Saudara Pengarang,
Pilihanraya Umum Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS) pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan.
Kini setelah 27 tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini.
Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu; Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib.
Berbalik pada PRU 13 Sabah kali ini, sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang.
Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah.
Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah. Jentera Penerangan BN dan Pemimpin BN Sabah nampak tidak berdaya melawan dan menangkis senjata tajam yang telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi harapan rakyat Sabah kali ini.
Rakyat Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya.
Jika kita analisa, kawasan KDM hanya tinggal 18 kerusi, yang semuanya dikuasai PBS, UPKO, dan PBRS, dengan majoriti di antara 171 undi majoriti paling tipis kemenangan di N 33 Bingkor dan majoriti paling tinggi 5,455 undi di N 40 Labuk. Sementara 16 kerusi yang lain, adalah di bawah 2,900 undi.
Sementara itu, kawasan Cina hanya tinggal 9 kerusi yang 95% adalah pengundi Cina dan 3 lagi iaitu N 2 Tanjung Kapor, N 14 Likas serta N 58 Merotai hanya mempunyai 55 % pengundi Cina.
Jika trend angin orang Cina terhadap BN, seperti pilihanraya Sarawak yang lalu dan dengan sentimen yang sedang dimainkan oleh SAPP dan DAP, kita percaya kesemua 11 kerusi ini bakal jatuh ke tangan pembangkang Sabah.
Jika di analiasa dan kita lihat peluang pembangkang Sabah kali ini, sudah separuh kaki pembangkang telah menjejaki Pejabat Jabatan Ketua Menteri di Teluk Likas. STAR dan SAPP dijangka dapat merampas kesemua kerusi KDM ini dan SAPP dan DAP pada kesemua kerusi Cina.
Jika 18 kerusi dicampur 11, maka jumlahnya adalah 29. Ini bermakna pembangkang hanya perlu 3 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'simple majoriti'.
Mari kita tengok pula kawasan Umno yang dirasakan ada peluang dirampas daripada BN. Kita hanya 'target' dan analisa 5 kawasan yang Umno menang hanya menang di bawah 2,500 undi dan peratus keluar mengundi di kelima-lima kawasan ini adalah bawah 66%.
Kawasan tersebut ialah;
N 1 Banggi undi majoriti - 2,024
N 43 Sekong undi majoriti - 2,189
N 48 Sukau undi majoriti -2,107
N 49 Tungku undi majoriti 2,389
N 52 Sulabayan undi majoriti 2,037
Kesemua lima kawasan Umno ini, peluang pembangkang boleh merampas kerusi ini menerusi PKR. Andai peratus yang keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 90 % ke atas, serta pengundi atas pagar ini menyebelahi PR Sabah dan juga yang paling mustahak, pengundi hantu tidak digunakan BN kali ini.
Kita sangat pasti dengan angin perubahan dan Tsunami yang bakal melanda ini akan dapat menukar kerajaan BN-UMNO dengan kerajaan rakyat Sabah.
Salam Hormat,
Mohd Danial Abdullah
Jika si JK tak sanggup bekerjasama dengan pembangkang lain, sudah tentu ada 2 lawan 1 nanti. Peluang nak tumbang BN nanti sangat tipis.
ReplyDeletePembangkang menang cakap saja tapi strategi pun tidak cukup mantap.
Deleteketepikan kepentingan diri dan perjuangkan hak dan kepentingan rakyat.
DeleteBN pasti menang punyalah...
DeleteAdakah penyerahan Labuan menjadi sebahagian daripada wilayah persekutuan isu kecil ?
ReplyDeleteJika tanah anda di serahkan kepada orang lain, apa tindakan anda? penyerahan tanah kepada orang lain pasti isu yang besar.
DeleteSampai sekarang masih ada yang marah dengan tindakan Harris menjual Labuan. Sudah tentu ini isu besar kerana ia memberi impak sehingga sekarang.
Deletekalau Labuan tidak diserahkan pada persekutuan pasti keadaan di Sabah jauh berbeza dari sekarang.
Deleteternyata si Mohd Danial Abdullah tidak memahami isi hati rakyat sabah apabila labuan diserahkan kepada persekutuan oleh harris salleh..
DeleteRacun?
ReplyDeleteApa yang racun?
DeleteYa, apa yang racun pula?
DeleteThis is just the author assumption. It can be happened and vice versa.
ReplyDeleteFor those who hasn't register themselves as voters, go and fulfill your responsible!
ReplyDeleteVoting is every citizens rights and duty. Fulfill your duty to determine the country's future before the next GE-13.
Delete1 Vote can change the result.
DeleteBy forming the RCI, BN has boosted its image in the eyes of Sabahans who want the illegal immigrant problem solved as soon as practicable. Many also want the RCI's findings be made public before the next general election amid claims that illegal immigrants have entered the electoral roll.
ReplyDeletePakatan Rakyat leaders, as expected, have refused to even give the RCI the benefit of the doubt by allowing it to do its job first before attacking from all corners.
DeleteDatuk Anwar Ibrahim was the first to say no to Datuk Pairin Kitingan's request to set up an RCI in 1994. Never mind, Datuk Najib Razak is willing to set up the RCI on the Sabahans' request, we shall wait for the RCI panel to do their job.
DeleteAnwar should answer honestly about his rejection on RCI proposal.
DeleteMahathir should also answer honestly about his rejection on RCI proposal.
DeleteRonald also said the BN leaders constantly “turun padang” to listen to the people and solve their problems.
ReplyDeleteAs such, he expressed confidence that the people of Sabah would continue to support the BN.
BN di bawah pemerintahan Datuk Najib Razak tetap menjadi pilihan rakyat pada PRU-13. PRU-13 akan membuktikan pilihan rakyat, kita tunggu pengiraan undi!
Deleteumno sabah akan hancur dalam pru13. Tunggu dan lihat aje
ReplyDeleteSAPP akan lost deposit pada PRU-13. Tunggu dan lihat aje.
DeleteSiapa yang akan menang dan kalah, rakyat yang akan tentukan.
Deletetidak lah...sekarang tengok pun sudah tahu...BN sabah akan menang...pembangkang bertetak sesama sendiri lah...
DeleteSemua rakyat berkuasa untuk menentu kerajaan yang mereka mahukan, bukan hanya KDM dan Cina sahaja.
ReplyDeleteHak mengundi ada pada setiap kaum yang diiktiraf di negara ni. mengundilah dengan bijak PRU nanti.
DeleteMelayu pilipin ada hak juga......bah
DeleteWhatever may happen in GE, may the best party win.
ReplyDeleteDeputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin called on Sabah Umno and Barisan Nasional leaders to strengthen relations through cooperation and understanding among the parties in line with the requirements of the religions professed by all races in the country.
ReplyDelete
ReplyDeleteMuhyiddin said party members should be wise to resolve internal problems through the engagement process to strengthen the party in the state.
ReplyDeleteMuhyiddin stressed on strong cooperation to ensure BN is empowered. Avoid bringing up racial sentiments.
Parties who try to create racial problems are irresponsible. Muhyiddin does not want any racial issue to be played out. therefore he urged Umno leaders to continue strengthening relations through cooperation.
ReplyDeleteHe said he was also satisfied with the preparations of Umno and BN for the coming general election which would be held at anytime.
ReplyDeleteMuhyiddin, who is also the Umno deputy president, said BN was a coalition that fulfilled its promises based on its development achievements, including in Sabah, under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe prime minister has introduced various transformation programmes which have given extraordinary impact to the people for a better livelihood, higher incomes and more comfortable lives.
Muhyiddin, who was in the state capital with his wife Puan Sri Norainee Abdul Rahman, joined thousands of villagers in a breaking of fast event at Masjid Jamek in Kampung Likas.
ReplyDeleteHe was accompanied by Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Shafie Apdal, state legislative assembly speaker and state Umno deputy liaison chief Datuk Seri Salleh Said, among others.
ReplyDeleteMeanwhile, Musa said Sabah BN was ready to face the coming general election and would continue fighting for the betterment of the people and the state as a whole.
ReplyDelete
ReplyDeleteHe stressed that component parties of the state BN would work hand in hand to ensure Sabah remained a bastion of BN.
Star dan SAPP dua parti harapan baru sabah? dalam mimpilah...terang2 sudah rakyat sabah menolak SAPP...Star pula hanya main sendiri...undi akan pecah...macamana mahu menang? dengar2 Star tidak layak tanding kerusi DUN sabah...
ReplyDeleteSAPP tidak akan menang selagi parti itu tidak membuat perubahan dalam parti...perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan kepimpinan parti...pemimpin seperti YTL kini adalah liabiliti kepada parti..demikian juga dengan amde dan beberapa pemimpin SAPP yang boleh dikatakan sudah lama dan lapuk...golongan 'lama' ini harus disingkirkan dari parti dan digantikan dengan pemimpin muda yang lebih berdaya saing dan berwawasan...
ReplyDelete"....senjata tajam yang telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi harapan rakyat Sabah kali ini."
ReplyDeleteni dua parti pun belum ada kerjasama, masing2 mengaku harapan rakyat sabah...pasti mereka akan bersaing sesama sendiri pada pru13 nanti...sampai masa itu,undi akan pecah...
itu SAPP pun kunun mau jadi harapan rakyat Sabah?? dalam masa 2 tahun saja habis hutan2 di sabah dia jual saa kroni2 dia..
Deletemacam mana sapp mau jadi harapan kalau sibuk bergaduh dengan parti lain.
DeleteKamu tahu kah apa itu Tsunami?(kamu carilah maksud perkataan ini di kamus)
ReplyDeleteBiasanya Tsunami hanya berlaku di laut hingga ke pantai saja.
Tapi kalau Tsunami masuk sampai ke daratan....apa sahaja yang di atas daratan itu akan tenggelam dan dihanyutkannya. Bererti 'habislah'.
Kalau dalam politik, Tsunami ini adalah rakyat sendiri yang tidak puas hati dengan kerajaan dan rakyat melalui parti lawan kerajaan yang dipanggil pihak 'pembangkang' biasanya akan menjadi pemerintah baru selepas dipilih dengan undi majoriti oleh rakyat sendiri.
bekas pemerintah pula akan dipanggil "pembangkang" selepas itu.
Tujuan saya menulis komen ini adalah kerana masih ramai rakyat yang tidak tahu atau faham ttg. siapa kerajaan dan siapa itu pembangkang.
ibubapa bilang : " aah, anak. janganlah kau undi itu pembangkang...
diurang tu tiada duit pandai bangkang saja. kalau Beh End bagi duit. Beh end ada BR1M...dll. bagus ooo....".
Anak-anak cerdik : " yalah pak...Beh end 'baguuus', ambik duit rakyat bagi balik sama rakyat. dapat BR1M kita kaya...!".
(jadi.... fikir-fikirkanlah siapa yang kita mahu jadi pemerintah kita, undilah dengan bijaksana.....)
kalau ikut betul sifat Tsunami, dia tidak kira bangsa, pangkat atau sebagainya.. semua dia sapu habis.. jadi dalam politik, Tsunami itu juga tidak kira latar belakang politik.. semua dia sapu habis..
Deletepasal bantuan kepada rakyat pula, kalau pembangkang memerintah, mereka tidak guna duit rakyat?? alah kalau pemimpin2 pembangkang menghadapi perbicaraan di mahkamah, duit rakyat juga yang mereka guna untuk tanggung kos guaman.. alasan mudah saja,, pemimpin itu banyak menyumbang kepada parti jadi layaklah guna duit rakyat untuk membiayai kos guamannya.. faham2 la siapa tu..
Deleteisu2 itu sudah banyak kali dia mainkan.. tapi kalah juga masa PRK Batu Sapi.. jangan tembirang la kalau belum bertanding..
ReplyDeletekekalahan di Bt Sapi menunjukkan YTL tidak disokong.
DeletePembangkang di Sabah tidak boleh diharap, tidak boleh dipercayai, dan lebih merunsingkan tidak layak memerintah negeri. Masing-masing hanya mementingkan kepentingan peribadi atau parti masing-masing. Masing-masing tunjuk pandai atau tembirang bahawa parti dialah yang paling kuat di kalangan pembangkang Sabah.
ReplyDeleteYong Teck Lee tidak tahu bekerja sama dengan DAP, Dr. Jeffrey tidak tahu bekerjasama dengan PKR, dan DAP pula tidak melabur dengan cukup dalam politik Sabah.
Kenapa semua ini terjadi? Sebab pembangkang hanya mengambil kesempatan dalam kesempitan dan rasa tidak puashati dan rasa marah rakyat kepada kerajaan BN.
Tsunami hanya tinggal satu igauan di Sabah. Tidak ada seorang pun yang percaya BN akan kalah di Sabah.
pembangkang di Sabah masih berpecah dan gagal untuk bersatu.
Deletesemua pengundi adalah penting bukan hanya undi dari kaum tertentu.
ReplyDeletestar tidak ngam dengan PKR dan sapp tidak ngam dengan dap. jadi macam manalah mau menang?
ReplyDeleteada kami kesah? kami undi STAR juga!! apa kami mau peduli! yang penting kami puas hati berjuang untuk tanah nenek moyang kami ini!!! apa jadi, jadilah!!!! ( Perpaduan semua parti pembangkang d sabah adalah bonus!!)
ReplyDeleteMemang bonus kalau pembangkang di Sabah boleh bersatu.
Deletesemua rakyat adalah penentu siapa akan menjadi kerajaan.
ReplyDeleteJK dan YTL begambar dengan ketawa besar hanya gimik politik saja. Wayang kulit.
ReplyDelete