Raymond Tombung
Perkembangan ini telah menimbulkan seribu pertanyaan di kalangan para pemerhati.
KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi UPKO Datuk Wilfred Mojilip Bumburing dan Ahli Parliamen Umno Bahagian Beaufort, Datuk Lajim Ukin membatalkan hasrat mereka untuk melompat keluar Barisan Nasional (BN).
Para pemimpin PKR dan para pegawai penganjur majlis-majlis perjumpaan pada 15 Julai ini di Beaufort (untuk Lajim) dan di Tuaran (untuk Bumburing) telah mengesahkan bahawa rancangan untuk pengumuman rasmi mereka berdua mahu melompat keluar BN telah dibatalkan atau ‘ditunda’.
Perkembangan ini telah menimbulkan seribu pertanyaan di kalangan para pemerhati.
Para pemimpin atasan PKR, yang kecewa dengan perkembangan itu, nampaknya telah memberikan pelbagai alasan kenapa majlis-majlis pengumuman itu telah dibatalkan.
Menurut sumber, Bumburing menyalahkan bekas Ahli Parlimen Tuaran Datuk Kalakau Untol kerana terburu-buru mengatur majlis pengumuman itu sedangkan beliau belum bersedia berbuat demikian.
Kalakau, yang selama ini menjadi penyokong kuat Bumburing dalam banyak ceramah-ceramah Amanah, kini sangat memerlukan Bumburing dalam PKR, terutama Cabang Tuaran, untuk meningkatkan keupayaannya menyaingi Ketua Cabang PKR Tuaran, Hj. Ansari Abdullah.
Kalakau selama ini telah tidak sehaluan dengan Ansari sejak pemilihan parti tahun lalu di mana Kalakau telah menyebelahi Edward Linggu yang bertanding melawan Ansari untuk merebut jawatan Ketua Cabang.
Selepas itu Linggu menyertai kumpulan yang keluar beramai-ramai dari PKR untuk menyertai UBF dan STAR yang diketuai oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan sekarang menjadi Ketua Bahagian STAR Tuaran.
Satu lagi sumber lain menyatakan bahawa Bumburing memberi alasan yang lemah bahawa beliau perlu menunggu Lajim yang telah mengambil keputusan untuk menunaikan fardhu Haji.
Sebab itulah kononnya majlis pengumuman yang baru akan diadakan pada penghujung Ogos.
Permainan Bumburing?
Tetapi satu sebab yang lebih meyakinkan telah diberikan oleh seorang pemimpin atasan STAR. Beliau percaya bahawa kedua-dua pemimpin itu telah ‘menunda’ majlis-majlis itu kerana mereka sebenarnya bermain tarik tali dengan kepimpinan BN, malah mungkin juga dengan Perdana Menteri sendiri.
Pemimpin STAR itu, yang mahu namanya tidak disebut, percaya bahawa dua orang yang diharapkan oleh PKR menjadi ‘katak-katak’ terbaru dalam politik Sabah itu telah dihubungi oleh para pemimpin atasan BN untuk berbincang dan berunding agar mereka terus tinggal dalam BN.
Ini memandangkan kesan yang boleh membawa bencana besar jika mereka meninggalkan BN dan menyertai pembangkang pada ketika ini di mana pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa.
“Ini semuanya permainan wayang kulit dalam bentuk yang paling klasik,” kata Ketua Bahagian STAR itu.
Selain itu satu lagi penganalisis politik berkata bahawa mungkin kerana Tan Sri Bernard Dompok pernah mengumumkan hasratnya meletak jawatan sebagai Presiden UPKO, Bumburing mungkin melihat ini sebagai satu peluang baginya mengambil alih tampuk kepimpinan UPKO dan terus mendapat banyak faedah sebagai pemimpin BN.
Pandangan ini disahkan oleh seorang ahli PKR Tuaran bahawa Bumburing masih lagi menjadi Pengerusi Sabah Softwoods Sdn Bhd, yang mana semenjak berada di bawah pengurusannya telah meningkat nilai asetnya kepada M120 juta.
“Sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, sudah tentu tidak mudah untuk beliau lepaskan,” kata pemerhati itu.
Beliau juga berkata rancangan untuk keluar beramai-ramai dari UPKO memang diikuti oleh peserta yang sangat ramai.
Ini melibatkan para pemimpin atasan UPKO dari 19 Bahagian, termasuk Senator Datuk Maijol Mahap (yang jawatan senatornya akan habis tempoh pada bulan Disember ini) dan ahli Majlis Tertinggi UPKO merangkap bekas Adun Labuk, Datuk Tan Yong Gee.
Jelasnya, ini sudah tentu akan melibatkan tuntutan keras daripada mereka untuk mendapat jaminan agar dapat bertanding dan mendapat jawatan-jawatan penting dalam PKR.
“Ada kemungkinan banyak dari tuntutan-tuntutan ini belum dapat diselesaikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Bumburing ancaman bagi Ansari?
Tetapi yang lebih serius, kerana jumlah mereka yang akan masuk memang begitu ramai, apa lagi dengan para peserta Lajim dari Umno, sudah tentu ini akan menenggelamkan barisan kepimpinan PKR Sabah yang ada sekarang.
“Tujuan mereka sudah tentu untuk mengambil-alih bakal-bakal calon yang sudah dikenalpasti dan juga jawatan-jawatan dalam parti di peringkat negeri dan cabang.
”Ini telah menyebabkan ramai para pemimpin negeri, terutama mereka yang menyebelahi Ansari, merasa tergugat dan terancam.
“Malahan, sudah banyak rungutan kedengaran di kalangan kepimpinan parti apabila sahaja berita bahawa satu kumpulan ramai dari UPKO dan Umno akan menyertai PKR Sabah.”
“Ketika ini Ansari menguasai sokongan majoriti daripada Ketua-Ketua Cabang kerana kita tahu drama ini masih berkembang, apa juga yang akan berlaku selepas ini memang rumit untuk diramalkan.
“Tetapi yang jelasnya para pemimpin PKR di Semenanjung dan Sabah, suasana sudah ketara muram akibat dari kekecewaan terhadap dua majlis yang ditunggu-tunggu membuat letupan politik yang besar, tetapi akhirnya menjadi anti-klimaks yang menjatuhkan maruah PKR.
.... hasrat mereka untuk melompat keluar Barisan Nasional (BN).
ReplyDelete" bila lagi....? lain kali lah......... "
Tidak pernah mereka berkata akan keluar parti, tidak tahu dari mana khabar angin ini keluar.
DeleteKadang-kadang cara ayat disampaikan dalam sesebuah artikel boleh mengelirukan.
Deletetidak pernah pun bumburing dan lajim cakap akan keluar dari BN dan lompat masuk PKR...
DeleteIf we kept on harping the same thing, I don't think we will improve.
DeleteItulah sebabnya kita jangan mudah percaya jika tidak dengar dengan telinga sendiri. hihihi
DeleteTahun lalu cuma kedengaran khabar Bumburing akan memberikan laluan pada pemimpin muda dalam mengambil alih jawatannya dalam UPKO serta beliau meyatakan akan menyertai AMANAH. tiada pula kata akan lompat parti ke PR.
DeleteThey will never leave BN. Its all just rumours sparked by the oppositions.
DeleteMereka berdua tidak pernah membuat keyataan yang mereka akan lompat parti.. pembangkang saja yang buat isu.
DeleteYB (Yang Bersara) WB, pls go asap.
ReplyDeleteWe do not need you in Upko.
People in Tuaran dan Tamparuli do not need you.
Pls go, pls pls pls go behind you are kicked out.
We have more than able replacement in YAB (Yang Akan Berhormat) WMT.
They will leave whenever they want. Its their choice.
DeleteMereka tidak pernah berkata mereka akan keluar parti, cuma pihak pembangkang sahaja yang menyebarkan khabar angin ini.
ReplyDeleteTeruja mereka mahu menerima Lajim dan Bumburing. Dalam PKR sendiri kekurangan pemimpin sebenarnya.
Deletepembangkang mungkin yang menyebarkan khabar angin ini..
DeleteSudahlah dengan segala drama dalam politik ini. Masih ingat janji anda? Tolonglah Sabah dan bukanlah musnahkan kami.
DeleteJadi Anwar sudah umumkan pemimpin2 yang dikatakannya akan keluar BN dan sertai Pakatan?sebab sebelum ni ada Anwar cakap mau umumkan pemimpin2 yang berkenaan tu.
DeleteIni semua taktik pembangkang.
DeleteHal ini sengaja diperbesarkan untuk mengelirukan rakyat. Rakyat kenalah bijak menilai.
DeleteIni sebahagian taktik pembangkang untuk menjatuhkan BN. Cuba mengelirukan rakyat.
DeleteSelama ini Lajim dan Bumburing menafikan bahawa mereka akan keluar parti, tapi PKR masih menyimpan hasrat mereka akan mengikuti parti mereka.
ReplyDeletePKR terdesak untuk mencari pemimpin di sabah...Ansari barangkali sudah kena reject..
DeleteEven spread the news that Bumburing is going to hold an event this weekend. Dumbo.
DeleteSajalah tu cari point utntuk timbulkan isu.
Deletesamada Lajim dan Bumburing memang ada niat atau sebaliknya, hanya mereka saja yang tau.
DeletePKR should not expect much from Lajim and Bumburing. If they are interested to join PKR, they would have joined by now.
DeletePKR terdesak untuk mendapat pemimpin dari BN.
DeletePKR saja yang kata ramai pemimpin BN akan keluar parti, tapi sampai sekarang pun masih belum ada yang keluar. PKR pula cuba nak menutup malu dengan berkata mereka sudah batal hasrat lompat parti, padahal mereka tidak berniat nak lompat pun.
ReplyDeletePKR syok sendiri la tue..
DeletePKR yang main wayang kulit bah..
Deletewayang kulit???? hahahhaha...saya suda tingu tu...
DeletePKR is the great manipulator. The party is ruined by his master, you think?
DeleteTerlebih kreatif PKR ni. Beginilah jadinya kalau suka sangat tengok movie... hahaha
DeletePKR mengintai2 peluang untuk mendapatkan pemimpin yang kelihatan goyah dalam BN.
DeleteI wonder what makes them think that Lajim and bumburing would quit BN for PKR>
DeleteLajim Ukin pernah kata pihak pembangkang yang menyebarkan gosip ini untuk merosakkan hubungannya dalam BN.
ReplyDeletepembangkang khasnya PKR ketandusan pemimpin di sabah...ianya berlaku sejak JK meninggalkan PKR...jadi PKR sengaja menyebarkan khabar angin ini untuk merosakkan perpaduan di kalangan ahli BN...
DeletePerhaps, the political game is always unknown.
DeleteAgaknya Lajim ni memang ada niat..
DeleteKeep dreaming PKR>
DeleteLajim dan Bumburing pernah bagi kenyataan rasmin yang mereka akan keluar daripada BN?
ReplyDeleteAs far as I know, both MPs never make such statement. They only claim that they will not quit from BN.
DeletePedro,
DeleteAsk WB what has been agreed upon.
Ask Kalakau what has been agreed upon.
There is no point to deny anymore.
We also do not want to deny anymore.
We in Upko Tuaran and Tamparuli do not want WB anymore.
Understand kah.
Mahu kah tidak mahu kah kita tunggu saja PRU13....
DeleteNever once such statement were made by Lajim and Bumburing that they will jump party.
DeleteThe only statement they made regarding this matter is that they do not have plan to quit BN.
Deleteianya khabar angin saja...tidak akan berlaku...ia sebuah sandiwara politik PKR yang sudah terdesak..barangkali takut anwar bersara kalau kalah pada pru13 nanti..
ReplyDeleteTidak laku dalam BN dan tidak laku juga dalam PKR.Mau pergi mana?Rosak,Rosak!
ReplyDeleteIt is left for both to decide whether to stay or not.
ReplyDeleteStop spreading rumor which are not genuine.
ReplyDeleteWe will have to find out whether it is for real or not.
DeleteI suggest we shouldn't waste time on matters like this.
DeleteJust wait for it to happen then only we can confirm the rumours is true. hehe.
DeleteJangan suka sebarkan cerita, nanti sendiri yang malu, begini lah jadi dengan PKR.
DeleteThey will have to confirm about this.
ReplyDeleteBetter kita dengar sendiri dari mulut dorang ini... Kalau tak, sampai bila-bila pun perasaan curiga itu akan tetap ada.
ReplyDeleteInilah wayang politik of the year. ahhahahhaa... Rasanya pembangkang saja adakan isu ini untuk dapatkan perhatian ramai.Apapun, niat mereka, harap rakyat tidak mudah terpedaya.
ReplyDeleteApa pun..harap smua yg brtndg n menang nti akn mnjlnkn t'jawab mrka sbg "YB"..kan bgus klu "YB" yg ada skg ne dgn maksud " Yg.berhormat" di tukar kpda YG BERKHIDMAT??????supya mrka taw yg sbnrnya mrka tu brkhdmt utk rkyt...
ReplyDeleteYang Berkhidmat pun tidak betul.
DeleteSepatutnya mereka ini patut di panggil Wakil Rakyat (WR) dan harus menjalan tugas sebagai wakil rakyat dan bukan wakil parti.
Sebenarnya mereka kuli rakyat dan bukan Yang Berhormat.
KM sepatutnya Wakil Semua Rakyat (WSR) dan bukan YAB.
Jika tidak mewakili semua rakyat, harus dipecat.
Tapi sekarang, mereka hanya mewakili segelintir rakyat khasnya parti mereka sahaja.
Lajim ini jual mahal.Lajim mahu Najib dan Musa pujuk dia.Antara percaya atau tidak,dirumah Lajim (Beaufort, ada 500 bandera PKR dan STAR) Lajim ini puter beli yang paling membelit.
ReplyDeleteKita tungga apa lagi rancangan Lajim.
Gonzales
Kebatu Beaufort
Apa salah jual mahal asalkan ada pembeli?
DeleteDulu lompat dari PBS ke Umno semua okay.
Takkan sekarang lompat dari Umno ke Pkr tidak boleh?
Tidak logik kan?
Barangkali Umno beli balik dengan harga lebih mahal.
Mana tahu? Urusan belum tutup lagi.
Juga mungkin beli balik tanpa satu sen pun.
Dengar2 suda ada 3 pertuduhuan disediakan untuk mahkamah bila lompat suda. Atau pun mungkin buang MA sebagai KM dan ganti dengan LU.
Pun jadi juga kecuali SA akan terpinggir sekali lagi.
Ala... dua2 ni memang anjing ba... kalau diaorang di dapan sia sekarang, sia ludah ba ni..... mama2 ni dua ekor pergi pun kasi rusak saja tu parti... biarla kamu di BN,... bila kamu tumbang baru tau....
ReplyDeleteSabar......ayam masih berlaga.....baru round ke 6.....ada satu round lagi.....sedangkan sdh mcm K.O sudah pun joki masih boleh ka c idup inikan pula manusia......apapun ulasan dan sebab penyebabnya......lawan tatap lawan.....tumbangkan UMNO di PRU13.....banzaiiiiiiii.......
ReplyDeleteBoleh tahu juga tu result nanti PRU13..kalah atau menang BN..tapi yang pasti..BN TETAP MENANG!!!
DeleteBumburing akan sentiasa bersama Upko dan BN. tu semua kabar angin saja.
ReplyDeleteApa mcm kalau last2 Bumburing tinggalkan Upko? Pergilah tanya Kalakau cerita sebenarnya. Jangan buta2 pertahankan Bumburing tanpa mengetahui rancangannya.
Deletemereka tak ada hasrat nak lompat parti pun.. pembangkang saja reka cerita mcm tu.. huhu..
ReplyDeletepembangkang dah terdesak nk dptkan mereka.. jadi reka cerita.. huhu..
ReplyDeleteNie bukan reka. Ini taktik tarik tali tinguk berapa projek, juta dan jawatan boleh dapat. Nie bukan pasal bantu rakyat bukan pasal mempertahankan hak Sabah. Mcm P.Ramlee bilang, ini saya punya, ini saya punya, itu pun saya punya....................... last2 nah, ini sikit kau punya.
ReplyDeletePKR yang lebih banyak bercakap daripada Lajim dan Bumburing.. PKR syok sendiri.
ReplyDeleteTidak ada kebenaran pun mengenai perkara ini dan tidak pernah pun Datuk Lajim dan Datuk Bumburing mengatakan akan keluar parti.
ReplyDeleteSemua ini cuma permainan isu politik oleh pihak tertentu. Ini kerana ada yang kurang senang dengan kebolehan mereka berdua ini.
ReplyDeletesamada permainan politik atau bukan, kalau ada niat mahu keluar tu, baik bertindak awal2.. jangan kasi hangat2 suasana semata2 mahu dapat populariti..
Deletelompat saja la.. ada juga kawan si Jeffrey Kitingan dapat gelaran raja Katak...
ReplyDeletedalam BN boleh la dorang berfikir banyak kali sebelum buat keputusan walaupun sebelah kaki sudah diseberang jalan.. kalau dalam Pakatan, awal2 lagi sudah kena pecat..
ReplyDelete