"We want the government to actually implement their promises made according to the demands of the people, and not merely rhetorical. Therefore, it is only right that the 'Janji Demokrasi' rally should be held because the independence basically means basic human rights and freedom of all citizens are guaranteed, "said Bersih Sabah spokesperson, Andrew Ambrose.
He added that, as sovereign Malaysians, we have the right to attend any celebration, wearing whatever we want. The government must realize that the people are demanding for tranparent governance, free and fair elections, and a better future. All of this is the cornerstone of democracy.
The State Level Merdeka Day celebraions will be held on August 31, 2012 in Kota Kinabalu City Square (in front of Hotel Promenade) starting at 6.30 am. Accordingly, Bersih Sabah urges all concerned citizens to come out in masses on that day by wearing yellow or green as a sign of their support.
-----------------------
Bersih Sabah menyokong penuh perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ yang bakal berlangsung pada ambang Hari Merdeka di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Himpunan ini sebenarnya adalah bertujuan untuk meraikan semangat kemerdekaan dan mengingatkan kerajaan sekali lagi tentang lapan tuntutan Bersih yang harus ditunaikan bagi menambahbaik sistem pilihanraya yang sedia ada.
“Kami mahu kerajaan benar-benar melaksanakan tuntutan rakyat dan janji-janji mereka, bukan hanya sebagai retorik semata-mata. Oleh itu himpunan ‘Janji Demokrasi’ ini adalah bertepatan kerana asas kemerdekaan adalah jaminan hak-hak asasi dan kebebasan semua rakyat,” kata jurucakap Bersih Sabah, Andrew Ambrose.
Katanya lagi, sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat dan merdeka, setiap individu mempunyai hak untuk menghadiri sebarang perayaan atau sambutan dengan memakai apa sahaja yang mereka mahu. Kerajaan perlu sedar bahawa rakyat sedang menuntut pemerintahan yang telus, pilihanraya yang bersih dan adil, serta masa depan yang lebih baik. Ini semua adalah tunjang kepada negara demokrasi.
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada 31 Ogos 2012 di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu (depan Hotel Promenade) bermula jam 6.30 pagi. Sehubungan dengan itu, Bersih Sabah menyeru agar semua rakyat Sabah yang prihatin untuk turun beramai-ramai pada hari tersebut dengan memakai baju warna kuning atau hijau sebagai tanda sokongan mereka.
Kerajaan perlu menunaikan segala janji kepada rakyat.
ReplyDeleteNajib said the federal government was aware that Sabah needed more roads, electricity supply, houses and various other facilities.
DeleteHe said all these could be delivered by the BN which was in line with its ‘Janji Ditepati’ pledge to fulfill the needs of the people wherever they were.
Perlukan masa untuk tunaikan semua janji.
DeleteKerajaan pasti akan menunaikan janji yang d beri..
DeleteDiharap sempena tema bulan merdeka, kerajaan akan lebih prihatin kepada rakyat dan tingkatkan lagi prestasi kerja.
ReplyDeleteHarap kerajaan akan memastikan janji ditepati seperti slogan hari Kemerdekaan tahun ini.
DeleteSelagi masih ada masa, kerajaan buatlah yang terbaik untuk rakyat. PRU13 akan diadakan bila2 masa saja.
DeleteKelemahan harus diperbaiki lagi.
DeleteTidak di nafikan masih ada kelemahan lagi..namun itu semua boleh di perbaiki lagi.. bukan mudah untuk mentadbir.
DeleteHope that SPR will try to fulfill the 8 demands of Bersih 2.0 as follow:
ReplyDeleteClean up of the electoral roll
Reform of postal ballot
Use of indelible ink
Minimum 21 days of campaign period
Free and fair access to mass media for all parties
Strengthening of public institutions
No corruption
No dirty politics
Apa perkembangan terbaru SPR sekarang? Adakah mereka sudah tunaikan semua cadangan yang dibuat oleh PSC?
DeleteAll Malaysians over the age of 21 who still haven't register as voter should fully practice their democratic rights this GE-13 by registering a.s.a.p.
ReplyDeleteJangan marah2 kalau tidak sempat register. Sepatutnya bila umur mencecah 21 saja, sudah pergi daftarkan diri sebagai pengundi.
DeleteAll Malaysian come out to vote in the GE-13, fulfill your duty and responsibility as Malaysian citizen.
ReplyDeleteBersih mmg suka dgn perhimpunan mcm tu.
ReplyDeleteperhimpunan seperti itu hanya menimbulkan pelbagai masalah.
DeletePerhimpunan seperti ini tidak akan membawa apa-apa penyelesaian, buang masa dan menyusahkan banyak pihak..Jangan terlalu ikut perasaan.
DeleteBuat perhimpunan adakah ini akan menyelesaikan masalah?
ReplyDeletePerhimpunan tidak akan selesaikan masalah tetapi perbincangan untuk cari kata sepakat, barulah ada perubahan.
Deletetiada penyelesaian pun yang diperoleh melalui perhimpunan seperti itu.
DeletePerhimpunan ini bertujuan membawa kesedaran. Semoga tidak membawa apa-apa kecederaan.
DeleteLebih baik elakkan ikut perhimpunan seperti ini. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.
DeleteAs a nation, we should ask some fundamental questions about ourselves. There's a time and place for everything. Merdeka Day is an occasion of dignity and respect, of maturity and nationhood. The occasion is not for street politics, or politics of any kind for that matter.
ReplyDeleteOur people must learn to rise to the occasion and not undermine it by all sorts of demeaning tactics. Of what good is Merdeka if we fail to honour, respect and dignify it.
ReplyDeleteJika ada mana2 perhimpunan yang dapat selesaikan masalah, jangan buang masa, buktikan cepat.
ReplyDeleteperhimpunan tidak menyelesaikan apa-apa. sebaiknya semua bertndak secara matang.
DeleteJika tidak ada buat apa lagi menggunkan taktik ini. ternyata tidak akan berkesan.
ReplyDeletejanji demokrasi ka atau janji demonstrasi ni?? orang awam sibuk sambut hari kemerdekaan, pembangkang dan NGO pro pembangkang sibuk pula buat demonstrasi..
ReplyDeletetahun ini saya terpaksa tidak sambut hari kemerdekaan sebab awal2 lagi hari kemerdekaan sudah dicemari dengan unsur2 provokasi.. hilang semangat patriotik mahu sambut kemerdekaan bila tengok kesibukan pembangkang menganjurkan demonstrasi..
ReplyDeleteKemerdekaan ini tidak harus dipolitikkan.
DeleteMemang betul..kemerdekaan harus di sambut dengan tenang dan suasana yang aman..pembangkang tidak perlu politikkan isu ini.
Deletebersih memang sokong kalau perhimpunan macam itu.
ReplyDeletetidak perlulah melakukan demo, itu hanya menyusahkan orang lain.
ReplyDeleteyang penting PRU harus dijalankan dengan bersih dan amanah.
ReplyDeleteRakyat harus bijak menilai dan membuat undian dengan lebih baik demi masa depan semua golongan.
ReplyDelete