Search This Blog

Wednesday, August 22, 2012

Selamat Menyambut 49 tahun, Sabah Merdeka


Oleh: Hj Amde Sidik

KOTA KINABALU - Kita perlu beri penjelasan kepada generasi baru di Sabah dan Sarawak tentang tarikh Kemerdekaan Negera.

Saya  cuma  tumpukan kempen  ini kepada negeri (negera) Sabah, saya percaya di Sarawak juga menghadapi phenomena yang sama, ia itu tiada penjelasan tentang tarikh-tarikh yang dianggap signifikan  dalam sejarah negera.

Perjanjian yang dibuat sebelum Malaysia Merdeka  pada tahun 1963 melibatkan  empat  negera, iaitu,  Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak, negera negera ini bersetuju membentuk Malaysia, maka dibuatlah perjanjian yang ditanda tangani pada 31st Ogos 1963, tarikh yang dipersetujui sebagai tarikh Kemerdekaan Malaysia, maknanya, Malaysia belum wujud sebelum tarikh ini.

Satu lagi tarikh yang mengelirukan generasi muda iaitu 16hb September 1963.

Tarikh 16 September 1963, melibatkan Sabah dan Sarawak,  tiba sahaja tarikh 31st Ogos, 1963  tarikh yang ingin diistiharkan sebagai tarikh kemerdekaan tetapi laporan referendum yang dikompil di London ketika itu belum selesai.

Referrendum mengenai semada penduduk Sabah dan Sarawak  bersetuju menyeratai pembentukan Malaysia.

Maknanya, memang ada rakyat Sabah ketika itu tidak setuju menyertai Malaysia .

Maka dengan itu tarikh pengistiharan kemerdekaan untuk Sabah dan Sarawak terpaksa  tunda kepada  16hb September 1963.

Namun pada hakikatnya dipersetujui oleh pemimpin pemimpin termasuk Sabah pada ahkir akhir ini bahawa tarikh 31st Ogos adalah Hari Merdeka.

Di Sabah pula tarikh 16hb September 1963 ini beri konotasi tidak ubah seperti bola ping pong  ‘fanciful’ sekarang ini sebagai tarikh lahir Tuan Yang Terutama (TYT)

Pada awalnya penubuhan Malaysia, diwar warkan juga bahawa Negera Brunei dijemput menyertai Malaysia tetapi negera ini memilih tidak menyeratai persekutuan, antara isu isu  yang rumit ialah mengenai kedudukan Sultan sebagai ketua negera (mungkin ada antara kita masih ingat sebuah lagu patriotik dicipata khas  menendangkan Lima Negera).

Pendekata,  dari segi tafsiran  undang undang Sabah Menyertai Malaysia  selama 49 tahun.  Manakala  55 tahun itu adalah hari Kemerdekan Malaya (1955). Jadi kalau dikata Malaysia Merdeka sudah 55 tahun itu  SALAH.

Pada 16 September 1963, saya didukung oleh ayah saya peri ke Padang Pekan Sipitang menyertai perhimpunan. Ketika itu lah juga tuntutan Philipina terhadap Sabah dilaung laungkan oleh media Philipina.

Manakala di Indonesia pula, slogan genyang Malaysia oleh Presiden Sukarano berkumandang panas, barangkali, saya percaya, sedikit sebanyak epsode tututan dan konfrantasi dari Indonesia melembutkan hati penduduk Sabah untuk menyertai Malaysia ketika itu.

Pada tahun 1965, Singapura ditendang keluar dari Malaysia, kerana pemimpin Malaysia  beranggapan terlalu banyak orang China ini boleh menggugat dan mendominasi kuasa ketuanan Melayu.

Tahukah anda, dalam tahuan 70n bilangan orang Melayu di Sabah cuma lebih kurang 6%, tetapi pada 2010  melonjak melebihi 60%, dan kadar pertumbuhan penduduk melebihai 400 %.

Antara penyebab yang ketera ialah bermula dari projek Mahathir atas tujuan untuk menambah bilangan yang bole dipanggil Melayu demi untuk mempertahankan ketuan Melayu tetapi dalam masa yang sama memudaratkan struktar penduduk negeri (Negera) Sabah.

Kesimpulanya, kalau ada pemimpin pemimpin Sabah yang memperjuagan hak rakyat Sabah dan autonomi Sabah maka  tidak lain tidak bukan  antaranya, ialah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti tempatan Sabah.

Selamat Menyambut Sabah Merdeka ke 49 tahun.

48 comments:

  1. MALAYSIA = MALAYANISATION = NEP= UMNO MALAY SUPREMACIST APARTHEID SYSTEM OF DOMINATION

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 49 tahun untuk Sabah dan 55 tahun untuk Malaysia.

      Delete
  2. MERDEKAKAN SABAH...............................!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    MERDEKA........!!!!!!!!!!!!!
    MERDEKA........!!!!!!!!!!!!!
    MERDEKA........!!!!!!!!!!!!!
    MERDEKA........!!!!!!!!!!!!!
    MERDEKA........!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Sabah akan diberikan kuasa autonomi supaya bebas mengurus hal ehwal negeri sendiri.

      Delete
    2. Sabah will be an independent state sooner or later.

      Delete
  3. 16hb September 1963 adalah hari kemerdekaan Sabah dan Sarawak, kita menyambut kemerdekaan pada hari ini. 31 Ogos 1963 adalah hari kemerdekaan Malaya. Oleh kerana Sabah dan Sarawak juga sebahagian daripada Malaya, kita turut menyambut bersama-sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukanlah...malaya merdeka 31 ogos 1957 lah...

      Delete
    2. Whichever it is, I hope Sabah won't never be left out again.

      Delete
  4. Hopefully after the RCI panel start the inquiry on the Project IC, we will finally discover the truth and take necessary action on those involved.

    ReplyDelete
  5. Pada tahun 1965, Singapura ditendang keluar dari Malaysia.

    Persoalannya, Singapore ditendang keluar? Ataupun keluar secara rela hati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya Singapura bukan ditendang keluar tapi menarik diri.

      Delete
    2. tanya singapore lah...

      Delete
    3. Singapura tarik diri dalam satu perjanjian 1965.

      Cuma BN Umno tipu rakyat dengan kata 'tendang Singapura keluar'.

      Sama juga dengan Brunei tarik diri dari tandatangani Perjanjian Malaysia 1963.

      Delete
    4. And what's the matter of signing out?

      Delete
  6. Datuk Pairin Kitingan is the first to bring up the RCI in 1994, but his suggestion was rejected by Datuk Anwar Ibrahim that time. The illegal immigrant issue could have been resolved a decade earlier if the RCI was approved that time. Nevertheless, Datuk Najib have agreed to form the RCI now, we shall wait for the inquiry to begin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. What we want is the RCI to bring positive outcomes from the investigation.

      Delete
    2. We don't care about who bring up the RCI or who is the hero but we care how effective it is.

      Delete
    3. Mahathir says this RCI is a waste of time.

      I agree with him because PM Najib already gave assurance that Mahathir will not be investigated under the TOR.

      TOR protects the creator of Project IC.

      Delete
    4. A real question out of all.

      Delete
  7. PBS through its youth movement sent 4 representatives to participate in the statewide ‘Kembara Merdeka’ Programme. PBS wants the younger generation to be aware of the fact that PBS is still relevant and constantly ready to fight for the rights of Sabah and its people.

    ReplyDelete
  8. Di peringkat kebangsaan, 31 Ogos dirayakan sebagai hari kemerdekaan Malaysia. Pada tahun 1957 itu, 11 negeri di semenanjung Malaya mendapat kemerdekaan daripada Britain. Malaysia juga sepatutya diumumkan pada 31 Ogos tetapi ia dilengahkan sehingga 16 September akibat bantahan gabungan itu dari Indonesia dan Filipina dan sokongan tidak menentu rakyat dari Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya Cobbold dan pasukan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendapati bahawa kebanyakan penduduk Borneo berminat dengan gabungan itu tetapi mereka perlukan pelindung hak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang 16 sept diumumkan sebagai hari malaysia dan cuti am bagi satu malaysia...

      Delete
  9. Artikel yang menarik tetapi selepas meniliti fakta-fakta sejarah dan dokumen2 penting termasuk domuken PBB nyata pembentukan Malaysia terburu-buru menyebabkan rakyat sabah terpinggir. Semua yang terlibat dalam pembentukan Malaysia mempunyai agendanya tersendiri ia boleh disimpulkan seperti berikut :

    1. Pihak PBB - Pada 1960 PBB mendesak negara2 penjajah seperti british dan lain-lain hendaklah segerakan memerdekakan jajahan mereka. 3 cara penjajah perlu memerdekakan jajahan mereka, (1) Jika penjajah mendapat penentangan extreme (mengangkat senjata) daripada rakyat jajahan mereka, (2) Jika penjaja rasa jajahan mereka sudah boleh memerintah sendiri, (3) Jika penjajah melihat jajahan mereka mahu bergabung dengan lain-lain negara yang sudah merdeka.

    2. Pihak british - Melihat hastar Tunku Abdul Rahman untuk menyatukan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai Malaysia adalah sebagai kesempatan baik untuk mereka 'lepas tangan' mengikut kehendak ke (3) PBB diatas. Ini bermakna tekanan keatas PBB kepada mereka akan berkurangan.

    3. Pihak Singapura - Ingin mendapat perlindungan daripada Malaya kerana gerakan kongsi gelap yang keterlaluan dengan memberikan Malaya pinjaman 150 juta.

    4. Pihak Malaya - Setuju dengan singapura dan menarik sabah dan sarawak join Malaysia agar kekayaan sabah dan sarawak boleh diguna membayar balik hutang ke atas singapura dan juga memajukan Malaya. Malaya juga tahu Sabah dan Sarawak mahukan merdeka cepat so inilah peluang mereka mahu perangkap Sabah dan Sarawak.(Bijak2 Malaya tetapi Jahattttt!!!!)

    5. Pihak Sabah dan Sarawak - satu cara untuk merdeka cepat kerana tidak mampun untuk merdeka mengikut perkara (1) dan (2) PBB diatas.

    Disebabkan semua konspirasi di atas maka kita melihat Sabah pada hari ini. Jika sabah tidak terburu-buru join Malaysia macam Brunei mungkin sabah lambat sikit merdeka ... saya jangka mungkin 1965 sabah merdeka dan setanding dengan Singapura dan Brunei sekarang ini.

    Apapun peluang itu sudah terlepas lama kini kita semua rakyat sabah mempunyai peluang terdekat di PRU 13 kalau tidak kana tunggu lagi lima tahun OOOOoo ! ... keputusan ditangan kita sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi adakah perlu kita salahkan kepada pemimpin sabah terdahulu atas tindakan mereka?

      Delete
  10. Kali2 isu ini dibangkitkan bila 31 Ogos menjelma. Apa juga yang boleh dibuat? Dapat ubah apa yang sudah jadi kebiasaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap pekara ini tidak dipolitikkan oleh mana2 pihak.

      Delete
    2. Politics should be put aside when it comes to the Independence topic.

      Delete
  11. Past is past. What had happened could not be undone. Therefore, make the future better by making/doing better actions.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lah...yang lepas sudah jadi sejarah...

      Delete
    2. sebaiknya sejarah difahami oleh semua orang.

      Delete
  12. Membingungkan mana satu sebenarnya yang diguna pakai sebagai tarikh Hari Kemerdekaan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut fahaman saya sekarang, Merdeka 31 Ogos..Hari Malaysia 16 Sept.

      Delete
  13. amde sidik trip jadi pakar sejarah sudah sekarang.

    ReplyDelete
  14. amde sidik mahu jadi calon mana pada pru13 nanti? sudah ready hilang deposit kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa ? benedict mahu bertandingkah ?

      Delete
  15. Pakar2 Sejarah..tiada yang mahu tampil betulkan keadaan/fakta sejarah tentang isu kemerdekaan ini?

    ReplyDelete
  16. eja "Negara" pun tidak betul(Negera).. inikan pula mahu bagi penjelasan kepada generasi muda.. semakin tidak betul la generasi muda kita ni..

    ReplyDelete
  17. ahli2 politik tidak layak bercakap soal sejarah.. bila ahli2 politik yang bagi penjelasan, sudah tentu banyak perkara yang disembunyikan bagi membolehkan penjelasan itu memihak kepada mereka.. baik serahkan saja tugas ini kepada pakar2 sejarah.. bukan pakar putar belit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ahli politik yang bercakap, sering jadi isu politik.

      Delete
  18. lebih baik kalau pakar sejarah yag bercakap pasal sejarah.

    ReplyDelete
  19. harap ini tidak dijadikan alat politik oleh sesiapa pun.

    ReplyDelete
  20. Kita kena memastikan kemerdekaan ini dipertahankan selama2nya.

    ReplyDelete
  21. Apa yang penting kita sudah bersatu dan membentuk kerajaan kita sendiri.

    ReplyDelete
  22. mari la sama2 kita meraihkah kemerdekaan kita2.

    ReplyDelete
  23. kita harus hargai kemerdekaan kita.

    ReplyDelete
  24. Apakah Anda lelah mencari kredit? Anda terus-menerus ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Kabar baik di sini! Kami menawarkan pinjaman berkisar antara R $ 7,000.00 USD 40,000,000.00 min Max. Pertama, setiap membatalkan pay-per-sedikit pun hanya memberikan pinjaman tanpa bunga 2%. Bersertifikat dan memakai diandalkan. Bukti Anda akan meyakinkan Anda. e-mail korporat: Theresaloancompany@gmail.co
    Nomor telepon:
    Perusahaan 345 Baker Street London, Inggris RG21 6YT. Memberikan kami informasi berikut: Nama Lengkap ............... Negara: Jenis kelamin ...........: ............ . Nomor telepon ......... ..... Diperlukan Jumlah: Panjang .............: ............... . ......... Pendapatan Bulanan: * Personal Loan (Tanpa Jaminan) * Pinjaman Bisnis: ................. Kami menawarkan jenis berikut pinjaman yang disetujui (tidak aman ) * Konsolidasi Pinjaman * Student Loan * Mortgage Investasi dan banyak lagi. Semua tanggapan harus dikirim ke Perusahaan Email:. Saya theresaloancompany@Gmail.com
    Nomor telepon:
    Perusahaan 345 Baker Street London, Inggris RG21 6YT

    ReplyDelete