mengapa Datuk Musa masih mempercayai Datuk Samsuddin Yahya dalam projek Ko-Nelayan.
ReplyDeletejika tuduhan ini sahih, harap ada siasatan lanjutan dilakukan.
ReplyDeletekesahihan pekara ini kita sendiri pun tidak tahu. tunggu dan lihat perkemangannya nanti.
Deletehingga sekarang, tidak ada pun tangkapan dilakukan terhadap mana-mana pihak dalam kes Pia Binti Dahlan (PATI yang mendapat kad pengenalan yang didakwa keluarga terdekat TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin)
ReplyDeletejika betul ada pihak yang telah melanggar undang-undang, maka wajarlah penangkapan dilakukan dengan segera
ReplyDeletepihak berkuasa harus menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah
ReplyDeleteharap tidak ada penyelewengan kuasa berlaku
ReplyDeleteJika betul ada penyelewengan kuasa, laporkan dengan segera.
Deletesetiap dakwaan perlulah ada bukti..tidak boleh main tuduh saja.
ReplyDeletejika benar dakwaan ini, buatlah laporan rasmi ke pihak yang berkuasa dan bukan hanya di media saja.
ReplyDeletebukti harus ditunjukkan dan buat laporan ke pihak berkuasa.
ReplyDeletetidak tahu sama ada ini benar atau tidak. kalau betul buatla laporan, bukan siar di blog saja.
ReplyDeleteSiasatan amat perlu untuk perkara ini. Jangan biarkan perkarai ini terus menjadi perbualan pihak tertentu.
ReplyDeleteSPRM perlu turun padang dan membuktikan kebenaran dalam hal ini. Siasatan segera perlu bagi memastikan kes ini dapat diputuskan kebenarannya nanti.
ReplyDeletetaktik menjatuhkan pemimpin ni.
ReplyDeletekalau ada bukti2 kukuh, buat la terus laporan sprm..
ReplyDeletemacam mana la mahu membanteras jenayah kalau begini.. tunggu hilang dulu semua bukti baru ada siasatan..
ReplyDeleteDi Malaysia ni,menegakkan kebenaran adalah satu kesalahan...Sesiapa yang cuba menunjukkan kebenaran,C4 la jawapnya.....
ReplyDeleteAnonymousNovember 4, 2012 11:55 PM
ReplyDeleteKAU BERIMAGINASI KA NI SEBELUM BUAT KOMEN?? KESIAN!
manakan pokok bergoyang kalau takda angin yang dihembus.
ReplyDelete